Monday, February 11, 2013

Bajet Percutian.

Salam kalian... ;)

Sebelum baca entry ini, kau semua digalakkan entry yang lepas, sebabnya kalau kau tak baca, pastinya kau ternganga sedikit time baca entry kali ini. 

Makanya, rajin-rajinkan tangan sendiri untuk klik sini. :)

Ramai yang tanya, bajet untuk ke USS ni berapa semuanya, sebab tengok macam mahal kan? Nampak memang mahal, tapi kalau dipikirkan semula, segalanya adalah berbaloi. Tak percaya? Tunggu.

Now let me tell u about the budget. 

Bajet sebenarnya bergantung pada tempat kau semua menginap sebenarnya. Macam daku, masuk USS adalah sehari sahaja, dan disebabkan kami pergi pada musim orang nak sambut tahun baru, iaitu pada hari cuti, bersamaan 28 hingga 31 Disember 2012, makanya, tiket kami melonjak naik harganya iaitu sebanyak rm198. Tapi jangan risau. Tiket USS kau boleh dapat dengan harga semurah rm140++ sebenarnya, macam yang daku pergi waktu kali pertama dan kedua dulu. Dan dengan 140++ tu, kau boleh main segala benda tanpa perlu bayar lagi. Best kan? :)

Ni waktu kami pergi dulu. Tiket mahal takpa. Janji berbaloi sebab main mengalahkan kanak-kanak ribena semuanya! Kau nanti pergi, carilah time tiket murah! Confirm tak nyesal! :)

Dan kalau nak lagi murah, janganlah stay kat hotel 5 bintang ke hape. Cari yang hotel budget sudah. Kami ke Singapore dulu pun dengan passport berharga rm100 untuk 2 tahun, dan hotel budget di Danga Bay, Johor berharga rm138 kalau tak silap. Itupun sebab family room dan kami bahagi 4 orang. Berbaloi sebab bilik sangat cantik dan siap dengan satu queen size bed, dan satu single bed.

Wallpaper bilik tersangatttt cun melecun! Sebab tu terjadiknya adegan Model Dinding! Teehee! :D

Paling best duduk di hotel bajet kami di Danga Bay ini adalah sebab facilities sangat lengkap. Kau nak makan, tempat makan memang bersepah kat seberang jalan. Murah pun murah. Nak pergi karaoke? Ada je kat sebelah hotel. So kau nak apa lagi? Semuanya serba complete! :)

Disebabkan kami perempuan semua, maka tak lepas dari acara bersenang lenang dalam bilik walaupun dalam hati meronta-ronta nak keluar malam tapi mak bapak tak izinkan, takpalah. Tak dapat pergi lepak di pusat karaoke bersebelahan hotel pun it's okay, it's orite kata orang. Janji dapat amek gambar masing-masing meroyan dalam bilik hotel pun bolehlah! Mehmehmeh! :D

 Mangsa buli memang sentiasa daku menjadi pilihan kalbu! Cis bedebah!

Perempuan keluar malam pun tak elok dilihat orang, ye dok? Makanya selain duduk menjadi model tak berdaftar di bilik hotel, dan berpillow talk bersama gadis. Kata orang time-time macam ni lah nak buat Girls Talk sebelum tidur kan? ceh. Gedik! Haha.

Owh. Boleh jugak saving duit dari keluar beronggeng malam-malam. Haa. Bagus kan perancangan kami? :p


Pillow Talk! :)

Tambahan, hotel jugak serba lengkap dengan Wifi! Pergh, laju tak hingat gua cakap sama lu! Sebab tu lepas kita posing sana sini, terus hapdet gambar masuk Twitter, Facebook, Instagram memasing dengan caption:

"Bestnyewww kiteww pergiewww Singaporeeeeww! :p "

Memang daku tumbuk sekor-sekor kalau nak ber-ewww-ewww! Heh!

 Apewww lagiewww dikenang tuewwwww? :D

Haha!

Owh. Memandangkan kami bergerak dari Shah Alam, maka bajet untuk tiket bus ke Johor Bahru diperuntukkan dalam rm 66, pergi balik. Tapi kalau kau gerak dari tempat tinggal masing-masing, pandai-pandailah tambah tolak darab bahagi sendiri okay? :)

Kalau dah alang-alang kat Johor tu, tak salahlah kalau kau singgah JPO di JB tu kan? Kalau takde duit pun, cuci mata pun okay juga. Tapi kalau duit masih berkepuk dalam poket, Shoppinglahhhh! Haha.

Dia tak shopping pun. Nak simpan duit tabung untuk kawen nanti katanya! Puii! Haha.

Overall kalau ditambah, tolak, darab bahagi, budget yang kami peruntukkan untuk semua sekali, dari tiket bus, tiket USS, hotel, passport adalah dalam rm400. Itupun sebab tiket USS yang kami beli time tu mahal. Kalau tak, dalam rm300, kau dah boleh berseronok di USS. :)

Tak termasuk makan dan sourveniers kat sana. Tapi itu semua, kau pandai-pandailah bajet dalam sendiri. Rasanya kalau semua pun pandai berjimat cermat macam daku dan kawan-kawan, mesti semua pun akan ada duit lebih dalam poket. Takat rm50 pun still duit lebeh kan? Hihi.

So kesimpulannya, sesiapa yang nak pergi berjalan sakan di Singapore atau ke mana sekalipun, pandai-pandailah plan segala kewangan sendiri. Jangan sebab tengok polan tu duduk tempat high class, kau pun ikot duduk hotel 10 bintang. Tak sedar duit dalam poket ada 5 kupang je. Haha

So people, tepuk dada, tanyalah iman.

Jaga diri dan sehingga bertemu lagi ya? Tunggu dalam next entry!

Selamat Tahun Baru Cina pada mereka yang menyambutnya,

dan Selamat bercuti orang Malayisa semua!

Assalamualaikum bagi penutup kata! :)

p/s: Maaf lambat update entry kali ini. Ada urusan yang perlu diuruskan sepanjang 2 minggu lepas. Nak tahu apa dia? Tungggu next entry! :))