Friday, February 24, 2012

Isu Kahwin!

Salam kalian... :)

Sebenarnya cerita sewaktu menjadi pengapit tempoh hari tidak tamat di situ saja!

Dengan tidak semena-mena, daku telah ditebak dengan soalan tentang perkahwinan oleh seorang rakan..

Su: Elie, Bila mau kawen? Dah berseri-seri nampak?

Elie: Err? Entah! Tunggu ada orang pinanglah! :D

**********

Kebiasaannya, bila ditanya tentang perkahwinan oleh sesiapa sekalipun, 'jawapan selamat' yang biasa daku gunakan adalah dengan menjawab 'Tunggu Orang Pinang"! Hamboih! kata orang, playsafe sangat kan? haha. tapi itulah jawapan sebaiknya selain jawapan berbunyi,

"Belum sampai seru"!

Kalau jawab macam tu, ianya seolah-olah nampak sangat daku sedang menanti-nanti akan ada seorang anak putera raja datang meminang ke rumah! iya kan? haha! Eh! macam tak sangka, gatai sungguh anak dara sekor ni lah! haha :D

Sebenarnya, bila dipikirkan balik tentang soal kahwin, daku tidaklah terlalu teruja untuk kahwin awal, memandangkan diri sendiri belum habis belajar lagik dan mungkin juga agak terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga! tambahan pulak, keadaan diri sendiri tidak langsung bersedia untuk meninggalkan dunia anak dara dalam masa terdekat ini!

tapi selepas melihat teman sekolah sendiri sudah mendirikan rumah tangga tempoh hari, rasa untuk berkahwin itu kuat pulak rasanya! sampaikan hari-hari , tak kira siang malam, senja petang kepala otak ni dok pikir, Nak kawen jugak! haih! Sumpah gelojoh gila daku kan? hahhah

Angkara soalan kawen dari si gedik Su, daku jadi tak tido lena! Takpe, kita tunggu dan lihat, siapa antara kami bakal naik pelamin dulu! owh! Gatainyeee! :p

Jika hendak dipikirkan semula, banyak yang perlu daku dikejarkan dahulu sebelum diri sendiri disunting menjadi isteri seorang Adam! paling tidak pun,, haruslah menghabiskan study di peringkat degree yang bakal bermula bulan Mac ini, mempunyai pekerjaan tetap selepas tamatnya belajar, mempunyai sebuah kereta untuk kemudahan akan datang, dan membeli rumah sebijik walaupun bukan semewah rumah banglo! haa..macam tu baru boleh kawen! Yedakk? :p

dan pastinya juga persediaan rapi antara mental dan fizikal sudah perlu difikirkan sekarang sebelum mula memikirkan soal jodoh kan? yelah, nak jadik bini orang, dah tak boleh terkinja-kinja macam monyet kena belacan! nanti mak mertua tak berkenan! owh, dan sebelum bizi memikirkan soal kawen awal, daku perlu jugak memperhebatkan lagi skill masakan! sebabnya, nak menambat hati mak mertua lah katakan! teehee!

Woah! dah masuk bab mak mertua tau! Gataiiinyeee daku!! :D

Apa-apa pun, perjalanan hidup masih jauh! Kahwin itu nanti-nanti pun boleh pikir, kan? Yang penting, kita pelan-pelan kayuh! Ada jodoh, esok lusa sampailah tu kad jemputan daku ke rumah kalian semua! Tunggu dan lihat saja ya! :)

p/s: Sebenarnya, ada 'seseorang' yang menemankan daku sewaktu majlis perkahwinan Shila tempoh hari! :D

25 comments:

syafiqakarim said...

hahah iqa takot la nak soal bab kawen.bab jodoh ni ....hihi...

haaa.siapa temannnnnnn

Anonymous said...

seseorang tuu adalah saya kan :)

Syida Shu said...

Siapaaaaa diaaa :D

[sutera kasih] said...

nak kawen tp tak ready, cmna tu elie? hehe

teha said...

ehem2.. boyfie ke teman ? hee ~

sugar2 kapas strawberry said...

siapakah?saya pun nak kawen tapi takde calonn.ekekeke

cik chinta said...

ehh...sapekah peneman? ihiks

Aliff Haikal said...

hamboih , sejak dua menjak ni , hehe . akak , kalau dah sampai masanya , layangkanlah kad undangan kat saya tauuu . ;3

jaha said...

ahha...nak kwen dah....

♥AieN ChoiN♥ said...

bdw..habeskan belajar dulu..ade keje tetap..finance stabil..baru pk..hehe ! :)

the puffy clouds said...

insyaAllah ada jodoh sampai la seru :)

BTW, suka bag x?

Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!

Feel free to visit us at

http://thepuffyclouds.blogspot.com

or find us on FB : The Puffy Clouds

all item below RM 50 ^.^

Namee Roslan said...

takpe. bila jodoh tu dah sampai, dia akan sampai juga. :) hihi. elie pun muda lagi apa. hehe. best kalau ada org masuk minang kan :)

Amanina said...

malu2 plak elie..jgn tnggu lama2 :)

Elie Lily said...

iqa..
kita sama la syg..takut ckp pasal jodoh...ehhh. adalahhhh! :p

Elie Lily said...

anon..
eh.awak ke?? awak lah kott..hehhe

Elie Lily said...

syida..
ehem2 kiteeee! heheh

Elie Lily said...

sutera kasih..
kena bg ready baru boleh kawen..tp siapa yg tanak kawen kan? :p

Elie Lily said...

teha..
hahha..bakal suami, i'allah.. :)

Elie Lily said...

lynn..
nanti elie carikan tau! hahah

Elie Lily said...

cik chinta..
nama dia *** :)

Elie Lily said...

aliff haikal..
alahai..lambat lagi laa... tunggu tauu! :D

Elie Lily said...

jaha..
hahaha..lambat lagi syg.. :)

Elie Lily said...

the puffy clouds..
doakan elie tau! :D

Elie Lily said...

namee..
kalau ada org terus masuk pinang, mmg tak tunggu lama la eliee! hahahha

Elie Lily said...

amanina..
haih, malu la sygggg! hahaha