Wednesday, April 25, 2012

Sleeping Beauty!

Salam kalian.. :)

Jangan sesekali kau tanya daku pasal fantasi! memang daku akan jawab TAK PANDAI! bab-bab fantasi sumpah awal-awal lagik daku akan angkat bendera putih! tapi kalau kau tanya daku tentang berangan.. okay, tu kau tak payah risau, sebab daku pakar! Haha!

Bila dapat tugasan tentang perlu berFantasi dengan watak-watak kartun di dalam tv, kau pikir apa daku perlu buat? Pastilah telan air liur sebaldi! haha. Bukan sebab pening dengan apa yang diterangkan pesyarah tentang kartun-kartun di tv, tapi sebab perlu mengkaji setiap karakter kartun yang bakal dilakonkan diri sendiri untuk subjek Lakonan Animasi! hmmm..

Memilih watak Sleeping Beauty untuk dilakonkan tidaklah sesukar mana, memandangkan idea cerita terpulang kepada masing-masing untuk dilakonkan, tapi bagaimana hendak menjadi Sleeping Beauty versi sendiri?? Adakah daku perlukan skirt kembang semangkuk berwarna putih siap bunga ros putih di tangan?ermmm....

 Ikotkan hati sendiri, idea dalam kepala hanya mahu berkain batik untuk sesi lakonan nanti! Barulah mencerminkan peribadi Perempuan Melayu Terakhir! maka jadilah Sleeping Beauty versi Melayu! Haha!

Mengimpikan untuk menjadi Sleeping Beauty cantik begini? Memang TAK AHH! :D

Dan apa yang pasti, daku tidaklah akan hanya tidur sahaja sepanjang waktu lakonan! kalau tidak, bagaimana pula lecturer akan menilai gaya lakonan daku yang pastinya tidak sehebat primadona malahan langsung tidak segah Angelina Jolie! :p

Persoalannya sekarang..

Bagaimana...Bagaimana..dan Bagaimana??

Im not really good in acting, but i will try my best! kata orang, asal mencuba, terus mencuba dan berusaha, pasti berjaya! ye tak? Doakan semua usaha daku nanti akan berhasil! kalau dapat markah penuh, akan daku khabarkan pada dunia ya? Kalau diam saja nanti, kau paham-paham sajalah! Haha!

 Btw, Ada sesiapa volunteer nak jadi Prince Kacak untuk berpasangan dengan daku nanti? Marilah temankan daku, kita berfantasi bersama-sama!  Tehee! :)

p/s: Mintak-mintaklah darah gemuruh tak buat perangai nanti! Haha!

20 comments:

Namee Roslan said...

perghhh kena berlakon !! interesting !! hehe. mesti elie boleh punya !! :D tapi kalau jd sleeping beauty..tidur jela.haha. jangan berdengkur sudah. hehe :)

Mila Ahmad said...

sleeping beauty gitu...
gud luck for your acting...
mila xpandai sgt nak bg idea lorh...


p/s : nak adress mila nak pos wedding card.

Al Kisah said...

nanti bila berlakon, jangan pula tido betul2.. karang abis keluar air liur basi , taik mata plus siap berdengkur.. :P

Good Luck..

syafiqakarim said...

waaaa~~~
chaiyok beb.mesti bolee

fatin hanani said...

boleh aihh..klu dah biasa mesti boleh hehe..ala owg dy pun msti la mcm sleeping beauty ni sbb dpt watak ni hehe :D
gud luck dear :D

cEro said...

pernah dapat nasihat dari seseorang masa nak berlakon di sekolah dulu. Katanya, "Yang penting bukan pernampilan lakonan, tapi intipati penyampaian lakonan."

Sampai sekarang tak faham maksud dia..haha

sugar2 kapas strawberry said...

hehehe.berlatihlah tidur hari2.pasti jadi sleeping beauty

Amanina said...

hehe..gudluck, berlakon tak susah tp kena feel dgn watak tu :)

Aliff Haikal said...

sleeping beauty tu :) akak memang dah cantik pun . ape2 pun . semoga maju jaya . berlakon biar real . haha

hanaahmad said...

pasti boleh! :)

Elie Lily said...

namee..
haha.elie tidur tak berdengku la syg. tp taktaula kalau da penat sgt tu, mcm mana ghopenya elie tidur! haha

Elie Lily said...

mila..

hhaha. elie buat biasa2 je nanti..yg penting success! :)

btw, thx syg.

p/s: alamat: No 57, JALAN PANDAN INDAH 5/16, PANDAN INDAH, 55100 KL.

thx jemput! :)

Elie Lily said...

al kisah..
haha. kalau tidur betul2, alamatnya mimpi smpi ke bulan la bang! hahha.
btw tq bro.

Elie Lily said...

iqakarim..
hee..thx syg. :)

Elie Lily said...

fatin hanani..
org dia mmg suka tidur. sbb tu dpt watak sleeping beauty, bukan sebab cantik. haha..

thx syg. ;)

Elie Lily said...

cero..
means mcm mana gaya pun takpe, janji cara dia penyampaikan tu berkesan atau tak . eh, yeke? hehe

Elie Lily said...

lyn..
haha.macam mana nk belakon kalau tidur je keje? haha

Elie Lily said...

nina..
cepat jadi mentor elie! :D

Elie Lily said...

alif haikal.
jgn lupa jadi penonton! :)

Elie Lily said...

hana..
tenkiu!! :)