Thursday, August 23, 2012

Syawal Tahun Ini.

 Salam Lebaran kalian.. :)

Eh, dah hari raya lah! Yeay! :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! ;)

Syukur Alhamdulillah. Semuanya diberikan kesihatan yang baik untuk menyambut syawal tahun ini. Jadi bagaimana raya kau semua? Banyak dapat duit raya? Sudah berapa pinggan ketupat rendang dah masuk perut? hehe :B

Raya daku kali ini, semuanya sederhana saja. Takde yang berbeza dari tahun yang lalu. Cumanya baju raya saja berwarna biru. Dulu daku berbaju kurung kelabu. tak percaya? kalau rajin, rujuk lah entry raya daku waktu tahun dulu! Huehuehue! :')

Tahun ni raya kami takde tema, mana yang rasa cantik di mata sendiri, itu yang daku sarung di badan. Itu yang ambil baju berwarna biru! Ehem. Dagu macam dah runcing je? :P

Kalau raya tahun lepas daku masih diberi duit raya dari sanak saudara, tahun ni syukur, rezeki masih berpihak kepada diri sendiri. Eh, bukan silap daku bila mereka yang murah hati nak hulur duit raya masuk poket daku sendiri. Mungkin mereka semua pun konfius dengan bentuk badan daku yang macam budak sekolah nih. Untung tuan punya badan kan? Tehee! 

Lagipun, orang sudah memberi, kita menerima saja. Rezeki jangan sesekali ditolak kata orang! Betul tak? :)

Perkara wajib sebelum menerima 'wang belanja' iaitu BERATUR! :))

Raya tahun ini, kalau berbeza pun cuma sedikit sahaja.. iaitu tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama seperti tahun sebelumnya. :( Sedih juga bila tak dengar suara-suara meriah dari sepupu-sepupu kecil macam dulu. Almaklumlah, bila masing-masing ikot keluarga masing-masing untuk beraya di rumah mentua atau sebagainya, tinggallah kami yang anak-anak dara saja sebagai penyeri Aidilfitri tahun ini. Hehe

Pak Lang memang setiap kali raya akan jadi Pak Lawak antara semua orang. dan beliau memang sayang anak-anak saudara dia. Sejak dari kecik Pak Lang antara pakcik kami yang jaga kami tau! 
*PakLang, nak duit raya lebehhh!* :p

Eh, bersempena dengan hari raya yang mulia ini, daku ingin memohon 1001 kemaafan dari semua orang, tak kira yang kenal atau tidak, yang ter-kenal secara tak sengaja atau buat-buat tak kenal tiba-tiba ke, mohon maaf dipinta andai sepanjang hidup di dunia ini banyak perilaku yang tidak senang di mata kalian semua. 

Nak-nak lagi mulut daku yang bisingnya macam opah-opah duduk bercerita kat dapur time masak, daku pohon ampun sekiranya terkasar bahasa, menyinggung hati kau semua. Sebagai insan biasa, pastinya daku sendiri tak lepas dari melakukan kesilapan kan? Baik kecil atau besar silap itu, Hari Raya adalah hari yang paling baik untuk memaafkan setiap individu yang membuat silap. Ya kan?

Jadi, marilah bersama kita bermaaf-maafan! Kita zero-zero dan taknaklah bermasam muka di hari raya. Hilang selera nanti nak makan ketupat rendang, jangan pulak datang cari daku eh! Tehee! :)

 Aidilfiltri 2012! <3 Ehem! Can you spot me? :')

Akhir kata dari daku sendiri...

SALAM AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

buat semua peminat Elie Lily! <3

Eh-eh, ayat taknak macam retiss pulak kan uolss?!

cepat muntah pink sebaldiiiii!!!!

Kbai! Jumpa dalam next entry! Teehee! 

Assalamualaikum! :)

p/s: Jangan malu jangan segan, jemput datang rumah daku nanti! :)

18 comments:

Pocket said...

sunggoh sunggoh tak der warna tema,
merahnya, pinknya, biru tua nya, putehnya... besh besh! tak yah nak terikat ngan tema :D

hey!! memang salah kamu kerana nampak muda sangat pasal tu la masih dapat wit raya :D so sila wat rambut ropol ropol ker tak pun simpan janggut bagi nampak tua sikit :D

and yes... last but not least, dagu merunching nampak... sila keep it okeh:D jangan makin bulat pas rayer ^^

mintak mahaaapp.. kalau ader silap dan salah, mari kita meriahkan donia blog lagi dan lagi :)

Amanina said...

selamat hari raya elie!
Eh, sama kaler la..biru :) dan still lg dpt duit raya..

Amanina said...

selamat hari raya elie!
Eh, sama kaler la..biru :) dan still lg dpt duit raya..

Marya Hana said...

ellie, kak yaya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..

:)

syafiqakarim said...

biru.sama!
hahah selamat hari raya

syAzAnA said...

Selamat hari raya elie! hehe. rumah elie kat mana? boleh syaz dtg rayaaa. hhehehe.


:)

zulhilmi tempoyak said...

aduh comelnya...

nk g rumah antar rmbgn bleh..?? hee..

selamat hari hari.. ;p

A Girl Like You said...

Selamat hari raya :) Blogwalking here :)
Ramai betul pakai biru tahun ni ye! ;p

Aishah Jahirah said...

slmt hari raya aidilfitri ellie...maaf zahir batin... tema warna warni la nmpk meriah...hihi

Mila Ahmad said...

ellie selamat hari raya.

syiela said...

selamat hari raya.. meriahnya raya

Aliana AB said...

happynyer raya.. kite sambut biasa-biasa jer, anyway dah terlambat ker nak ucapkan selamat hari raya kat awak? hehehhe.. Selamat Hari Raya and Happy Always tau =)

Arham Md Ali said...

Selamat hari raya, lewat dah wish ni sebab dah 10 hari raya tapi xpela, sebab sekarang kan raya sebulan.

cEro said...

Selamat hari raya Elly..
tak ada jemputan open house ke?
nak kutip duit raya jugak ni dr Elly..hehehe

nazirulhazwan~ said...

selamat raye.maap zhir batin. kim salam awek pakai spek

nazirulhazwan~ said...

selamat raye.maap zhir batin. kim salam awek pakai spek

Namee Roslan said...

syawal namee tahun ni tak fun sgt. hehe. tahun sebelum pun sama je cuma tahun ni ok sikit lah. hehe. seronok tgk gambo raya ellie !! :D meriah !

oya said...

x lmbt kan nak ucap selamat hari raya ni..
buat open house x?