Tuesday, August 7, 2012

Apa Cerita Atan?

Salam Ramadhan Kalian... :)

Apa Cerita Atan?
Lama tak dengar kisah seorang kawan ini. Seingat daku, kali terakhir bertemu Atan adalah dalam sekitar bulan November tahun lalu, sebelum dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar buat seketika. Katanya ingin berehat buat sementara waktu. Entah. Itu katanya...

Apa Cerita Atan?

Panggilan terakhir di telefon bimbit daku terima darinya adalah awal tahun ini. Itupun daku tak sempat jawab kerana kesibukan bekerja di Jusco Taman Maluri. Mungkin dia merajuk hingga menghilangkan diri. Entah kenapa, Atan seperti ingin lari dari daku dan kehidupan realiti... :(

Apa Cerita Atan?

Sebenarnya agak lama juga kami tidak hubung menghubungi. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Tapi dia seperti senyap dan mahu menyendiri. Mungkin kerana itu dia diam dan terus menyepi..hingga hari ini.. :(

Apa Cerita Atan?

Daku tak tahu apa terjadi. Bila bertanya khabar, dia seakan sengaja menghilang walau daku mencari. Mahu bertemu, daku tak berani. Bukan tak cuba, tapi dia seperti tidak melayan kawan lamanya ini. HAIH. apa sudah jadi pada kawan ku ini? :(

Apa Cerita Atan?

Apa terjadi pada dirimu hari ini? Kenapa asyik mahu menyendiri? Sungguh daku tidak mengerti. Jika kerana sakitmu yang kau tangisi, hadapilah ia dengan penuh tabah di hati. Atau jika ada masalah yang dihadapi, mari kita bertemu esok hari. Tidakkah kau tahu akan erti merindui? 

dan Atan.. 

Masihkah kau ingat pada kawan mu yang bernama Elie? :(



I miss you badly, Buddy! :'(

*****~*****



p/s: Berfikir dan mencari mana silap diri...Hingga saat ini. :(

31 comments:

Mila Ahmad said...

Sabarlah ye. Mungkin dia ada masalah sendiri.

Aishah Jahirah said...

korek semula cerita lama...ketinggalan...dia masih frust lagi ke..

gigiAriEma said...

setiap manusia ada cara dia,
kita kna selami.:)
maybe dia ada mslh yg dikongsi tp xtawu nk kongsi dgn sape. :)

inche hlovate said...

dia ada masalah kot..maybe perlukan masa untuk menyendiri..sabr ye :)

Elie Lily said...

Mila..
mungkin.. ;(

Elie Lily said...

Aisyah jahira..
taktahu. lama tak berhubung. :(

Elie Lily said...

gigiArema..
sebab tu ada istilah kawan kan? Erm. :(

Elie Lily said...

inche hlovate..
mungkinlah. tp salu mesti dia cari elie. :(

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam kunjungan...
Popular nama "atan" dlm posting ni =D
www.shahrulhairy.com

azizah :) said...

better elie cari atan tu sebagaimana dia sanggup cari elie.. masih kah panjang umur dia? kita tak tahu kan..so better elie cari lah dia..huhuhu

Pocket said...

moga atan 'sihat-sihat' seadanya..

tp atan sakit aper sis?

Elie Lily said...

Syahrul..
popular betul kan? :D

Elie Lily said...

kak jijah..
bukan tak cari. elie sgt mencari. tp dia mcm mengelak. macam mana nk buat? :(

Elie Lily said...

Pocket..
Atan ada leukimia. ;(

syafiqakarim said...

saya penah baca mengenai atan sebelum ini

dan

sila rapat kan diri kembali

Hans said...

sedih pula bila tahu atan ada leukimia

E'in said...

atan sakit ape?

Namee Roslan said...

kesian kamu. mungkin Atan ada masalah mungkin. sabar ok Elie.. :/ emm memang perit bila kita rindu pada seseorang kan.

syiela said...

sedih pula bila tau atan ada leukimia.. selalunya orang sakit ni mmg cepat terasa dan sedikit menyendiri...

.izzati liyana. said...

mm, cuba beranikan diri tanya kalau sayang persahabatan ni. kalau tak, sampai bila pun tak tahu kan.

cEro said...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingati kita tak kira senang mahupun susah.

Elie seorang sahabat yang baik.

Aliff Haikal said...

sabar okay akak :"(

Elie Lily said...

iqa karim..
dah cuba.. bukan tak cuba. :(

Elie Lily said...

hans..
elie lagi sedih tau! :(

Elie Lily said...

E'iin..
ha, ni mesti tak clik link elie bagi tu kan? Kantoi! :p

Elie Lily said...

syiela..
mungkin la.. tah mana silap elie.tak tau. :(

Elie Lily said...

Namee..
sangat perit namee. :(

Elie Lily said...

izzati liyana..
da tanya. atan yang diam. :(

Elie Lily said...

cEro..
kalau elie sahabat yg baik, takan pulak Atan terasa hati dgn elie? :(

Elie Lily said...

Alif Haikal..
hari-hari bersabar tau adik. :'(

shuhadaothman said...

sedih pulak bile bce. sabar k :)