Tuesday, December 25, 2012

Our Last Project!

Salam kalian... :)

Daku dah belajar di Shah Alam hampir 4 tahun lamanya, tapi kau tahu, daku nak jejak ICity pun sekali pun tak pernah, SEUMUR HIDUP! padahal kawan-kawan yang datang dari Sarawak, Brunei dah naik muak nak pegi tempat lampu-lampu tu. Haha. 

Untuk shooting yang lepas, akhirnya tercapai jugaklah impian daku nak jejak kaki ke ICity sebabnya lokasi shooting kat sana! hehe. Kau tahu, selepas 21 tahun baru first time dapat masuk ke ICity, bayangkanlah sendiri macam mana bataknya daku mula-mula? heh. tapi takdelah jakun sangat. Excited je ada terlebeh sikit! Muahahha! :D

First time dapat bergambar dengan lampu-lampu cantik! Booo sikit! Miahahha. :D

Owh, daku agak bertuah jugak sebenarnya terlibat dengan shooting yang lepas, sebabnya bukan je first time dapat jejak kaki ke Icity, tapi menjadi talent utama digandingkan pula dengan Nabel Imran. Ahai, pernah dengar lagu Sewarna nyanyian Magik? Haa. Itulah suara Nabel Imran. Ce kau search kat Youtube nanti. :)

Malu-malu dengan Nabel Imran. Hensem. Eh? :p

Shooting pada malam hari agak sukar, memandangkan kami bergerak sendiri, tanpa menggunakan kamera besar dan sumber lighting yang serba hebat, makanya segala-galanya perlu diuruskan sendiri. Dah kata projek student ponggg, bajet pun haruslah zero bajet kan? Naseb baik ramai kawan yang sudi turun ICity untuk membantu. Dan rasanya, lampu-lampu cantik dari ICity turut banyak membantu sebagai lighting! Hihi :)

Ini belakang takbir, berbincang dengan Puan Director tentang apa yang harus dilakukan di dalam set! Itu sebenarnya sesi mengambil mood. Tengoklah betapa fokusnya masing-masing. :D

Owh, lupa cakap, untuk shooting jugak daku bertindak sebagai Art Director selain talent, yang mana segala props dan wardrobe yang harus digunakan, memanglah kerja daku untuk pikirkan semua tu. Tapi macam mana pulak bila dah terkejar-kejar untuk ke ICity , banyak benda tertinggal di rumah. Itulah padahnya kalau buat kerja kelam kabut! Ish! :(

Btw, wardrobe talent perempuan memang pelik. Sepelik tuannya. Itu sekadar melengkapkan apa yang dimahukan dalam karakter. Kau tak caya, nanti kau tengok sendiri. Haha

Setting rambut dilakukan oleh director sendiri. Talent ikot saja bagaimana rupanya nanti. Haha.

Okay-okay. Dia dah suruh buat rambut belah tengah. Okay. Daku tak pernah buat rambut belah tengah tau pergi kelas! haha.

Owh. Btw, wardrobe talent perempuan memang pelik. Sepelik tuannya. Itu sekadar melengkapkan apa yang dimahukan dalam karakter. Kau tak caya, nanti kau tengok sendiri. Haha

Done bahagian belakang takbir! Jam 11 malam tepat, roll kamera! itupun sepatutnya roll pukul 9 malam, terlajak sampai 11 malam! Jem punya pasal! Pergi lagi budak-budak cuti sekolah! Kan dah! Haha

Kau jangan tanya kenapa daku pakai selipar jamban pegi ICity! itu untuk ikot karakter. Hihi.

On set! Talent ready. Masing-masing sedang dalam karakter! :D

Shooting di ICity agak mencabar jugak sebab itu tempat public, konfem-konfem ramai yang akan lalu lalang untuk bergambar dalam tempat cantik dan warna warni gitu. Kadang-kadang, ada jugak yang seronok bergambar sampai tak perasan kamera tgh roll, dan kami tengah shooting. tapi nak buat macam mana? Kami tiada hak untuk cakap...

"Kak/abang, kami tengah shooting kat sini, boleh tak abang/kakak ambik gambar kat tempat lain dulu? Nanti kami dah settle, akan/abang ameklah gambar banyak mana pun!"

Silap hari bulan, memang ada yang sambung shooting kat dalam hospital dengan mata lebam! Haha. Dah semua orang pun bayar kan kalau nak masuk sana, so nak taknak, shooting tetap shooting. Bersabar saja dengan semua ragam manusia yang ada waktu tu. Hihi. 

Eh, sempat lagi jeling kamera nak buat masuk belog sendiri! Nampak tak gila kamera daku ni? Tak pedulik! :p

Pertama kali kerja dengan Nabel, rasanya tiada masalah. Sebelum masuk set lagi, daku dah tergelak besar! Semua sebab Nabel! Memang keje daku dok gelak je duduk depan dia. Selama ni kalau jumpa kat kolej, atau kadang-kadang makan satu meja, tak pernah tahu pulak dia boleh jadi pak lawak. Mula-mula je daku dok malu-malu kucing nak gelak, last-last, semua ketawa besar daku terlepas malam tu jugak! Haih. :D

Mula-mula je malu-malu kucing... Kau tunggu satg..

Tu konfius nak gelak ke nak senyum? Haha

Okay fine Nabel! Fine! Masuk part ni, terus terkeluar segala ketawa daku. Haha

Memang ini iklan Otromen tau Nabel. Haha.

 Dah dia kata "Nak jugak bajet macam Iklan Dashing!" Hambek kau, daku yang tak boleh tahan ketawa! hahah.

Pukul 2 pagi, Alhamdulillah, shooting berakhir. Walaupun ketawa dari mula on set sampai ke sudah, memang lah buat daku pecah perut, tapi penat hilang macam tu je. Itulah namanya kerja. Ada penat sana sini, tapi kalau mental kuat, insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan mudahnya. Pengalaman semua tu. :)

A million Thank You kepada semua yang terlibat, semua yang membantu dan semua yang berusaha menjayakan serta semua yang mendoakan kejayaan Iklan Instagram kami! InsyaAllah, kalau dapat pelepasan dari Tuan Director, @syazanaKEPLI untuk daku uplod video ini di mana-mana, bakal daku tunjukkan pada kalian semua ya? 

Antara yang menjayakan! Yup, semua perempuan! Girls power katanya! :)

Sebelum terlupa, daku mahu panjatkan 1001 kesyukuran atas berakhirnya shooting yang lepas. Walaupun dalam keadaan badan yang tidak berapa sihat, dengan keadaan mental yang baru selesai test Financial petangnya, dan beberapa masalah yang melanda, namun atas berkat kesabaran semua, akhirnya shooting berjaya juga dihabiskan. Syukur juga, dengan berakhirnya shooting ini, maka berakhirnya segala projek untuk semester 2 ini! Alhamdulillah! :)

Dan tidak lupa, syukur diucapkan kerana selepas seminggu selesainya shooting ini, lecturer kami, Encik Esa berpuas hati dengan hasil kerja yang kami lakukan! Harap-harap dengan segala usaha keras yang diberikan, hasilnya dalam final exam nanti akan menggembirakan semua! InsyaAllah! :')

Mohon doa dari kau semua juga ya? 

Take care, and Happy holiday everyone! :)

p/s: Minggu depan bakal menghadapi minggu peperiksaan! All the best Elie! <3

14 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

tahniah :) Alhamdulillah semua berjaya :)

Pangeran said...

cumel nyee akak ElieLily. hehe

Hans said...

hahaha
sama la...ku dlu belajar sana tapi sekali dua jer pergi
tak rasa nak pergi
entah
hahaha

Pykaa Pdott said...

pyka pon tak pnah lagi pergi icity , teringin sangat nak pergi .

Mila Ahmad said...

ellie rindu kamu juga heee~~~~

aisya said...

pernah pergi dua kali icity ni.. hehe.. btw, all the best utk exam nnti ye.. =)

cEro said...

Daripada gambar pun dah nampak dah usaha yg ditonjolkan, so jgn risau, lecturer mesti bagi markah giler menggunung...hahha

Good luck final exam!

Aliff Haikal said...

Nak tengok video tu ! nak ! nak ! *guling atas jalan*

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

sgt sweet syg :)

syiela said...

gud luck ye dear.. sgt sweet!

Amanina said...

Haha..tergelak besaq jugak la nina baca.

Mudah-mudahan elie berjaya utk rander.. lama tau nk render video2 tu :) gudluck syg!

Al Kisah said...

amboi, rajin shooting skarang, goodluck for the exam

Pondok Usang said...

I City! Selamat Tahun Baru.. =)

.izzati liyana. said...

icity banyak perubahan dah. dah 2,3 kali pergi ni, tapi yg last pergi tu try macam macam, mmg boleh pokai. semua nak charge sekarang. cekik darah wo.