Saturday, October 27, 2012

BerKorban Demi Kejayaan.

Salam kalian... :)


 Sepatutnya daku bercuti selama hampir 2 minggu lamanya bersempena dengan cuti Midterm kali ini. Tapi disebabkan tugas yang tidak pernah jemu dengan muka daku dan meminta si kenit ini untuk menyiapkan segala galanya dengan sepantas kilat, memang rasanya daku tak perlu bercuti pun tidak mengapa! #Ayat Pasrah. :( 

Cuti raya Haji yang sepatutnya dihiasi dengan segala makanan enak, rendang tok, ayam masak merah, lontong, ketupat dan nasi impit, memang tak payah mimpi nak makan semua tu dengan senang hati dan bergoyang perut suka hati lah Elie bila kau takdelah bercuti pun sebenarnya! Boo! #Lap air idong! 

Tapi disebabkan mahu menjadi pelajar cemerlang dan berjaya dengan semester dua kali ini, maka terpaksalah daku berkorban demi sebuah kejayaan! Mungkin nanti akan berbalas dengan kejayaan, siapa tahu kan? #Mintak-mintak masin mulut. Aminn.  Teehee! :D

Mungkin itulah suatu pengorbanan yang telah daku lakukan sempena Hari Raya AidilAdha kali ini. :)

Hai, kepala lembu tu dah kena korban pun masih nak jelir lidah lagi? Haha. 

Salam AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat sedunia. :')


Apa erti korban pada kau semua pula? Mari kongsi bersama? :)

p/s: Jangan buat spekulasi mengenai gambar di atas. Daku belum bertudung, insyaAllah bakal ke arah itu suatu hari nanti. Mohon doa bersama. :)

Sunday, October 7, 2012

Semester Dua.

Salam kalian... :)


Semester dua telah bermula.. 
Bukanlah baru-baru saja,
 mungkin sudah sebulan lamanya..
Tapi sunyinya daku macam bertahun rasanya. 

:)

Daku diam bukan tanda sudah tak cinta..
Nak kata busy tidaklah busy mana..
Mungkin menyepi hanya pada nama..
Tapi dasarnya, daku masih hidup dan menjadi stalker sahaja. 

:)

Semester dua bermula baik-baik sahaja..
Setakat ini, tiada cacat celanya..
cuma kesihatan ada pasang surutnya..
Mungkin dugaan bagi daku, pelajar semester dua! 

:)

Semester dua semakin mencabar dengan segala subjek killer!
Harapkan anugerah dekan memanglah sentiasa..
Kalau tak get ready, macam mana nak berjaya?
Itu antara sebab daku senyap dari beria-ria! 

:)

Entry ini ditulis dengan harapan satu sahaja..

Masih ada yang membaca, dan meng-komen-nya!

bukan daku paksa, bukan juga daku pinta..

tapi itukan tandanya...

Sokongan buat daku selamanya?  

:)


Sebelum berundur ada satu soalan untuk ditanya..

Adakah kalian sihat belaka?

atau mungkin itu soalan klise bagi semua?

adakah lebih baik jika daku bertanya...

:

:

:

:

:



Ada sesiapa yang rindukan daku, wahai semua?

:')

Bukan daku yang dalam video 5 Days MC tu tau! Sumpah bukan! :D

******~~~~******

Sebenarnya entry ini adalah satu pesanan untuk semua..

Semester baru telah bermula, jadi tandanya daku bakal busy sahaja!

tapi jangan risau...sebabnya?

Daku PASTI Kembali! 

:D

Take care people! Assalamualaikum! :)

p/s: Banyak perkara ingin diceritakan! Tapi tungguuuu ya?! :D