Tuesday, July 31, 2012

Bukan Bulan Berehat!

Salam ramadhan kalian! :)

Sedar-tak sedar, dah 11 hari kita berpuasa. So how was your Ramadhan people? Fun, i guess? :)

Puasa tahun ni, daku biasa-biasa saja. Macam puasa tahun-tahun lepas. Bersederhana. Tapi untungnya, ramadhan kali ni boleh sambut dengan family di rumah. Jadi bila tengah bercuti dalam bulan puasa ni, memang masa berehat tak banyak! Ada saja kerja nak kena buat. Baguslah, ringan sikit badan bila gerak sana sini! Hehe.

Eheh, tahu tak, bulan puasa siapa kata adalah bulan untuk berehat? Kita kan disarankan untuk perbanyakkan ibadah. bukan untuk berehat semata-mata. Sama jugak dengan badan kita. Bulan puasa siapa kata tak boleh bersenam? Haa, time-time macam nilah sebenarnya badan kita akan diproses sebaiknya. Tak caya, cuba tanya pakar. :)

Me sexy much? haha

Disebabkan waktu kat kolej dulu masa untuk bersenam tak banyak sebab kelas dan assignment yang buat daku tak tido malam, makanya asal cuti memang takkan lepas untuk bergiat cergas di rumah. Tak kisahlah masuk dapur untuk memasak atau mengemas rumah sekali pun, itukan namanya bergiat cergas! :)

 Bila bulan puasa, ramai kata tak boleh bersukan dengan alasan penat la, takut haus la, takut tak larat la.. Ah, persetankan semua tu. sebenarnya takde sebab untuk tidak bersenam kan, kata orang, time-time muda lah kita nak kena latih diri dengan semua ni. jaga kesihatan. Jangan dah tua nanti, dah sakit, tak larat nak gerak sana sini, baru kau nak sedar kenapalah tak jaga kesihatan masa muda dulu! 

Daku agak bertuah sebab sejak dari dulu, badan memang dah biasa dengan keadaan bersenam walaupun dalam bulan puasa. Waktu sekolah dulu rajin berlari untuk latihan larian semua, jadi benda tu tak jadi masalah untuk daku berpeluh-peluh dalam bulan puasa. Cuma bila daku dah masuk hospital awal tahun ni, nak bersenam semua mesti kena berjaga-jaga. Leceh-leceh! :(

Ala, dalam bulan puasa, semua benda pun boleh buat. Kalau tak, takkan atlet kita sendiri yang berpuasa lagi lama kat Sukan Olimpik London tu boleh bertahan kan? Ramai orang cakap bulan puasa ni, bulan untuk berdiet. Cakap je diet, tapi kesihatan tak terjaga, macam mana? Takkan nak kurus tapi dalam keadaan sakit? Sungguh tak sihat! 

Bersenam dalam bulan puasa, bukannya maksud kau kena berlari keliling padang Stadium Bukit Jalil sebanyak 10 pusingan. Kenalah ikot kemampuan masing-masing. Tak semestinya kena berlari, kadang-kadang berjalan pusing taman sementara tunggu waktu berbuka pun bersenam juga. Atleast, perjalanan darah lancar.

Contoh paling senang, mungkin berjalan kaki waktu kau semua nak cari lauk berbuka di bazar. Elakkan untuk naik kereta atau motor. Ha, save minyak, badan pun sihat. Kan? :)
Sebenarnya ikot kata hati sendiri. Kalau bulan puasa berniat untuk meringankan badan untuk sambut lebaran semata-mata, salah jugak. Ikot nawaitu masing-masing. Tapi kalau berniat untuk menjaga kesihatan sentiasa, rasanya tiada salahnya kan? 

Just kalau kau dah berazam untuk berdiet dalam bulan ramadhan, jangan lupa untuk bersenam dan tahan nafsu waktu berbuka. Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bersederhana dalam setiap perkara kan? Jadi kau semua, tepuk dada, tanya iman!

Eh, solat terawih pada malam hari juga satu senaman mudah tau! Sambil beribadat, sambil dapat juga jaga kesihatan! Untungkan? Dua dalam satu lagik! Hehe.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua! Assalamualaikum! :)

p/s: Petang ni nak masak samosa untuk berbuka! :)

Tuesday, July 24, 2012

Setahun.Sekali.Selama.Sebulan.

Salam Ramadhan kalian... :)

Entry kali ni, malas nak tulis panjang-panjang! Sebabnya tujuan hanya satu...

Daku hanya ingin mengucapkan...

SALAM RAMADHAN BUAT UMAT ISLAM SEDUNIA! :')

Rasanya daku mungkin tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk Muslimin dan Muslimat semua kan? Kan Ramadhan bulannya selama 30 hari bersamaan satu bulan? kau semua pun puasa mestilah selama sebulan jugak kan? ;)

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas, insyaAllah. :) 

Kata ustaz, anggaplah ini Ramadhan terakhir kita, moga kita akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk mengerjakan ibadah kepada NYA. dan insyaAllah, untuk bulan special yang hanya datang setahun sekali selama sebulan ni, segala amal ibadat yang kita lakukan dengan penuh rasa rendah diri, akan mendapat keberkatan dariNya, dan segala dosa lepas, insyaAllah akan terampun.  

Itukan janji Allah! :)

Daku juga setiap hari sentiasa berharap agar diri sendiri akan berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah. :)

Owh, kan dah cakap tadi taknak tulis panjang-panjang! 

Lebih baik pikirkan apa yang patut dimasak untuk juadah berbuka nanti dari melepek depan lappy dan menonton movie. Silap hari bulan, orang dah bukak puasa, kau asyik lagi tengok Boboboi kat Tv Three! Mana tak kena marah dengan ummi sendiri! 

Teehee! :D

Cakaplah hai-hai dekat kuih melaka saya! Ada rezeki, daku buat untuk kalian merasa pula! :)

Hey, kalau kelmarin daku dah buat kuih melaka (onde-onde) untuk juadah berbuka puasa, semalam pulak puding roti. Hari ni bukaK puasa nak makan apa ya? Any idea people? :)

Happy Fasting Month and Have a Blast Ramadhan everyone!
Assalamualaikum! ;)

p/s: Mintak-mintak kali ni dapat tunai solat Terawih selama sebulan! :)

Wednesday, July 18, 2012

Impian dan Cita-Cita...

Salam kalian... :)

Daku punya impian, sejak dari dulu sebenarnya. Jangan kau tanya apa impian itu, sebabnya lebih baik jangan dikhabarkan pada dunia dahulu jika belum tentu impian itu jadi kenyataan. Tapi YA, impian itu agak tinggi sebenarnya. Dan haruslah lagi tinggi dari badan daku yang kecit dan rendang ni! Muehehe! 

Tapi cita-cita... Daku tak tahu sebenarnya apa cita-cita daku! Kalau dulu mungkin boleh tulis mahu jadi cikgu, mahu jadi akauntan, pegawai bank, pegawai polis, dan apa-apa saja. Tapi sekarang bila munculnya soalan dari pihak lain yang bunyiknya.. 

"Apa cita-cita kamu?"

daku mungkin akan jawab :

"Saya takde idea lagi nak jadi apa!" 

Atau lebih patut daku jawab ...

"Tunggu nanti saya dah jadi siapa, itulah cita-cita saya!"

=_____________________=''


Entah! Rasanya impian dan cita-cita bukan benda yang sama! Dalam usia hampir mencecah 21 tahun ni, isu ni bukanlah benda asing yang berada dalam kepala otak sendiri..tapi persoalan itu tak mungkin dapat dijawab sendiri! Sadis bukan? :(

Dalam hidup, banyak benda yang daku buat! Tapi tidak semua yang daku buat adalah untuk dimakbulkan ia menjadi cita-cita! Di alam degree, dengan semangat bersama rakan-rakan lain, daku berpeluang menjadi pengarah untuk short filem sendiri, seawal bulan April yang lalu. Tapi untuk menjadi pengarah yang boleh   mengarah short filem atau mungkin filem panjang sampai bila-bila, sememangnya TIDAK! menjadi Pengarah bukanlah impian dan cita-cita daku sejak dahulu! 

Bersama EqinKamen sebagai pengarah bersama dalam short filem Kapal Terbang Kertas. IsyaAllah siap semuanya nanti, daku tayangkan pada kalian semua. Doakan ya? :)

Bahkan, waktu menjadi penulis zine bertajuk Nokss isu #1, isu #2 dan juga isu #3 bersama rakan-rakan diploma dahulu, tidak terdetik pun untuk menjadi seorang penulis yang mahu karyanya bakal menjadi bahan bacaan umum. Malah apa yang dibuat sewaktu menulis untuk Nokss selama 3 isu dahulu sebagai hiburan dan keseronokan dalam menulis. Mungkin sebab diploma dahulu daku berada dalam bidang penulisan kan? :)

 Memori diploma. Menulis Nokss sehingga tiga isu dan menjual kepada umum. Seronok! :)

Sama juga macam waktu menjadi pekerja Jusco (yang kini digelar AEON) akhir tahun 2011. siap pakai uniform satu badan dan bersanggul rapi lagik. Daku waktu tu dah macam orang yang kerja kat Awan Nano kot. Haha. Bekerja sebagai seorang Customer Service Assistant bukan sebab impian mahu menjadi seorang pekerja yang akan menadah telinga mendengar masalah dan luahan pembeli sepanjang masa. Tapi atas sebab mahu mencuba nasib dan mencari duit poket sendiri. :)

Dulu dicop pekerja di Awan Nano! Bukanlah. Saya kerja kat darat jewww! Haha. :D

Huh. Buat itu sudah, buat ini sudah. Tapi apa nak, masih belum pasti! Apa mahu jadi wahai Elie? Jadi bagaimana?? Kata orang, apa yang kita impikan, tak semuanya akan menjadi. Cita-cita juga, jika dari kecik mahu jadi itu dan ini, tapi tanpa usaha keras, masakan akan menjadi? Jangan kau mimpi!

Mungkin Ya, impian daku terlalu banyak untuk digapai! Hingga umur 21 tahun ini pun, masih banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan. Tapi jika sampai sekarang cita-cita masih belum pasti, satu sahaja daku mahu ketahui..

B.A.G.A.I.M.A.N.A.??

Jadi kau tolong bagitahu daku, bagaimana mahu mencapai cita-cita untuk masa depan nanti!

Jika susah sangat biar saja daku jadi Power Rangers bernama Elie! 

Boleh jugak selamatkan Bumi! 

Teehee! :D

Hallo penduduk Bumi, ada masalah sana sini? Sila contact Rangers Elie di talian MAXIS! Lain-lain talian, tak dapat dikenali. Sekian Bertemu Lagi! :D

Happy Wednesday People! Assalamualaikum! :)

p/s: Dulu nak sangat jadi pakar pemakanan. Tapi sayang, biologi tak A waktu SPM! jadi mimpi saja lah kau Elie! 

Wednesday, July 11, 2012

Acting For Animation!

Salam kalian... ;)

Kau pernah tengok Sleeping Beauty versi kanak-kanak tak sebelum ni?  Kalau kau tak pernah tengok, cuba kau bayangkan macam mana rupanya kalau wujud Sleeping Beauty versi kanak-kanak berumur 8 tahun, rambut ikat dua dan berskirt kembang semangkuk! Aha! macam tulah rupanya daku bila perlu membawakan watak Sleeping Beauty versi kanak-kanak comel untuk Final Test Acting For Animation, Selasa lepas! :)

Tadaa! Sleeping Beaty versi kanak-kanak! Comey kan? kan? kan? :D

Kau cubalah teka sendiri, daku berjaya ke tak bawak watak tu dengan ahli kumpulan yang lain? hahah. Malu betul nak cakap bila diri sendiri kena jadik comey-comey macam tu dengan suara kecik budak umor 8 tahun. Kalau kau kenal daku, kau mesti tau dasarnya daku punya suara besar, siap gelak pun besar sampai nampak rahang gigi. Haha. lagik malu bila boleh pulak terlupa skrip asal waktu tengah berlakon! Nasib baik pandai taram sana sini.. Big Thanks to ahli group sebab banyak membantu. Heheh! 

Our group. Shrek, SpongeBob, Detective Conan, Sleeping Beauty and Cinderella! :)

Rasanya kalau daku tak dapat ahli grup yang salu bagi idea bernas dan tak komited, makanya cerita kami pun tak kan berjalan lancar. Walaupun waktu berlatih semua nak gelak sana gelak sini. Memanglah semua pun bajet diri sendiri dah jadi ala primadona berjaya kan? Finally, semua pun berjaya dengan watak masing-masing walaupun ada sikittt kabut sana sini! Syukurr! ;) 

Fatin as Cinderella, Arif as Detective Conan, Zack as Spongebob dan Mawar as Shrek! Thankyou atas kerjasama kalian! Sayang kalian banyak-banyak! :)

Sewaktu penilaian dalam set! Aha. dan yang paling kenit tu pastilah daku! Sadis tengok kekenitan sendiri! Sobs! :(

Untuk final test Acting ni jugaklah nak kena pakai macam-macam..dengan muka mekap pelik-pelik, cantik-cantik..semua wardrobe pun spesis yang kami sendiri tak pernah pakai keluar umah! sebabnya nak kena pakai ikot karakter masing-masing! takkanlah Sleeping Beauty nak kena pakai seluar jeans ketat dengan jaket kulit kan? itu dah jadi Sleeping Beauty versi cite Rempit atau Bohsia! ahaha!

Shrek, Pingu, Kura-kura, Yaya (Boboboi), Princes Fiona dan Power Rangers! Okay! cepat cakap kami kiutttt! cepat cakap! cepattt! Hahah!

Nasib baik daku hanya perlu mekap ala kadar untuk Sleeping Beauty! Yelah, dah kata versi kanak-kanak umor 8 tahun. budak sekolah mana ada mekap pergi sekolah derr! Haha

Kagum gila dengan kak Intan ni! Menjadi betul dia mekap macam The Red Queen ala-ala cite Alice in Wonderland! mulut kecit dia paling takleh blah! Haha!

Kalau takde support dari rakan-rakan yang lain pun tak boleh jalan kan? Nasib baik housemate semua pun punya watak sendiri. jadi segala wardrobe dan costume semua boleh main pinjam-pinjam dan mintak tolong depa repair mana yang patut! hehe. Trimas ya geng! :D

Heartbeat! :)

dan setelah semua penat lelah sepanjang satu sem memikirkan idea untuk test malam selasa lepas, maka kami pun dengan jayanya telah mengakhiri kelas terakhir untuk Acting For Animation! woah! macam tak percaya semua pun dah settle! hanya tunggu result saja nanti! Terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong termasuk juga Puan Umi Kalsom yang berjaya melatih kami menjadi pelajar yang mungkin boleh menggantikan Upin Ipin untuk animasi di Malaysia? Siapa tahu? hahhaha

Acting For Animation 2012! :)

Dan daku juga dengan jayanya juga telah menamatkan semester satu tanpa segan silunya! HAHA! cepat cakap congrats pada daku! hehe. maka bermulalah cuti semester selama hampir 2 bulan dan i'allah dapat puasa sebelum Syawal tiba di rumah sendiri! oyeah! Seronoknyaaa! Bukan senang nak dapat puasa penuh dengan family kat rumah! Tak Sabarr wehhh!!! :D

Tak perlu cakap apa dah. Kau tengok senyum panjang ni kau dah tau daku seronok sangat-sangat-sangat! kan? Haha!

Woit korang! daku dah cuti!

 tapi poket tengah kering ni! 

Sesiapa nak ajak keluar, sila belanja daku si kenit bernama Elie! 

Sekian! Teehee! :D

Happy Holiday people! Assalamualaikum! :)

p/s: Dua bulan cuti, cari kerja atau berehat menambah berat badan? Haha

Sunday, July 1, 2012

Degree Semester Satu!

Salam kalian... ;)

Tiap kali bukak saja belog sendiri..mesti terasa nak merintih sedu sedan sebab balik-balik baca entry yang sama! sedangkan orang lain dah update limapuluhenam entry satu bulan, daku masih lagik dekat entry yang mungkin sebulan lepas dihapdet! Sadiss!! 

T____T

Semua gara-gara apa yang berlaku untuk semester satu degree ini! kebizian dengan segala event dan program di fakulti memangla buat daku tak menang tangan nak handle event dan update belog dalam masa yang sama! tangan ada dua je kot, mana nak kejar itu, mana nak kejar ini. Bila bertukar bidang ni, semua jadual harian pun turut bertukar! bidang Art Management bukan seperti Artistic Writing! otak kau perlu sentiasa bergerak dan berfikir tentang event walaupun kau tengah syok main buih sabun waktu tengah mandi  atau berdengkur di katil! Teehee! :B

First event yang perlu diuruskan adalah Library Day pada bulan Mac yang lepas! Rasanya event ni tak berat mana. Tapi pre-production memang memenatkan! asyik meeting dan meeting. Cakap benda yang sama memang buat mata mengantuk! tapi overal, event berjalan lancar! walaupun daku duty dalam 3 hari je, sebab tak sampai seminggu duty hingga event habis, daku dah masuk hospital sebab jatuh sakit! 

Masih ingat dalam entry ini?? :D

FFTA Library Day 2012! :)

Lepas jatuh sakit, event yang buat semua urusetia tergopoh gapah untuk berkesar ke UiTM Shah Alam adalah Pementasan Teater Makyong: Puteri Jerijit Emas. sebab apa tergopoh gapah? sebab sehari sebelum kami konvo, baru diberitahu kena handle event ni! Memang pecut kereta ke induk dan Puncak Alam untuk promote dan gantung poster event! tapi nasib baik event ni berjaya jugak akhirnya! 

Maybe boleh bagi kami big Applause?! :D

Mata rabak sebab double event dalam masa 3 hari!!

Makyong sangat! :D

Kemudiannya, Pementasan Teater Upin Ipin The Musical pulak berlangsung! Aha! yang ini daku tak handle sebab ini event luar, tapi disebabkan lecturer daku terlibat sama sebagai pengendali prop untuk teater tu, diangkutnya kami student dia terlibat sama! Harus duduk seat paling depan sebab katanya kena buat report! Argh! Nasib baik teater ni comel-comel je walaupun 60 percent penontonnya adalah kanak-kanak!er, daku kan kanak-kanak?! #takpedulikk! :D

First time pakai skirt kembang semangkuk pergi event! Mula belajar menjadi feminin katanya! buwekk! :p

Owh, disebabkan tak dapat nak bermesra bersama belog, entry tentang dinner Malam Pra Graduan bersama Batch Diploma pun tak dapat dikongsi! Masakan tidak, event ini pun bertindih dengan Teater Makyong tadi! Memang buat semua menggelabah bila lecturer kata terpaksa pilih mana nak pergi, sama ada Teater atau Dinner? memanglah buat daku nak cakap... 

"Puan, puan tau tak  yang saya dah bayar untuk dinner dan siap pilih baju lagik untuk jadi macam princess malam tu!" 

Grr! 

Say hello to us! malam inilah malam untuk menjadi Cantik! :)

Nasib baik lecturer akhirnya boleh bertolak ansur setelah pujuk rayu dan muka seposen yang kami buat depan lecturer berjaya meruntunkan hati lecturer. Disuruhnya kami settlekan handle event dulu, kemudian baru bersuka ria beramai-ramai! Akhirnya! Trimas Puan Raja! :D

Malam Pra Graduan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, batch 2009-2011. Ehem, can you spot me?? :B

Oho! bukan saja disebabkan bizi dengan event membuatkan daku tak dapat update belog, tapi asisgnment untuk killer subject sangat-sangat membuatkan tidur malam tak lena! masalahnya tidur pun tidak,  bagaimana nak lena? T____T

 Menjahit untuk costume teater Hamlet sehingga jam 5 pagi. mata rabak memang milik daku dan kawan-kawan sekelas! HAHA! 

Dan sebelum berakhirnya semester satu ini, event yang terakhir yang perlu diuruskan adalah untuk Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 9, (FFVPM9). Ala, kalau kau tak tahu apa kebendanya festival tu, kau bukak entry kak Maghia yang ini beliaulah Floor Manager pada malam itu! Haha. Memang semua orang busy untuk festival tu, termasuklah daku. Menjadi crew je, tapi semua kerja buat kepala serabut disebabkan semua benda berlangsung serentak! mana nak pikir assignment dan submission lagik. Event lagik. Nasib baik pandai urus masa sendiri walaupun daku serabut macam baru semalam masuk universiti!

Teehee! :D

The Beautiful Crew! #tak kira!nak jugakk!

Aha. lepas FFVPM9 settle, maka habisla event yang perlu dihandle untuk semester satu degree ini. tapi test dan presentation masih perlu dihadapi! Satu lagik benda yang menyerabutkan kepala! Dah nama study, perlula hadap semua bendalah ni, even kau bencik 1001 kali! haha. tapi nasib baik daku takde paper final! Yeehaa! jangan jeles semua orang! Walllaweeh! :))

Sebenarnya semester satu untuk degree ini sudah selesai, walaupun belum sepenuhnya. sebab satu lagik test tak settle lagik. Masih ingat acting test untuk menjadi Sleeping Beauty? yup! Acting test akan berlangsung pada hari selasa ini! kira habis saja acting test nanti, maka berakhirlah sepenuhnya semester ini! Kau jangan lupa wish me luck tau! Doa-doa daku dapat fullmark! hehe. Lepas tu, boleh la daku berenjoy sakan! kan dah nak cuti semester! Haha!

Kepada sesiapa yang tengah exam, 

GOODLUCK! :')

Wajah terbaru! Ramai tegor muka sudah penuh. Iya ke?? Hey, daku bahagia sebab nak cuti semester lah! Hahah!

Happy July and Happy Sunday Everyone! Be safe, Assalamualaikum! 


p/s: Banyak benda perlu dilakukan waktu cuti nanti. Nak tau? Tunggu! :)