Wednesday, May 8, 2013

Lagi Cerita di Korea.

Salam kalian... :)

Sudah daku bilang, lepas update satu entry di belog, makanya untuk melihat daku update entry panjang lebar mencecah ke simen rumah sekali lagi adalah selepas selang sebulan lamanya. Iya, kau tak percaya, pergi bukak balik entry sebelum ni, dan tengok bila tarikh terakhir daku update belog.

Haa. Kan da bilang! :D 

Sebenarnyalah kan, malas nak menggodek semua album gambar dalap laptop sendiri untuk post entry baru, tapi bukan ke nak sambung cerita di Korea yang takhabis-habis lagi diceritakan untuk tontonan ramai? Makanyaaaa... demi kau semua, habis daku geledah laptop cari gambar di Korea sana! Hoi-hoi. Cepatlah cakap...

"Baik betullah Elie ni!" 

Hahahaha! :D

Okay, kisah disambungkan dengan lawatan ke Trick Eye Museum, Hongdae! Haa, bagi kau semua yang bagi jawapan betul dalam entry lepas, kau semua memang bijak! Kau semua pun mesti pernah pergi Korea kan? hihi. 

 Jakunnnn! 

Ala, Trick Eye Museum ni sebenarnya sama je dengan Trick Eye Museum yang ada kat I-City tu. Lebih kurang je dalamnya. Mungkin bezanya di Hongdae Korea ni, lebih banyak yang boleh buat kita rasa nak amek gambar banyak kali, sebab banyak benda pelik yang ada! Tapi kalau tak pergi Korea pun, kau pergi jelah I-City tu. Dapat jugaklah merasa macam mana perasaan bila masuk muzium ni kan? Pastu upload dalam Instagram. Sama je kan? :)

 Hai! :)

Tiada kereta tuk bawak kau jalan-jalan... Rumah pun aku tiada, adapun bapak punya... Lalalala~

Row-row-row your boat! :p

Metropolitan. ;)

Sebenarnya, daku tak pernah pun pergi muzium macam ni even kat Malaysia. Sebab tulah bila pergi Trick Eye Museum di Hongdae ni, dia punya kejakunan tu mencapai tahap gaban sikit. Haha. Tapi bukannya daku sorang yang ada rasa excited tu rupanya. Umi abah lagi lah double jakun masuk tempat yang sama! Haha.

Amboi abah. Kemain sexy tau! Haha

Surpriseeee! :D

 Depa pun nak suwit-suwit jugak. Hihi.

Maharaja dan Maharani. :)

Seronok jugak pergi Trick Eye Museum ni sebab dapatlah merasa lukisan 3D yang ada kat dalam tu. Susah kan nak jumpa lukisan 3D kat mana-mana. Tulah sebabnya bila daku dah 'merantau' ke negeri orang ni, merasa sebaik-baiknya peluang yang ada! Tak gitu? :)

 I Love You dalam pelbagai bahasa! :)

Skodeng duit berlambak. Adik-adik. Please don't try this at home! :D

Perompakkk besar! Haha

Kat sana bukan saja dapat amek gambar banyak-banyak, tapi dapat main macam-macam game contoh treasure hunt. Kalau nasib kau baik, dapatlah ole-ole dari Trick Eye Museum ni. Ehem! Daku dapat tau! Tuah badan kata orang. :D

Dapat Cekelat dengan poskad pun jadilah. Siapa nak bagi percuma, ye dok? Hihi

Lepas ke Trick Eye Museum, mari daku bawak kau semua ke Cheonggyecheon Stream pulak. Salah satu tempat menarik yang daku rasa kerajaan Malaysia perlu buat macam Korea buat. Tapi sebelum sampai ke Cheonggyecheon Stream, mari amek gambar di Mercu Tanda Korea dahulu. Hihi.

Nak suruh orang Korea yang tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga takdelah sukar mana. Hulur je mereka kamera, pandailah dia main kamera tu. Takpayah susah-susah nak cakap pelat bahasa Korea dengan mereka. Nanti kena gelak, buat malu je. :)

Dan bila dah puas tangkap gambar berlambak-lambak, barulah kita menuju ke Cheonggyecheon Stream. Hah. Kat Cheonggyecheon Stream sumpah tak hingat sejuknya macam mana sebabnya kan waktu kami pergi tu, salji turun macam main-main je. Tapi disebabkan Cheonggyecheon Stream adalah sungai, makanya air di sana kemain lagi kau sejuk! Angin pun sejuknya sampai menikam tulang! 

Sarang-Hae! <3

Nampak beku? Daku dah bilang tadiiii! Haahah.

Dinasihatkan pada sesiapa yang tak tahan sejuk tu, mohon bawa baju sejuk, sarung tahan lebih dan ubat-ubatan seperti minyak panas untuk sapuan. Bukan apa, untuk mengelakkan kekejangan terlampau pada urat dan sendi dalam badan. :)

Heartbeat! :)

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Cheonggyecheon Stream ni, elok lah kau tekan sini. Itu yang daku cakap,  Malaysia kalau ada tempat beriadah begini, pastilah seronok tak hingat. Sungai panjang kat Masjid Jamek tu, rasanya tempat paling sesuai kan? Macam-macam boleh buat kalau ada tempat macam ni. Boleh buat tumpuan pelancong jugak. :)

Sudah kahwin. Bujang. Bakal kahwin. :D

Okay. Cukup cerita di Cheonggyecheon Stream. Mari gerak ke Istana Changdeokgung.


 Sebenarnya Istana Changdeokgung ni adalah istana lama yang menjadi tempat maharaja dan maharani Korea zaman dahulu kala menginap. Dalam istana ni jugak kau boleh tengok bilik dan tempat-tempat yang digunakan oleh maharaja Korea pada waktu dulu. Kiranya Istana Changdeokgung ni adalah tempat bersejarah di Korea lah! 

Tapi kalau nak tau pasal sejarah Istana Changdeokgung ni, kau pergi lah ketuk pintu Tan Sri Google okay? hihi. Dan disebabkan sekarang dah takde maharaja dan maharani, jadiknya Istana ni dijadikan tempat tumpuan pelanconglah. Sebab tu jugaklah daku datang situ, sebab daku kan pelancong! Eh? Haha.

 
Pelanconggggg sangattttttt! :D

Walaupun dah lama takde orang guna istana ni sebagai tempat persinggahan, istana ni maish sangat cantik sebab ukiran yang dibina pada batu-batu dan kayu istana nampak klasik dan masih kukuh lagi. Ada beberapa tempat dalam istana yang tak diberi masuk, mungkin atas sebab nak menjaga peralatan yang ada di dalamnya, tapi dapat amek gambar dan posing sana sini sket, jadiklah kan? :p

 
Tak boleh masuk, jadi bertapa lah kau! Haha. 

Istana Changdeokgung ni sangat besar tempatnya. Luasnya memang tak terkata. Dan kami tak sempat nak tawaf seluruh Istana pun sebabnya penat membawa baju sejuk yang berat di badan dan angin sejuk yang pada waktu tu mencapai -9 celcius! Owh. waktu tu jangan cakaplah macam mana berair hidung dan menggeletar satu badan! Haaa..

Jatuh cinta dengan bukit kat belakang tu. ;)

:)

Paling menarik bila kami melawat istana ni dulu, dapat pulak tengok sesi pertukaran pengawal yang menjaga Istana Changdeokgung. Bukan senang nak tengok kan. Nak-nak lagi berada di tempat orang. Menggeletar jugak kaki dan lutut bila berdiri sebelah pengawal istana yang muka persis pemain badminton, Lin Dan tapi versi garang dan bermisai! Haha.

Teringin nak cakap "Whats up General!!", tapi takuttttt! :D

Untuk tak menghampakan kau semua, adalah cenderahati daku bawak dari istana. Tak lain tak bukan pastilah rakaman pertukaran pengawal istana. Hoi. Siap bukak sarung tangan semata-mata nak rekod video buat tatapan kau semua! Gigihh gila! haha

Dipersilakan menonton ya donggg! :)


Best kan? :D

Dan hari-hari kemudian kami di bumi Korea adalah menghabiskan waktu dengan berjalan dan mencari barangan untuk dijadikan cenderamata pada mereka yang berada di Malaysia. Sambil-sambil tu, amek gambar gedik-gedik untuk masuk dalam belog sendiri. Ceh. Klise sangat ayat tu Elie. Haha.

 
Masjid besar di Itaewon. Inilah masjid yang abah dirikan solat Jumaat! :)

Yang dibelakang tu adalah Universiti Ewha, iaitu universiti untuk pelajar perempuan sahaja! Kalau pegi situ, ramai Hot Chick! :P

Borong jangan tak borong! Owh. Makcik ni sangat best! Dia bagi daku dan keluarga harga barang-barang yang dijual baikkkk punya! Kamsahamida Ajuma! :D

Pasar Namdaemon! 

Peh! Di Namdaemon sumpah sangat best! Sebab banyak barang murah daku boleh dapat! Kalau di Malaysia, seluar warna warni dijual dengan rm60 ke atas, di Korea boleh dapat rm15 sahaja! Syurga-syurga! Hihi. 

Myeondong! 

Myeondong adalah tempat membeli belah yang agak mahal jugak kalau nak cari barang-barang. Tapi seronok sebab suasananya hidup sentiasa! Kalau nak cari pusat Kosmetik berjenama, macam Etude House, FaceShop dan semua tu, di Myeondong adalah tempat paling sesuai untuk kau semua. :)

Pusing sana pusing sini, kalau tak beli, tipulah kan. Nak pulak berjalan di Korea. Beli tak banyak pun. Memang tak banyak lah! Betul tak banyakkk. tak banyakkkkk!!

 
TAK BANYAKKKKKK?!!!!!

Dalam tak banyak pun, KOPAK jugak poket! Haiyooo! Barang-barang di Korea cantik-cantik, tapi mahal jugak sebenarnya. rm10 dia, bersamaan rm30 kita. Mahal kan? Sebab tu daku cakap, kalau kau semua nak pergi sana, makesure shopping dekat tempat yang murah! Macam tu barulah tak kering poket! :))

Kalau pergi Korea tapi tak singgah Gangnam tak sah lah kan? Kata nak cari little Psy. Hihi. Tapi di Gangnam tiada apa pun di sana melainkan bangunan-bangunan tinggi dan orang sekitarnya aala masyarakat yang berkerjaya. Senang cerita, Gangnam hanyalah bandar mewah dan tempat orang sibuk. Hihi

Awek Gangnam Style! :D

Dan dah sampai Korea, kalau asyik makan megi mee je pun, boring jugak kan? Sekali sekala pergilah keluar makan di restoran-restoran halal yang ada. Tak susah nak cari sebab masyarakat Islam ada di mana-mana kan? Restoran Halal pun mestilah ada jugak. Jadi takpayah ragu-ragu kalau nak cari makanan halal di Korea. :)

Nasi Arab pun ada! :)

Tapi sepanjang berada di Korea dulu, adalah dalam 3 kali daku singgah di kedai ikan bakar yang terletak di bandar Dongdaemon. Woiiiishh. Ikan bakar dia sangat sodapppp! Makan panas-panas,  semangkuk nasi panas dihidangkan dengan kimchi, sup rumpai dan sayur goreng sudah cukup buat daku rasa nak tambah lebih dari 2 kali. hihi.

Ikan makarel bakar. Masih berasap lagi! :)

Sotong berlada. Feeling ala-ala macam makan nasi lemak sambal sotong gitu di Korea. Hihih.

Makan sampai TEMBAM! :D

Dalam banyak-banyak kedai makan yang daku pergi di Korea, kedai ikan bakar di Damdaemon ni lah yang tak jemu-jemu daku pergi. Ramai jugak orang Malaysia yang datang makan kat sini. Bukan sahaja sedap, tapi murah dan berbaloi. Paling penting, HALAL. :)

Makcik ni lah tauke kedai ikan bakar tu. Baik sangat! Last day pergi makan sana, dia bagi kami ikan bakar free 2 ekor! Rezeki! :))

Pusing sana sini, sampai taktau dah nak berjalan ke mana lagi. Tak larat badan nak hadap angin sejuk di Korea. Sampai hari terakhir kami di Korea, banyak masa dihabiskan untuk melawat dan berjalan di sekitar Itaewon sahaja. Kiranya area rumah lah. Lagipun dah macam-macam barang diborong di bandar Korea.. Takut pulak tak muat beg nak bawak balik Malaysia nanti. Haha..

kata umi...

"Duit ada lagi nak membeli? Kalau takde, bungkus beg, balik Malaysia!" 

Hahaha! 

So far, kembara di Seoul Korea sangat seronok, walaupun daku sampai demam-demam kena hadap angin dan salji di Korea, tapi bila lagi nak merasa kan? Nak belajar kat oversea sampai boleh main salji semua tu memanglah diri sendiri tak cerdik mana. Time-time beginilah nak kecap rasa bahagia masa muda remaja. Karang dah tua, payah pulak nak berjalan kalau anak dah lima! Haha

Sarang-hae Korea! :)

InsyaAllah, ada rezeki, akan daku jejak kembali ke Korea. Tapi nak tunggu duit dalam tabung berkepuk, mungkin lewat sikitlah. Harus kita berjalan di negara-negara yang dekat dulu. Ada bajet lebih, kita pusing jauh sikit! Jangan lupa.. saving untuk kawen jugak yang paling penting! Haha.

Yay! Dah gatai! :D

Kamsahamida and Goodbye Korea! :)

Terima kasih sudi baca entry kali ini...

InsyaAllah, ada kerajinan dapatlah kome-kome baca entry baru dari daku lagi! 

Assalamualaikum dan jaga diri!

Tehee! :D

p/s: Semalam cek tiket flight MAS, pergi balik Korea hanya berharga RM502! OMGEEE! :D