Saturday, December 1, 2012

It's A Wrap!!

Salam kalian... :)

Kalau masuk bidang industri, memang memenatkan! Terkejar-kejar kau ke sana ke mari. Mana nak rehat, mana nak buat kerja,pikir waktu nak tidur, makan lagi. Dating belum kira lagik tau. Haa. Bila production buat shooting, lagilah kau busy macam dah tak ingat dunia bila kau setat buat kerja. 

Itu yang jadi pada daku! :D

Daku baru selesai shooting subjek CrissCross lepas, tapi azabnya...Ya tuhannn! memang mencabar diri sendiri. Pre production saja sudah buat daku pening kepala. Diberi tugas menjadi Production Manager (PM), hoi! kau ingat busy daku macam mana? Surat mintak approval dari segala pengarah untuk guna location semua, siap kontrak bersama talent, dealing dengan bermacam orang, memang buat daku terasa macam bekerja bersama datuk-datuk bandar yang kena hadir meeting setiap hari! Haha. 

Okay tengok! PM da start nak brief! Semua diam, pasang telinga pleasseeee! :D

Meeting hampir setiap hari. Jumpa orang yang sama setiap hari. Bincang macam-macam untuk production team paham setiap butir yang bakal kita rancang..semata-mata nak jadikan shooting berjalan lancar. Rabak mata semua orang nak hadap meeting setiap hari. Tapi demi tugas dan kerja masing-masing, semua ibarat...

 "Jangan banyak cakap! Kau dalam production, jadi buat kerja diam-diam!!" 

Haha. :p 

Bukak mata besau-besau! Apa yang ditulis di whiteboard, sila take note dan jangan bising! Teehee!

Sehari sebelum shooting berlangsung, malam tu jugak nak finalize kan semua agenda! Esok nak shooting ni, konfem panggil semua department untuk dengar PM brief! Okay, mana tak puas hati, sila cakap awal-awal sebelum shooting berlangsung. Kang taknak buat kerja sambil masam muka. Buruk perangai! hehe. Nasib baik semua puas hati dengan kerja eden! Hui. Lega! Haha.

Muka lek-lek je, memang tak reti nak cuak! Okay, tipu! Esok nak shooting woi!! Malam tu mula lah resah sebelum tidoq! hehe.

Okay, settle pre pro! Masuk part shooting! 

Bila hari shooting, baru rasa gelisah semacam! 

Eh, time pre pro takde pulak rasa nak gugur jantung. Tahu buat kerja, settlekan apa semua, okay, dah boleh goyang kaki! Tapi takk! Time shooting saja, call time dah awal pagi. pukul 6 pagi, semua dah kena kumpul. Roll kamera supposed pukul 8, tapi spoil sebab pakcik bus datang lambat! 8.30 pagi baru gerak dari kolej! Sampai-sampai, pakcik bus terus nak marah daku sebab asyik call banyak kali..

"Pakcik, ada kat mana? Kami gerak 7.30 pagi!" 

Nasib baik beliau orang tua. Daku tahan carut dalam hati saja! Nasib baikkk!

Hallo Elie, PM tak pegang kamera tau time shooting. Kau jangan perasan kau kamera woman time tu! Haha. 

Kalau nak kira-kira masa shooting, pagi tu start dalam pukul 9 pagi, habis dalam 11 malam. Dalam jadual, sepatutnya shooting sampai 3 hari, tapi director konfident boleh habis sehari, okay sehari jelah gamaknya kita shoot. hehe. Tapi sehari pun, penatnya melampau-lampau. Waktu menunggu hujan berhenti saja, buat daku seperti orang mengantuk di sorongkan bantal! Haha.

Dah cukup Elie. Cukup. Orang lain bukan nak muka kau masuk kamera! Kau duduk diam, belakang takbir sudah! Haha. 

Bila director sebut... ''It's A Wrap!'' , memang daku orang pertama rasa nak melonjak sampai ke bulan! Seronoknya bukan kepalang sebab siap satu kerja! Hanya tunggu report dan tayang short filem masa hari penjurian saja. Hopefully, semua okay belaka. :)

First time menjadi orang penting dalam production, daku boleh bangga dengan diri sendiri, sebab semua progress berjalan lancar, even ada spoil sana sini, tapi daku boleh angkat ibu jari dekat semua production. Thankyou to team members sebab kalian tanpa segan silu memberi tunjuk ajar pada budak baru seperti daku even daku ni kadang-dakang 'lembs' atau slow motion sket, tapi nasib baik ada bantuan dari kome-kome semua! Maseehhh! :D

Padah diri terlalu kenit dalam production, setiap masa akan dibuli. Nasib badan! :D

Kalau nak ucap terima kasih dengan nama setiap orang ditaip dalam entry, rasanya memang jenuh. Ramai sangat untuk daku ucapkan terima kasih. Tapi paling daku ingin berterima kasihh adalah pada Amdan, rakan seperjuangan dalam team! Beliau adalah rakan sePM daku dan beliau jugaklah yang bertungkus lumus bersama daku dalam menyelesaikan masalah location dan talent. Kalau takde Am ni, memanglah segala surat-surat tidak berprint sebabnya beliau sponser kertas-kertas untuk production! 

Teehee! :D

Amdan...Kamilah Production Manager yang berjaya tu! Eh-eh?! :p

Terima kasih juga tidak terhingga pada semua krew-krew yang bertungkus lumus menjalankan shooting kami pada hari itu, baik dari Director, Asst Dirctor, Producer, kawan-kawan, tidak kira daku kenal rapat dengan kome semua atau tidak, ribuan terima kasih daku ucapkan. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dan semoga hasil shooting kali ini, akan kedengaran berita yang baik-baik saja ya? InsyaAllah. :)


Grop 3: It's A Wrap!! :))

Lepas ni, kerja masih ada, tapi rasanya daku sudah tidak perlu pening kepala dengan masalah shooting. Alhamdulillah, selesai semuanya. Lepas ni, mungkin tingtong bahagian report sahaja. Tapi itu belakang cerita. Setidak-tidaknya, daku sudah lepas dari azab yang pertama! Jadi marilah teman daku untuk senyum bahagia sampai ke telinga! Eh, Elie, result shooting belum tahu dapat A atau tidak tau! Muehehehhehe. :'))

Suatu hari nanti, dia akan menjadi seorang berjaya! InsyaAllah. :)

Lepas ni kalau sesiapa nak mintak daku jadi krew ke PM atau apa, bolehlah calling-calling daku eh? 
*kenyit mata malu-malu muka comey* Tehee! :)

Eh, dah bulan dua belas lah!

 Selamat bulan Disember semua orang! :'))

p/s: Maaf busy. Tak sempat nak baca entry semua orang. Tunggu daku free, baru daku cerita semua perkara dalam belog sendiri ya? :)

13 comments:

Mila Ahmad said...

gud luck for ur study !

Namee Roslan said...

besarnya project ni ellie. siap kena direct lagi. huh.kalau namee , nak nangis kot.wuuu.sebab nak kena jadi ketua pulak tu,

btw,elie...elie td ada kata nak baju peach tu ye ? kalau ye,email kat nameeroslan@hotmail.co.uk :)

Alan said...

penat keje camni..kerja kru production dengan kru entertainment management hampir sama.

dulu wat praktikal company entertaiment pun boleh rabak mata..siapkan show orang, memang mencabar minda..

rush sana sini, uopload barang dari lori, pasang sampai 3 4 pagi..siap program bukak balik angkut dalam lori..esok pergi show lain pulak..

habis praktikal,tobat xnak terlibat dengan kerja camni dah hahaha.

syafiqakarim said...

kemain bizi cik kak skng
hihi


tp
maintain comel.
haaa


goodluck elie.
bgtau result nanti :p

Amanina said...
This comment has been removed by the author.
Amanina said...

Gudluck elie!

Sronok gak shooting ni tp penatnya tak terkira. Penat ulang-alik sana sini.

p/s: elie nmpk mcm berisi sikit la :)

syiela said...

penatkan,.. tapi hasil berbaloi2 takpe

gud luck in future ye

Pondok Usang said...

wahhh.. sgt gigihnya dia... =)

leeza said...

halloooooo! lamenye xtgk bdk comey ni ;p

Al Kisah said...

lepas nie boleh bikin filemm...

E'in said...

bestnyeeeeeee.... elie study ape ek?

cEro said...

Hai elie, lama tak singgah sini...
Sibuk elie skang ek, hehehe..
Takpe2, semua tu akan mendewasakan, btol tak cik PM? heheh

Aliff Haikal said...

yaa , busy kan kak. takpe kak. keep it up ! always positife kan diri ! ^^

Akak comel ah . yang benar :)