Sunday, September 15, 2013

Kembali Berjuang!

Salam kalian... :)

Ketika entry ini ditulis, daku sebenarnya sudah genap seminggu kembali menjadi pelajar di semester baru. Woi, tahun 2 semester 4 dah woi! Menggelabah gila lepas baru sedar dari mimpi yang diri sendiri kini sudah berada di semester 4. Makanya time nilah nak kena pikir mana tempat nak praktikal, apa tajuk untuk thesis, macam mana nak hadap killer subjek semester baru ni, dan bla-bla-bla... *nanges tepi jamban!* 

T__________T

Rasa macam tak ready lagi untuk semester baru, tapi tang bila nak bersedia pun tak tahulah. Tahu-tahu dah masuk semester baru dan pagi Isnin jam 8.30 pagi dah kena pergi kelas, mula menghadap buku dan nota dengan mata seakan bukak taknak bukak! Nasib mata wa tak serupa amoi cina. HAHA. 

Gambar pasport 3 keping diperlukan untuk pendaftaran kolej bagi semester baru. Gambar pasport yang lama masih ada, tapi kini harus dibuat koleksi saja sebab semua yang belum berhijab. Kini bila sudah berhijab, haruslah pakai gambar baru pulak. Hah! Amek pipi boolat kembang semangkuk! Muahahaha! \:D/

Dah seminggu berada di kolej, Alhamdulillah, semuanya masih baik-baik sahaja. Mohon sampai habis semester ini, semuanya akan kekal elok dan tiada cacat cela. Tapi mustahil bagi seorang Elie kalau satu sem tu takkan pernah tak ada STRESS TAHAP MEGA bila sudah kalut sana sini. Hah,. Tak caya nanti, kau tengok bila dah sampai pertengahan semester baru ni nanti! HAHA.

Beberapa hari sebelum semester baru mula, sempat keluar berjimba! Lepas ni memang takdak dah nak keluar pegi Kolumpo bersuka ria sebab nak balik rumah pun mesti sebulan sekali dua saja. Duk Shah Alam dan tatap muka ayah bonda di kolej saja lah gamaknya! Sobs! :'(

Dan paling best, semester baru ni, hari Jumaat seperti biasa, takdak kelas, Yahuuu! tapi malangnya awal minggu ini cuti sampai 4 hari sebab esok (Isnin, bersamaan 16 September 2013) adalah Hari Malaysia. Jadi dari hari Jumaat sehinggalah Isnin daku kira bercuti, dan tak balik rumah, hanya menghabiskan masa cuti di kolej. :(

"Cuti Hari Malaysia nanti, kau tak payah balik lah ea? Abah dengan umi takde kat sini. Nanti balik takde orang kat rumah pulak!" - ABAH

Nanges lagik macam ni hoiiii! T___T

Nasib baik dah biasa hidup mem'bujang'! kalau persis anak manja, tak berenggang dengan mak bapak, habislah hidup tiap kali cuti je nak balik rumah, sebab alasan, nak tidur bawah ketiak mak. Owh tidak. Itu sungguh bukan jenis daku! HAHA.

Dan sempena HARI MALAYSIA yang jatuh pada esok hari, Anak merdeka ini ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI MALAYSIA 

buat semua ANAK MALAYSIA!

dengan harapan...

BERBANGGALAH KITA MENJADI ANAK MALAYSIA! 

\:D/

Semoga MALAYSIA terus MAJU, AMAN dan SEJAHTERA!

SAYA SAYANG MALAYSIA! <3

Akhir kata, 

Selamat bercuti, selamat bergembira dan selamat untuk segalanya buat kome di luar sana. Kalau ada rezeki, kita jumpa di lain entry. Semoga kau semua murah rezeki untuk hari ini dan hari-hari seterusnya selagi bernafas di dunia ini. 

Salam sayang dari Elie, Assalamualaikum dan Jaga diri! :)

p/s: Result exam semester lepas Alhamdulillah meningkat dengan jayanya. Jadi, Ayuh berjuang untuk semester baru ini, Elie! :D