Wednesday, August 15, 2012

Persiapan.

Salam Hujung Ramadhan kalian.. ;)

Sedar tak sedar, dah nak habis Ramadhan pun. Lagi berapa hari, insyaAllah lebaran bakal menjelma. Syukur kehadrat NYA, diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan terawih tahun ini. Alhamdulillah. :)

Eh, ramadhan kalian bagaimana? semoga semuanya baik-baik saja. Alah, dah nak raya dah pun kan? hehe. Macam mana pulak dengan persiapan lebaran? Rasanya semua orang pun mesti dah siap bershopping sakan dengan baju baru untuk raya nanti, kan? Haa, daku pun nak jugak keluar KL dan borong sakan di Jalan Tar minggu lepas. Demm! Taksuka betul bila diri sendiri perlu bersesak-sesak di Kuala Lumpur semata-mata umi ajak teman beliau beli langsir baru! Pfft! 

Tahun ini, persiapan raya agak menyerabutkan! Sebabnya, semua benda agak terkejar-kejar. Umi dan abah tak dapat cuti awal untuk kami mengemas rumah bersama seperti tahun-tahun sebelumnya. Makanya, terpaksalah daku berhempas pulas mengecat dinding rumah seorang diri, dan membuat kuih raya untuk santapan diraja nanti! Ehem, setakat ni, adalah dalam 5-6 jenis kuih dah mendapat sentuhan emas dari tangan sendiri. Amboih?! Haha.

Oat Raisin Cookies dari Chef Elie! :)

Raya tahun ini juga, insyaAllah sambut seperti biasa, tak mewah mana. sekadar bersederhana. Sebabnya, setiap kali raya, mungkin lebih banyak berziarah di rumah sanak saudara dan mengumpul duit raya lagi. Eh, ada lagi ke orang nak bagi? eheh. Dan selebihnya, mungkin mengenyangkan perut dengan nasi impit kuah kacang di sana sini. Haha. Lepas tu, mulalah timbang berat badan, sebelum menjerit macam rumah setinggan terbakar! Haha.

Mungkin terlalu awal nak cakap tentang raya kali ini, sebab puasa masih lagi berbaki dalam 3-4 hari kan? Cuma mengharapkan raya kali ini lebih bermakna, dan moga semua persiapan akan berjaya dinikmati dengan penuh keberkatan. Owh, mintak-mintak setiap ahli keluarga daku juga dapat berkumpul di rumah keluarga seperti tahun lepas. InsyaAllah. :)

Our Happy Family, Eid 2011. :)

Kalau raya tahun lepas meriahnya bukan main, tahun ini bagaimana pula? Kita nantikan lebaran yang bakal tiba, ya? Harap-harap, seronoknya bukan kepalang! Hehe

Bagi yang bakal pulang ke kampung, jangan lupa berhati-hati di jalan raya. Doa jangan lupa baca, semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat berjumpa keluarga bahagia. :)

Buat kau semua di luar sana...

Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka, Selamat Beribadat dan Selamat Menghadapi Persiapan Lebaran, :')

p/s: Tanak wish Selamat Hari Raya selagi pengumuman raya belum tersiar di kaca tv! :D

28 comments:

Mila Ahmad said...

Selamat Berpuasa elie huhu...

Aliff Haikal said...

sama lah akak , tahun ni agak kelam kabut sebab ayah dah start kerja kat penang then kami anak beranak terpaksa duduk johor . banyak tak setel and last mak ckp ' raya je lah selagi apa yg ada' hehe . mana taknya first time persiapan raya tanpa ayah .

hahaha serious bahagia gilaa familky akak tuuu ! :")

selamat hari raya akak

syafiqakarim said...

amboi.
meriah gilaaaaak


puasa cukup tak ni?hiks

CintaKhadijah said...

pic nampak meriah sakan uh.. jeles2! ^^p

Hans said...

wah
rajin buat biskut raya

syiela said...

meriahnya gambar raya thn lepas... dik nak biskut tu sikit :)

azizah :) said...

amboi... pandai chef elie buat kuih raya yer..hehee

harap2 tahun meriah almaklum status sudah bertukar..hehehe

E'in said...

dh xsabar nak raya nie! :D

Pocket said...

gambar raya tu menarik, tapi kesian kat yang dibelakang terpaksa mengintai dicelah tangan tangan orang. :D

uuu sebikut!!
besh besh :D

Muhammad Ikhwan Radzali said...

aku rasa entri ni win sebab ayat kat P/S kau tu. aahaha.

inche hlovate said...

selamt berpuasa :)

Namee Roslan said...

elie !! hehe. saya rasa semangat tengok gambar raya awak last year tu ! sangat fun nampak ! hehe. kalau saya, takde la raya macam tu. wuuu. selamat hari raya elie ! :D

http://nameeroslan.blogspot.com/

LelakiSemalam said...

jeles...meriah sangat!

♥ nana i am ♥ said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya adik elie :) ** tolong emel akak alamat rumah awk please..nak send wedding card ni.hihi.sorry lambat inform ya..SELAMAT HARI RAYA!

sarahmfd@gmail.com

Elie Lily said...

Mila..
Salam lebaran Mila. :)

Elie Lily said...

Haikal..
tahun ni, byk tumpu untuk 1 september nnt. tu yg tak fokus raya sangat. huhu

Selamat Hari raya dik! :)

Elie Lily said...

ikakarim..
puasa tinggal 7 hari. glups! haha

Elie Lily said...

Cinta Khadijah..
meriah tahun lepas. tahun ini biasa je. ;)

Elie Lily said...

Hans..
anak dara katanya :)

Elie Lily said...

syiela..
mari datang rumah! :)

Elie Lily said...

Azizah..
duduk rumah takde buat apa, jadilah chef tak berbayar. :D

Raya tahun ni, seronok ada orang baru. Ehem! :p

Elie Lily said...

Eiin..
Selamat Hari Raya, :)

Elie Lily said...

Iki Ali..
Maksud kau? Win? apa tu?

Elie Lily said...

Pocket..
semua nak masuk kamera punya pasal. Sebab tu la. hahha

Elie Lily said...

inche hlovet..
dah raya kan? hehe. Selamat Hari raya. :)

Elie Lily said...

Namee..
tahun lepas macam tu la gayanya. tahun ini tak cukup kuota. tapi masih meriah. Salam lebaran Namee! :)

Elie Lily said...

Lelaki semalam..
jangan jeles. mari datang rumah dan beraya. :)

Elie Lily said...

kak nana..
woah. nak kawen dah eh?
Selamat pengantin baru in advanced! :D