Wednesday, April 25, 2012

Sleeping Beauty!

Salam kalian.. :)

Jangan sesekali kau tanya daku pasal fantasi! memang daku akan jawab TAK PANDAI! bab-bab fantasi sumpah awal-awal lagik daku akan angkat bendera putih! tapi kalau kau tanya daku tentang berangan.. okay, tu kau tak payah risau, sebab daku pakar! Haha!

Bila dapat tugasan tentang perlu berFantasi dengan watak-watak kartun di dalam tv, kau pikir apa daku perlu buat? Pastilah telan air liur sebaldi! haha. Bukan sebab pening dengan apa yang diterangkan pesyarah tentang kartun-kartun di tv, tapi sebab perlu mengkaji setiap karakter kartun yang bakal dilakonkan diri sendiri untuk subjek Lakonan Animasi! hmmm..

Memilih watak Sleeping Beauty untuk dilakonkan tidaklah sesukar mana, memandangkan idea cerita terpulang kepada masing-masing untuk dilakonkan, tapi bagaimana hendak menjadi Sleeping Beauty versi sendiri?? Adakah daku perlukan skirt kembang semangkuk berwarna putih siap bunga ros putih di tangan?ermmm....

 Ikotkan hati sendiri, idea dalam kepala hanya mahu berkain batik untuk sesi lakonan nanti! Barulah mencerminkan peribadi Perempuan Melayu Terakhir! maka jadilah Sleeping Beauty versi Melayu! Haha!

Mengimpikan untuk menjadi Sleeping Beauty cantik begini? Memang TAK AHH! :D

Dan apa yang pasti, daku tidaklah akan hanya tidur sahaja sepanjang waktu lakonan! kalau tidak, bagaimana pula lecturer akan menilai gaya lakonan daku yang pastinya tidak sehebat primadona malahan langsung tidak segah Angelina Jolie! :p

Persoalannya sekarang..

Bagaimana...Bagaimana..dan Bagaimana??

Im not really good in acting, but i will try my best! kata orang, asal mencuba, terus mencuba dan berusaha, pasti berjaya! ye tak? Doakan semua usaha daku nanti akan berhasil! kalau dapat markah penuh, akan daku khabarkan pada dunia ya? Kalau diam saja nanti, kau paham-paham sajalah! Haha!

 Btw, Ada sesiapa volunteer nak jadi Prince Kacak untuk berpasangan dengan daku nanti? Marilah temankan daku, kita berfantasi bersama-sama!  Tehee! :)

p/s: Mintak-mintaklah darah gemuruh tak buat perangai nanti! Haha!

Wednesday, April 11, 2012

Selepas Dunia, Ke Mana Kita?

Salam kalian... :)

Kata orang, ajal maut di tangan tuhan.. Kalau DIA kata kejap lagi DIA nak cabut nyawa kita, terpaksalah kita pergi menghadap DIA..Siapa pulak kita hendak menentang kuasa DIA kan? 

kadang-kadang daku selalu terpikir, kalau buatnya tak sempat nak bertaubat sebelum nyawa dicabut Tuhan, agak-agak dosa-dosa daku yang sejak dulu tu terampun tak? Yelah, takde orang dalam dunia ni perfect kan? salah sikit, orang kata macam-macam! bila dah kena macam-macam, mula la diri sendiri nak jadi macam Hulk yang tengah mengamuk sampai nak koyakkan baju dan nampakkan badan ijaunya! woah! harus jugak banyak bunyik yang keluar dari mulut sendiri! haih!

Semenjak sakit-sakit ni, soal mati memang kerap daku pikirkan..mengingatkan diri sendiri tentang mati, owh! memang buat badan menggigil bila pikir tentang dosa sendiri, Ya Allah..tak terkata mesti banyak dosa yang daku buat sepanjang hidup ni! kata orang, manusia biasa mana pernah perasan dengan setiap kesalahan yang dia buat, kan?

Nak-nak bila dapat tahu kawan sendiri meninggal tempoh hari akibat paru-paru berair, memang buat diri macam blur selama empatpuluhsaat! Itupun bila si makcik kesayangan telefon sambil menangis-nangis! Eh, Rasanya haritu baru lepas bertweet dengan arwah tentang macam-macam perkara, tuptap, hari ni dapat call, kata arwah dah takde?! Sumpah mengucap panjang daku! :(

tapi semua Kuasa DIA, siapa kita untuk melawan kan? Doa saja dapat dipohonkan untuk arwah tenang di sana! InsyaAllah..

dan apa yang penting, Mati itu Pasti kan? setiap orang pun akan pergi menghadap DIA, cuma masanya saja kita tak tahu bila. Yang pasti, Tuhan mesti lebih sayangkan mereka yang meninggalkan kita dahulu, dan kita ini selagi masih hidup, pintu taubat pastinya tidak akan ditutup untuk kita membersihkan segala dosa sebelum pergi menghadap Ilahi!

Diri sendiri sentiasa berdoa agar dapat berubah dengan rambut dilitup dengan tudung dan pintu hati tidak akan tertutup untuk bertaubat selagi hidup! lihat saja Eqin Kamen, masih manis kan walaupun beliau sudah bertudung! :)
*Qin! kau jangan nak kembang sangat eh tengok muka kau kat belog aku!!* :D


" Hidup tak selamanya bahagia, 
esok lusa pasti akan jatuh juga! 
Kalau hidup di dunia hanya mahu bergembira, fikirkan mati ada baiknya! "


Al fatihah buat seorang rakan, Nurul Huda Baharuddin
aka Hudhud! :(


Semoga tenang di sana ya sayang! Im Gonna miss you! :(

p/s: Semoga esok kita semua masih boleh melihat dunia! Amin..

Monday, April 2, 2012

Instinct!

Salam kalian.. :)

Dari dulu hingga kini, satu perkara yang buat daku tak begitu berkenan dengan sikap diri ialah daku punya suatu Perasaan atau INSTINCT yang sangat kuat! 

masakan tidak? sejak dulu daku asik tunggu umur menginjak ke tahun 21. owh, jangan ditanya mengapa, sebabnya ia seolah-olah akan ada sesuatu yang akan terjadi pada umur daku ke 21 tahun! sama ada perkara baik atau buruk, itu ketentuan DIA di atas, pokoknya pasti akan ada sesuatu yang berlaku!

dan percaya atau tidak, tahun 2012 ini, yakni daku akan berumur 21 pada Ogos nanti, mungkin perkara yang sangat dipikirkan sejak sekian lamanya sudah pun terjawab! SOBS! :(

Lihatlah si muka pucat dengan tangan yang di suntik jarum! Mengenang nasib betol! :(

28 mac lalu, dengan rasminya nama daku sudah terekod dalam senarai pesakit di Hospital Pantai Ampang! akibat kekurangan darah dalam badan, saiz darah yang terlampau kecil serta kuantiti zat besi di dalam darah terlalu sedikit, makanya terpaksalah daku ditahan ke wad selama hampir 6 hari! Sadis bukan? :(

 masuk gas hampir setiap hari, tangan dicucuk jarum dan berselirat dengan segala wayar dan drip ubat, owh, tak sanggup!! :(

siapa sangka selepas 21 tahun daku akan jatuh sakit sehingga terpaksa berhempas pulas menahan sakit akibat dicucuk sana sini dan darah diambil hampir 3 kali untuk dibuat ujian? woah, memang mimpi ngeri bila diri sendiri menggigil satu badan sebab hilang darah yang banyak untuk satu hari! maka terpaksalah menelan ubat tambah darah untuk mengelakkan pengsan secara tiba-tiba..erm.


 kesian tangan saya, hari-hari kna masuk ubat dan di ambil darah! lebam sudah! :(

Tapi orang kata jika ditimpa sakit sebegini, jangan asyik nak komplain saja kan? harus dilayan saja apa yang terjadi kerana ianya pastilah suatu dugaan! mungkin untuk menghapuskan segala dosa-dosa lalu kan, siapa tahu? semua kerja Tuhan! jadi haruslah terima segala kesakitan dengan redha ya, wahai Elie! 

be safe, be strong n u ll be fine sayang! :)

A MILLION THANKS :

buat semua yang mendoakan kesejahteraan daku, baik yang kenal atau tidak, di luar atau di alam maya, terima kasih banyak banyak. kepada semua yang datang melawat ketika daku berada di hospital tempoh hari, family dan kengkawan yang tak putus-putus memberikan sokongan, Terima kasih, terima kasih dan terima kasih! Semoga Tuhan membalas jasa kalian semua! I'Allah. :)

And Thanks to 'kamu' juga sebab hari-hari temankan saya di wad, siap masak spageti carbonara serta belikan saya Biskut Oreo dan Kinder Bueno! ilysm! 

p/s: Mohon lepas ini Instinct kata akan terjadi perkara yang baik-baik saja. Mohon!