Sunday, January 19, 2014

Berdiam Bukan Tandanya Hilang.

Salam Kalian... ;)

Bismillahirahmanirahhimmmmmm.... :)


Hai korang!!!! *lambaitangannampohkali!* 

Ya Rabbi... lama sungguhlah tak berhapdet belog busuk ni ha! Last entry daku publish, bulan Oktober tahun lepas. Tahun lepas okay?! TAHUN LEPAS!! Argh! Sekarang dah 2014, sampai nak tulis entry baru ucap Selamat tahun baru pun tak menyempat haaa! Waduh. Gawat nih Elieee!!

Sebelum apa-apa.. nak jugaklah tanya...

Masih ingatkah kome semua ni pada daku? :)

Hai. Wajah terbaru. Muka kuih pau inti kacang merah! Teehee! :D

Lama berdiam, bukan bererti daku sudah hilang terus dari alam maya. Ada je duduk berlegar-legar dekat Intageremm dan Twitter tu ha. Tapi sebab belog ni, tiap kali nak menaip entry baru, ada je hasutan-hasutan halus dari setan-setan gondol ni bisik kat telinga ni cakap...

"Ala.. Update belog tu, esok-esok pun boleh!"

Choiii! Memang esok punya esok tangguh, sampai tahun baru ni pun, takdelah entry baru dari daku! Maap ya semua orang! :(

Sebenarnya daku baru je selesai semester 4 degree ini. Cuti pun tak lama. Dalam 2 minggu je, lepas tu esok dah nak start practikal pulak! Sedih! Cuti kali ni memang banyak menghabiskan masa dengan keluarga saja sebab tahu nanti bila dah praktikal, memang takde masa dah untuk balik umah, pergi berhibur takpun  beronggeng rokiah dengan keluarga tercintaa! Huwargh! *nanges lap air hidong!* 

T__________T

Jadi sebelum mungkin takut tak sempat nak 'bermesra' lagi dekat belog ni dalam tempoh terdekat ni nanti, ada baiknya daku tinggal sikit cerita dekat belog. Incase lah ada yang merindui nantiiiiiiii.... boleh lah bukak belog daku, tengoklah gambar daku yang tembamnya pipi merangkumi 20 angle radius ni! Tak gitu semua? Muaahahahhaa! 

Tapi sebenarnya kalau nak tahu, daku ni praktikalnya takdelah lama mana, jauh pun tak jauh. Masih lagi dalam Malaysia. Kalau kawan-kawan ada yang praktikal sampai ke Kanada dan Indonesia dan Beijing semua, daku masih lagi di sini. Mungkin tiada rezeki untuk merantau jauh ke negara orang lagi. Rezeki lebih murah di sini, siapa tahu kan? InsyaAllah! :)

Kau semua doakanlah daku success sepanjang praktikal nanti! Sebab masa praktikal nanti daku bekerja dengan syarikat korporat, kemungkinan besar akan buat event untuk golongan datok-datok. Risau jugak kalau ketaq lutut!! Tapi mana tahu ada rezeki daku jadi Datin satu hari nanti! Datin Elie! *cepat masing-masing tadah tangan sebut aminnn!* 

Muahahahhaha! :p

Okay korang! Semoga bertemu lagi dalam lain entry! Banyak benda nak cerita dalam belog ni ha. Tahun lepas punya cerita sumpah banyak tertangguh, tak cerita-cerita lagi! InsyaAllah, lepas settle semua kerja, ada kerajinan tahap mega, daku update belog pelan-pelan ya. Sesungguhnya selama hampir 3 bulan tak berhapdet belog, inilah tempoh paling lama daku senyap dari belog! Harap-harap masih adalah yang nak baca dan komen blog ni! Sadiss oiii!!! 

T___________T

Budak kecik nilah yang esok dah nak praktikal tu.. cepatlah ramai-ramai wish dia Goodluck! :)

Moga semuanya nanti berjalan dengan jayanya, dan kau semua jaga diri ya. Ada rezeki, kita jumpa di luar sana. Kalau nak sentiasa keep in touch dengan daku, mohlah jadi kawan dekat Instagram daku dan Twitter! Kau search je ElieLily untuk twtter takpun elielilyfazrin untuk Instagrem! Haaa.. Nanti bolehlah daku tahu kau tengah buat apa sekarang ni, tanpa perlu bukak blog kan. Sekarang telepon dah canggih, bukak Instagrem takpun update Twitter dalam toilet pun, orang boleh tahulah! Bahahahah!

Okay, bye bye semua! Assalamualaikum! :')

p/s: Sebab lama sangat tak tulis entry panjang lebar, memang banyaklah typo! Kalau kau ada nampak ayat yang kau takpaham dalam entry ni, buat-buat tak nampak jelah ya! Biasalah, 2014 ni, umur dah meningkat, jari jemari pun hampir cramp! Muheehhe! :D