Saturday, September 8, 2012

Pertunangan.

Salam kalian... :)

Selepas selamatnya umur daku mencecah angka 21, satu lagi perkara yang harus dipanjatkan kesyukuran kepada DIA yang satu. Apa itu? 

PERTUNANGAN. :)

:')

Macam tak percaya je sudah bertunang! Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru bertemu. Tapi itulah namanya kuasa DIA yang satu! :)

Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selamat dilangsungkan! Dengan izin DIA yang Kuasa, segala perjalanan acara telah dipermudahkan, baik dari awal acara hingga akhir acara. Walaupun cuaca panas terik pada waktu acara lepas, alhamdulillah, semuanya masih dapat dijalankan dengan penuh kesederhanaan. Syukur Ya Allah!

 Acara bermula. Perbincangan kedua-dua belah pihak. :)

Dengan kata sepakat, ikatan pertunangan adalah selama 8 bulan. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bulan Mei tahun hadapan, selamatlah diijabkabulkan. Doakan bersama ya? ;))

 Antara hantaran yang menjadi balas kepada pihak lelaki. :)

Kepada semua tetamu yang hadir, dari pihak perempuan sendiri, Jutaan Terima Kasih diucapkan. Tiada apa yang dapat diberikan sebagai balasan kepada anda semua, kecuali goodie bags dan doa sebagai ingatan bersama. :')

 Goodie Bags! :))

Kepada yang tidak dijemput pula, maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Tidak mahu berlebih-lebihan, nanti lain pula kata orang. Tunggu kahwin nanti, insyaAllah sampailah nota undangan ke rumah setiap orang! Hehe. 

Terima kasih juga kepada semua yang telah bertungkus lumus menyiapkan majlis yang serba sederhana. Sanak saudara, rakan-rakan serta sesiapa sahaja, terima kasih dari pihak daku dan keluarga. Maaf jika ada yang tidak dapat diusahakan bersama, tapi harapnya semuanya telah berjaya. 

Keluarga besar. Ini hanya sebahagian saja. Nak panggil semua bergambar, memang payah. Ramai sangat! :D

Terima kasih tidak terhingga juga kepada umi dan abah kerana menjadi kepala kepada majlis pertunangan yang lepas. Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, tapi pertunangan ini berjaya juga. Andai tiada mereka, mungkin juga majlis tidak berjalan baik. Alhamdulillah.

 Dapat bergambar bersama umi saja. Abah pula hilang entah ke mana. Sibuk agaknya! hehe.

Sekali lagi, syukur dipanjatkan kepada Nya. Tanpa izin dan berkat dari Dia, tidak mungkin pertunangan lepas berlangsung dengan baik dan jayanya. Harapnya pertunagan ini akan diberkati hingga ke akhirnya. InsyaAllah..

Akhir kata...

SELAMAT BERTUNANG... 

:
:
:
































KAKAK KU! :))

 Bakal pengantin Mei depan! :D

Hehe. Majlis pertunangan kakak tau. Bukan adiknya. Takkan pulak daku yang belum habis belajar ni nak bertunang dan melangkah bendul kan? No no no! Syarat utama dalam keluarga, sebelum gatai nak tunang atau kawin, anak-anak mesti kena habis belajar dan kerja dulu. Cari duit poket, baru boleh pikir nak tunang! Haa! :))

 12 tahun bercinta, semoga mereka melekat sampai ke jinjang pelamin! :)

Mendoakan kebahagiaan mereka sampai bila-bila sudah semestinya, walaupun penat dah nak tengok dorang duk gadoh baik, gadoh baik semula. Woi kakak! cepat-cepatlah kawin, pindah rumah sendiri dan time daku konker bilik tidur seorang diri! Muahahaha! *gelak kejam*  

 Bakal abang ipar. Disuruh pakai baju semat sikit, baju nak main chess yang dipakainya! Salu pergi keje, elok je pakai tai bagai, nak tunang malas pulak nak jadi mat semat! Haha.

Baru majlis pertunangan, dah penat gila tak hingat weh. Belum kahwin lagik. Dah kahwin nanti, tak tahulah macam mana penatnya. Haha. Tapi takpe, demi kakak punya pasal, Apa pun daku layankan saja! Heh!

Semoga tahun depan keluarga kami dapatlah tambah seorang lagi ahlinya. InsyaAllah. Doakanlah bersama ya? :)

Dan kau semua jangan lupa doakan untuk adik bakal pengantin dan pasangannya jugak! Ada jodoh nanti, akan ada majlis untuk kami pulak!  Ahai, kami pun nak kahwin jugakkk! :p

Yes! Umur dah 21, dah gatai! Yess!! :')

Sabaq sat naa Eliee! Tak lama lagi masa kau pulak. Bwuekk! :p

p/s: Cepatlah habis belajar Elie! Hehe.