Tuesday, July 31, 2012

Bukan Bulan Berehat!

Salam ramadhan kalian! :)

Sedar-tak sedar, dah 11 hari kita berpuasa. So how was your Ramadhan people? Fun, i guess? :)

Puasa tahun ni, daku biasa-biasa saja. Macam puasa tahun-tahun lepas. Bersederhana. Tapi untungnya, ramadhan kali ni boleh sambut dengan family di rumah. Jadi bila tengah bercuti dalam bulan puasa ni, memang masa berehat tak banyak! Ada saja kerja nak kena buat. Baguslah, ringan sikit badan bila gerak sana sini! Hehe.

Eheh, tahu tak, bulan puasa siapa kata adalah bulan untuk berehat? Kita kan disarankan untuk perbanyakkan ibadah. bukan untuk berehat semata-mata. Sama jugak dengan badan kita. Bulan puasa siapa kata tak boleh bersenam? Haa, time-time macam nilah sebenarnya badan kita akan diproses sebaiknya. Tak caya, cuba tanya pakar. :)

Me sexy much? haha

Disebabkan waktu kat kolej dulu masa untuk bersenam tak banyak sebab kelas dan assignment yang buat daku tak tido malam, makanya asal cuti memang takkan lepas untuk bergiat cergas di rumah. Tak kisahlah masuk dapur untuk memasak atau mengemas rumah sekali pun, itukan namanya bergiat cergas! :)

 Bila bulan puasa, ramai kata tak boleh bersukan dengan alasan penat la, takut haus la, takut tak larat la.. Ah, persetankan semua tu. sebenarnya takde sebab untuk tidak bersenam kan, kata orang, time-time muda lah kita nak kena latih diri dengan semua ni. jaga kesihatan. Jangan dah tua nanti, dah sakit, tak larat nak gerak sana sini, baru kau nak sedar kenapalah tak jaga kesihatan masa muda dulu! 

Daku agak bertuah sebab sejak dari dulu, badan memang dah biasa dengan keadaan bersenam walaupun dalam bulan puasa. Waktu sekolah dulu rajin berlari untuk latihan larian semua, jadi benda tu tak jadi masalah untuk daku berpeluh-peluh dalam bulan puasa. Cuma bila daku dah masuk hospital awal tahun ni, nak bersenam semua mesti kena berjaga-jaga. Leceh-leceh! :(

Ala, dalam bulan puasa, semua benda pun boleh buat. Kalau tak, takkan atlet kita sendiri yang berpuasa lagi lama kat Sukan Olimpik London tu boleh bertahan kan? Ramai orang cakap bulan puasa ni, bulan untuk berdiet. Cakap je diet, tapi kesihatan tak terjaga, macam mana? Takkan nak kurus tapi dalam keadaan sakit? Sungguh tak sihat! 

Bersenam dalam bulan puasa, bukannya maksud kau kena berlari keliling padang Stadium Bukit Jalil sebanyak 10 pusingan. Kenalah ikot kemampuan masing-masing. Tak semestinya kena berlari, kadang-kadang berjalan pusing taman sementara tunggu waktu berbuka pun bersenam juga. Atleast, perjalanan darah lancar.

Contoh paling senang, mungkin berjalan kaki waktu kau semua nak cari lauk berbuka di bazar. Elakkan untuk naik kereta atau motor. Ha, save minyak, badan pun sihat. Kan? :)
Sebenarnya ikot kata hati sendiri. Kalau bulan puasa berniat untuk meringankan badan untuk sambut lebaran semata-mata, salah jugak. Ikot nawaitu masing-masing. Tapi kalau berniat untuk menjaga kesihatan sentiasa, rasanya tiada salahnya kan? 

Just kalau kau dah berazam untuk berdiet dalam bulan ramadhan, jangan lupa untuk bersenam dan tahan nafsu waktu berbuka. Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bersederhana dalam setiap perkara kan? Jadi kau semua, tepuk dada, tanya iman!

Eh, solat terawih pada malam hari juga satu senaman mudah tau! Sambil beribadat, sambil dapat juga jaga kesihatan! Untungkan? Dua dalam satu lagik! Hehe.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua! Assalamualaikum! :)

p/s: Petang ni nak masak samosa untuk berbuka! :)

36 comments:

Al Kisah said...

wah kamu memang hebat, alkisah buat ramadhan, puasa pergi gym selama sebln

Aliff Haikal said...

katanya waktu puasa ni waktu terbaik untuk diet . Tapi lepas berbuka , habis disental semua makanan yang ada . hahaha itu lah mind setting org kita tp tak dilakukan dengan cara yg betul

betul kata akak tu , waktu puasa ni lah kita kena tambahkan amal ibadah . jangan jadikan puasa ni sebagai penghalang kepada aktiviti seharian kita . yeaaa persetankan semua tu ! hehehe

yapsukatido said...

awok. masak laa smosa untuk saya jugee :P

Lan Bingka said...

kalau di rumah, saya banyak buat senaman jari. main game.. lol

cik chinta said...

cani raye, ble da pki kebaye ketat spi xle napas. alaaa...jeless..kt makin gendang gendut..ha8

zacky786 said...

waa..

rajin bersenam.. lama saya xbersenam .. huhu ..`

alan said...

macam training olimpik ^^"

Anonymous said...

Lots of helpful information. I have bookmarked your site.

sugar2 kapas strawberry said...

rajinlah you senam..haila..i dah gemuk.tapi takde kesedaran nk diet.hahaha

Pocket said...

bisep ? tak yah sangat tak per,
trisep tu lg penting kut..
kurang la apa yg diorang panggil 'flabby-arms' ?


make sure u work those pectoralis major sekali, would definitely change your looks :D

cEro said...

Kalau bulan puasa tak boleh bersenam, maka lembiklah semua umat islam di dunia ni..hehehe

Mcam cEro, tak minat sgt badan sasa-sasa ni..sedang tapi sihat sudah..
kan?

aisya said...

betul tu.. pergi cari juadah berbuka pun dah memang bersenam sangat. selagi tak pusing 3-4 kali memang tak sah. dah tu balik-balik rumah nak bertukang pulak kt dapur.. hehe

-meeSUPERGIRL- said...

amboii . tudia muscle wanita yg tak brp nak ad . hehe .. kemain lagi ber-gim-ba eh .. tak penat ke? kunk lapor pulak . hehe

Aishah Jahirah said...

atlit kita kat london tu xsemua puasa pn...hee puasa ke gym xde mslhkan...asalkan badan kekal sihat n cergas...
selamt menjalani ibadah puasa...;)

fatin hanani said...

wah bagusnya eily..hehe
nersenam walaupun dok posa kan..
mmg kalau bulan posa kita bersenm cept dahaga hehe..dh eily dh biasa xpa la..mcm fatin ni..wah2 cari airr haha

amir aizat said...

perghhhhhh

Elie Lily said...

aLkisah..
bro lagi hebat! pergi gym sebulan! Pergh!! :D

Elie Lily said...

AlifHaikal.
kalau badan mcm Kal, takpelah. boleh hentam semua makanan time buka n raya. kalau badan mcm kak ni, mmg tak ah! Haha :)

Elie Lily said...

SayangYap..
awok beli dapur gas untuk saya la.. baru saya masak untuk awok. haha

Elie Lily said...

lan Bingka..
Mesti jari awak kurus kan? :p

Elie Lily said...

Cik chinta..
marilah exercise bersama saya! :D

Elie Lily said...

zacky..
jom! joging petang ni? Ada bran? :)

Elie Lily said...

alan..
dulu mimpi nk masuk olimpik la! :D

Elie Lily said...

lynn ghazali..
lyn gemuk mana lyn? tipu eh! haha

Elie Lily said...

POcket..
my god.. nnt badan elie jadi ketak2 kalau fokus on petoralis major la! tak cantik la der. haha

Elie Lily said...

Cero..
takpe, cero tak senang gemok kan? :)

Elie Lily said...

Aisya..
betul. hari2 masak, tgn bole fit! :)

Elie Lily said...

Meesupergirl..
tak lapar, lagipun bersenam ala kadar je kan. buka nnt, topup la energy. :)

Elie Lily said...

Aishah jahirah..
nak kekalkan badan sihat time puasa tulah kena bersenam kan. Salam ramadhan juga. :)

Elie Lily said...

fatin hanani..
Ahaha. elie dulu time skola rajin la berlari. skrg semput juga. :D

Elie Lily said...

Amir Aizat.
Apaa? hahha

Liza Razak said...

wahhh...rajinnyer sis bersenam..patut dicontohi ni :)

sedutzone said...

pergghhh... six pads.. berketul badan tuh... ahakz,..

Namee Roslan said...

tu dia. raya nanti badan ketul2 tough ! hehe

syiela said...

solat terawaih mmg senaman yg paling baik buat kita kan :)

.izzati liyana. said...

orang cakap, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ramai je kawan saya yang exercise time bulan puasa ni. petang petang sementara tunggu waktu buka tu kan. tapi kawan lah. saya tak. hehe.