Friday, February 17, 2012

Ada Sesiapa Nak Pinang Saya Ke?

Salam kalian.. :)

Sebelum apa-apa, jangan terkejut dengan tajuk entry yang konon-konon hebak tu! ini semua gara-gara Jemputan dari Bakal Pengantin yang lepas! Dengan ini mengisyhtiharkan, daku telah pun selamat menjadi seorang pengapit pada majlis perkahwinan rakan baik Shila! Syukur, Shila jugak telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau! :) 

Kau jangan ingat nak jadi pengapit senang! Janganlah tanya mana daku cari baju tu, sebab semuanya selongkar almari lama umi dan makcik sendiri! untung saiz badan sama dengan mereka! teehee! :)

Nasib baik last minit punya baju selamat disarungkan ke badan sendiri! Yelah, Shila pun satu, nak kawen pun agak-agaklah pilih tema! ini disuruhnya daku cari baju warna Emas untuk tema, haih! meroyan jugaklah nak mencari kebaya emas, macam tak tahu pulak daku ni jenis orang bizi bekerja, hihi..tapi kata orang, kalau nak, seribu daya, tak mahu, seribu dalih! ye dak?

Shila dan pasangan, Abg Nizam. Kejap, macam rasa daku je senyum terlebih dari pengantin, kan? Hello! Gua pun nak muka sendiri masuk kamera juga derr! teehee! 

Tak sangka, dalam ramai-ramai kawan sekolah yang sudah mempunyai teman berpacaran, Shila adalah yang terawal menjadi isteri orang! Mungkin inilah kata orang, Jodoh itu rahsia tuhan, kan? Harapnya tak lama lagik daku bakal dapat berita gembira yang kau mual-mual plus muntah-muntah pulak eh Shila? hahah! eh, alamak?! ada yang bawah umur lagik ke? opssii! :D

Mendoakan yang terbaik semestinya, semoga dapat anak seramai team bola ya Shila?! itu doa daku untuk kau, kawan! :)

Kalau ikotkan, ini sudah kali ketiga daku menjadi pengapit kepada pengantin selepas yang pertama dulu, dengan tema Ungu..Hee! even dah punya pengalaman, kau ingat  daku tak neves ke?? Sebabnya, memanglah tak mudah mana nak menjadi pengapit tahu? 

siapa cakap jadi pengapit senang macam makan kuaci?? kau kena sentiasa sabar bila berada dengan pengantin masa atas pelamin tu tau! dan paling tak tahan, kena berpanas dek sinaran lampu dan berdiri lama untuk mengipas mempelai! silap ari bulan, daku pun boleh kipas diri sendiri dan kerusi pengantin pun daku nak pinjam buat duduk lepas lenguh kaki berdiri lama! Haha! 

Daku tak tahu kenapa daku senyum macam daku pulak jadi raja sehari! Mengigau di siang hari leteewww! :p

Tengok pengapit lelaki, beliau tak macam pengapit perempuan tu! Sebab dia mesti tengah kata, "Ya Tuhan, Panasnya lampu nih! Bila lah nak berhenti kipas orang ni? Ketiak aku dah banjir nih!" hihi. er, Btw nama beliau Arshad! : p

Bila tengok Shila kawen, seronoknya bukan kepalang! dan dalam otak ni confirm dah mula pikir macam-macam..hati ni pastilah jugak dah berdetik kata-kata berbunyik,

"Seronoknya kalau aku yang kawen!"

"Macam ni aku pun nak kawen lah!" 

"Kalau aku kawen nanti, macam mana ya?"

Owh! Gatainya dakuuuuu! :D

Awww! Romantisnyaa! :D

Seperti yang dipikirkan sebelum majlis, rakan-rakan sekolah dulu juga pastilah dijemput bagi memeriahkan majlis! dan bila dah jumpa geng sekolah yang lama, takkanlah nak duduk diam tanpa amek gambar kan? Paling tak, bergosip sakan  tentang hidup sekarang! masing-masing sudah berjaya ratanya! :) dan pasti juga ada perkhabaran manis tentang pasangan masing-masing! dan soalan klishe haruslah berbunyik, 

"KAU, BILA LAGI NAK KAHWIN?" :')

Antara rakan sekolah yang hadir! Haah, semua pun dah menjadi orang sejurus selepas abis sekolah! Cikgu-cikgu sekolah, jasamu dikenang! HAHA! 

Seperkara tentang Shila, waktu sekolah dulu kami pernah main teka-teka, siapa bakal naik pelamin dulu..beliau pernah berkata, "Aku taknak kawen lah!" tup tap, Beliau yang disunting terlebih dahulu dari yang ramai-ramai! hah! betullah kata orang, lain kali jangan pandai-pandai mintak benda yang tak sepatutnya..sebab ia akan jadik sebaliknya, kan? berbalik pada norma,

 Jodoh itu kan Rahsia Tuhan! :)

Masing-masing nak amek berkat, bergambar dengan pengantin! :D

Selepas Shila, siapa pula ya bakal disunting?? Kita tunggu dan lihat! Hehe!

Kalau dah jumpa teman-teman yang lama, tak bergambar beramai-ramai rugilah kan? nak-nak pulak bila jumpa kat kenduri kawen rakan sekolah sendiri! memang mintak sidekick sekor-sekor bila masing-masing nak mengelak bila diajak bergambar bersama! dan nasib baik jugaklah kameraman tak bergaji, Su rajin berjalan ke sana ke mari bersama kameranya, senang daku nak pau gambar! muehehhe! 

Sumber ihsan gambar memang banyak diperoleh dari Su! owh ya! dia sudah bercita-cita untuk menamatkan zaman gadisnya selepas Shila! kita tunggu sajalah kad undangannya nanti! hee! :)

Apa-apa pun, semuanya sudah selamat dijalankan. Shila pun sudah selamat disatukan bersama yang tersayang! lepas ini, kita tunggu dan lihat saja siapa antara daku dan rakan-rakan yang bakal naik pelamin pula. Mungkin si polan ini, mungkin juga polan itu..owh..dan mungkin jugak si Elie Lily! Siapa tahu bukan? :D

Semoga kekal hingga ke akhirnya! InsyaAllah! :)

Hey! daku pernah dengar kata orang, kalau siapa jadi pengapit, seri pengantin akan hilang! dan siapa jadik pengapit, nanti lepas ni sure giliran dia pulak! haha! sekarang daku yang jadik pengapit Shila, kau rasa giliran daku dah dekat ke? Owh? Persoalannya...

Ada sesiapa nak pinang saya keerrr??? :D

Hai, nak kawen dengan saya? Mehlah datang umah jumpa terus mak ayah saya! Ada bran tak? :D

okay! Mood Gatei seperti sudah menyerang! sebelum ia menjadi virus yang bakal mengamuk, baik lekas daku chow dulu! Jumpa di next entry ya?! Assalamualaikum everyone!  Daaa~ :)

p/s: Soal jodoh, serahkan saja pada yang Kuasa! :)

42 comments:

Liyana Aziz said...

mesti dah lepas gian kan? gian nak menulis... ahahahhaa...

hamboih, lawa kemain makcik sorang ni, cek sukaaa! hahahahaha.. kebaya umi lagi ke apa?

ehem, bestnya shila dah kawen, untunglah disunting awal, nak jugakkkkk!!! hahahahaha

Alan said...

pengapit cun giler hehe

Nazri Hanafiah said...

so sweet...kepada pengantin...selamat melayari bahtera perkahwinan... bila la aku nak kawin...sigh~

sugar2 kapas strawberry said...

kumpul seri pengantin dulu ye elie :)

Pocket said...

pocket nak! pocket nak!
heheh, bagi add kejap,
nak 'fedex' kan tepak sireh:D

humang aih baju tu!
memang tergoda lah sang pengapit belah sana.

hooh la. kenapa pengapit pompuan senyum lebih dari pengantin sndiri!?hehe tu yg wat peminat xtahan tu!

Marya Hana said...

eh ellie, kenapa pengantin perempuan duduk belah tu?

patot ah akak nampak janggal sikit..

btw, lepas ni si pengapit pulak naik pelamin :p

tfa_purpleclover said...

sedih tak dapat pergi. moga kekal sampai ke anak cucu dear Shila!

p/s: elie bila pulak?

Mila Ahmad said...

aitu mila jadi pengapit mcm nak pitam sebabnya pengapit demam xsihat..patutnya pengantin ni pengapit yg over haha....serik xnk jadi pengapit lagi...

Anonymous said...

hai ili fazrin... :) long time no see... owwhhhh shila kawin x jemput yati ye... he..he... btw say congarts to her k.... ili bila lagi??? :)

syafiqakarim said...

cepat kawennnnnnnn.
muka da seri da tu.huuuu

Lan Bingka said...

pengapit berpengalaman nih.. ;)

Leo "Ricky" Huzair said...

:)

Namee Roslan said...

hehehhe, dah jadi pengapit ni macam dah dekat je jodoh. ecececceceh. hehe. comelnya elies :)

Nelly The Strange said...

ambil berkat ya ? hehehehe

zulhilmi tempoyak said...

ehem... tumpang tnye...

single lg ke.. ;p

Iena Ruaina said...

Pengapit comels! I miss ur smile =)

✿ cik atie said...

dah banyak kali jadi pengapit tuh, nnti ade la tuhhhh
AMIN!!

KAMIHIDUP said...

InsyaAllah ada jodoh nanti kahwin lah tu, amin. :)

.izzati liyana. said...

teringin nak kahwin bila tengok orang lain kahwin kan? hehe. pasni elie pulak lah kan? hee. semoga dpt jodoh cpt. :)

♥AieN ChoiN♥ said...

waaa..jadi pengapit..best jadi pengapit kan.. :) ape2 pown kamOo bile lagi??..hehehe..

Elie Lily said...

yana..
hahha..rembat kebaya makcik! hahha

owh,gatainye kamuuu! suruh cik yus masuk pinang cepat tau! :D

Elie Lily said...

Alan..
malunye sayaaa! :D

Elie Lily said...

Nazri..
haha..cepat2 cari calon! :)

Elie Lily said...

Lynn..
hahha..sedang berusaha mengumpul nih! :D

Elie Lily said...

Pocket..
haa..tu namanya pengapit tgh bermimpi di siang hari! teehee!

oit! jgn ngintai! sexyy!

Elie Lily said...

kak yaya..
haha..pengapit tunggu kak yaya lepas dulu, baru dia pulak menyusul! :D

Elie Lily said...

tpah..
tunggu kau la makcik! haha

Elie Lily said...

mila..
haha..nak jadi pengapit kena jaga kesihatan macam pengantin jugak syg! :)

Elie Lily said...

yati..
owh..anda mungkin tidak dapat dikesan! maap ya?

Elie kawen? tunggula.hhaha

Elie Lily said...

iqakarim..
tunggu org nk pinang! hehe

Elie Lily said...

Lan Bingka..
baru 3 kali.hhehe

Elie Lily said...

abg leo..
:)) double smiles!

Elie Lily said...

namee..
belom la..tunggu namee kawen dulu! okay? :p

Elie Lily said...

nelly..
amek berkat sikit la..hahha

Elie Lily said...

Zulhilmi..
haa..gaataiinya awakk! bgtau makk! ahah

Elie Lily said...

iena..
tak secomel iena sayang! :)

Elie Lily said...

cik atie..
doa sama2 tau! :p

Elie Lily said...

kami..
haha.mungkinla! :D

Elie Lily said...

izzati liyana..
haha..tunggu dapat kad jemputan eh? :p

Elie Lily said...

aien choin..
erk..aien da kawen belom? kalau belum tgu aien la eh! hehe

Julie Jamal said...

Dia tak jemput aku pun eh dia kawen. Tak igt kawan sungguh. Kecik hati aku. Btw ili, sampaikan selamat pengantin baru dekat dia. Even tak dijemput makan nasi minyak... aku doakan dia bahagia ke akhir hayat. Sampaikan yea.

tomatokering :) said...

ewahhhhhhhhhhhhhhhhh ni gateii dah ni. kawen cepat ! jangan lupe ajak.. hihih :P