Friday, January 27, 2012

Undangan Dari Bakal Pengantin!

Salam kalian... :)

Lebih seminggu yang lepas, daku mendapat satu undangan untuk ke majlis perkahwinan dari seorang rakan sekolah rendah, Shila namanya! woah, tak sangka, dalam diam beliau sudah disunting sebelum bertunang awal tahun lepas dan minggu ini bakal bergelar isteri kepada seorang Adam! ;)

Kalau tengok kad undangan, mesti kau boleh agak kan tema kenduri kawen nanti kaler apa? Yup! temanya GOLD! :)

Pastinya sebagai seorang rakan yang rapat dengan Shila, daku tidak mahu melepaskan peluang menghadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu ini! Harus juga daku tumpang gembira untuk teman baik sendiri! yelah, siapa sangka, dalam ramai-ramai kawan sekolah daku, Shila antara yang terawal mendirikan rumah tangga! mungkin sudah sampai masanya kata orang! iya kan?  hihi..

Daku sudah membayangkan pada majlis itu nanti, pastinya ramai rakan-rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua muka akan menghadirinya! haruslah majlis itu nanti akan menjadi sebuah majlis yang bermakna! tapi, apa yang lebih bermakna, Shila sudah meminta daku menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya nanti! owh! Tersentuh gilak daku bila mendapat mesej dari Shila berbunyik..

Shila: Elie, nak mintak kau jadik pengapit aku Sabtu nanti, boleh?

Elie: Hah? err..aku tak sure lagik! cuti aku tak lulus lagik nih! 

Shila: Ala.. siapa lagik aku nak cari nih? :(

Bertitik tolak dari itu, daku telah memohon untuk bercuti dari bekerja pada Sabtu ini, tetapi malangnya, tidak diluluskan pada mulanya! namun mungkin sudah menjadi rezeki masing-masing, bila tengah hari semalam, last minute cuti daku dianjakkan pada Sabtu ini! woah, gembiranya bukan kepala! masakan tidak, puas sudah daku menunggu jawapan untuk cuti diluluskan! hihi

 kata Shila, "Peta ni aku reka sendiri! Nanti kalau kau tak jumpa jalan pergi rumah aku, kau pandai-pandailah eh?" HAHA! 

Dalam ketidaksabaran melihat rakan baik sendiri disunting menjadi isteri kepada seorang lelaki, daku juga sekarang mungkin sedang giat mencari baju berwarna EMAS untuk majlis itu nanti! haih lah Shila, kenapalah kau guna tema warna yang 'senang' sangat nak cari nih! hampir meroyan daku nak cari baju warna emas! Tetapi, dengan kekangan masa dalam bekerja, harus juga daku usahakan, semata-mata untuk perkahwinan seorang rakan! woah! semua orang cakaplah "Baiknyee Elie nih!" blueks! muntah hijau sebaldi! :D

Apa-apa pun, mengharapkan agar majlis pada Sabtu ini akan berjalan lancar sudah semestinya dan kau tunggu sajalah baju apa yang bakal daku sarungkan pada badan ni nanti! kalau kau nampak ada budak kenit naik tren or duduk kat tepi jalan macam orang sesat jalan tu, KONFEM itu budak comot nama Elie Lily nih!  Yelah, tak jumpa jalan pergi rumah Shila kan? ghasak kau, jadilah pengapit kat kenduri orang lain nanti!

Teehee! :D

Semoga doa yang dipohon akan dimakbulkan Beliau Yang Kuasa! Amin! :)

Next entry, mungkin cerita tentang majlis Sabtu nanti! InsyaAllah! :')

p/s: Kebaya warna GOLD sudah ada, tapi kain pulak lesap entah ke mana! Anyone nak kasi pinjam? hihi

30 comments:

syAzAnA said...

lepas ni nk tngu wedding invitation from u plah. heheheh

Mila Ahmad said...

ahad ni mila jadi pengapit tapi xberapa sihatlah.

tieha ismail said...

kalo da jadi pengapit tu maknanya x lame x lagilah tu...hek3

syafiqakarim said...

org kata kalau jd pengapit,
nanti turn org tu lak.haha

moga dia kekal.elie jgn bz.konfem juga! :p

Doktor Love said...

Hehe. sok paksu atin kawen jugak. now sedang buzy wat persiapan lauk pauk kenduri. (nampak sangt tgah curi tulang sebab sempat lgi bw blog org. huhu)

KAMIHIDUP said...

fuh, emasnya kad dia. :)

✿ cik atie said...

untungla dpt jdi pngapit
ambk berkat ek
heheheh !

Iena Ruaina said...

untung ada kawan mcm elie :) sure cantik pakai kebaya kaler gold! <3

Botak said...

jangan lupa pakai gelang dengan rantai emas nanti., hehehehe..

Namee Roslan said...

elie bilalagi ? hehe. sorang2 kawan kahwin, kita ni entah bila pula. hehe

say to easy=) said...

pasnie ellie lak kawin :)

Pondok Usang said...

telah sampai jodohnya... Salam MaulidurRasul... =)

NARDtheNERD said...

nak tgk pic u jadi pengapittt..
:)

.izzati liyana. said...

kad kahwin tu cantik! seronoknya kawan dah kahwin. :)

NoFrameX nFx said...

ingtkan elie nk kawin

Elie Lily said...

syazana...
tunggu ada pinang saya dulu la awak!
ehhehe

Elie Lily said...

mila..
nnt post gmbar tau! :D

Elie Lily said...

tieha..
aminnn! ;D

Elie Lily said...

syafiqakarim..
hahha..eli kawen pas iqa kawen la, boleh? :p

Elie Lily said...

atein..
kawen ke, kenduri apa sekalipun, blog stil blog! weeha! :D

Elie Lily said...

kami..
kan? tak beragak pilih warna! hihi

Elie Lily said...

cik atie..
amek berkat je..kalau jodoh sampai awal, saya kawen! hahha

Elie Lily said...

iena..
baju pinjam saja untuk kenduri! :p

Elie Lily said...

botak..
tolong belikan! hihi

Elie Lily said...

namee,
tunggu namee kawen dulu la ea? :D

Elie Lily said...

say to easy..
elie lambat lagi,tapi kalau jodoh, boleh aja! hihi

Elie Lily said...

pondok usang..
semoga kekal..amin.. :)

Elie Lily said...

nard..
dah post da nard! :D

Elie Lily said...

izati liyana..
nnt turn u pulak tau! :D

Elie Lily said...

NFX..
elie lambat lagik..takde org pinang pun? hihi