Sunday, August 25, 2013

Cerita Aidilfitri Saya.

Salam kalian... ;)

Masuk hari ini, dah genap 2 minggu lebih kita berhari raya. 

Memang saja daku hilangkan diri, nak tunggu lepas 2 minggu raya baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFILTRI kepada semua. Dan bila dah seronok sangat berhari raya, sampai lupa pasword nak bukak blog sendiri, tu sebab takdapat nak cerita pada dunia macam mana seronoknya beraya!

 HAHA. -__-'

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya yang berkurung biru! :D

Raya kau semua tahun ini macam mana? Seronok sampai lupa pasword blog sendiri tak? Haha. Raya daku tahun ini lain dari yang biasa. Tahu kenapa? Salah satu sebabnya adalah diri sendiri sudah berhijab. Makanya ini adalah raya pertama daku berhijab. Alhamdulillah. Dan selainnya, raya tahun ini kami sekeluarga beraya bertiga sahaja sebab kakya kan dah kawen tempoh hari. Jadi kami semua berkumpul beraya di kampung belah umi, iaitu di Pekan Pahang. :)

Tahun ini beraya 3 orang saja. Tahun depan tak tahulah kalau ada penambahan ahli keluarga ke apa. Eh. *gataii* :p

Buat pengetahuan kau semua, kami ni jarang balik kampung sebabnya semua ahli keluarga dan adik beradik ummi dan abah ratanya semua tinggal di Kolumpo. Jadi bila ada hari-hari tertentu atau majlis tertentu je baru semua berkumpul sanak saudara di kampung. Tapi tulah, bila semua dah balik kampung, time tulah akan ada ahli keluarga dari semua pihak, datang beraya tak henti-henti.

 Meghiah kata orang! Haha.

Orang datang beraya, kami yang makcik-makcik kenit sakanlah bergurau senda dengan anak saudara. Owh, yang kenit itulah anak saudara paling kecik dalam keluarga setakat ini. Umar namanya. :)

Kalau dah tak henti-henti orang datang beraya pada hari pertama, kami memang tak dapat keluar rumah berziarah sana saudara yang lain. Tunggu hari kedua, baru masing-masing dapat beraya di luar, Itupun malam hari. Jadiknya dapatlah berBBQ dengan semua sekali. Syiokk oo! :D

 
Lama tak kumpul ramai-ramai macam ni, sampai  saudara yang tukang bakar ayam pun dah tak kenal! Lama sangat tak jumpa. :)

Paling seronok hari raya tahun ini adalah bila semua keluarga turun Pekan Pahang, kami dapat berkumpul dan beraya sakan sampai tak ingat dunia. Time tulah baru nak tahu rupanya dah jadi makcik kepada hampir 5 orang anak saudara. Aduhai tua terasa. Kome dah boleh panggil daku Acik Elie. :p

Makcik-makcik dan anak-anak saudara! <3

Sepupu-sepupu pun semua sudah besar panjang belaka. Masing-masing tengah tunggu dan berkira siapa bakal naik pelamin dulu selepas kakya. Haha.

Kau tahu, jadi budak Kolumpo, jarang sekali nak tengok bunga api ala-ala KLCC meletup sana sini macam dekat kampung. Bila balik kampung, dorang selamba je main mercun macam perang mercun sana sini. Kami yang jakun tak hingat sampaikan bila tiap kali bunga api ala-ala KLCC meletup je, masing-masing dah get ready nak bergambar, kengkonon bunga api atas kepala lah! cett!! \:D/

Ini semuaa poyooooo! :D

Bila dah jarang balik kampung, haruslah pergi Muzium Pekan yang daku tak pernah langsung jejak. Oi, time tu jugaklah baru tahu, Muzium dah renovate oi. Cantik tak hingat gua cakap! Haha. Hari raya orang pergi beraya, daku pergi Muzium, walaupun muzium tak bukak time hari raya! Setakat amek gambar sana sini, bolehlah post kat Instagram, tulis caption...

"Sayeww dah sampai, andeww bilew lagieww?"

HAHA! :D

Jim Alif Kof Wau Nun! JAKUN! :p

Hari-hari selebihnya selepas seronok berhari raya dengan sanak saudara yang tak putus-putus datang beraya di rumah, masing-masing menghabiskan masa di kampung saja. Bukan senang semua orang nak dapat cuti panjang tak panjang ni lepas semua mak bapak bekerja kan. Sekali sekala jadi kampung girl, takde masalahnya pun. Duduk KL pun tak seronok macam ni kan? Tak percaya, pi balik kampung. Cuba sendiri! :)

 
Kampung nenek. Seram sejuk amek gambar ni . Almaklumlah rumah 'lama' :')

Ini namanya bahagia seorang anak saudara! HAHA

Rasanya dalam banyak-banyak hari raya, memang sah rasanya raya aidilfitri tahun ini yang paling meriah sekali. Bukan sahaja sebab dapat beraya sakan dengan semua ahli keluarga di kampung tercinta, tapi dapat kenal dan jumpa semula sanak saudara yang jauh di mata dekat di hati sentiasa, yang tak kenal maka tak cinta tu semua, itulah yang lebih bermakna. :)

 Nak-nak pulak, makcik pakcik atau atok nenek yang lama tak nampak anak dara yang dah besar panjang ni balik kampung, mulalah bagi duit raya lebih sikit. Haa. Kata mereka, "Lepas ni payah dah nak jumpa." Jadi, dapatlah kami sorang sekeping duit raya! Tang tu yang paling syiokk tak hingat tuu! HAHA

Muka ceria masih dapat duit raya! Yabedabeduuu! #Lompat Bintang :D

Yang sadisnya, bila masih seronok nak berhari raya di kampung dengan semua ahli keluarga, masing-masing dah kena pulang ke Kuala Lumpur atas sebab semua harus kembali bekerja. Maka tak dapatlah daku teruskan misi mengumpul lebih banyak duit raya! :(

Dan bila dah kembali ke Kuala Lumpur, maksudnya kita kembali kepada kehidupan yang asal. Beraya di rumah nenek belah abah dan sambung mengumpul duit raya di sini pula! Haa. itu yang daku suka. Perut kenyang, hati pun senang! HAHA! :P

Sebagai penutup entry kali ini...

Ada sesiapa mahu memberi duit raya kepada Elie?

Kalau mahu memberi, daku menerima tanpa segan di hati.

Jika ada undangan ke rumah terbuka, jangan lupa ajak daku sekali.

 Dengan harapan, kau semua murah rezeki! 

SALAM AIDILFILTRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

buat semua pembaca blog Elie! :)

Happy EidFitri 2013! :)

p/s: Ketika entry ini di post kan, daku baru selesai menjalani ibadah puasa ganti dan puasa sunat 6 Syawal pada semalamnya. Jadi ini adalah Hari Raya kedua buat daku sendiri! Selamat Hari Raya, Elie! :D

14 comments:

Amanina Mads said...

meriahnya raya tahun nie dear! sama2 berhijab.. hehe

selamat hari raya sayang! maaf zahir & batin =)

Norhasniza Khalid said...

wahh. meriahnya... selamat hari raya dear...

salam perkenalan dari mama...
http://mamamamy.blogspot.com

mujahidah maisarah said...

phew.gempak raya

Redz said...

Ni raya mmg meriah habes nih hahaha nak dtg rumah beraya!!

Mila Ahmad said...

meriah sangat alhamdulillah dah berhijab, sumpah cantik elie oii..
selamat hari raya elie :)

Azie Namico said...

elie...meriah nya rayaaaaa...seronok menengok kamu ! selamat hari raya...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

salam kenal dan selamat hari raya.. meriahnya sambutan aidilfitri di kampung.. singgah&follow di sini.. :D

Lan Bingka said...

Amboi meriahnya. Selamat Hari Raya!

Pangeran Akram said...

Manis bertudung. Comel gitu. haha :D

Ali and TheBlogg said...

Oo...muzium pekan yg dkt dgn sungai tuh yea,wow! Cantik dah,mst dah byk berubah bandar pekan skang,penah jd org pekan 05/06...hehe,slmt hari raye...:)

E'in said...

selamat hari raya elie.. best laa die ade kampung...

syafiqakarim said...

oit. bahagianyaaaaaaaaaaaaa
nampak. comel meow meow

jelly muchie muchie.
haha!


elie lupa bg kite duit raya

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Very nice moment. Suka kan bila dpt kumpul ramai2. Apapun, terbaik gmbar2 tuh. Cunzzz...ehheehhe.

P/S: Tahniah sebab berjaya rebut peluang puasa 6 tuh yer. Terbaik sgt.

ANNA MARIANA said...

meriah sungguh raya tahun ni kan..