Monday, July 8, 2013

Saya Pelajar Art Management.

Salam kalian... :)

Hai semua orang! 

Sebelum apa-apa.. boleh tak nak jerit kuat-kuat yang daku dah habis semester 3 untuk degree ini! Hooray!! :))

Yup! Semester 3 ini sumpah tak tipu penatnya lain macam! Sebabnya, event yang terpaksa kami handle sebagai pelajar Art Management kemain banyak lagi untuk sem ini. Pergh. Tak hingat penat yang menggila. Dengan assignment yang bertimbun lagi, mana nak lari pikir pasal event, mana lagi nak pikir pasal anak kat umah? Eh, dah kawen ke? Hahaha. :p

Tapi serius talk, semester kali ini, memang daku dan kawan-kawan bekerja keras untuk dapat result cemerlang! Kalau tak dapat anugerah dekan lagi tahun ni, alamatnya adalah tu silap kat mana-mana. Haish. Mintak simpang! 

Okay, untuk sem 3 ni, event pertama yang kami handle adalah Teater 4 Penjuru

Teater pertama yang diterbitkan oleh production kami sendiri. Untuk teater 4 Penjuru, selain jadi crew, daku lah pengacara majlis pada malam tu. Haha. Dah lama tak pegang mic berakap kat depan orang ramai selain presentation, memanglah buat diri sendiri ketaq lutut! 

 Emcee cungg! :p

Nasib baik waktu diploma dulu memang dah terbiasa dengan kerja sebagai emcee ni, jadi takdelah kabut sangat. Cuma sebab tak cukup masa nak berlatih tulah yang buat diri tak senang duduk beberapa jam sebelum majlis start. Nasib baik jugak partner emcee pada malam itu, Fattah Hero Remaja jenis yang boleh layan je. Kaver line mana-mana yang slek! Sebab dia dengan daku pun 2x5 je! Haha. 

Back stage! Sambil teater sedang berjalan di atas stage, kami di belakang bincanglah apa yang patut. Kata kerjasama! Owh, yang baju putih tulah Fattah, Hero Remaja 2012/13. Ehem! HAHA. :p

Alhamdulillah, walaupun rushing dengan kelas yang pack, tapi sebab semua orang nak berikan yang terbaik untuk Teater 4 Penjuru, semuanya berjalan lancar! Tiket pun sold out, komen positif pun kami terima dari setiap tetamu yang hadir, syukur-syukur! :)

Emcee and the bodyguards! :D

Lepas komen dan feedback positif yang kami terima, mungkin ada petanda kami bakal restage kembali teater 4 Penjuru ini. Tapi semuanya masih dalam perancarangan awal. Ada rezeki, insyaAllah, semester hadapan baru dipentaskan sekali lagi. Masihkah daku yang menjadi pengacara majlis? Itu kena tunggu dan lihat sendiri! Apa-apa berita baik, bakal diberitahu kelak ya kome sekalian? Hihi.

Everybody happy, same goes to me! :)

Kemudiannya, masuk pulak ke Teater Kenduri Nikah dan Rizal

Yang ini daku hanya terlibat sebagai usher atau gadis yang membawa Vip ke seat sahaja. Tapi hello, tahu tak kerja sebagai seorang usher itu jugak memeningkan. Memanglah daku kenai semua VVIP yang hadir kan? Silap haribulan, pelajar sendiri pun daku bawak duduk seat depan sekali bertaraf 4 bintang! HAHA.

Bertemakan kenduri kawen, sebab tu kami semua pakai ala-ala kenduri. Siap ada bunga penanggah lagi dipinkan di baju. Woah! :))

Bertempat di BK500, UiTM Puncak Alam, Teater Kenduri Nikah dan Rizal ini berlangsung selama 3 hari dan alhamdulillah, semuanya berjalan baik. dan Tahniah, mendapat anugerah Teater Terbaik untuk Malam KaryaOne tempoh hari! *Bangga!* :)

Penat tak hilang lagi, dah kena handle event lain pulak! Yang ini memang secara tiba-tiba dimintak oleh lecturer untuk kami handle event yang melibatkan semua pelajar fakulti sendiri, semua lecturer dan beberapa VVIP . Nak taknak, kerja tetap kerja. Kata markah kan. Harus buat dengan bersungguh-sungguh!

Malam Anugerah Dekan 2013.

Okay, untuk Malam Anugerah Dekan 2013 ni, semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam exam sem lepas dianugerahkan sijil penghargaan, dan seperti biasa, memang nama daku takde dalam senarai, sebabnya belum ada rezeki nak jadi pelajar dekan! Jadiknya dakulah pengurus pentas untuk malam itu. Stage manager berjaya katanya! Anugerah dekan je tak dapat lagi! cis, takpe, tunggu semester ini, insyaAllah . Aminn! HAHA :D 

Bersama ketua Stager Manager pada malam itu. Syazana Kepli! Beliau pun antara yang dianugerahkan penerima anugerah dekan! Congrats roommate! :D

Pagi pergi kelas, petang dah turun rehearsal untuk Malam Anugerah Dekan. hampir 3 hari jugaklah macam tu hidup sebagai pelajar Art Management! Rehearsal dari pukul 4 sampai maghrib, pukul 7 setengah dah kena turut duty. Owh berlari sana sini lah kami. Memang berlari sana sini, nak bagi event berjalan lancar kan? :)

Kome jangan salah anggap ya? Kami bukan pengantin yang lari pada malam itu, kami bertugas pada malamnya. Tapi dah kenapa baju masing-masing sama pulak! haha

Seminggu selepas berakhirnya event Malam Anugerah Dekan, kita pergi pulak ke acara yang lagi membunuh! Ini serius cakap, memang membunuh!  Sebabnya, dah nak dekat final exam, tiba-tiba kami dapat tahu kena handle event besar selama 3 hari lamanya. Memang tak sempat nak goyang kaki makan kuaci kat umah sambil study, dah kena larik pegi Dewan Seri Budiman untuk Malam Apresiasi Filem pulak!

Sekali lagi diberi mandat supaya menjadi Stage Manager pada Malam Apresiasi Filem, Alhamdulillah, daku lakukan dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat pengalaman jadi Stage Manager untuk event besar kan? Jadi apa yang diminta kita lakukan, eloklah dijayakan dengan nawaitu yang baik. :)

Hai, saya Stage Manager Kenit! :D

Jadi stage manager tak susah kalau kau tahu flow acara dan apa nak buat kalau jadi perkara-perkara tak diingini, tapi yang susah bila kau kena bekerja cepat dan terkejar-kejar dengan semua benda. Mana nak pikir bahagian ini, Vip mana akan berucap lah, lepas ni tayangan filem apa lah, pukul berapa penonton masuk dewan,. Itu semua kau kena buat dan pikirkan dalam satu masa. Hoiiiaaiii! 

"Kau jangan lupa, lepas habis je polan tu turun pentas, kita kena turunkan Rostrum and masukkan mic. Letak kat tengah stage tau! Jangan lupa!" :D

Yang lagi pening adalah bila semua que datang dari Stage Manager sendiri. Hah. Itulah kata orang, kerja biar laju, tapi tenang dan jangan gopoh! Sebabnya kalau Stage Manager sendiri gopoh buat kerja, sampai lupa arahan nak bagi pada crew lain, habislah berterabur event jawabnya. 

Belakang stage, dia pening seorang diri! HAHA

Tapi seperti biasa, kalau tak pening buat event, bukan pelajar management lah kata orang! Kau dah rupa macam zombie pun sebab berkampung 3 hari untuk uruskan event, tapi kalau hasilnya baik, semua orang akan ingat dan pandang! Itu yang terbaik! :)

 Zombie management yang berjaya! :)

Lepas event berakhir, tak sah kalau semua orang tak tunjuk muka senyum puas! Penat buat kerja pun hilang kalau apa yang berlaku tu semua berjalan dengan jayanya! :)

Event terakhir yang kami uruskan sebelum tamatnya semester 3 ini adalah Malam KaryaOne 2013

Peh, ni tak payah cakap penat dan gilanya macam mana, sebab ianya berlangsung sehari selepas berakhirnya Malam Apresiasi Filem. Kau bayangkan, 2 event berlangsung dalam masa yang sama! Sampaikan info pasal dua-dua event pun dah bercampur! Gila tak buat kerja?! HAHA

Call time pukul 8 pagi, semua maisng-masing dah bersiap untuk jadi Stage Manager sekali lagi dalam Malam KaryaOne 2013. Hoi. Ini memang penat sebab hari sebelumnya kau jadi Stage Manager untuk event lain, hari ini kau jadi Stage manager untuk event berbeza pulak. Jam 8 pagi dah gerak pergi dewan, 3 pagi esoknya baru balik kolej. Sebab? Tunggu event settle, baru boleh balik! Standard lah kalau kerja. :)

 Tema Malam KaryaOne 2013, Color Block! Sebab tu kau tengok kami semua pakai baju warna warni. Padahal duduk belakang pentas je. Tapi dressupnya mengalahkan retis yang datang! Haha.

Malam KaryaOne 2013 sebenarnya adalah malam untuk memberi pengiktirafan kepada semua calon-calon yang karya mereka tersenarai dalam setiap kategori yang dipertandingkan pada malam itu. Dan alhamdulillah, Mustakim Rawi, kawan kami antara yang menang bagi kategori Pengurusan Filem Pendek Terbaik! He deserve it! :))

Apa lagi der? Belanja kawan-kawan Ais Kacang laaa! Haha :D

Dan seperti biasa jugak, kalau ada event, mesti ada masalah. Tapi yang kali ni, masalah wujud 2 minit sebelum berlangsungnya majlis ni, siapa nak menjawabnya? Haha. Tapi dah kata stage manager, kau nak ke tak nak, kau jugak yang kena settlekan apa-apa masalah yang timbul sebab tugas sebagai stage manager adalah unutk memastikan semua flow majlis berjalan lancar! dan syukur, segalanya berakhir dengan jayanya! :)

Girl power! Kamilah antara stage manager yang berjaya tu! ;)

Malam KaryaOne 2013 juga adalah penutup tirai bagi semester ini sebelum berlangsung exam kami seminggu selepasnya. Penat lelah kami selama semester 3 ini harapnya terbayar dengan keputusan akhir bulan Ogos nanti. Mohon doa untuk kami semua dari kau yang hebat-hebat belaka di luar sana dan insyaAllah, berkat usaha dan doa dari semua, akan adalah berita gembira dari kami semua. :)

Congratulation Managers and All the Best for the final results! Much Love! <3

Kepada semua yang belum habis menjawab final paper, Selamat Berjaya ya? InsyaAllah, ada rezeki, akan adalah entry baru daku naikkan untuk kau semua yang merindui daku sentiasa! Haha 

Jaga diri dan Assalamualaikum semua! :)

p/s: Minggu depan dah puasa kan? Selama berpuasa komeee! :D