Sunday, March 3, 2013

12 Hari di Korea.

 Salam kalian, :)

Takde ribut takde angin, sebenarnya daku baru pulang dari Korea. :) 

Nami Island. ;)

Tapi sebenarnya takdelah baru sangat. Dalam awal bulan Feb hari tu jugaklah. Hihi. Pergi tak lama pong. Dalam 12 hari je tak silap. Sejuk tak hingat. Nasib baik Korea bersalji. Makanya perlulah pulang awal. Kalau tak, memang mati kesejukan daku kat situ. Haha. 

Family. ;)

Dan disebabkan gambar di Korea terlalu banyak dalam laptop, maka terpaksalah bagi kome-kome bersabar dulu untuk daku tulis entry panjang lebar mencecah lantai rumah. Hihi. Sebagai ganti, mohlah merajinkan diri untuk menonton video yang disediakan. :)


Kebetulan sempat merayakan Sambutan Maulidur Rasul tempoh hari di Korea. Dan waktu itu juga pertama kali dapat merasa salji yang turun dengan lebatnya di sana. Syukur. Itu mungkin rezeki daku dan keluarga. Maka sempatlah buat rekoding video untuk ucapan Salam Maulidur Rasul bagi teman-teman di Malaysia. Aish. Sekali sekala mahu feeling ala-ala retis kat Nami Island, jangan marahlah kau semua! 

Teehee! :D 

Jemput nonton ya? 


Bagaimana? Harap kau semua puas hati dengan video yang disediakan. Maaflah. Suara tak comel pongg. Macam kartun je kot. Itupun disebabkan selesema dan batuk yang berada di tahap mega pada waktu itu. Hihi.

Sebenarnya entry ini mungkin pendek saja. Hanya nak update tentang seten-seten perkara. 

Disebabkan waktu yang tak mengizinkan, kau tunggulah daku ada masa yang pajang untuk daku ceritakan keseronokkan berada di negara Korea.

 Sekarang pun semester 3 baru saja bermula. Daku pula sudah di tahun Dua. 

Maka kesibukan sudah berleluasa. Mohon semua bersabar dan merindui daku selamanya ya?

 Jangan bimbang. 

Daku akan sentiasa menjadi stalker sepanjang masa. :)

Masuk tahun kedua, masih mahu bergembira? Ini semua gila! Haha.


Mohon doakan daku dan jaga diri ya semua. 

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca. 

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa di entry seterusnya. :)

p/s: New semester. All the best Elie. <3