Saturday, August 31, 2013

Dua Puluh Dua Tahun Sebagai Anak Merdeka!

Salam kalian... ;)

31 OGOS 2013.

Genap 22 tahun daku dilahirkan sebagai anak merdeka! :)

ALHAMDULILLAH...

Ungkapan penuh makna untuk setiap apa yang terjadi dalam hidup seorang gadis bernama ELIE! 

:)

22 tahun hidup, DIA yang di atas sangat hebat dalam memberikan daku segala yang terbaik dalam hidup. DIA berikan daku dugaan, tapi DIA juga akan sentiasa kembalikan daku dengan senyuman. Jatuh bangun daku sentiasa ada orang yang membantu untuk bangkit kembali. Bahagia daku sentiasa bersama mereka di sisi. Kejayaan daku sentiasa dikongsi dengan semua yang mendoakan daku sehingga hari ini. :)

Syukur ke hadrat Illahi, pada usia 22 tahun, perubahan diri sendiri terjadi. DIA memakbulkan doa daku selama ini. Sememangnya ini yang terbaik untuk dibanggakan oleh diri sendiri. :)

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah...

Perjalanan masih jauh. Angka 22 tahun baru permulaan. Banyak lagi yang mahu dikecapi. Banyak lagi bakal terjadi. Banyak lagi perlu ditempuhi. 

Tapi Elie, bangkitlah selalu. Berikan yang terbaik dalam setiap hidupmu. DIA yang di atas Maha Tahu. DIA juga pasti akan sentiasa ada untuk membantu. Percaya saja pada dirimu. InsyaAllah rezeki sentiasa berpihak kepada kamu! 

SELAMAT HARI JADI, ELIE.

dan

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA!:)

Semalam. Sempat makan meatballs dan wedges Abang Bakar di Ampang, beberapa minit sebelum berusia 22 tahun! Hihi! :D

Terima kasih tuhan, atas segala apa yang terjadi. Terima kasih untuk semua yang mendoakan daku sehingga hari ini. Moga doa kalian sentiasa mengiringi gadis bernama Elie! Moga kalian juga murah rezeki. :)

Selamat bercuti dan selamat untuk segala-galanya! Assalamualaikum! 

:)

p/s: Bangun pagi hari ini, dapat ciuman dari umi sempena hari jadi sendiri. Syukur, itu namanya nikmat dari Ilahi! :)

Sunday, August 25, 2013

Cerita Aidilfitri Saya.

Salam kalian... ;)

Masuk hari ini, dah genap 2 minggu lebih kita berhari raya. 

Memang saja daku hilangkan diri, nak tunggu lepas 2 minggu raya baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFILTRI kepada semua. Dan bila dah seronok sangat berhari raya, sampai lupa pasword nak bukak blog sendiri, tu sebab takdapat nak cerita pada dunia macam mana seronoknya beraya!

 HAHA. -__-'

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya yang berkurung biru! :D

Raya kau semua tahun ini macam mana? Seronok sampai lupa pasword blog sendiri tak? Haha. Raya daku tahun ini lain dari yang biasa. Tahu kenapa? Salah satu sebabnya adalah diri sendiri sudah berhijab. Makanya ini adalah raya pertama daku berhijab. Alhamdulillah. Dan selainnya, raya tahun ini kami sekeluarga beraya bertiga sahaja sebab kakya kan dah kawen tempoh hari. Jadi kami semua berkumpul beraya di kampung belah umi, iaitu di Pekan Pahang. :)

Tahun ini beraya 3 orang saja. Tahun depan tak tahulah kalau ada penambahan ahli keluarga ke apa. Eh. *gataii* :p

Buat pengetahuan kau semua, kami ni jarang balik kampung sebabnya semua ahli keluarga dan adik beradik ummi dan abah ratanya semua tinggal di Kolumpo. Jadi bila ada hari-hari tertentu atau majlis tertentu je baru semua berkumpul sanak saudara di kampung. Tapi tulah, bila semua dah balik kampung, time tulah akan ada ahli keluarga dari semua pihak, datang beraya tak henti-henti.

 Meghiah kata orang! Haha.

Orang datang beraya, kami yang makcik-makcik kenit sakanlah bergurau senda dengan anak saudara. Owh, yang kenit itulah anak saudara paling kecik dalam keluarga setakat ini. Umar namanya. :)

Kalau dah tak henti-henti orang datang beraya pada hari pertama, kami memang tak dapat keluar rumah berziarah sana saudara yang lain. Tunggu hari kedua, baru masing-masing dapat beraya di luar, Itupun malam hari. Jadiknya dapatlah berBBQ dengan semua sekali. Syiokk oo! :D

 
Lama tak kumpul ramai-ramai macam ni, sampai  saudara yang tukang bakar ayam pun dah tak kenal! Lama sangat tak jumpa. :)

Paling seronok hari raya tahun ini adalah bila semua keluarga turun Pekan Pahang, kami dapat berkumpul dan beraya sakan sampai tak ingat dunia. Time tulah baru nak tahu rupanya dah jadi makcik kepada hampir 5 orang anak saudara. Aduhai tua terasa. Kome dah boleh panggil daku Acik Elie. :p

Makcik-makcik dan anak-anak saudara! <3

Sepupu-sepupu pun semua sudah besar panjang belaka. Masing-masing tengah tunggu dan berkira siapa bakal naik pelamin dulu selepas kakya. Haha.

Kau tahu, jadi budak Kolumpo, jarang sekali nak tengok bunga api ala-ala KLCC meletup sana sini macam dekat kampung. Bila balik kampung, dorang selamba je main mercun macam perang mercun sana sini. Kami yang jakun tak hingat sampaikan bila tiap kali bunga api ala-ala KLCC meletup je, masing-masing dah get ready nak bergambar, kengkonon bunga api atas kepala lah! cett!! \:D/

Ini semuaa poyooooo! :D

Bila dah jarang balik kampung, haruslah pergi Muzium Pekan yang daku tak pernah langsung jejak. Oi, time tu jugaklah baru tahu, Muzium dah renovate oi. Cantik tak hingat gua cakap! Haha. Hari raya orang pergi beraya, daku pergi Muzium, walaupun muzium tak bukak time hari raya! Setakat amek gambar sana sini, bolehlah post kat Instagram, tulis caption...

"Sayeww dah sampai, andeww bilew lagieww?"

HAHA! :D

Jim Alif Kof Wau Nun! JAKUN! :p

Hari-hari selebihnya selepas seronok berhari raya dengan sanak saudara yang tak putus-putus datang beraya di rumah, masing-masing menghabiskan masa di kampung saja. Bukan senang semua orang nak dapat cuti panjang tak panjang ni lepas semua mak bapak bekerja kan. Sekali sekala jadi kampung girl, takde masalahnya pun. Duduk KL pun tak seronok macam ni kan? Tak percaya, pi balik kampung. Cuba sendiri! :)

 
Kampung nenek. Seram sejuk amek gambar ni . Almaklumlah rumah 'lama' :')

Ini namanya bahagia seorang anak saudara! HAHA

Rasanya dalam banyak-banyak hari raya, memang sah rasanya raya aidilfitri tahun ini yang paling meriah sekali. Bukan sahaja sebab dapat beraya sakan dengan semua ahli keluarga di kampung tercinta, tapi dapat kenal dan jumpa semula sanak saudara yang jauh di mata dekat di hati sentiasa, yang tak kenal maka tak cinta tu semua, itulah yang lebih bermakna. :)

 Nak-nak pulak, makcik pakcik atau atok nenek yang lama tak nampak anak dara yang dah besar panjang ni balik kampung, mulalah bagi duit raya lebih sikit. Haa. Kata mereka, "Lepas ni payah dah nak jumpa." Jadi, dapatlah kami sorang sekeping duit raya! Tang tu yang paling syiokk tak hingat tuu! HAHA

Muka ceria masih dapat duit raya! Yabedabeduuu! #Lompat Bintang :D

Yang sadisnya, bila masih seronok nak berhari raya di kampung dengan semua ahli keluarga, masing-masing dah kena pulang ke Kuala Lumpur atas sebab semua harus kembali bekerja. Maka tak dapatlah daku teruskan misi mengumpul lebih banyak duit raya! :(

Dan bila dah kembali ke Kuala Lumpur, maksudnya kita kembali kepada kehidupan yang asal. Beraya di rumah nenek belah abah dan sambung mengumpul duit raya di sini pula! Haa. itu yang daku suka. Perut kenyang, hati pun senang! HAHA! :P

Sebagai penutup entry kali ini...

Ada sesiapa mahu memberi duit raya kepada Elie?

Kalau mahu memberi, daku menerima tanpa segan di hati.

Jika ada undangan ke rumah terbuka, jangan lupa ajak daku sekali.

 Dengan harapan, kau semua murah rezeki! 

SALAM AIDILFILTRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

buat semua pembaca blog Elie! :)

Happy EidFitri 2013! :)

p/s: Ketika entry ini di post kan, daku baru selesai menjalani ibadah puasa ganti dan puasa sunat 6 Syawal pada semalamnya. Jadi ini adalah Hari Raya kedua buat daku sendiri! Selamat Hari Raya, Elie! :D

Thursday, August 1, 2013

Puasa dan Perubahan.

Salam kalian... :)

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ogos. Dah nak habis bulan puasa dah pun. Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya dah masuk bulan lapan, dan dah nak habis puasa.

 tapi sebelum tu...

BAGAIMANA PUASA KALIAN? :)

Mohon 1001 kemaafan, daku dah di penghujung bulan puasa ni barulah nak hapdet belog busuk ni ha. Banyak benda mahu diceritakan pada kau semua sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan, jadi kita cakap apa yang penting jela eh? Sempatlah jugak kome lepas rindu pada daku kan? kan? kan?! :P

Puasa daku tahun ini Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, yang mana setiap hari akan masak untuk juadah berbuka. Yelah, sekarang daku sedang bercuti semester, jadiknya kalau tak jadi tukang masak tak bergaji waktu bulan puasa ni, dakulah bibik yang akan mengemas rumah sampailah hari raya nanti! Sob-sob nanges sendiri sebab umi abah tak cuti lagi, maka dakulah buat kerja rumah seorang diri! Huuu.

Dan untuk pemberitahuan kau semua, puasa tahun ni jugak terasa berbeza sedikit kerana daku sudah pun berhijab sejak beberapa hari sebelum masuknya bulan Ramadan. Alhamdulillah. :)

Gambar pertama setelah berhijab yang diuploadkan di dalam Instagram. :)

Syukur, tahun ini niat untuk berhijab terlaksana sudah. Setelah beberapa ketika memikirkan tentang tuntutan yang satu itu, DIA yang di atas maha mendengar dan mengetahui akan apa yang terjadi telah mempermudahkan segalanya sehingga hari ini. Yelah, sebelum kita berubah, harus bersedia segala-galanya, sebab nawaitu nak berhijab bukan untuk seketika cuma, biarlah sampai ke akhir nyawa. Tapi syukur, setakat hari ini, segalanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah.

Sehari sebelum Ramadan. :)

Sebelum berhijab, daku ada bertanya pada umi, bagaimana jika mahu terus bertudung? dan ini yang dibalas..

Baguslah kalau dah bersedia. :)

Alhamdulillah, sokongan dari orang-orang sekeliling sangat membantu sebenarnya. Iyalah, kita budak baru belajar, kadang-kadang mudah lemah jika tiada sokongan sesiapa. Tapi syukur yang teramat, keluarga sendiri dan kawan-kawan yang lain menyokong dengan semua yang terjadi.  Betullah kata orang, kekuatan yang satu selain dari diri sendiri adalah sokongan padu dari mereka yang dikasihi. Kan Allah juga kasih pada semua umatnya sendiri? Ini mungkin antara sebab segalanya dipermudahkan kini ;)

Anak dara Haji Ramli dan Hajah Faridah sudah berhijab kini. :)

Betul juga kata orang, kalau sudah berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen kan. Mulanya takut juga, sebab daku belajar dalam industri seni, sangat mudah terdedah dengan dunia hiburan yang sememangnya bersifat duniawi ini. 

Kata seorang teman..

InsyaAllah, jika percaya pada rezeki, pasti semuanya akan baik-baik saja. Percaya sahaja pada Allah swt. :)

Hari ini... :)

Satu yang daku sentiasa pegang dalam hidup adalah percaya dengan takdir kita. InsyaAllah, jika nawaitu kita baik, segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita mahukan. Allah itu kan ada, pasti DIA juga akan membantu semua umatnya. :)

Puasa kali ini juga Alhamdulillah, rezeki makin murah dan makin bahagia. InsyaAllah, raya tahun ini daku berimej baru pula! Hihi. :)

Bercakap tentang puasa, kalian semua sudah berapa kali ke bazar ramadan membeli juadah berbuka? Daku belum pernah lagi ke bazar membeli juadah berbuka, semuanya masak sendiri belaka. Owh, nampak gayanya chef Elie masih lagi hebat bertukang di dapur sebenarnya! Hihi. :D

Ayam bakar buatan chef Elie! :D

Kuih raya juga selamat disiapkan untuk semua tetamu yang datang berhari raya nanti. Wah, rajin pulak kau Elie nak buat berbalang-balang kuih raya kan? Haha. Dah kata cuti, masa inilah masa untuk beraksi di dapur rumah sendiri. Praktis menjadi isteri kata orang! Eh. Gatai sungguh anak dara Haji Ramli ni. Hihi.

Kuih Tart Nenas versi Elie! :D

Nampaknya segalanya baik-baik saja sehingga hari ini. Mohon berterusan hingga ke akhir ramadan dan sampai bila-bila nanti. Kalau rajin, akan ada lagi kuih-kuih bakal disiapkan sebelum raya ini. Kalau kau semua nak merasa segala air tangan yang disediakan daku sendiri, jemputlah ke rumah hari raya nanti! 

Teeehee! :D

Sebelum hari raya nanti, insyaALLAH akan daku naikkan lagi satu entry. Itupun tengok juga pada kerajinan nanti! Hihi. Assalamualaikum dan Selamat berpuasa kau semua yang dikasihi... Semoga berjumpa di lain entry! :')

p/s: Awal nak ucap Selamat Hari Raya, wahai Elie! :p