Monday, January 2, 2012

Bukak Buku Baru!

Salam tahun baru kalian... :)

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru! 2012! owh, cepat bebenor masa berlalu! kalau dipikirkan semula, azam-azam tahun lepas pun tak habis dilangsaikan lagik! wuuu..tengok-tengok dah nak kena berazam untuk tahun baru pulak! haih!

kalau diingatkan balik, tahun 2011 mungkin adalah pewarna bagi perjalanan cerita daku.. yang pahit dan yang manis, banyak sungguh sudah ter rekod dalam kamus hidup daku dalam tahun lepas! yang pahit pastinya merupakan perpisahan! tahun lepas, daku bukan sahaja perlu menghadapi sebuah perpisahan, iaitu perpisahan dengan mantan kekasih..tetapi perpisahan bersama rakan-rakan seangkatan sewaktu diploma dahulu, sememangnya sesuatu yang pahit untuk dikenang! :(

antara yang paling dirindui! roomate cemerlang sejak semester satu! Liyana Aziz! 

tapi kisah-kisah yang meruntun jiwa atau sebagainya, tak perlulah diperkatakan lagi kan? walaupun daku menjadi seorang yang KOMA SEBENTAR selepas dugaan-dugaan yang mendatang, tapi kata orang, tahun baru, kita bukaklah buku baru! barulah hidup bahagia dan sejahtera!

betul tak? ;)

dan kalau ada yang pahit, pasti juga ada yang manis! kalau kau menjadi pembaca belog busuk daku sejak dulu, pasti kau akan ingat bagaimana daku menjadi seorang Dora kan? yang konon-konon mahu kelihatan muda dan remaja! teehee! :D

 dulu pernah digelar Rambut Helmet! muehehe!

Kewujudan Nokks isu ke 2 bersama rakan-rakan sekelas juga pastinya menjadi keseronokan dalam tahun lepas, kerana sambutan yang menggalakkan dari pembaca di luar sana, sehinggakan Sasterawan Negara seperti Dato' A. Samad Said juga membacanya! :)

Jangan Jeless tauuu! :D

dan pastilah dengan Nokss juga, kalian dapat membaca penulisan manis daku di dalamnya, seperti entry Gula-Gula Kapas! eh! malu laaa! :p

i love you Cotton Candy! <3

dan rasanya daku juga sudah terpikir untuk berdaftar sebagai seorang peserta Masterchef pada masa akan datang, setelah menyelesaikan misi memasak bila ditugaskan untuk menjadi seorang chef secara tiba-tiba bagi jamuan makan di tempat kerja abah, tahun lalu! disebabkan itulah yang terjadinya Spageti Hot Dog tuuu! hihi.

Sebelum penutup tahun 2011, keputusan akhir tahun sebelum tamatnya diploma, sememangnya membanggakan diri sendiri, setelah pelbagai dugaan perlu ditempuhi sewaktu bergelar pelajar penulisan seni layar dahulu! dan kini, sesuatu yang pasti mendebarkan, keputusan peperiksaan MUET, masih menjadi tanda tanya! harap semuanya menggembirakan! I'Allah! :)

dan kembara ke Kota Singa untuk kali kedua bersama Joyah Kenit pastilah menjadi titik noktah yang cukup indah sebelum masuknya tahun baru, kerana bergembira bersama mereka yang tersayang sememangnya kehebatan nombor satu di dalam diri! :)

Singapura! tahun ini kalau ada rezeki lebih, nak pergi lagik! ada sesiapa nak join? jomm! :D

dan sebelum terlupa, beberapa hari sebelum tamatnya tempoh 2011, daku sudah mula bekerja, sebagai seorang Customer Servise Assistant di Jusco! hoyeah! kalau kau nampak daku kat sana, jangan lupa tegor-tegor ya? hihi.dan sebab itu jugaklah kalau tengok semula entry daku sebelum ini, hampir seminggu tak berupdate! dan hampir seminggu juga daku tidak bermesra bersama alam maya! semuanya kerana mahu penuhkan duit poket yang semakin hari semakin kering! heee!

Saja daku sensorkan bahagian pipi! tanak kantoikan pipi sudah semakin boolat seperti di pam-pam macam belon! uwarghh! :D

jadi rasanya tahun lepas memang punya banyak cerita daku dan orang sekeliling! apa-apa pun, Terima Kasih 2011 untuk apa yang terjadi dan Selamat Datang 2012! semoga tahun baru ini, menjadi tahun yang lebih indah dan menarik untuk kalian, daku dan kami! eh? kami?? siapa tuuu! eheh! rahsiaaa!

Happy New Year Everyone! ;))

p/s: Sebenarnya, ada sesuatu yang sudah lama ingin dikongsikan bersama semua! tapi..nanti-nantilah ya? hihi!

42 comments:

Zakaria's daughter said...

hehe. masterchef yaw :D
btw , happy new yr sis :)

mysara ramlan said...

akhirnyaa!! ada jugak entry baru!! windu!!

Leo "Ricky" Huzair said...

masterchef? hurm.....

[[ikanficha is nuraficha]] said...

Happy New Year ^-^ salu kite lepak sini

Julie Jamal said...

Ili, kau kerja jusco mana ni?

syafiqakarim said...

cepat je masa berlalu kan.
selamat tahun baru babe

Alkisah said...

happy new year sis

cik chinta said...

epy nu yr yang. ye la. 2011 kurang perkara menggembirakan =D me too. harap tahun ni ada kasik gembira sikit pon jadi la

LurfyLiyana said...

you makes me wanna cry! hukhukhuk

.::TAIKO ::. said...

rambut dora tu comel...heheh

eyida said...

selamat tahun baru :)

✿ cik atie said...

happy new year !

Namee Roslan said...

hehe. sangat comel tambut helmet ellie tu :D hehe. selamat tahun baru elie. marilah kita buka buku baru ! :D n lupa semua yg negative past years :D

Pondok Usang said...

ye laa.. lama dia tak update..

Fara E's said...

selamat tahun baru ! ;D

YNA HERMOSA said...

happy new year dear :)

enyheartsdiamond said...

baru eny tau nama sebenar elie :)

happy new year babe! have a blast year ahead :) xoxo

aiNa yaZiD said...

comel la rambut dora~! hehehe.. happy new year dear.. nak wish juga walaupun da lambat. =)

Amanina said...

happy new year elie..
cantik je dgn rambut baru tu..hehe

Yatie Musa said...

tutup kisah lama. buka buku baru. yeay! sila lah update cecepat adek manesssss

Elie Lily said...

zakaria's daughter..
ofcos! hepi ny jugak sista! :D

Elie Lily said...

mysara..
rindu kau lebeh! haha

Elie Lily said...

abg leo..
biasaklah! haha

Elie Lily said...

nuraficha..
yeke? im glad sayang! :D

Elie Lily said...

ju..
Jusco Maluri ju! jom lepak! :D

Elie Lily said...

iqa..
same goes to u honey! :D

Elie Lily said...

alkisah..
sama jugak abang! :D

Elie Lily said...

cik cinta..
dont wori..bukak buku baru ya syg? :D

Elie Lily said...

yana..
jangan nanges! saya semput nnt! hahah

Elie Lily said...

taiko..
rambut lama tu! hihi

Elie Lily said...

eyida..
hepi new year sista! :D

Elie Lily said...

cik atie..
camat tahun baru ya? :D

Elie Lily said...

namee..
jom kita sama2 buang buku lama! hihi

Elie Lily said...

pondok usang..
rindu kaa?
haha

Elie Lily said...

fara e..
hepi new year sista! :D

Elie Lily said...

yna..
sama kamu jugak tau! :)

Elie Lily said...

eny..
nama betuah tu! :D

Elie Lily said...

kak aina..
takpe, stiil tahun baru kan?
sme goes to u akak! :)

Elie Lily said...

nina..
rambut lama tu!hahha

Elie Lily said...

kak yatie..
dah update! :)

.izzati liyana. said...

rumah puncak! rindu. hehe.

smoge berjaya dgn kerjaya baru and selamat tahun baru. maaflah lmbt sebulan wish sbb dah 4 bln tak on blog. baru nak jenguk balik. hee.

Elie Lily said...

izati liyana..
hahha..kita sama la sayang..
da jarang on blog.. happy selalu ya? :)