Wednesday, January 16, 2013

Holiday Before Exam!

Salam kalian... :)

Seronoknya daku bersuka ria dan ber-holiday beberapa hari sebelum exam! Macam tak hingat pulak first paper perlu dijawab dengan membaca nota yang berjela-jela di dalam laptop sendiri! Berisiko betul! Haha. Nak buat macam mana, berjalan di Universal Studio, Singapura (USS) memang menyeronokkkan hingga terlupa langsung akan segala nota di rumah! Haha.

Masuk kali ini, ia adalah kali ketiga daku menjejakkan kaki ke USS selepas kali pertama telah diceritakan dalam entri ini, dan kali keduanya pulak adalah dalam entry ini. Tapi kali ini agak berbeza rasanya sebab daku pergi bergembira bersama kawan-kawan. Haa, dan haruslah kali ini seronoknya lain macam sikit! Okay bukan sikit. Tapi banyak! Hihi.

Say hello to the ladies! From the left - Yana, Elie, Mia and Sasa. :)

Sebenarnya, plan untuk ke USS adalah dengan disertai lebih ramai lagi kawan-kawan. Kata orang, The more, the merrier! Tapi disebabkan masalah-masalah tertentu, percutian kami hanya dapat disertai seramai 4 gadis sahaja. Nak tak nak, jalan sajalah memandangkan plan semua sudah dirancang dengan baiknya. Hihi. Antara kami berempat, daku dan Yana sudah lebih dari 2 kali masuk ke USS, berbanding Mia dan Sasa. Jadi mereka berdua lah yang paling excited lebih bila dapat masuk USS buat kali pertama. Hihi. 

Tak tahulah kenapa semua pun nak bergambar dengan globe bertuah tu! Mungkin kalau sesiapa yang bergambar depan tu, dapat kawen dengan anak raja ke. Siapa tahu? :p

Kami dapat masuk ke USS dengan harga tiket yang agak mahal sedikit, sebab pada waktu tu time cuti dan beberapa hari sebelum tahun baru menjelang. Jadi dalam kepala dan hati dah pikir dan cakap...

"Ala... Mesti kena beratur lama sebab ramai orang nak masuk USS!" 

Tapi nasib baik, waktu kami pergi, tidaklah seramai dan sepernuh yang dijangka. USS pun nampak lengang juga, walaupun sebenarnya ramai yang beratur nak main itu dan ini. Mungkin kami agak bertuah jugak pada waktu itu. Mungkinlah! Hehe :))

Pintu masuk. Tak perlu berebut-rebut. Semuanya bisa diatur. Hihi.

Selesai saja urusan di pintu masuk, mula masing-masing senyum lebar! Mari jerit.. It's a Holiday!! xD

Bercuti bersama kawan-kawan memang menyeronokkan, nak-nak lagi kalau semua pun memang kepala tanak pikirkan masalah exam akan datang. Konon-konon nak release tensen lah. Haha. Banyak sebenarnya dapat dilakukan kalau dengan kawan-kawan, iyalah bukan senang nak bergembira begini, nak-nak lagi di tempat orang. Ini mungkin masanya. :)

Sebab itulah di USS tempoh hari, kami bersuka ria bagai kanak-kanak ribena. Kalau boleh, nak masuk semua kedai dan cuba semua permainan sambil kumpul koleksi gambar di sana, seolah-olah USS itu kami yang punya! Haha. Kan dah kata nak cuba taknak ingat langsung tentang exam?! Haha. 

Madagascar. I adore the girraffe! Tinggi, kaki panjang dan Leher jinjang! Macam daku! Eh? #Tak pedulikk! :p

Istana Far-Far Away. Sayangnya tak sempat bertemu dengan maskot Shrek dan Fiona. ;(

Mencucuk bintang di World Premiere Theatre.:)

Owh. Beruntung jugak daku dan Yana, sebabnya kali ketiga pergi ke USS, dapat enjoy kedai dan benda-benda baru di sana, macam Sesame Street! Dulu masa pergi USS, takde pulak benda-benda gini. Cepat betul zaman berlalu. Eceh. Macam lah sekarang dah tahun 2020 kan? Miahahha.  

Where's the Big Bird in the Emporium?! :D

Teringat zaman kecik-kecik, belajar english dengan tengok cerita Sesame Street! :)

Owh. Sudah masuk kali ketiga masuk USS, daku memang tak pernah puas berjalan dan bergambar di dalamnya. Bukan senang nak jejak kaki ke negara orang kan? Bila dah dapat kesempatan, kenapa harus dilepaskan? Bergambarlah kau sampai muntah! :D

Sayalah pelancong dari negara jiran itu! :')

Memang jalan di USS tu kau punya, Elie. Memang! Haha. 

Hoi! Ada benda nak share sikit nih! 

Tiap kali masuk USS, tempat wajib yang bakal daku kunjungi adalah di lorong-lorong cantik! Ramai orang tak tau tentang kewujudan lorong-lorong ini, sebab nama pun lorong kan. Tersorok pulak tu. Orang takkan amek kisah sangatlah. Haha. Tapi incase kalau ada sape-sape dari kau semua yang pergi sana nanti, cuba kau masuk setiap lorong-lorong yang ada di USS tu. Kau pasti nak bergambar sampai lebamm. Haha..

dan lorong feveret pastinya....

LOADING ZONE! ;)

Teringin juga nak jadi model kasut. Tapi kaki tak cukup panjang kan? Sedar diri, sedar ruang! Wuu. ;(


Wondergirls versi Melayu dan sopan sikit. Haha :p

Masih ingatkah daku pernah bergambar di Loading Zone dalam entry ini? :)

Eh, btw,tentang lorong itu rahsia! kau dah dapat rahsia dari daku, jadi diam-diam! Jangan bagitau orang lain. Itu rahsia kitaaa! hihi. 

Kemudiannya, kalau masuk ke USS memanglah kau tersangat rugi kalau tak tengok persembahan air. Sebab  apa rugi? Sebab tiket yang kau bayar untuk masuk USS tu sudah termasuk sekali dengan persembahan yang ada! Jadi moh lah kau masuk ke acara air, duduk di barisan hadapan dan bersedia untuk basah dengan siraman air! Haha. 

Dua kali menonton acara air, dua kali daku terpegun! Props dia sumpah sangat hebak dan cantik! Tak tipuuu! 

Kamilah yang pengunjung yang semangat waja tu, siap duduk seat barisan ke empat dari depan! Bila basahhh sebab kena jirus, gedik nak jerit!! Haha.

Dan disebabkan kami main 2 permainan yang melibatkan air, jadi kami basah separuh badan! Satu tips, jangan sesekali lupa, kalau masuk ke mana-mana acara air di USS, sila pastikan kau semua beli baju hujan yang dijual di sana dengan harga 3 dolar, bersamaan lebih kurang rm7 kita. Mahal! Tapi kau nak basah lencun ke kau nak selamat dengan baju hujan berharga 3 dolar, dan punya cop USS di belakangnya? Haha

Badan diselamatkan oleh si baju hujan! :D

Kalau masuk USS, jangan risau tentang mana nak makan. Banyak tempat makan halal boleh di cari dan kau jumpa. Dari fastfood, hingga ke makanan berat, dan paling best, nasi beriani pun ada! Tak percaya, kau pergi dekat kedai bahagian depan Egypt! Mesti kau jumpa. Haa.

Tapi kami makan fastfood je tempoh hari! Kengkonon taknak makan berat sangat, takut nanti nak main rollercoaster muntah nasi beriani pulak nanti! Haha. :D

Memang saja amek gambar taknak tunjuk apa kami makan. Nanti takut terkejut tengok betapa 'kemas'nya anak dara makan! Terus taknak ngorat kami. Kahkah. :p

Kedai Candylicious di USS juga menarik, bukan sebab gula-gula dan candies yang dijual di dalamnya, tapi daku lebih tertarik dengan warna-warni dan maskot-maskot di sana. Kalau di Malaysia pun kedai Candylicious nya daku dah seronok setiap kali masuk, apatah lagi di Kota Singa. Meroyan terus! Mihmihmih. :D

Candylicious always reminds me to our Diploma project! Planning nak bukak bisnes jual cupcakes dan smoothies dengan nama kedai Chomelicious! Dapat A pulak subjek tu. Heheh :D

Don't worry. I'll buy that for your son ya? Hahah. :p

Kekasih baru bernama MnM. :)

Kisses chocolate. Payah nak bergambar dengan bendalah ni. Sebab dia gedik. Asyik lari ke sana ke mari. Ish!

Sebenarnya seronok kalau dapat bercuti bersama kawan-kawan sekali sekala. Bukan selalu dapat bersama kan? Walaupun hanya berempat, kami cuba bergembira sebaik mungkin walaupun plan sepatutnya lebih ramai kan. Cuma masalahnya, bila nak bergambar dengan semua sekali kami berempat, memang sangatlah payah. So terpaksalah buat sistem pertukaran setiap masa.

 "Kau amek gambar, aku posing. Aku amek gambar, kau pulak posing."

 Haha. Barulah adil dan saksama. Tehee!

Sesi bermanja dengan buih-buih belon di udara, tak dapat disertai oleh Mia. Sebab beliaulah kamera man pada waktu itu. Sorry Mia. <3

Terlupa nak bagitahu. Waktu di sana, kami dapat kawan baru. Kawan dari Johor. Aidil dan Nabel namanya.  Tak tahu macam mana boleh jadi kawan, tapi tahu-tahu atas bus dalam perjalanan sebelum ke USS, terus boleh borak dan boleh ketawa besar sama-sama. Ahai. dua-dua bujang lagi ponggg. :p

Hai Aidil. Hail Nabel. Semoga kita bertemu lagi ya? :')

Disebabkan hujan pada petangnya, beberapa permainan terpaksa dihentikan kerana kerosakan teknikal dan isu keselamatan. Kesian Sasa dan Mia kerana mereka tidak berkesempatan menaiki roller coaster, tapi takpe. Mia, dan Sasa, next time kita ke USS lagi ya bila duit dah penuh balang tabung! hihi.

Gembira nampaknya walaupun tak dapat main roller coaster? Dalam hati menangis! hahaha. 

Dan disebabkan kami ambil pakej bus dari Johor terus ke USS, makanya kami tak sempat nak enjoy segala permainan di sana. Tapi sebab masing-masing puas cuci mata dengan segala barang-barang di sana, pastilah segala kekecewaan terubat! Tak percaya, tanyalah Mia. Beliau yang paling seronok membeli belah di sana. Teehee! :')

Eh, seronok sangat berjalan di USS, hampir terlupa dengan segala yang bakal berlaku di Malaysia nanti. Exam bakal menjelang tiba, tapi sorang pun tak cakap pasal isu exam di sana. Memang holiday katanya! Lepas balik KL, agak-agak masing-masing bakal menghadap buku 24/7 atau duduk di depan laptop sambil bukak folder gambar di USS beribu kali? miahahhaha! :p

Yang paling depan sekali tu lah yang paling 'rajin' nak menelaah buku lepas balik dari USS! Haha.

Dan penghujung tahun daku, diakhiri dengan percutian yang baik bersama kawan-kawan serta sesi hiburan untuk diri sendiri dilakukan dengan cara Berholiday sebelum bermulanya Exam! 

That's what I've done with my girls! <3 

I'm happy, they happy and everyone happy! 
*tengoklah masing-masing dengan barang-barang yang dibeli di USS untuk cenderahati kepada mereka di Malaysia* :D

Dan InsyaALLAH, ada rezeki lebih nanti, akan ada lagi percutian bersama rakan-rakan sekali lagi. Ke mana destinasi seterusnya, dan siapa yang bakal turut serta, kena tunggu atas perbincangan beramai-ramai dahulu. Sekarang ni, duit di poket telah kering kontang. Seronok sangat berjalan katanya! So lepas ni, siapa-siapa nak ajak daku keluar atau apa, sila belanja dengan rela hati. Lalalallaa~ 

Teehee! 

Dia sedang bercuti. Mahu ajak keluar berdondang sayang? Sila sediakan wang saku lebih ya? :p

Owh. Ketika entry ini ditulis, daku sudah bercuti semester dan baru selesai menghadapi minggu peperiksaan! Alhamdulillah, segalanya berjalan dan berakhir baik. Mengharapkan keputusan yang cemerlang untuk semester ini, sememangnya sentiasa. Mohon doa dari kau bersama ya? ;)

Terima kasih sudi baca, harap sudi komen dan sudi tunggu entry seterusnya! 

Bajet percutian di USS, mungkin menjadi topik utama. 

Daku tahu, kau semua pun menantikannya! 

Iya kan? 

Eh, Jangan tipu. Itu dosaaa! 

Haha. 

Jaga diri dan Assalamualaikum semua! :)

p/s:  Lama tak taip entry panjang lebar! Asyik typo sahaja! Ish! :p

14 comments:

Mila Ahmad said...

badget pless...mila pun teruja nak p USS kot tapi tapi tapi
pasport belum buat lagi kihkihkihkih...

Rodiahalim said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pegi ngan kawan2.

elie gamba kau yang kau gabungkan tu cantik gila mcm betul2 kat luar negara.

Syazana Nazri said...

aaaa, teringin betul nak pergi USS. One dayy, one dayyy!

Sya Chot .. said...

chot dah pergi sini..dan yg pling chot suka TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. ..ok sangat best.. dengan pyramid yg ada mumia tu..mmg owsem r..last ly Battlestar Galactica:HUMAN. Roller coster yang super-laju..woww..hehe rindu nk pergi lagi..mmg best..hehe

Sya Chot .. said...

chot dah pergi sini..dan yg pling chot suka TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. ..ok sangat best.. dengan pyramid yg ada mumia tu..mmg owsem r..last ly Battlestar Galactica:HUMAN. Roller coster yang super-laju..woww..hehe rindu nk pergi lagi..mmg best..hehe

Hans said...

haihhh
tak sabar rasanya nak pergi USS

Azie Namico said...

untunglaaaa...i will follow you soon...hahahaha

sabella mohamad said...

perghh best gila kak ! bella takpernah lg jejak USS ni .


gudluck exam ye kak ! ^^

Aliff Haikal said...

memang tak syok lah kak kalau pergi USS sambil dalam kepala minda fikir exam bagai. hehehehe nak pergi enjoy, so dilupakan segalanya. hahaha cantik pulak akak kita sorang ni. amboih =B

Amanina said...

Nanti boleh la pegi dgn elie..

memandangkan kazen stay sana :)

NARDtheNERD said...

istana tu boleh masuk ke?
hehe.

gigiAriEma said...

wahh best nye, bape eh bgjet g situ, teringinnn sgt

.izzati liyana. said...

amboi sempat lagi kan berjalan before exam. saya tgh struggle gila gila baca buku time ni. hehe.

projek time dip tu mesti subjek ETR kan? ke lain? hehe ;)

seronoknya dapat berjalan jalan. even saya duduk johor pun, tak sempat lagi nak pergi ke sana berjalan-jalan. hope one day dapat jugak pergi lorong lorong rahsia itu semua. hehe.

NARDtheNERD said...

xupdate ke dear?