Wednesday, April 11, 2012

Selepas Dunia, Ke Mana Kita?

Salam kalian... :)

Kata orang, ajal maut di tangan tuhan.. Kalau DIA kata kejap lagi DIA nak cabut nyawa kita, terpaksalah kita pergi menghadap DIA..Siapa pulak kita hendak menentang kuasa DIA kan? 

kadang-kadang daku selalu terpikir, kalau buatnya tak sempat nak bertaubat sebelum nyawa dicabut Tuhan, agak-agak dosa-dosa daku yang sejak dulu tu terampun tak? Yelah, takde orang dalam dunia ni perfect kan? salah sikit, orang kata macam-macam! bila dah kena macam-macam, mula la diri sendiri nak jadi macam Hulk yang tengah mengamuk sampai nak koyakkan baju dan nampakkan badan ijaunya! woah! harus jugak banyak bunyik yang keluar dari mulut sendiri! haih!

Semenjak sakit-sakit ni, soal mati memang kerap daku pikirkan..mengingatkan diri sendiri tentang mati, owh! memang buat badan menggigil bila pikir tentang dosa sendiri, Ya Allah..tak terkata mesti banyak dosa yang daku buat sepanjang hidup ni! kata orang, manusia biasa mana pernah perasan dengan setiap kesalahan yang dia buat, kan?

Nak-nak bila dapat tahu kawan sendiri meninggal tempoh hari akibat paru-paru berair, memang buat diri macam blur selama empatpuluhsaat! Itupun bila si makcik kesayangan telefon sambil menangis-nangis! Eh, Rasanya haritu baru lepas bertweet dengan arwah tentang macam-macam perkara, tuptap, hari ni dapat call, kata arwah dah takde?! Sumpah mengucap panjang daku! :(

tapi semua Kuasa DIA, siapa kita untuk melawan kan? Doa saja dapat dipohonkan untuk arwah tenang di sana! InsyaAllah..

dan apa yang penting, Mati itu Pasti kan? setiap orang pun akan pergi menghadap DIA, cuma masanya saja kita tak tahu bila. Yang pasti, Tuhan mesti lebih sayangkan mereka yang meninggalkan kita dahulu, dan kita ini selagi masih hidup, pintu taubat pastinya tidak akan ditutup untuk kita membersihkan segala dosa sebelum pergi menghadap Ilahi!

Diri sendiri sentiasa berdoa agar dapat berubah dengan rambut dilitup dengan tudung dan pintu hati tidak akan tertutup untuk bertaubat selagi hidup! lihat saja Eqin Kamen, masih manis kan walaupun beliau sudah bertudung! :)
*Qin! kau jangan nak kembang sangat eh tengok muka kau kat belog aku!!* :D


" Hidup tak selamanya bahagia, 
esok lusa pasti akan jatuh juga! 
Kalau hidup di dunia hanya mahu bergembira, fikirkan mati ada baiknya! "


Al fatihah buat seorang rakan, Nurul Huda Baharuddin
aka Hudhud! :(


Semoga tenang di sana ya sayang! Im Gonna miss you! :(

p/s: Semoga esok kita semua masih boleh melihat dunia! Amin..

27 comments:

Mila Ahmad said...

takziah buat kawan elie.kita patut bersyukur kerana masih lagi hidup pada hari ini, jadi lakukanlah seberapa banyak kebaikan yang ada ;)

ila said...

takziah,smge arwah dicucuri rahmat

buat kite yg masih hidup nie sentiasalah perbanyakkan ibadah agar lebih bersedia utk mati

Aliff Haikal said...

Allah lebih sayangkan dia . takziah untuk kawan kakak :(

yee , ingatlah mati , kalau kita ingat mati,kita akan sentiasa takut dan akan terus ingatkan Allah :)

mesti sedih bila teringat kan blog arwah tu kan

syafiqakarim said...

di usia muda dia meninggalkan kite
kan elie.yang,sakit sebahagian dugaan
hadapi dengan kesabaran.dan ambil masa melakukan perubahan walaupun secara perlahan,asalkan niat dan azam ikhlas pd tuhan :)

insyaAllah.
saat menaip ni,kecoh dengan berita gempar bumi.moga kita di selamat kan
elie :)

Al Kisah said...

al-fatihah, takziah..

say to easy=) said...

Takziah buat kwn awak..kita yang masih bnafas di bumi ini kenalah banyak2 bdoa kepada DIA.

fatin hanani said...

takziah..
hurm apa pun kita doakan roh dia berada dikalangan org2 yang beriman..elie kena sentiasa doakan dia sbgai sahabt..smga diampunkan dosa2 dy :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

dik... bila kita mengetahui mati akan menghampiri kita bila2 masa saja.. tanpa kita mengetahui bila waktunya..
marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikan..

selagi kita masih mempunyai peluang.. masih bernafas.. marilah kita menunaikan kewajipan kita..terutama solat dan aurat..

melunaskan segala hutang2 kita pada Allah..

bertaubat.. semoga segala amalan kita di dunia.. diterima oleh Allah..

sama2 laa kita merebut peluang yg masih ada.. yg masih Allah beri.. supaya kita tidak menyesal setelah terlewat nnt..

Namee Roslan said...

elie, lately namee selalu juga sakit. so i asked my mum, why is that so. semuanya datang dari Allah kan. :) semoga kita semua terbuka hati untuk dekat dengan DIA.

MiSzy DiaN said...

did i missing something? i know her. blog hudhudpunyablog. dlu dian follow dia from kak elie juga. takziah n al fatihah. huhu kaka, be strong yaa :) ajal maut itu di tangan tuhan,yang penting kita redha dengan ketentuan darinya.

MiSzy DiaN said...

kak elie, betul bhaa kak huda dah takde? huhu seriously, mcam tak percaya jak :'(

Amanina said...

takziah..allah syangkan dia. berharap sgala dosa kita diampunkan..aminnn

misyamissyou said...

hmm ade dgr jugak psl ni..smoga dia ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman...

mati mmg pasti, ingat mati tu tak salah, tp kena la berserta tindakan..mari berubah kepada yg lebih baik :)

CikPuan Azizah said...

Alfatihah..semoga rohnya di cucuri rahmat Allah.

Elie Lily said...

mila..
betul! selagi masih hidup,kita kena berbuat baik kan..sentiasa!

Elie Lily said...

ila..
ibadah sentiasa perlu ada dalam diri, baik masih senang mahupun susah. :)

Elie Lily said...

alif haikal..
memang. selagi masih hidup, perlu sentiasa igt mati.

sedih sgt dik. takpela, Allah lebih syg dia.. :(

Elie Lily said...

iqakarim..
yup. hendak berubah, perlu perlahan2. tanak terlalu laju, nanti terlepas pandang. hurm..dunia sekarang byk yg sedang diduga dgn macam2 perkara.. kita je kadang2 tak sedar. huhu

Elie Lily said...

alkisah..
takziah. :(

Elie Lily said...

say to easy..
sama2 berdoa dan aminkan ya?

Elie Lily said...

fatin hanani..
i'allah.. sama2 berdoa untuk arwah ya?

Elie Lily said...

C.M.A..
semoga segala perkara yg dilakukan di dunia akan dimaafkan Allah sebelum nyawa kita ditarik oleh Nya!

Elie Lily said...

namee..
bila sakit, mmg kita sering igt pada tuhan.. mintak2 hati terbuka utk terus ingat akan agama dan DIA. I'Allah.

Elie Lily said...

dian..
beliau sudah arwah dik.kita kena sentiasa sedekahkan al-fatihah pada arwah kan. emm

Elie Lily said...

nina..
betul..Allah lebih sayangkan arwah.. erm

Elie Lily said...

misyamisyou.
selagi hayat dikandung badan, tak penah berhenti berdoa untuk berubah ke arah kebaikan.

Elie Lily said...

kak jijah..
al fatihah.. :(