Monday, May 28, 2012

Cinta Itu Sentiasa Ada!

Salam kalian.. :)

Untuk kali keduanya, selepas hampir 4 tahun lalu, daku menonton filem Mukhsin. Ini pun sebenarnya adalah  untuk kajian bagi Subjek Academic Writing. masa first time tengok 4 tahun lepas, ia untuk persediaan interview sebelum masuk Diploma. Almaklum, sebelum tukar bidang degree ni, diploma dulu daku budak filem. jadi kenalah amek tahu pasal filem kita kan. :)


Nak mengkaji pasal macam-macam aspek dalam filem Mukhsin bukannya senang! nak-nak lagi Arwah Yasmin adalah pengarah yang suka buat filem yang suruh penontonnya berfikir. So people, lets scream together ya?

 "Think Elie! Thinkkkk!!" :D

kata orang, masa tengok movie kena fokus! mata pun kalau boleh jangan kelip! kalau boleh bukak mata tu besar-besar, sila bukak tahap mega! HAHA. Filem Muksin adalah filem comel dan manis kalau dilihat secara dasarnya, sebab kalau kau perasan, cinta budak-budak kecik yang si Mukhsin dengan Orked nampak indah. Sekarang ada ke cinta indah dari budak-budak? takdak kan? #oit, daku tak tipu tau! 

Dalam Mukhsin, daku paling suka tengok background kampung. Sumpah nampak sweet dan klasik. nak-nak lagi bila masuk adegan cinta Mukhsin dan Orked naik basikal keliling kampung! Auch! Comel sangattt! ;)


Kalau tak silap, budak-budak sekarang mana ada dah nak naik basikal berdua macam ni, pusing satu kampung! Kalau ada pun, mesti macam ni : kau naik basikal kau, aku naik basikal aku, kita race! betul kan? Haih, trend cinta budak-budak sekarang kalau takde kete sebijik, mesti pakai motor. budak-budak sekarang ramai dah kaya kot. silap haribulan, KTM pun dorang boleh beli tau! Haha! 

Satu lagi daku suka dalam filem Mukhsin, ialah hubungan Cinta vs Kawan-kawan. even Orked kasar, si Mukhsin ni boleh je nak jatuh hati. Siap kuar air mata jantan bila Orked merajuk tanak bercakap dengan dia. Tapi dalam berkawan, boleh ber'mesra' di atas pokok, dan main layang-layang sama-sama. Kau tak rasa itu kiut ke weh? grr!

Mungkin benar kata orang..

"Cinta itu buta!"

How sweet they are. ;)

Even ending Mukhsin dorang tak bersama, arwah Yasmin bijak sebab tukar sad ending tu kepada sweet ending. Orked jumpa cinta lain, dan dia harap Mukhsin pun akan jumpa cinta sejatinya. Mungkin nak tunjukkan, 

Cinta itu sentiasa ada. cuma kita tak tahu dengan siapa akan kita bersama dan bila dia akan tiba. 

iya kan? 

Kalau kau jenis yang baca belog daku sejak zaman tok nadong dulu, kau mesti tahu tentang hubungan cinta daku yang lepas. Cis. tak payah cerita, sebab perkara lepas, tak perlu diungkit lagi. tapi mungkin betul kata orang, cinta itu sentiasa ada. 

"We dont always find the one we carry inside us,
But LOVE is kind.
HE gives us second chances,
I found mine. :') "

-Orked, (Mukhsin, 2006)

Lets start with new chapter! ♥ 

Cinta itu sentiasa ada. Percayalah! :)

p/s: Gambar diambil sewaktu sedang shooting subjek Fotokom untuk nadzmiah mansur! teehee! 

Sunday, May 20, 2012

Hari Bersejarah Saya!

Salam kalian.. :)

Siapa sangka, daku si comot yang bernama Ili Fazrin Binti Mohamad Ramli sudah selesai konvo untuk diploma minggu lalu?  Akhirnya dapat juga pegang segulung skrol atas nama pengajian Diploma in Artistic Writing! Syukur Alhamdulillah! :)

hai, cepatlah ucap tahniah pada daku! nak jugak dapat ucapan tahniah bertalu-talu! :)

Macam tak percaya bila cakap pasal konvo sebab rasanya baru semalam masuk orentasi semester satu waktu Diploma dulu, tengok-tengok lepas 2 tahun setengah ber-Diploma, akhirnya dapat jugak naik pentas, siap pakai jubah konvo yang labuhnya melepasi lutut, dengan ketinggian daku seperti kanak-kanak ribena! #peduli pulak daku? :p

 Rambut penyek, muka boolat dan topi dipakai macam kanak-kanak nak pergi mengaji kat surau tiap-tiap malam! #tak pedulikkk! :D

Terima kasih tak terhingga kepada umi dan abah yang tercinta sebab sepanjang daku di alam diploma dulu, depa berdualah yang jadi saksi daku frust tertonggeng-tonggeng bila tak dapat buat assignment , menangis tak berlagu bila assignment kena reject, n depa juga yang tak putus-putus mendoakan yang terbaik buat daku yang comot lagi kiut ni. eh? Hehe!

Hadiah hari ibu buat umi dan hadiah hari jadi buat abah, walaupun birthday abah bulan Julai nanti! kire in advanced la! boleh tak abah? teehee! :D

Kalau dah konvo, tak berterima kasih pada para lecturers rasanya agak kejam menjadi pelajar kan? haha. walaupun lepas saja abis kelas, mesti ucap terima kasih pada semua tenaga pengajar, ucapan pada hari konvo rasanya adalah lain dari yang biasa kan? Terima kasih lecturers kerana sentiasa memberi ilmu kepada daku kan kawan-kawan sehingga kami berjaya menjadi 'orang' pada akhirnya! :)

Lecturers! tak semua yang mengajar daku time diploma, tapi degree ini, mungkin akan merasa cara mengajar dari mereka semua. Terima Kasih Puan, Prof dan Encik-encik sekalian. :)

Ucapan  Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan satu batch yang menjadi tulang belakang sepanjang diploma yang lepas. Kalau tiada mereka, rasanya assignment tak siap juga. kalau tiada mereka, diploma juga mungkin tidak seindah mana. Terima kasih sayang-sayang sekalian! 

Classmate diploma. tak dapat amek gambar semua seramai 9belas orang, disebabkan semua sudah bersepah-sepah mencari keluarga dan teman-teman yang lain. :(

 Antara batchmate yang dapat ditarik untuk bergambar sekali! Haha! 

 Yang ini antara mereka yang terapat! kalau nk wish congrats kat mereka, cepatlah follow mereka di twitter! :D @tarmizi salleh, @nadzmiah dan @liyanaziz

Dalam ramai-ramai, mestilah daku nak berterima kasih kepada Liyana Aziz sebab beliau memang menjadi pengarang jantung daku merangkap grupmate serta housemate sejak semester satu lagi! beliau jugaklah yang sudah paham bila melihat daku stress setiap kali belajar! Haha

 Congrats Makcik! Akhirnya berjaya menamatkan diploma bersama walaupun kamu hebat gila dalam study! Cis! jeles seyh! :D 

 Our family, merangkap our backbone! ;)

Our bestfriend, and our boyfriend! eh? Dah ada boyfriend? #maluuu!

Terima kasih juga kepada 'seseorang' yang datang lambat pada hari itu. Bahaha! kalau dulu hanya menjadi teman baik yang sanggup menjadi pendengar setia masalah daku, tapi kini status sudah berubah. ececeh~ #wek! muntah pink sebaldi!

Kawan-kawan..Say Hai to Him! :) *Terima Kasih awok, bertegas nak datang walaupun baru selesai jawab paper exam! Nanti awok grad, saya datang pulak ya?* :D

Tidak lupa jugak kepada semua yang menjadi penyokong setia daku dan rakan-rakan yang lain, mendoakan yang terbaik untuk setiap perkara, baik dari keluarga, teman-teman, kekasih, senior, junior , musuh ketat atau sesiapa sekalipun, Terima kasih-terima kasih dan terima kasih! Jasa kalian di kenang! :)

Congratulation Elie! n All The Best untuk 3 tahun ini! Degree ini, aim untuk Anugerah Naib Canselor pulak ya? :)

Woit Korang semua, Daku dah Konvo! Marilah teman daku melompat bintang sampai ke bulan! Ada sesiapa nak temankan? Kita jumpa di Simpang Lima! Teehee!

Have a great Sunday everyone! Loves! ;)

p/s: Muka sedikit tembam, tanda bahagia. Bukan sebab bercinta, tapi sedang berjaya! 

Thursday, May 10, 2012

Eh? Dah Nak Konvo?!

Salam kalian.. :)

Sebenarnya nak cakap, busy daku dah tahap melampau! sebab dah masuk degree, semua benda jadik tak betul. hidup pun dah tak macam dulu. nak duduk sekejap, forsure akan pikir pasal event dan kerja yang sentiasa tak penah tak ada! Sadis kot! tapi nak-tak-nak, kenalah terima sebab kan kata nak jadi pelajar cemerlang! ececeh~

Orang macam daku ni, jenis yang kena bekerja keras sikit. kau perlu kasi daku 'penangan' banyak kali baru nk gerak pergi siapkan kerja. tapi nasib baik, even perangai macam tu, daku dapat jugak habiskan diploma dulu. Tup Tap.. hujung minggu ni dah nak konvo pun! oyeah! :)

Kau tak payah suruh daku berdiri kat mana pun daku dah tau tempat beratur daku mestilah kat tempat yang paling depan! sebab saiz ketinggian memang 'rendang' kan? ceit! daku dah biasa! Bencikk!! T_T

Macam tak percaya bila pergi amek jubah konvo haritu, saat nak menyarung jubah konvo di badan sendiri, baru terasa, "Eh, dah nak konvo?" tak sangka daku dan kawan-kawan dah lepas satu tahap pengajian! Syukur alhamdulillah! :)

kau kena bukak mata tahap maksimum! sebab kau kena tengok nombor giliran daku nak naik pentas amek skrol nombor berapa!  harus tidur dalam dewan nanti! Haha!

Kalau boleh, nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran sebab gembira tak hingat, tapi sebab sedar diri sedar ruang, kaki tak berapa nak sampai, maka haruslah bergembira dengan kadar sederhana saja. Haha! dan memandangkan kata orang, biar bersuka ria dalam keadaan biasa, jangan terlebih-lebih. takut nanti jadik perkara lain. Betul kan? Mintak simpang! 

Syukur dapat konvo bersama makcik tersayang! memang dari sem 1 lagik dah berjanji nak konvo sama-sama! tapi beliau dapat 2 bintang, daku satu jek! ciss! :D

Harap-harap konvo hujung minggu ni, dapat jumpa semua kawan-kawan waktu diploma dulu. Bukan senang nak jumpa semua, nak-nak lagi bila masing-masing ramai yang sudah bawa haluan masing-masing untuk tukar bidang. kalau kata tak rindu, itu sumpah namanya Sang Penipu! 

baru sebahagian yang dapat jumpa dan diajak bergambar bersama. belum lagi budak-budak kelas yang lain!  kalau dah berkumpul nanti, harus dah macam jejak kasih masing-masing! HAHA!

Dengar cerita, ada kawan-kawan dari satu batch yang tak dapat datang konvo nanti sebab bakal berkahwin dan ada yang punya hal masing-masing. Owh, tak mengapa! yang pasti ucapan tahniah untuk mereka semua harus tak pusu-pusu diterima walaupun tak hadir menerima watikah. :)

 kalau kau semua rajin atau free ahad ini, marilah datang memeriahkan dewan kat UiTM Shah Alam tu. kalau tetiba ternampak budak kecik pakai jubah konvo, macam budak tadika nak pegi amek sijil kat tadika tu, konfem lah itu daku! 

Jangan segan, jangan malu, tego-tegolah daku! :) 

Housemate-housemate yang berjaya! 

Kot-kotlah kau terasa nak tengok daku konvo, jangan lupa bawakkan bunga dan cokelat ferrero rocher paket besar sebgai ucapan tahniah! Haha! 

Kalau tiada aral melintang, kita jumpa Ahad nanti! InsyaAllah! :)

p/s: Jubah besar sedikit atau daku terlebih kenit? :p