Saturday, October 26, 2013

Semua Itu Rahsia Tuhan.

Salam kalian... :)

Ajal maut itu bukan kita yang tentukan...
Itu semua kerja Tuhan...
Bila, Di mana atau mengapa, jangan dipersoalkan...
Kerana hidup PASTI ada PERPISAHAN.

Muhasabahlah diri selagi masih ada KESEMPATAN,
Sebelum nyawa bercerai badan.
Dekatkan diri kepada TUHAN,
Sebelum kita sendiri yang MENINGGALKAN.

**********~~~*********


Daku baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga beberapa hari lepas. InsyaAllah semua keluarga akan tabah dan bersabar dengan segala kerja DIA yang di atas. Sedih itu masih tapi yang pasti redha itu perlu sentiasa. Mohon doa kau semua bersama. 

Terima kasih kepada atas segala ucapan Takziah dari kawan-kawan dan pertolongan dari keluarga yang lain dan sahabat handai. InsyaAllah hanya DIA dapat membalas segala jasa kalian....

Akhir kata... Selagi nyawa belum bercerai badan, muhasabah lah diri sentiasa. Kerana hidup mati kita itu bila-bila masa saja. Rahsia TUHAN, tiada siapa tahu pokok pangkalnya. Semoga mereka yang telah tiada ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan moga Syurga lah tempat mereka. Al-Fatihah.

p/s: Sedang menyibukkan diri agar hilang rasa sedih sendiri. :(

Tuesday, October 1, 2013

Selamat Seorang Bonda! :)

 Salam kalian.. :)

Dulu waktu zaman Diploma, boleh kata ramai antara kawan-kawan yang dok berteka-teki siapa bakal mengakhiri zaman bujang dulu.. polan itu dulu ke..polan ini dulu ke... Dan Sabtu lepas, jawapan yang dicari terjawab akhirnya!

TARAAA!:)

Ini namanya BONDA. Beliau sudah selamat menjadi permaisuri hati seorang Adam pada Sabtu tempoh hari! Alhamdulillah! :)

Kalau ikotkan, beliau antara kawan-kawan yang mahu sangat berkahwin awal, sejak dari zaman diploma lagi sudah bercita-cita. Tapi jodoh itu kan rahsia tuhan.. akhirnya Sabtu lepas baru tercapai hajat mahu menjadi ratu sehari! Alhamdulillah. ;)

Selamat Pengatin Baru, dan Selamat menempuh alam rumah tangga, Bonda dan Radhi! :)

Bila dikira-kira, sebenarnya Bonda jugak antara kawan-kawan diploma yang awal sampai jodohnya! Mungkin rakan yang ketiga atau keempat yang sudah selamat menjadi 'orang rumah' kepada suaminya.. Awal sungguh dari kami semua.. Tapi syukur, segalanya berjalan lancar dan kami yang bujang ini masih berteka-teki giliran siapa pula selepas Bonda! :D

Rombongan Cik Kiah ke perkahwinan Bonda bersama Diploma Batchmate 2009-2011. \:D/

Bila ada seorang rakan dari zaman Diploma yang kahwin, baru boleh bertemu hampir semua sekali semua teman-teman lama. Yelah, dah masuk degree,  tak semua yang ambil kos yang sama. masing-masing ada cita-cita, jadi mereka bertukar haluan untuk lebih berjaya! :)

Liyana Aziz, antara teman paling rapat dan akrab sejak Diploma hingga sekarang, namun jarang betemu sebab beliau sudah bekerja! Dan selepas 3 bulan lalu, ini adalah pertemuan pertama kami selepas daku berhijab! Rindu! :)

Tapi biasalah, nak jumpa semua sekali memang susah sebab masing-masing ada komitmen yang tersendiri. Bila ada peluang ke majlis kenduri beginilah baru dapat jumpa seorang-seorang yang jauh di sana sini. Syukur, semuanya masih saling mengingati. 

Kata orang...

Jauh di mata, dekat di hati.:')

Bila time kendurilah baru nak pakai cantik-cantik dengan kekasih hati! Hihi

Seronok tengok seorang-seorang kawan dah kawen. Macam biasa, bila tengok kawan-kawan dah selamat menjadi ratu sehari, rasa nak kahwin memang sangat tinggi! Biarlah orang kata gedik tak bertempat, yang penting nawaitu dalam hati. Kan niat itu lebih afdal dari lafaz. :)

Hai awak! Dah ready nak kawen dengan perempuan posing sakan macam dia ni? Saya tak gedik, cuma senget sikit je. Jangan risau, dah kawen nanti saya tak macam ni lah! Haha!

Eh! Tak mahulah cakap banyak pasal kahwin kalau belajar pun tak habis lagi. Niat dalam hati sendiri cukuplah kan? Tunggu sampai jodoh dan seru nanti, terus kawen dan post gambar dalam blog sendiri! Tengok sajalah nanti, jodoh siapa yang sampai dan siapa pula yang bakal naik pelamin selepas ini.

 Teehee! :D

 
 Semua bujang dan menanti jodoh sahaja ni! :D

Owh, bagi kome-kome yang bakal berkawin dalam tempoh terdekat ni, tak mahu ajak daku merasa nasi minyak kau semua kah? InsyaAllah, ada undangan, akan daku free-free kan diri. Umi kata tak baik tolak rezeki. Semoga bertemu lagi kau semua lagi dalam lain entry.. Hihi

Assalamualaikum dan jaga diri ya teman-teman yang disayangi! :)

p/s: Dapat undangan perkahwinan dari teman sekolah menengah! Tak sangka masih lagi diingati! Terharu! :D