Saturday, March 17, 2012

A New Journey!

Salam kalian... :)

Sebelum apa-apa, nak jugak daku tanya..

"Anybody miss me?" 

owh! ada? wokayh! daku terharu! :D

kalau kau bukak belog daku baru-baru ni, mesti kau akan cakap "Alahai, balik-balik entry yang sama! Tak reti-reti nak update belog ke minah ni?" eheh! kalau takpun, paling busuk kau mesti cakap, "Hidup lagik ke Elie nih?" haha! memanglah daku perasan yang amat bila rasa macam ramai je pembaca belog busuk ni kan? muahhahha :D

sebenarnya bila kaki sudah melangkah ke alam degree, memanglah kau ingat daku akan ada time nak update setiap satu hari satu entry kan? mula-mula memang lah boleh berangan mat jenin bila pikir first week masuk degree, mesti lecturer tak masuk kelas untuk mengajar! dan harus juga asignment takkan dapat pada awal semester!

tapi hampaa! lain pula yang jadinya! :( maka terpaksalah daku sedar diri bahawa alam degree bukanlah seperti waktu diploma dulu, yang mana daku boleh pergi overnite hampir setiap bulan, melalak di karoke jamban bila-bila rasa mahu dan tengok movie di lappy sambil makan biskut gula cicah kopi o! cett! nyata semuanya sudah berubah!

jadi wahai cik Elie, sila bangkit dari tidurmuuuu! Sobs! :(

Kad matrik degree! Muka boolat, masih kekal! jangan lah buat-buat terkejut pulak! macam lah tak kenal dia memang ada pipi yang macam belon! :')

Mungkin entry ini adalah pemberitahuan, yang mungkin panjang ayatnya tak sampai lantai. tapi boleh lah buat kau baca dan masih tahu daku ini masih ada, cuma belog saja sudah seperti rakan tiri sekarang ini! bukan sahaja sebab internet di kolej seperti hari-hari mintak daku memaki-maki, tapi kerana kebizian dengan kelas dan aktiviti degree, nak-nak lagi daku kini sudah bertukar bidang, akibatnya belog perlu diletakkan di tangga yang kedua dahulu! barulah boleh jadi pelajar cemerlang kan?! *maluunyeee* :p

So people, kalau daku tak up entry baru, jangan pulak marah sampai tak bukak belog daklu langsung! kalau takde reader atau stalker tetap di belog ini, alamatnya nanti tak dapatlah daku penuhkan tabung nak kumpul duit lebih untuk kawen awal nanti, kan? eh, gataaiiiiinye dakuuu! hehe!


Hari ini daku baru up entry,

Esok lusa belum pasti lagi,

Kalau daku free-free nanti,

Pasti akan daku sebok-sebok di blogspot ini! 


Jumpa kau semua di entry lain ya? mungkin selepas 2-3 hari nanti baru daku balas komen di belog semula! atau tak pun seminggu..err, tapi rasa macam 2 minggu je?! woah! tidak! harus beli wifi di koperasi kolej setiap hari kalau macam ni!! money oh money! T____T  

Wajah terbaru.. Bagaimana? masih comel? atau semakin comot? ah, janganlah puji daku ini makin cantik pulak! malulahhh dia nantiii! hihihi! :p


Nama daku Elie Lily..

Daku kini pelajar degree..

Mungkin lepas ini akan bizi..

Sila doakan agar daku berjaya nanti! 

Teeheee! :')

~~~~*****~~~~

Take care everyone! Assalamualaikum! :)

p/s: Belajar-belajar jugak, blog mesti update jugak, iya kan? :p