Tuesday, July 24, 2012

Setahun.Sekali.Selama.Sebulan.

Salam Ramadhan kalian... :)

Entry kali ni, malas nak tulis panjang-panjang! Sebabnya tujuan hanya satu...

Daku hanya ingin mengucapkan...

SALAM RAMADHAN BUAT UMAT ISLAM SEDUNIA! :')

Rasanya daku mungkin tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk Muslimin dan Muslimat semua kan? Kan Ramadhan bulannya selama 30 hari bersamaan satu bulan? kau semua pun puasa mestilah selama sebulan jugak kan? ;)

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas, insyaAllah. :) 

Kata ustaz, anggaplah ini Ramadhan terakhir kita, moga kita akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mengerjakan ibadah kepada NYA. dan insyaAllah, untuk bulan special yang hanya datang setahun sekali selama sebulan ni, segala amal ibadat yang kita lakukan dengan penuh rasa rendah diri, akan mendapat keberkatan dariNya, dan segala dosa lepas, insyaAllah akan terampun.  

Itukan janji Allah! :)

Daku juga setiap hari sentiasa berharap agar diri sendiri akan berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah. :)

Owh, kan dah cakap tadi taknak tulis panjang-panjang! 

Lebih baik pikirkan apa yang patut dimasak untuk juadah berbuka nanti dari melepek depan lappy dan menonton movie. Silap hari bulan, orang dah bukak puasa, kau asyik lagi tengok Boboboi kat Tv Three! Mana tak kena marah dengan ummi sendiri! 

Teehee! :D

Cakaplah hai-hai dekat kuih melaka saya! Ada rezeki, daku buat untuk kalian merasa pula! :)

Hey, kalau kelmarin daku dah buat kuih melaka (onde-onde) untuk juadah berbuka puasa, semalam pulak puding roti. Hari ni bukaK puasa nak makan apa ya? Any idea people? :)

Happy Fasting Month and Have a Blast Ramadhan everyone!
Assalamualaikum! ;)

p/s: Mintak-mintak kali ni dapat tunai solat Terawih selama sebulan! :)

26 comments:

SoLy SoLicious said...

salam ramadhan..selamat berpuasa ^^

Al Kisah said...

muncung nye mulut, gambar itu bukan tunjuk jangan bergosip... tapi jangan bercium mulut ketika berpuasa.

Namee Roslan said...

ahahha. puasa ni takde gossip dah.dengar lagu kat utube pun takde. hehe. alaaa elie sedapnya kuih tu. dah la sy tak sahur....gulp. salam ramadhan buat kamu juga btw~~ :))

Elie Lily said...

Soly Solycious..
Eh, lama tak nampak?hihi
Selamat berpuasa jugak :)

Elie Lily said...

Alkisah..
bukan time bulan puasa je takleh cium mulut. waktu lain pun takleh kan. Haha.

Salam ramadhan ya.
:)

Elie Lily said...

Namee..
mesti namee bukak tv Al hijrah je kan skarang. :)

Salam ramadhan namee. :)

zacky786 said...

~slmt b'psoe

Aliff Haikal said...

hahahaha jangan nak gosip sangat kakak ! senyap selama sebulan . hahaha kelakar :p

Salam ramadhan akak ^^

sugar2 kapas strawberry said...

hai hai kuih melaka..hahaha

Alan said...

fuyoo kuih melaka

cEro said...

Satu kawan perempuan cEro ada kata, dalam bulan ramadhan ni laa kami (kaum perempuan) nak banyak tambah ilmu memasak. Masa time nilah semua org baik nak ajar masak, dan tak marah kalau tak sedap.

Hmmm, ada betulnya, kan Elie?

syafiqakarim said...

SALAM RAMADHAN
kalau buat lebih hantar rumah ye

Anonymous said...

Thanks for the amazing info. I find these posts have a lot of material. I can't wait to get a chance to impliment all these great posts. Thank you very much.

asmira surianie said...

sedapnye kueh tu..ngee..best bila dapat gigit gula dalam tuu

syAzAnA said...

Selamat berpuasa elieee! :)

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

kuih tiu peberet akak dear,hikhik

slmt berpuasa syg :)

Elie Lily said...

zachy..
selamat berpuasa juga! :)

Elie Lily said...

aliff..
macam boleh senyap pulak mulut akak ni kan? :)

Elie Lily said...

lynn..
hai-hai sugar-sugar strawberry! :D

Elie Lily said...

Alan..
nak ke? jemput datang umah merasa! haha

Elie Lily said...

cEro..
pandai kawan cEro tu, nak belajar masak time bulan2 puasa ni, sebab confirm takkan ada org marah2 time mengajar! AHAH

Elie Lily said...

Ikakarim..
dah habislah syg.. lambat mintak! ahha

Elie Lily said...

ANON..
Glad u love it. :)

Elie Lily said...

asmira suriani..
sedap kan.. sedap woo! terliur da! haha

Elie Lily said...

syazana..
Happy fasting too sayang! :)

Elie Lily said...

My beautiful world..
yeke? kita geng kak! :))