Memang seronok sebenarnya mencari duit poket sendiri, tapi pelajaran yang masih belum tamat, perlu dipikirkan dahulu selain sekarang ini seperti diri sendiri semakin asyik bercakap tentang isu kawen awal! hamboih, sudah gatai bebenor kan daku ni?! hahaha.
Btw, bekerja sebagai Cusomer Care Assistant di Jusco, sememangnya memberi satu pengalaman baru kepada diri sendiri. Bukan lah kerana tidak pernah bekerja langsung sebelum ini, tetapi dengan menjadi seorang pekerja yang setiap hari perlu menyarung uniform khas, kemudiannya melayan pelanggan yang datang membeli belah dengan muka ini perlu dimaniskan sentiasa bagi menghormati pelanggan, sememangnya ianya adalah suatu perkara baru dalam hidup sendiri! :)
Bukan itu saja, sebagai Customer Care Assistant, daku terpaksa juga menahan telinga mendengar komplain dari orang ramai jika adanya ketidakpuasan pelanggan. Woah, boleh bernanah telinga kalau hari-hari mendengar komplain yang tidak sedap didengar orang, tapi disebabkan ianya sebahagian dari kerja, haruslah bersabar! dan hasilnya? Daku sudah boleh menjadikan diri sendiri lebih matang dari yang sebelumnya! Bangga pulak rasanya! :)
Tetapi kata orang, kerja masih kerja, study tetap tidak boleh lupa!
Disebabkan tidak mahu membuat kerja last minit seperti sedia kala, daku telah pun meletakkan jawatan sebagai Customer Care Assistant tempoh hari yang lepas! agak bagus juga meletakkan jawatan terlebih dahulu kerana tidaklah nanti diri sendiri tonggang terbalik menguruskan apa yang patut sebelum pulang ke kolej nanti kan? Macam lah tak kenal daku ini antara gadis yang kelam kaboot sikit! sobbsss! ;(
Dan mengucapkan selamat tinggal sememangnya perkara yang tidak gemar daku lakukan untuk setiap perkara, tapi itulah yang perlu dilakukan diri sendiri bagi mengejar cita-cita yang bakal bermula awal bulan Mac ini! Daku percaya diri sendiri sudah berjaya mengisi masa lapang dengan baik untuk cuti 6 bulan yang lepas, atleast tidaklah daku membuang masa saja di rumah kan?! Yeah! itu yang sebaiknya! ;)
Ehh! Saya hanya bekerja di bahagian Customer Service saja! saya bukan peramugari yang terbang kat awan Nano tuu! Jangan tertipu tau! teehee! :D
Owh! selepas meletakkan jawatan tempoh hari, setidak-tidaknya lepas ini daku tidak lagi perlu bangun seawal 6.30 pagi untuk menggosok uniform sendiri dan terkial-kial bersiap sehingga kena marah dengan umi sendiri sebab masuk kerja pada jam 9 pagi, dan jam 8 barulah hendak bersiap itu ini! ciss! paling tidak, sekarang adalah masa untuk memikirkan segala persiapan untuk degree nanti!
Dan Jusco, Terima kasih kerana meng'gaji' saya, walaupun tidak sampai setengah tahun saya bekerja, tetapi dengan duit gaji yang diberikan kepada daku sebagai Ex-Customer Care Assistant ini, dapatlah jugak daku pergi makan Chiken chop dengan ABC selalu! heheh! kata orang, duit gaji baik habiskan pada makanan dari dihabiskan untuk benda lain, kan? perut kenyang, hati pun senang! muehhee!
Chop! Ada sesiapa nak saya belanja dia makan? Gaji saya takdelah banyak pun, tapi takat nak belanja Aiskrim potong perasa durian tu boleh la kot! teehee!
Assalamualaikum semua! :)
p/s: Daku kini EX-CUSTOMER CARE ASSISTANT! :D

28 bibir mungils:
dh nak msuk belaja ek?
gud luck for ur future!
wah!!
uniform jasco tu amatlah hot bagi pocket :D heheheh,
duit pocket memang la penting,
tp pelajaran tu kena jaga wokeh:D
so sekarang ni dah berenti,
sila praktik kan apa yang telah anda belajar dari jasco untuk dimanafaati dimasa hadapan:D
pocket nak eskrim potong!!
sape kerja macam tu...telinga kena lah kuat. kakak namee dulu pernah kerja under TM Net...dia kata customer macam2 karenah. kdg2 sampai maki..hehe. kena buat pekak je. hehe
sedih customer.. ;)
sobs...dan kite masih menganggur elie
huuu.nak eskemmmm
klu dah ex...
skrg ni kje ape lak..??
ke mmg jawatan tu ad tulis ex..??
waaaaaaaaaaaaa tak belanja kite pong elie . majokk ahh ceni.. U_U
suka bju JJ..sebab membuatkan pemakainya cantik :D
pengalaman bernilai yang dicuri sekejap cuma. harus diikuti pelajar lain untuk bekerja waktu cuti sem.
*selamat kembali belajar semula. gudluck. ;)
Jom saya belanja.
tahniah :)
belajar rajin2 ok. :)
kakak cun ! :D
cik atie..
yup! thx kakak! :)
pocket..
hot ke?? woah! maluu!
hahha..thx advice Elie bro! nnt elie belanja askrem potong tau! :P
namee..
betul! menanah telinga tau kalau hari2 kena complain! haih!
lan bingka..
cett! kat Jusco ramai lagik yg bagus tau! hahaha
iqa karim..
takpe, nnt kita g cari keje sama2 tau! :D
zul tempoyak..
skrg gua stady bro! :)
tomato..
gaji kita tak byk punnn! :(
syuhada..
Elie canti ke?? hahahha
hanaahmad..
betul! sekejap tu byk bnda elie dapat! :)
thx sista! :)
encik psychopath..
jom! saya nak ayam goreng mcd! :)
encik psychopath..
jom! saya nak ayam goreng mcd! :)
nina..
terima kasih honey! :)
nard the nerd..
baik kakak..nak jadi pelajar cemerlang sebenarnya.. :)
Aliff Haikal.
ala, puji2 ni nak suh belanja la kan? :D
kak long ! belanje saye aiskrim baskin robin satuuuuuuu ! haha
Post a Comment