Sunday, June 16, 2013

Kakakku Kini Seorang Puan!

Salam kalian.. :)

Dalam sibuk-sibuk daku belajar ni, selalu sangat majlis keraian bersama keluarga daku tak dapat nak join. Orang lain makan sate, ayam bakar kat rumah, yang kita ni tengok je lah kat ternet gambar-gambar menusuk kalbu, meleleh air mata sebab tak dapat join! Dah kata tak dapat nak balik rumah, bizi bebenor.. Sadiss!

Tapi kalau dah adik beradik sendiri nak kawen, kau tak balik, tak ke pulak katanya kuang asam punya adik kan? Nak-nak lagi yang kawen satu-satunya kakak kandung yang daku ada. Harus awal-awal dah mintak cuti! :)

Sebelum tu...

Apa khabar kau semua? 

Rendu daku? Tahuuu! :p

Okay-okay. Jangan cakap banyak. Lets straight to the point!

Alhamdulillah, 19 Mei 2013 yang lepas, daku sudah pun selamat dapat abang ipar! Ceiit, cakap macam dapat baby kan? Haha. Kakya sudah pun selamat mendirikan rumah tangga. Syukur, segalanya selesai dengan selamatnya dan lancarnya macam yang dirancang. :)

Hari sebelum majlis nikah, kami buat marhaban di rumah, dan malam berinai untuk kakya. Buat pun cara kecil-kecilan je. Biarlah semuanya berjalan secara bersederhana saja kan. Kata orang mohon segala perjalanan dan perancangan mendapat berkat dari Nya kan? InsyaAllah. :)

Malam Berinai.

Bakal pengantin dan sidang Marhaban. :)

Majlis Nikah.

Esok pagi, 18 Mei 2013, barulah kita fokus betul-betul kat majlis seterusnya. Majlis nikah yang paling semua paling serabut dengan hantarannya, dengan pengantin lagi, macam-macam hal! Tapi kalau Allah dah aturkan semuanya akan berjalan baik-baik saja, pasti semuanya menjadi mudah kan. Alhamdulillah, sekali lafaz, kakya dah pun sah menjadi Isteri kepada Muhamad Amer Bin Ahmad. :)

Abah sebagai wali dan menantunya! :)

Dah sah makanya dah boleh sentuh! Yay! Haha.

:)

Sebak juga tengok kakak sendiri sudah selamat menjadi milik orang lain, makanya di rumah takboleh dah la nak kongsi katil tidur dengan kakya, nak gurau-gurau macam dulu pun kena ada caranya, kan dah ada abang ipar, segala-galanya perlu kena dengan cara dan gayanya. Nanti kat rumah pun harus sunyi dari dulu. Kan beliau dah pindah rumah ikut suami nanti. Tapi takpe,yang penting katil di bilik kini daku kongker sengsorang jawabnya! Muahahaha! \:D/

Panggillah beliau Puan Dahlia! :D

Settle saja majlis nikah, petangnya kami selesaikan apa yang patut untuk majlis esok pagi macam goodie bags dan segalanya. ;)

Masuk pulak Majlis Sanding pada esok hari, 19 Mei 2013. 

Yang ini lagilah hari keramat sebabnya semua orang sangat risau dengan perjalanan majlis. Berlangsungnya di Dewan JPS Taman Tasik Ampang Hilir, semua keluarga sibuk nak menguruskan tetamu yang hadir, keadaan dewan, pengantin dan semuanya! Pagi-pagi lagi semua orang dah bangun sebab takut lewat pergi dewan. Nak buat kerja harus express dan cekap! :)

Tema majlis adalah GOLD! <3

Daku ni jenis keluarga yang jumlahnya sangat ramai. Sampai kadang-kadang sedara mana yang datang dari belah abah atau umi yang kadang-kadang tak pernah jumpa, datang dari negeri mana pun memang tak kenal lah kan. Bila dah kakak sendiri yang kawen, mestilah kena sambut tetamu. Makanya yang tak kenal, kita buat-buat kenal jela ya? Haha

Anak dan emak sama melaram sampai tetamu konfius sapa yang kawen sebenarnya? Haha

Pengantin, Pelamin dan Pengapit. ;)

Kami pilih warna gold sebab nak bagi kontra dari warna baju dan pelamin kakya. Pengantin pakai tema warna putih, jadi takkanlah keluarga pun nak pakai putih juga kan? Harus pakai warna yang lain sebab karang pengantin tenggelam. Dan tema gold jugak sebab nak bagi majlis nampak 'mewah' walaupun kami buat sederhana saja. Yang penting kena pandai lah mix and match colors kan? Barulah akan nampak hasilnya. Kata budak seni! :)

Pengantin. :)

Kalau sapa-sapa dari kau semua nak tengok pengantin berjalan masuk ke dewan, makanya boleh tengok di video yang daku upload terus di blog. :)



 Haa. Rajin kan nak pegi rekod kakak berjalan masuk dewan? Memang tak sempatlah! Daku nak melayan tetamu dan keluarga yang datang pun tak menang tangan. Nasib baik ada @syazanaKepli yang bijak pegi rekod video untuk tatapan ramai. HAHA.

Sesi potong kek!

Syukur tak terhingga sebab akhirnya kakak sendiri kawen dengan lelaki pertama yang beliau kenal dan bercinta selama hampir 13 tahun lamanya dan harap mereka kekal bahagia sampai ke syurga. InsyaALLAH. :)

Lovebirds! <3

Bila tengok orang lain kawen, kau sendiri pun rasa nak kawen kan? Tiap kali pergi majlis kawen, macam tulah perasaannya. Sama je setiap masa. hee. Tapi duit takde, umur pun tak cukup lagi, macam mana nak kawen? Haha. Gatai anak dara sekor ni tau. Hahah

Berkebaya, berkain batik Jawa, Bersanggul rapi, persis Nyonya Mansur di majlis bersanding Kakya. :)

Majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir pada 4 petang akhirnya berjalan lancar. Alhamdulillah. Ramai yang puji makanan yang disajikan, majlis yang dijalankan, dan segalanya baik-baik belaka. Syukur! Terima kasih kepada semua yang hadir, semua yang membantu, semua yang terlibat secara langsung dan tidak, terima kasih... terima kasih... dan terima kasih dari Elie sekeluarga. :)

Family members yang banyak membantu dari awal hingga akhir! :)

Rakan-rakan yang hadir juga terima kasih sangat-sangat walaupun ada yang sampai sesat-sesat jalan, siap telefon daku berkali-kali tanya lokasi dewan kat mana, tapi akhirnya sampai ke dewan dengan selamatnya. Terima kasih tidak terhingga! :)

Beautiful classmate! Hah. Cepat pilih nak bunga yang mana? Hihi

 Lelaki-lelaki ganteng semua ini adalah rakan-rakan sekelas. Kaum Hawa, mahu yang mana? Cepat bagitahu daku, nanti daku sampai kan pesan! :)

Dan yang paling penting, terima kasih kepada gadis-gadis kesayangan dan rakan-rakan diploma yang hadir walaupun mereka semua busy dengan kerja dan tugasan masing-masing, tapi masih sempat datang dan memeriahkan majlis! Thankyou so much ladies! <3

 Makhluk tuhan paling seksi ini semua adalah bunga-bunga kesayangan saya! <3

Pada yang tidak hadir dan tak sempat hadir atau tidak dijemput atau apa sekali pun, mohon maaf tidak terhingga dari kami sekeluarga, tapi terima kasih kerana mendoakan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah, ada rezeki, kenduri daku nanti baru dapat jemput semua! Tapi kome kena tunggulah. Masa daku mungkin lewat lagi. Hihi :p

Owh, sebenarnya lepas berakhir sahaja majlis sanding kakya di Ampang, kami berehat 2 minggu sekejap. Kemudian barulah kita terus ke majlis bertandang di tempat abang ipar pula. Moh kita turun ke Felda Purun di Pahang sana! :)

Majlis Bertandang. 

Tema Maroon untuk majlis bertandang 1 Jun 2013. :)

Nak ke majlis bertandang ni juga banyak cabarannya tahu dok? Nak-nak lagi masuk jalan kampung, berliku sana sini. Sepanjang jalan memang daku tidur jelah. Dah bangun, tidur, bangun semula pun tak sampai-sampai lagi, dah macam mana tu? Nasib baik tak drive. Kalau tak, memang banyak kali berhentilah gamaknya! Haha

Untuk Majlis Bertandang di rumah abang Amer, kami tak kalut nak sediakan banyak benda sangat sebab bahagian kami dah selesai di dewan tempoh hari kan. Jadi hanya bawa hantaran sebanyak beberapa dulang saja dan selebihnya hanya bawak diri sahaja. Hihi

Menjadi Saloma dengan Peplum dan Songket di Majlis Bertandang kakya! :)

Pergi Purun selama 2 hari saja sebabnya ahli keluarga yang lain ada urusan kerja masing-masing, tapi seronok sebab kat KL tak dapat nak tengok kelapa sawit dan ladang getah. Pagi-pagi pun dah dengar ayam berkokok. Payah benar nak dengar bunyik orang hon sana sini. Kalau Kat KL, subuh-subuh dah dengar kereta meluncur kat jalan kan? Haha. 

Pagi-pagi pun dah kena bangun awal sebab umi dah suruh bersiap pakai baju maroon. Tapi sebab utama bangun awal adalah sebab nak berebut bilik air! Biasalah bila dah duduk homestay, family ramai yang duduk sekali, masing-masing mandi taknak pulak lama kan? Haha. Pukul 11 semua dah kena gerak pegi rumah Abang Amer. Keluarga Maroon sudah tiba! :)

Melaram lagik 2 beranak nih! Suka benar melaram kan? Haha

The Maroon 5! :D

Selesai sahaja majlis bertandang Kakya di sebelah lelaki, makanya berakhirnya majlis kami untuk dua-dua belah pihak. Sangat penat sebenarnya, tapi Alhamdulillah, segalanya selesai dengan lancar dan berjalan baik. Syukur, sekarang semua orang pun dah tak payah pikir pape dah pasal majlis itu dan ini sebab segalanya dah selesai. Kakya pun mungkin dah boleh tumpukan peranan sebagai isteri pulak lah lepas ni! :D

Selamat Pengantin Baru, Puan Dahlia! :)

Dah settle kakya, lepas ni mungkin boleh pikir untuk kenduri sendiri pulak? Eh??? Kau semua doakanlah daku cepat-cepat naik pelamin ya? Kata orang, kalau ada doa, ada restu dari orang ramai, InsyaAllah menjadi! Hai, moga masin mulut sendiri! :p

Bakal. InsyaAllah! #Aminnnn :')

Owh, lupa bagitahu. Daku dah nak habis semester 3, jadi akan makin busy dengan event dan projek akhir sem. Mungkin entry lepas ni akan cerita pasal event yang daku uruskan saja. Takpe kan? Takpe leteww. Daku tahuuu! hihi

Jumpa dalam entry seterusnya! Terima kasih baca. Assalamualaikum dan jaga diri sayangs sekalian! 

Happy sunday everyone! :)

p/s: Lepas sahaja kenduri kawen kakya, banyak pulak kenduri kawen kena attend! Busy-busy! :D