Wednesday, July 18, 2012

Impian dan Cita-Cita...

Salam kalian... :)

Daku punya impian, sejak dari dulu sebenarnya. Jangan kau tanya apa impian itu, sebabnya lebih baik jangan dikhabarkan pada dunia dahulu jika belum tentu impian itu jadi kenyataan. Tapi YA, impian itu agak tinggi sebenarnya. Dan haruslah lagi tinggi dari badan daku yang kecit dan rendang ni! Muehehe! 

Tapi cita-cita... Daku tak tahu sebenarnya apa cita-cita daku! Kalau dulu mungkin boleh tulis mahu jadi cikgu, mahu jadi akauntan, pegawai bank, pegawai polis, dan apa-apa saja. Tapi sekarang bila munculnya soalan dari pihak lain yang bunyiknya.. 

"Apa cita-cita kamu?"

daku mungkin akan jawab :

"Saya takde idea lagi nak jadi apa!" 

Atau lebih patut daku jawab ...

"Tunggu nanti saya dah jadi siapa, itulah cita-cita saya!"

=_____________________=''


Entah! Rasanya impian dan cita-cita bukan benda yang sama! Dalam usia hampir mencecah 21 tahun ni, isu ni bukanlah benda asing yang berada dalam kepala otak sendiri..tapi persoalan itu tak mungkin dapat dijawab sendiri! Sadis bukan? :(

Dalam hidup, banyak benda yang daku buat! Tapi tidak semua yang daku buat adalah untuk dimakbulkan ia menjadi cita-cita! Di alam degree, dengan semangat bersama rakan-rakan lain, daku berpeluang menjadi pengarah untuk short filem sendiri, seawal bulan April yang lalu. Tapi untuk menjadi pengarah yang boleh   mengarah short filem atau mungkin filem panjang sampai bila-bila, sememangnya TIDAK! menjadi Pengarah bukanlah impian dan cita-cita daku sejak dahulu! 

Bersama EqinKamen sebagai pengarah bersama dalam short filem Kapal Terbang Kertas. IsyaAllah siap semuanya nanti, daku tayangkan pada kalian semua. Doakan ya? :)

Bahkan, waktu menjadi penulis zine bertajuk Nokss isu #1, isu #2 dan juga isu #3 bersama rakan-rakan diploma dahulu, tidak terdetik pun untuk menjadi seorang penulis yang mahu karyanya bakal menjadi bahan bacaan umum. Malah apa yang dibuat sewaktu menulis untuk Nokss selama 3 isu dahulu sebagai hiburan dan keseronokan dalam menulis. Mungkin sebab diploma dahulu daku berada dalam bidang penulisan kan? :)

 Memori diploma. Menulis Nokss sehingga tiga isu dan menjual kepada umum. Seronok! :)

Sama juga macam waktu menjadi pekerja Jusco (yang kini digelar AEON) akhir tahun 2011. siap pakai uniform satu badan dan bersanggul rapi lagik. Daku waktu tu dah macam orang yang kerja kat Awan Nano kot. Haha. Bekerja sebagai seorang Customer Service Assistant bukan sebab impian mahu menjadi seorang pekerja yang akan menadah telinga mendengar masalah dan luahan pembeli sepanjang masa. Tapi atas sebab mahu mencuba nasib dan mencari duit poket sendiri. :)

Dulu dicop pekerja di Awan Nano! Bukanlah. Saya kerja kat darat jewww! Haha. :D

Huh. Buat itu sudah, buat ini sudah. Tapi apa nak, masih belum pasti! Apa mahu jadi wahai Elie? Jadi bagaimana?? Kata orang, apa yang kita impikan, tak semuanya akan menjadi. Cita-cita juga, jika dari kecik mahu jadi itu dan ini, tapi tanpa usaha keras, masakan akan menjadi? Jangan kau mimpi!

Mungkin Ya, impian daku terlalu banyak untuk digapai! Hingga umur 21 tahun ini pun, masih banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan. Tapi jika sampai sekarang cita-cita masih belum pasti, satu sahaja daku mahu ketahui..

B.A.G.A.I.M.A.N.A.??

Jadi kau tolong bagitahu daku, bagaimana mahu mencapai cita-cita untuk masa depan nanti!

Jika susah sangat biar saja daku jadi Power Rangers bernama Elie! 

Boleh jugak selamatkan Bumi! 

Teehee! :D

Hallo penduduk Bumi, ada masalah sana sini? Sila contact Rangers Elie di talian MAXIS! Lain-lain talian, tak dapat dikenali. Sekian Bertemu Lagi! :D

Happy Wednesday People! Assalamualaikum! :)

p/s: Dulu nak sangat jadi pakar pemakanan. Tapi sayang, biologi tak A waktu SPM! jadi mimpi saja lah kau Elie! 

24 comments:

Pangeran said...

Hahaha, awan nano pun boleh. Sekarang ni cepat2 la tetapkn kerjaya ape nk ceburi nnt.

Mila Ahmad said...

cita-cita mungkin dah lama lupus sebab belajar sampai spm jerk tapi alhamdulillah rezeki kerja masih dipihak saya kini dapat sandang jawatan sebagai eksekutif pentadbiran setelah 4 thn bekerja, apa yang boleh mila ckp hanya impian je yang boleh dicapai buat masa ni, InsyaAllah takde ape yg mustahil di dunia ini selagi kita berusaha utk menghadapinya. Wah ! terpanjang komen lah pulak heeee....-.='

|shuhadaothman|TM said...

hahaha, sme la. ble org tnya cita2 ape mmg x taw nk jawab ape. geleng pale je la. hewhew.

lepas ni boleh contact Rangers Elie kalau ad pape masalah. hahaha :D

ღ cik faye ღ said...

seriously, sekali pandang mcm stewardess :-)

Scya Lollita said...

jom mimpi lama2 sampai impian tu terlaksana :p

Aliff Haikal said...

Bila orang tanya

'Kal , kau nak jadi apa lepas habis belajar nanti ?'

' entahlah wei , aku pun taktahu aku nak jadi apa '

Tapi sekrg nampaknya Allah dah aturkan kat haikal untuk menjadi seorang akauntan .

so nanti bila ada orang tanya lagi , haikal jawab

' Aku akan jadi akauntan berjaya insyAllah ^^ '

Akak ! jadi apa yang akak seronok untuk melakukan benda tu :)

kelakar lah yang part last sekali hahahahah :p

Elie Lily said...

Pangeran..
Haha. tak tau nak jadi apa masalahnya, macam mana nk tetapkan? :(

Elie Lily said...

Mila..
its okay komen panjang2, tuan rumah tak kisah,. heheh

impian terlampau byk, cita2 haprak tarak! macam mana tu? haha

Elie Lily said...

shuhadaothman..
harus contact.. kalau nak saving, pakai txt pon boleyyy. haha

Elie Lily said...

cik faye..
hahha.. stewardess tak jadi. elie kenit, mana boleh jadi stewardess. haha

Elie Lily said...

syca..
sampai bila nk mimpi dik non? ahaha

Elie Lily said...

Haikal..
nnt dah jadi akauntan, jangan lupa Kak Elie comel lagi kiut ni tau! hahah..

Kak layan je apa yg DIA nak kak jadi. kalau DIA suh kak jadi housewife je nnt, itulah yg kak akan jadi.. *gatai* :p

Jgn lupa contact Rangers Elie~ :D

peah masih ohsem said...

haha untunglahh, tapi kan, kita punya cita2 tak tahu lagi. kompiusss mak ni nakk..

tapi nak jadi power rangers pink. ayu gittewww

cEro said...

Kalau nakkan nasihat ttg cita2, jangan tanya cEro..

sgt tak ada cita2 cEro ni..hmmm *kesedihan*

fatin hanani said...

betoi tu..semua cita2 kita xsemstinya kita dpt..dulu pun fatin cita2 nk jdi doctr tapi skrg dh tukr akauntan hehe..memang lari lah..sbb mint lebih pada akaun..insyallah kalau da rezeki jadi lah..hehe... power rangers pun ok gak nih hihi :P

Cik Rongoks said...

pemenang segmen kad raya dah diumumkan :)

http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/pemenang-segmen-kad-raya.html

-SUPERGIRL- said...

Mase kecik tau nak jadi doctor jee . dah besow skg kite pon nga konfius nehh .. mcm awk ckp lahh . tggu nt jd ap baru boleh ckp . HAHA

Elie Lily said...

peah..
kita geng! cita-cita belum ketemu lagi! hahah..

power rangers pink ladies sgtla kak! hahha

Elie Lily said...

cero..
kita geng! sepp! :D

Elie Lily said...

fatin..
haa.masa kecik2, cita2 bukan main kan..dah besar tak tahu nk jadi apa. tu yg nk jadi power rangers tu! haha

Elie Lily said...

ika,,
maseh! elie one of the winners! :D

Elie Lily said...

supergirl..
elie tak pernah mimpi nak jadi doktor. tak suka blajar pasal ubat! :D

Namee Roslan said...

haha. takpe..kadang2 kita belajar lain...nanti kerja lain. rezeki tu Allah yang bagi. hewhew. entah ke elie jadi pelakon anime terus ke kat tv. haa mana tahu ! hihi :)

Elie Lily said...

Namee..
haa? pelakon anime? Gulp! Telann air liur terus! haaha