Friday, August 31, 2012

Dua.Puluh.Satu.

Salam kalian... :)

Dulu, 31 Ogos 1991. 

Itu tarikh daku dilahirkan pada jam 4 pagi, dua puluh satu tahun lepas. :)

Ini David Beckham Malaysia masa umur beliau satu tahun. Bahaha


Hari ini, 31 Ogos 2012.

 Hari Merdeka bagi negara Malaysia, juga Hari jadi untuk daku sendiri. Dua puluh satu tahun. :) 

Mencecah angka dua puluh satu sememangnya dinanti sejak dari dulu lagi. Jangan ditanya mengapa, sebabnya jawapan yang dinanti tak kunjung tiba lagi. Apa yang bakal terjadi bagi tahun 21 tahun ini, sememangnya daku tidak pasti. Namun apa yang pasti, semua yang terjadi harus dilalui dengan penuh rasa rendah diri.

Alhamdulillah, sepanjang dua puluh satu tahun hidup di dunia, syukur dipanjatkan kepada DIA yang Esa. DIA telah memberikan daku hidup yang serba hebat, menjadikan daku sebagai seorang anak Malaysia,yang lahirnya pada 31 Ogos, Anak Merdeka , sememangnya  tiada sebab untuk tidak mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNYA! Terima Kasih Ya Allah. :)

Sepanjang dua puluh satu tahun ini, banyak yang berlaku pada diri. Jatuh bangun sendiri, harus ditangani dan dilalui dengan penuh tabah di hati. Kejayaan dan kegagalan, semuanya pernah dilalui, namun DIA tak pernah membenarkan daku berdiri sendiri.

Kepada Umi, Abah, Keluarga, Rakan-rakan, Sahabat Handai, Gula-gula hati, dan semua yang telah berdiri sebagai tulang belakang daku sepanjang dua puluh satu tahun berdiri di muka bumi ini, TERIMA KASIH yang tidak terhingga diucapkan. Andai tiada kalian di sisi, mungkin daku tidak dapat berdiri dengan senang hati dan tersenyum hingga hari ini. Terima kasih sayangs semua! <3

Dua.puluh.satu tahun. Alhamdulillah. :))

Hari ini, genapnya daku berumur dua puluh satu tahun ini, bukan saja sambutan hari jadi untuk daku sendiri, tapi untuk semua rakyat Malaysia yang hebat di muka bumi. Hebatnya kita hingga kini dapat bersama walau macam-macam yang dilalui oleh pelbagai generasi. 

SELAMAT HARI MERDEKA, RAKYAT MALAYSIA! :)

dan...

SELAMAT HARI JADI, ELIE LILY! <3

p/s: Mengharapkan tahun ini adalah hari jadi yang lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya! 

Thursday, August 23, 2012

Syawal Tahun Ini.

 Salam Lebaran kalian.. :)

Eh, dah hari raya lah! Yeay! :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! ;)

Syukur Alhamdulillah. Semuanya diberikan kesihatan yang baik untuk menyambut syawal tahun ini. Jadi bagaimana raya kau semua? Banyak dapat duit raya? Sudah berapa pinggan ketupat rendang dah masuk perut? hehe :B

Raya daku kali ini, semuanya sederhana saja. Takde yang berbeza dari tahun yang lalu. Cumanya baju raya saja berwarna biru. Dulu daku berbaju kurung kelabu. tak percaya? kalau rajin, rujuk lah entry raya daku waktu tahun dulu! Huehuehue! :')

Tahun ni raya kami takde tema, mana yang rasa cantik di mata sendiri, itu yang daku sarung di badan. Itu yang ambil baju berwarna biru! Ehem. Dagu macam dah runcing je? :P

Kalau raya tahun lepas daku masih diberi duit raya dari sanak saudara, tahun ni syukur, rezeki masih berpihak kepada diri sendiri. Eh, bukan silap daku bila mereka yang murah hati nak hulur duit raya masuk poket daku sendiri. Mungkin mereka semua pun konfius dengan bentuk badan daku yang macam budak sekolah nih. Untung tuan punya badan kan? Tehee! 

Lagipun, orang sudah memberi, kita menerima saja. Rezeki jangan sesekali ditolak kata orang! Betul tak? :)

Perkara wajib sebelum menerima 'wang belanja' iaitu BERATUR! :))

Raya tahun ini, kalau berbeza pun cuma sedikit sahaja.. iaitu tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama seperti tahun sebelumnya. :( Sedih juga bila tak dengar suara-suara meriah dari sepupu-sepupu kecil macam dulu. Almaklumlah, bila masing-masing ikot keluarga masing-masing untuk beraya di rumah mentua atau sebagainya, tinggallah kami yang anak-anak dara saja sebagai penyeri Aidilfitri tahun ini. Hehe

Pak Lang memang setiap kali raya akan jadi Pak Lawak antara semua orang. dan beliau memang sayang anak-anak saudara dia. Sejak dari kecik Pak Lang antara pakcik kami yang jaga kami tau! 
*PakLang, nak duit raya lebehhh!* :p

Eh, bersempena dengan hari raya yang mulia ini, daku ingin memohon 1001 kemaafan dari semua orang, tak kira yang kenal atau tidak, yang ter-kenal secara tak sengaja atau buat-buat tak kenal tiba-tiba ke, mohon maaf dipinta andai sepanjang hidup di dunia ini banyak perilaku yang tidak senang di mata kalian semua. 

Nak-nak lagi mulut daku yang bisingnya macam opah-opah duduk bercerita kat dapur time masak, daku pohon ampun sekiranya terkasar bahasa, menyinggung hati kau semua. Sebagai insan biasa, pastinya daku sendiri tak lepas dari melakukan kesilapan kan? Baik kecil atau besar silap itu, Hari Raya adalah hari yang paling baik untuk memaafkan setiap individu yang membuat silap. Ya kan?

Jadi, marilah bersama kita bermaaf-maafan! Kita zero-zero dan taknaklah bermasam muka di hari raya. Hilang selera nanti nak makan ketupat rendang, jangan pulak datang cari daku eh! Tehee! :)

 Aidilfiltri 2012! <3 Ehem! Can you spot me? :')

Akhir kata dari daku sendiri...

SALAM AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

buat semua peminat Elie Lily! <3

Eh-eh, ayat taknak macam retiss pulak kan uolss?!

cepat muntah pink sebaldiiiii!!!!

Kbai! Jumpa dalam next entry! Teehee! 

Assalamualaikum! :)

p/s: Jangan malu jangan segan, jemput datang rumah daku nanti! :)

Wednesday, August 15, 2012

Persiapan.

Salam Hujung Ramadhan kalian.. ;)

Sedar tak sedar, dah nak habis Ramadhan pun. Lagi berapa hari, insyaAllah lebaran bakal menjelma. Syukur kehadrat NYA, diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan terawih tahun ini. Alhamdulillah. :)

Eh, ramadhan kalian bagaimana? semoga semuanya baik-baik saja. Alah, dah nak raya dah pun kan? hehe. Macam mana pulak dengan persiapan lebaran? Rasanya semua orang pun mesti dah siap bershopping sakan dengan baju baru untuk raya nanti, kan? Haa, daku pun nak jugak keluar KL dan borong sakan di Jalan Tar minggu lepas. Demm! Taksuka betul bila diri sendiri perlu bersesak-sesak di Kuala Lumpur semata-mata umi ajak teman beliau beli langsir baru! Pfft! 

Tahun ini, persiapan raya agak menyerabutkan! Sebabnya, semua benda agak terkejar-kejar. Umi dan abah tak dapat cuti awal untuk kami mengemas rumah bersama seperti tahun-tahun sebelumnya. Makanya, terpaksalah daku berhempas pulas mengecat dinding rumah seorang diri, dan membuat kuih raya untuk santapan diraja nanti! Ehem, setakat ni, adalah dalam 5-6 jenis kuih dah mendapat sentuhan emas dari tangan sendiri. Amboih?! Haha.

Oat Raisin Cookies dari Chef Elie! :)

Raya tahun ini juga, insyaAllah sambut seperti biasa, tak mewah mana. sekadar bersederhana. Sebabnya, setiap kali raya, mungkin lebih banyak berziarah di rumah sanak saudara dan mengumpul duit raya lagi. Eh, ada lagi ke orang nak bagi? eheh. Dan selebihnya, mungkin mengenyangkan perut dengan nasi impit kuah kacang di sana sini. Haha. Lepas tu, mulalah timbang berat badan, sebelum menjerit macam rumah setinggan terbakar! Haha.

Mungkin terlalu awal nak cakap tentang raya kali ini, sebab puasa masih lagi berbaki dalam 3-4 hari kan? Cuma mengharapkan raya kali ini lebih bermakna, dan moga semua persiapan akan berjaya dinikmati dengan penuh keberkatan. Owh, mintak-mintak setiap ahli keluarga daku juga dapat berkumpul di rumah keluarga seperti tahun lepas. InsyaAllah. :)

Our Happy Family, Eid 2011. :)

Kalau raya tahun lepas meriahnya bukan main, tahun ini bagaimana pula? Kita nantikan lebaran yang bakal tiba, ya? Harap-harap, seronoknya bukan kepalang! Hehe

Bagi yang bakal pulang ke kampung, jangan lupa berhati-hati di jalan raya. Doa jangan lupa baca, semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat berjumpa keluarga bahagia. :)

Buat kau semua di luar sana...

Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka, Selamat Beribadat dan Selamat Menghadapi Persiapan Lebaran, :')

p/s: Tanak wish Selamat Hari Raya selagi pengumuman raya belum tersiar di kaca tv! :D

Tuesday, August 7, 2012

Apa Cerita Atan?

Salam Ramadhan Kalian... :)

Apa Cerita Atan?
Lama tak dengar kisah seorang kawan ini. Seingat daku, kali terakhir bertemu Atan adalah dalam sekitar bulan November tahun lalu, sebelum dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar buat seketika. Katanya ingin berehat buat sementara waktu. Entah. Itu katanya...

Apa Cerita Atan?

Panggilan terakhir di telefon bimbit daku terima darinya adalah awal tahun ini. Itupun daku tak sempat jawab kerana kesibukan bekerja di Jusco Taman Maluri. Mungkin dia merajuk hingga menghilangkan diri. Entah kenapa, Atan seperti ingin lari dari daku dan kehidupan realiti... :(

Apa Cerita Atan?

Sebenarnya agak lama juga kami tidak hubung menghubungi. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Tapi dia seperti senyap dan mahu menyendiri. Mungkin kerana itu dia diam dan terus menyepi..hingga hari ini.. :(

Apa Cerita Atan?

Daku tak tahu apa terjadi. Bila bertanya khabar, dia seakan sengaja menghilang walau daku mencari. Mahu bertemu, daku tak berani. Bukan tak cuba, tapi dia seperti tidak melayan kawan lamanya ini. HAIH. apa sudah jadi pada kawan ku ini? :(

Apa Cerita Atan?

Apa terjadi pada dirimu hari ini? Kenapa asyik mahu menyendiri? Sungguh daku tidak mengerti. Jika kerana sakitmu yang kau tangisi, hadapilah ia dengan penuh tabah di hati. Atau jika ada masalah yang dihadapi, mari kita bertemu esok hari. Tidakkah kau tahu akan erti merindui? 

dan Atan.. 

Masihkah kau ingat pada kawan mu yang bernama Elie? :(



I miss you badly, Buddy! :'(

*****~*****



p/s: Berfikir dan mencari mana silap diri...Hingga saat ini. :(