Thursday, August 1, 2013

Puasa dan Perubahan.

Salam kalian... :)

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ogos. Dah nak habis bulan puasa dah pun. Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya dah masuk bulan lapan, dan dah nak habis puasa.

 tapi sebelum tu...

BAGAIMANA PUASA KALIAN? :)

Mohon 1001 kemaafan, daku dah di penghujung bulan puasa ni barulah nak hapdet belog busuk ni ha. Banyak benda mahu diceritakan pada kau semua sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan, jadi kita cakap apa yang penting jela eh? Sempatlah jugak kome lepas rindu pada daku kan? kan? kan?! :P

Puasa daku tahun ini Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, yang mana setiap hari akan masak untuk juadah berbuka. Yelah, sekarang daku sedang bercuti semester, jadiknya kalau tak jadi tukang masak tak bergaji waktu bulan puasa ni, dakulah bibik yang akan mengemas rumah sampailah hari raya nanti! Sob-sob nanges sendiri sebab umi abah tak cuti lagi, maka dakulah buat kerja rumah seorang diri! Huuu.

Dan untuk pemberitahuan kau semua, puasa tahun ni jugak terasa berbeza sedikit kerana daku sudah pun berhijab sejak beberapa hari sebelum masuknya bulan Ramadan. Alhamdulillah. :)

Gambar pertama setelah berhijab yang diuploadkan di dalam Instagram. :)

Syukur, tahun ini niat untuk berhijab terlaksana sudah. Setelah beberapa ketika memikirkan tentang tuntutan yang satu itu, DIA yang di atas maha mendengar dan mengetahui akan apa yang terjadi telah mempermudahkan segalanya sehingga hari ini. Yelah, sebelum kita berubah, harus bersedia segala-galanya, sebab nawaitu nak berhijab bukan untuk seketika cuma, biarlah sampai ke akhir nyawa. Tapi syukur, setakat hari ini, segalanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah.

Sehari sebelum Ramadan. :)

Sebelum berhijab, daku ada bertanya pada umi, bagaimana jika mahu terus bertudung? dan ini yang dibalas..

Baguslah kalau dah bersedia. :)

Alhamdulillah, sokongan dari orang-orang sekeliling sangat membantu sebenarnya. Iyalah, kita budak baru belajar, kadang-kadang mudah lemah jika tiada sokongan sesiapa. Tapi syukur yang teramat, keluarga sendiri dan kawan-kawan yang lain menyokong dengan semua yang terjadi.  Betullah kata orang, kekuatan yang satu selain dari diri sendiri adalah sokongan padu dari mereka yang dikasihi. Kan Allah juga kasih pada semua umatnya sendiri? Ini mungkin antara sebab segalanya dipermudahkan kini ;)

Anak dara Haji Ramli dan Hajah Faridah sudah berhijab kini. :)

Betul juga kata orang, kalau sudah berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen kan. Mulanya takut juga, sebab daku belajar dalam industri seni, sangat mudah terdedah dengan dunia hiburan yang sememangnya bersifat duniawi ini. 

Kata seorang teman..

InsyaAllah, jika percaya pada rezeki, pasti semuanya akan baik-baik saja. Percaya sahaja pada Allah swt. :)

Hari ini... :)

Satu yang daku sentiasa pegang dalam hidup adalah percaya dengan takdir kita. InsyaAllah, jika nawaitu kita baik, segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita mahukan. Allah itu kan ada, pasti DIA juga akan membantu semua umatnya. :)

Puasa kali ini juga Alhamdulillah, rezeki makin murah dan makin bahagia. InsyaAllah, raya tahun ini daku berimej baru pula! Hihi. :)

Bercakap tentang puasa, kalian semua sudah berapa kali ke bazar ramadan membeli juadah berbuka? Daku belum pernah lagi ke bazar membeli juadah berbuka, semuanya masak sendiri belaka. Owh, nampak gayanya chef Elie masih lagi hebat bertukang di dapur sebenarnya! Hihi. :D

Ayam bakar buatan chef Elie! :D

Kuih raya juga selamat disiapkan untuk semua tetamu yang datang berhari raya nanti. Wah, rajin pulak kau Elie nak buat berbalang-balang kuih raya kan? Haha. Dah kata cuti, masa inilah masa untuk beraksi di dapur rumah sendiri. Praktis menjadi isteri kata orang! Eh. Gatai sungguh anak dara Haji Ramli ni. Hihi.

Kuih Tart Nenas versi Elie! :D

Nampaknya segalanya baik-baik saja sehingga hari ini. Mohon berterusan hingga ke akhir ramadan dan sampai bila-bila nanti. Kalau rajin, akan ada lagi kuih-kuih bakal disiapkan sebelum raya ini. Kalau kau semua nak merasa segala air tangan yang disediakan daku sendiri, jemputlah ke rumah hari raya nanti! 

Teeehee! :D

Sebelum hari raya nanti, insyaALLAH akan daku naikkan lagi satu entry. Itupun tengok juga pada kerajinan nanti! Hihi. Assalamualaikum dan Selamat berpuasa kau semua yang dikasihi... Semoga berjumpa di lain entry! :')

p/s: Awal nak ucap Selamat Hari Raya, wahai Elie! :p

13 comments:

cik chinta said...

Mkin cntik la...

Aimi said...

berkongsi tips pemakaian tudung pulaklah lepas ni :P

elie ni terer masaklahhhh. apa kata setiap minggu post entry ajar kawan-kawan di blog masak (: segmen 'masak-masak bersama Elie' gitu.

Amanina Mads said...

yeayy thun ni sama la kita sayang berhari raya dgn penampilan baru..


sedapnya ayam dgn kuih tu.. terer masak rupanya :)

Zulaiqa@Prof said...

moga istiqamah ya :)

cEro said...

Elie, manisnya berhijab!!
Sukanya sukanya sukanya...
Alhamdulillah...
Selamat berpuasa dan seterusnya insyaAllah minggu depan berhari raya..

;)

Lan Bingka said...

Alhamdulillah.. tahniah Elie

syafiqakarim said...

puasa penuh tak?
tak puasa,takleh raya

elie. seriously
bertambah comel,seksi,gojes,

aumm aumm
ahh ahh... ceh, sudah!


moga-moga perjalanan hidup semakin baik

boni kacak said...

Alhamdulillah.. teruskan berhijab ye.. biar kekal sehingga hujung nyawa.. besar pahala manusia yang sentiasa ingin berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ni :)

E'in said...

selamat hari raya awak... alhamdulillah dh berhijab sepenuhnye.. doakan ein ye.. asek on off je nie... :(

boni kacak said...

selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin.. tuan blog hilang ke mana ye?? sila update blog.hehe :)

redz said...

Sungguh brseri2 cik elie bibir munglis ni pabila brtudung.. :) Ehh kenal saya ke? :P

redz said...

Ehh mungils ke munglis? Haha

Azie Namico said...

wahhh ! semakin comey...serius ! cantik...