Sunday, June 17, 2012

My Hero!

Salam kalian... :)

Kalau dulu waktu kecik-kecik, rasanya daku lagi rapat dengan abah. Sebabnya setiap hari abah yang salu hantar dan amek daku balik dari sekolah. Kalau sebelum belajar naik bas rapid sendiri, memang abah lah daku call dulu untuk amek balik dari sekolah. nak-nak lagik kalau ada stayback untuk latihan koko. Memang baik betul hati abah, nak balik keje awal semata-mata nak amek anak daranya yang sekor ni kan? Haha!

Kalau time poket tengah kering kontang, abah jugak senang menghulur duit kat anak-anaknya..memanglah daku salu cakap..haih abah ni, macam paham-paham pulak kami ni tak punya wang nak makan western food kat Pabilion. hihi. 

Abah daku, beliau tak macam umi. Garangnya bertempat. Dulu waktu sekolah, kalau daku fail apa-apa subjek dalam reportcard, selalu memang akan tunjuk reportcard kat abah je. Kalau umi tanya, kenapa tak tunjuk result kat umi, mesti cakap... 

"Abah baik.Umi garang!" 

Haha! :')

Tapi satu perkara tentang abah, beliau memang paling tak suka kalau anak-anaknya membazir. Sebab abah kata kalau membazir, samalah macam kami buang semua duit dan titik peluh yang abah beri pada kami.  Hah. mungkin sebab tulah daku boleh masuk dalam kategori orang yang berjimat cermat! tengoklah baju pun rm5 je semuanya. Ehem! bukan kedekut, tapi jimatttt!! hihi.

 Bagaimana hidup daku sepanjang hampir 21 tahun ini dibesarkan oleh abah mungkin tak cukup untuk  diceritakan sehingga 10 page entry belog. tapi yang pasti, Abah sudah menjadi seorang hero yang banyak berjasa dalam hidup. Tunggang terbalik hidup anak daranya yang sorang ni memang abah dah paham rasanya. Sebab tu bila putus cinta dulu pun, abah tak tanya daku apa-apa. Rupanya dia dah tahu sendiri. Hebat betol abah ni! hehehe

Hey. Abah korang semua pun mesti hebat macam abah daku kan? :)

Anak Abah! 

Thank you for being such a great daddy, Abah! Selamat Hari Abah! :)

dan pada semua bapa-bapa sedunia... 

Happy Father's Day! ;)

p/s: Hadiah untuk father's day kali ni takde. Tunggu birthday abah bulan julai nanti, baru bagi hadiah. Boleh tak Abah? Heheh