Thursday, May 10, 2012

Eh? Dah Nak Konvo?!

Salam kalian.. :)

Sebenarnya nak cakap, busy daku dah tahap melampau! sebab dah masuk degree, semua benda jadik tak betul. hidup pun dah tak macam dulu. nak duduk sekejap, forsure akan pikir pasal event dan kerja yang sentiasa tak penah tak ada! Sadis kot! tapi nak-tak-nak, kenalah terima sebab kan kata nak jadi pelajar cemerlang! ececeh~

Orang macam daku ni, jenis yang kena bekerja keras sikit. kau perlu kasi daku 'penangan' banyak kali baru nk gerak pergi siapkan kerja. tapi nasib baik, even perangai macam tu, daku dapat jugak habiskan diploma dulu. Tup Tap.. hujung minggu ni dah nak konvo pun! oyeah! :)

Kau tak payah suruh daku berdiri kat mana pun daku dah tau tempat beratur daku mestilah kat tempat yang paling depan! sebab saiz ketinggian memang 'rendang' kan? ceit! daku dah biasa! Bencikk!! T_T

Macam tak percaya bila pergi amek jubah konvo haritu, saat nak menyarung jubah konvo di badan sendiri, baru terasa, "Eh, dah nak konvo?" tak sangka daku dan kawan-kawan dah lepas satu tahap pengajian! Syukur alhamdulillah! :)

kau kena bukak mata tahap maksimum! sebab kau kena tengok nombor giliran daku nak naik pentas amek skrol nombor berapa!  harus tidur dalam dewan nanti! Haha!

Kalau boleh, nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran sebab gembira tak hingat, tapi sebab sedar diri sedar ruang, kaki tak berapa nak sampai, maka haruslah bergembira dengan kadar sederhana saja. Haha! dan memandangkan kata orang, biar bersuka ria dalam keadaan biasa, jangan terlebih-lebih. takut nanti jadik perkara lain. Betul kan? Mintak simpang! 

Syukur dapat konvo bersama makcik tersayang! memang dari sem 1 lagik dah berjanji nak konvo sama-sama! tapi beliau dapat 2 bintang, daku satu jek! ciss! :D

Harap-harap konvo hujung minggu ni, dapat jumpa semua kawan-kawan waktu diploma dulu. Bukan senang nak jumpa semua, nak-nak lagi bila masing-masing ramai yang sudah bawa haluan masing-masing untuk tukar bidang. kalau kata tak rindu, itu sumpah namanya Sang Penipu! 

baru sebahagian yang dapat jumpa dan diajak bergambar bersama. belum lagi budak-budak kelas yang lain!  kalau dah berkumpul nanti, harus dah macam jejak kasih masing-masing! HAHA!

Dengar cerita, ada kawan-kawan dari satu batch yang tak dapat datang konvo nanti sebab bakal berkahwin dan ada yang punya hal masing-masing. Owh, tak mengapa! yang pasti ucapan tahniah untuk mereka semua harus tak pusu-pusu diterima walaupun tak hadir menerima watikah. :)

 kalau kau semua rajin atau free ahad ini, marilah datang memeriahkan dewan kat UiTM Shah Alam tu. kalau tetiba ternampak budak kecik pakai jubah konvo, macam budak tadika nak pegi amek sijil kat tadika tu, konfem lah itu daku! 

Jangan segan, jangan malu, tego-tegolah daku! :) 

Housemate-housemate yang berjaya! 

Kot-kotlah kau terasa nak tengok daku konvo, jangan lupa bawakkan bunga dan cokelat ferrero rocher paket besar sebgai ucapan tahniah! Haha! 

Kalau tiada aral melintang, kita jumpa Ahad nanti! InsyaAllah! :)

p/s: Jubah besar sedikit atau daku terlebih kenit? :p

15 comments:

Al Kisah said...

congrats..

HUNNY RARA said...

congrats elie...:)

Syiera Syahirah said...

besnye nak convo dah..tahniah kak ili..:)

cEro said...

konvo ahad pagi ke petang elie?

Aliff Haikal said...

Alololo kalau haikal pun mesti kena beratur kat depan sebab ketinggian hanyalah ' yang serdang-serdang saja . mencikkk ! haha ' Tapi yang depan tu lah akan jadi tumpuan :p

Akak nak konvo dahh . best ! ktorang matrik takde pun nak konvo2 ni . sedih betul T..T

Apa-apa pun , Degree buat elok2 study smart and study hard . hehe

Mila Ahmad said...

tahniah, dan selamat berkonvo ^____^

Namee Roslan said...

yehaaaa..tahniah elie. hehe. kawan saya pun convo on 20. saya pun sibuk nak pergi. hiihhi

Elie Lily said...

al kisah.
time kasih abang! :)

Elie Lily said...

kak fara..
tenkiu kak! ;)

Elie Lily said...

syiera..
thanks adik! tggu korang pulak tau! :)

Elie Lily said...

cero..
konvo pagi! cero?
selamat berkonvo! :)

Elie Lily said...

alif haikal..
hahha. akak mmg selalu confirm ada kat depan! sumpah stress! ahha.

ala, nnt kalau masuk degree, adala konvo tu. jgn sedih! :)

Elie Lily said...

MILA..
time kasih syg. :)

Elie Lily said...

namee..
haha. taknak pegi konvo elie? :p

btw, thx wish! :)

Anonymous said...

Apa maksud dengan 1 bintang / 2 bintang