Thursday, January 19, 2012

Alasan Berdiam Diri...

Salam kalian.. :)

Semenjak menjadi seorang Customer Care Assistant di bahagian Customer Servis di Jusco, alam maya seolah-olah sudah menjadi seperti musuh ketat sendiri, di mana bila pulang saja dari tempat kerja, skype, ym, belog dan twitter sudah tidak akan dilayan sepenuhnya..malah, segala nota harian juga tidak akan dicatat di dalam blog sendiri, tidak seperti sebelum ini! 

Sadis bukan? :(

ini semua berikutan kepenatan yang teramat akibat keseronokan mencari wang poket di tempat kerja! bayangkan saja, setiap pagi akan dikejutkan oleh bonda tersayang seawal 6 pagi dan pada jam 9 pagi sudah mula bertugas! Pulang dari tempat kerja adalah paling lewat pada jam 12 malam! Bila pulang sudah lewat malam, tido haruslah perkara utama yang dilakukan bila sampai ke rumah! hah! nampak tak kental sungguh kerjanya, kan? 

Tapi jika ditanya mengapa daku berdiam diri dari alam maya, alasannya bukan sahaja kerana kepenatan dengan kerja..tetapi daku punya alasan tersendiri! 

Sejak bekerja, cuti daku tidak menentu! Bila cuti tidak menentu, kekerapan untuk bersama keluarga juga adalah sedikit sahaja peratusannya! jadi bila bercuti, haruslah bermesra bersama mereka yang tersayang menjadi pilihan untuk menghilangkan rasa penat! kata orang, mencari penawar! ;)

 Berseronok bersama Ila sambil membuli si kenit ketika berada di luar rumah, mungkin antara keseronokan yang azali! Owh, Ya! kami kejam! Jangan lupa! :D

Kadang-kadang, bila sudah terbiasa dengan tidak meng-onlinekan diri dengan laptop, bila dah banyak gambar dalam kamera waktu berjimba dengan sesiapa pun, tak rasa mahu bukak laptop dan menulis di belog! semua gara-gara seperti lupa sebentar ada teman sehebat blogspot! Yang ingat, bila sudah keluar, balik rumah hanya mahu merehatkan diri saja! cis,memang bedebah kau Elie! hihi..

Awal-awal lagik si kenit nih dah bisik kat telinga daku, "Nanti kalau jumpa Alvin dengan kawan dia, kita amek gambar sama-sama tau!" hah! sekarang kau cakaplah kat daku, yang daku lagik comel dari dia! Tak betul ke? erk?

Kalau di tempat kerja, seboleh-boleh tak kan ingat masa gembira di luar sana, sebab setiap hari hanya perlu melayan customer sahaja. Bila sudah dapat cuti, sebab tulah lupa segala-galanya! belog dan teman-teman di alam maya seperti mimpi buat sementara! yang ingat hanyalah masa untuk melupakan segala penat lelah bekerja! Maap ya kawan-kawan semua? :D

Aha! dah kantoi kau pergi Pabilion sebab nak amek gambar dengan patung Bear besar tu! owh! kantoi jugak kau beli baju dekat Cotton On kan Elie! dan Harap Maklum! gaji saya belum masuk lagik! sekian! :)

Selain sebab banyak masa diperuntukkan untuk bersuka ria bersama sepupu sendiri, banyak juga masa terluang digunakan untuk menikmati makanan sedap, berikutan sudah tidak tahu hendak makan apa bila setiap hari makan lauk yang sama di kantin tempat kerja! sememangnya makan di kantin sangat-sangat dan sangat boleh berjimat, tapi bila sudah Ter-nampak makanan yang sedap, adakah kau rasa daku akan buat-buat tak nampak? owh, memang tidak sekali-kali! hihi

kenyang makan Chiken Chop sepinggan, balik rumah, tak nak duduk depan laptop dan online dah! terus lupa semua! yang tahu bila masuk tidur, hanya mahu mimpi sedang mengunyah kerangupan ciken cop yang dah licin ditelan! :)

selebihnya, daku berdiam diri adalah untuk memberi sedikit waktu untuk diri sendiri! yelah, kau ingat kerja daku tak stress ke? hari-hari kena marah, jumpa customer, lama-lama daku pun boleh jadi biol! silap haribulan, rambut pun gugur sebab stress tahap gaban! nasib baiklah kerja sementara je! hihik!

muka penat bekerja dah seperti apa dah! dengan rambut sakai, mata dah macam panda, tapi jangan risau! yang comot ini masih lagi gadis bernama Elie tak hot tapi sweet! :D

Berikutan dengan sebab di atas, harapnya rahsia mengapa daku berdiam diri selama ini! owh! tengok saja post yang lepas, tentang tahun baru kan? sekarang ni pun dah nak masuk pertengahan bulan satu! gila LAMEE kau Elie! itulah kata orang, penangan bila sudah bekerja! Sobs! *nanges*

Okay, dia mengaku! dia ni, bila dah kerja, memang terus lupa macam mana nak bukak laptop sendiri! Nasib baik jalan nak pulang rumah sendiri dia masih ingat! haih!

Hey semua! Daku seorang workaholic! sebab tu bila sudah bekerja, daku tak pandai duduk diam! mungkin itu juga sebenarnya sebab utama kenapa daku senyap! mueheehe...tapi jangan risau ya? daku masih hidup untuk mengupdate segala cerita tentang diri sendiri dan kekasih-kekasih di sekeliling! eh? dah ada kekasih? Aha! nanti daku cerita ya? :) 

Btw, i really do miss blogwalking! :( nanti ada masa, baru daku update lagi ya? Take care everyone! Assalamualaikum!

p/s: Sejak bekerja, daku perasan yang daku dah tua! sebab kat situ ramai yang lepasan SPM, jadi mereka panggil daku Kakak! teehee! :D

42 comments:

Leo "Ricky" Huzair said...

kalau makan chicken chop sepinggan tuh tak kenyang tuh namenya sakit...

Btw, first yaawW!!

tieha ismail said...

elie, nape depan pavi ada besar tuh eh...ce cite cket....

Alkisah said...

lamanya kamu bekerja.. lebih dari 12 jam ka?.. bawa bawa pergi bercuti..

sheena said...

hey nice one post.....this helped me alot to come out problem.!!
thanks alot.
Mercedes Benz 230 AC Compressor

embun d tengah malam said...

ok..mlm ini ingat nk makan chicken chop

qieda said...

elie darl,whats ur twitter?nak follow,can i?

syafiqakarim said...

haha iqa bakal sebok!
ellie maintain cuteeeee

Mila Ahmad said...

elie kakak rindu kamu,
udah kerja ye,
selamat bekerja ^_______^

dayah aziz said...

halo elie...;p nice pic.

Namee Roslan said...

alalal, sian nya elie . kerja smpai jauh malam. tp takpe, kepuasan dpt cari poket money sendiri :) heee. kurangkan beban mak ayah juga kan :)

The Iki.Ali said...

eee, Leo. gelilah jadi first. :P

Cik tikah said...

syg, saya nmpak awak kat JJ tpi x tegur sebab awak tekun buat kerja. hehe... masih comel!

aiNa yaZiD said...

miss u dear~!!! (^^,) alololo..keje sampai lewat malam ye. takpe, cari duit poket kan. susah dahulu senang kemudian. =)

Leo "Ricky" Huzair said...

Oh Iki, kat sini kau berani ek?

YNA HERMOSA said...

akak pun dah x berapa aktif dear, semangat semakin menghilang :)

btw, kamu nampak sweet & miss u :)

♥AienNajwa♥ said...

hye kamOo !~ lame xnmpak kan...=)

a loqman said...

singgah

misyamissyou said...

hehek..biase la tu alam bekerje :D

Yatie Musa said...

dasyatnya waktu kerjaaaa.

cayok2 gegurl. ade mase update la k, jgn paksa diri plakss.

✿ cik atie said...

9 until 12???
omg.. mmg xde social life

.izzati liyana. said...

hehe. kerja mmg memenatkan. kalau i pon mmg xkn kisah dah blog ni. kalau ada mase rehat pon mesti nak spend dgn fmly kan.

Elie Lily said...

abg leo..
saya kuat makan kan? :D

Tahniah! nombor satu lagik! :p

Elie Lily said...

tieha ismail..
ada bear2 besar! dah lama rasanya..try pergi! :)

Elie Lily said...

alkisah..
cari duit punya pasal! :)

Elie Lily said...

embun di tengah malam

belanja la saya juga! :D

Elie Lily said...

qieda..
search Elie @ twitter! :)

Elie Lily said...

syafiqakarim,,
selamat ber sibuk! hehe

Elie Lily said...

mila..
dulu bekerja, kini berhenti sudah! i miss you too sista! :)

Elie Lily said...

dayah aziz..
hallo kakak! :)

Elie Lily said...

namee..
betul tu kakak! takkan nk mintak duit mak ayah je salu kan? :p

Elie Lily said...

iki,.
geli kan? :p

Elie Lily said...

cik tikah..
alllaaaa! awat tak tegor?? :(

Elie Lily said...

kak aina..
missyou more akak! :)

Elie Lily said...

abg leo..
jgnla nak gado sebab saya! :)

Elie Lily said...

yna hermosa..
elie keje penat, balik mmg takde time nak sosial! :(

imissyou moree sista! :)

Elie Lily said...

aien najwa..
mmg lama..tp saya bakal kembali! janji! hehe

Elie Lily said...

a loqman..
nnt saya terjah kamu semula! :)

Elie Lily said...

misyamisyou...
tulah..tp takpe..saya dah berhenti! hhihi

Elie Lily said...

kak yatie..
tak paksa diri..tapi nk paksa baca semua cite hot dari blogger ni mmg satu hal lah! hahha

Elie Lily said...

cik atie..
betul! sadis kan? hahha

Elie Lily said...

izati liyana..
nama pun kerja..mana ada kerja yg tak penant kan? :p

Elie Lily said...

sheena..
owh?? thx yaw!