Friday, January 27, 2012

Undangan Dari Bakal Pengantin!

Salam kalian... :)

Lebih seminggu yang lepas, daku mendapat satu undangan untuk ke majlis perkahwinan dari seorang rakan sekolah rendah, Shila namanya! woah, tak sangka, dalam diam beliau sudah disunting sebelum bertunang awal tahun lepas dan minggu ini bakal bergelar isteri kepada seorang Adam! ;)

Kalau tengok kad undangan, mesti kau boleh agak kan tema kenduri kawen nanti kaler apa? Yup! temanya GOLD! :)

Pastinya sebagai seorang rakan yang rapat dengan Shila, daku tidak mahu melepaskan peluang menghadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu ini! Harus juga daku tumpang gembira untuk teman baik sendiri! yelah, siapa sangka, dalam ramai-ramai kawan sekolah daku, Shila antara yang terawal mendirikan rumah tangga! mungkin sudah sampai masanya kata orang! iya kan?  hihi..

Daku sudah membayangkan pada majlis itu nanti, pastinya ramai rakan-rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua muka akan menghadirinya! haruslah majlis itu nanti akan menjadi sebuah majlis yang bermakna! tapi, apa yang lebih bermakna, Shila sudah meminta daku menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya nanti! owh! Tersentuh gilak daku bila mendapat mesej dari Shila berbunyik..

Shila: Elie, nak mintak kau jadik pengapit aku Sabtu nanti, boleh?

Elie: Hah? err..aku tak sure lagik! cuti aku tak lulus lagik nih! 

Shila: Ala.. siapa lagik aku nak cari nih? :(

Bertitik tolak dari itu, daku telah memohon untuk bercuti dari bekerja pada Sabtu ini, tetapi malangnya, tidak diluluskan pada mulanya! namun mungkin sudah menjadi rezeki masing-masing, bila tengah hari semalam, last minute cuti daku dianjakkan pada Sabtu ini! woah, gembiranya bukan kepala! masakan tidak, puas sudah daku menunggu jawapan untuk cuti diluluskan! hihi

 kata Shila, "Peta ni aku reka sendiri! Nanti kalau kau tak jumpa jalan pergi rumah aku, kau pandai-pandailah eh?" HAHA! 

Dalam ketidaksabaran melihat rakan baik sendiri disunting menjadi isteri kepada seorang lelaki, daku juga sekarang mungkin sedang giat mencari baju berwarna EMAS untuk majlis itu nanti! haih lah Shila, kenapalah kau guna tema warna yang 'senang' sangat nak cari nih! hampir meroyan daku nak cari baju warna emas! Tetapi, dengan kekangan masa dalam bekerja, harus juga daku usahakan, semata-mata untuk perkahwinan seorang rakan! woah! semua orang cakaplah "Baiknyee Elie nih!" blueks! muntah hijau sebaldi! :D

Apa-apa pun, mengharapkan agar majlis pada Sabtu ini akan berjalan lancar sudah semestinya dan kau tunggu sajalah baju apa yang bakal daku sarungkan pada badan ni nanti! kalau kau nampak ada budak kenit naik tren or duduk kat tepi jalan macam orang sesat jalan tu, KONFEM itu budak comot nama Elie Lily nih!  Yelah, tak jumpa jalan pergi rumah Shila kan? ghasak kau, jadilah pengapit kat kenduri orang lain nanti!

Teehee! :D

Semoga doa yang dipohon akan dimakbulkan Beliau Yang Kuasa! Amin! :)

Next entry, mungkin cerita tentang majlis Sabtu nanti! InsyaAllah! :')

p/s: Kebaya warna GOLD sudah ada, tapi kain pulak lesap entah ke mana! Anyone nak kasi pinjam? hihi

Thursday, January 19, 2012

Alasan Berdiam Diri...

Salam kalian.. :)

Semenjak menjadi seorang Customer Care Assistant di bahagian Customer Servis di Jusco, alam maya seolah-olah sudah menjadi seperti musuh ketat sendiri, di mana bila pulang saja dari tempat kerja, skype, ym, belog dan twitter sudah tidak akan dilayan sepenuhnya..malah, segala nota harian juga tidak akan dicatat di dalam blog sendiri, tidak seperti sebelum ini! 

Sadis bukan? :(

ini semua berikutan kepenatan yang teramat akibat keseronokan mencari wang poket di tempat kerja! bayangkan saja, setiap pagi akan dikejutkan oleh bonda tersayang seawal 6 pagi dan pada jam 9 pagi sudah mula bertugas! Pulang dari tempat kerja adalah paling lewat pada jam 12 malam! Bila pulang sudah lewat malam, tido haruslah perkara utama yang dilakukan bila sampai ke rumah! hah! nampak tak kental sungguh kerjanya, kan? 

Tapi jika ditanya mengapa daku berdiam diri dari alam maya, alasannya bukan sahaja kerana kepenatan dengan kerja..tetapi daku punya alasan tersendiri! 

Sejak bekerja, cuti daku tidak menentu! Bila cuti tidak menentu, kekerapan untuk bersama keluarga juga adalah sedikit sahaja peratusannya! jadi bila bercuti, haruslah bermesra bersama mereka yang tersayang menjadi pilihan untuk menghilangkan rasa penat! kata orang, mencari penawar! ;)

 Berseronok bersama Ila sambil membuli si kenit ketika berada di luar rumah, mungkin antara keseronokan yang azali! Owh, Ya! kami kejam! Jangan lupa! :D

Kadang-kadang, bila sudah terbiasa dengan tidak meng-onlinekan diri dengan laptop, bila dah banyak gambar dalam kamera waktu berjimba dengan sesiapa pun, tak rasa mahu bukak laptop dan menulis di belog! semua gara-gara seperti lupa sebentar ada teman sehebat blogspot! Yang ingat, bila sudah keluar, balik rumah hanya mahu merehatkan diri saja! cis,memang bedebah kau Elie! hihi..

Awal-awal lagik si kenit nih dah bisik kat telinga daku, "Nanti kalau jumpa Alvin dengan kawan dia, kita amek gambar sama-sama tau!" hah! sekarang kau cakaplah kat daku, yang daku lagik comel dari dia! Tak betul ke? erk?

Kalau di tempat kerja, seboleh-boleh tak kan ingat masa gembira di luar sana, sebab setiap hari hanya perlu melayan customer sahaja. Bila sudah dapat cuti, sebab tulah lupa segala-galanya! belog dan teman-teman di alam maya seperti mimpi buat sementara! yang ingat hanyalah masa untuk melupakan segala penat lelah bekerja! Maap ya kawan-kawan semua? :D

Aha! dah kantoi kau pergi Pabilion sebab nak amek gambar dengan patung Bear besar tu! owh! kantoi jugak kau beli baju dekat Cotton On kan Elie! dan Harap Maklum! gaji saya belum masuk lagik! sekian! :)

Selain sebab banyak masa diperuntukkan untuk bersuka ria bersama sepupu sendiri, banyak juga masa terluang digunakan untuk menikmati makanan sedap, berikutan sudah tidak tahu hendak makan apa bila setiap hari makan lauk yang sama di kantin tempat kerja! sememangnya makan di kantin sangat-sangat dan sangat boleh berjimat, tapi bila sudah Ter-nampak makanan yang sedap, adakah kau rasa daku akan buat-buat tak nampak? owh, memang tidak sekali-kali! hihi

kenyang makan Chiken Chop sepinggan, balik rumah, tak nak duduk depan laptop dan online dah! terus lupa semua! yang tahu bila masuk tidur, hanya mahu mimpi sedang mengunyah kerangupan ciken cop yang dah licin ditelan! :)

selebihnya, daku berdiam diri adalah untuk memberi sedikit waktu untuk diri sendiri! yelah, kau ingat kerja daku tak stress ke? hari-hari kena marah, jumpa customer, lama-lama daku pun boleh jadi biol! silap haribulan, rambut pun gugur sebab stress tahap gaban! nasib baiklah kerja sementara je! hihik!

muka penat bekerja dah seperti apa dah! dengan rambut sakai, mata dah macam panda, tapi jangan risau! yang comot ini masih lagi gadis bernama Elie tak hot tapi sweet! :D

Berikutan dengan sebab di atas, harapnya rahsia mengapa daku berdiam diri selama ini! owh! tengok saja post yang lepas, tentang tahun baru kan? sekarang ni pun dah nak masuk pertengahan bulan satu! gila LAMEE kau Elie! itulah kata orang, penangan bila sudah bekerja! Sobs! *nanges*

Okay, dia mengaku! dia ni, bila dah kerja, memang terus lupa macam mana nak bukak laptop sendiri! Nasib baik jalan nak pulang rumah sendiri dia masih ingat! haih!

Hey semua! Daku seorang workaholic! sebab tu bila sudah bekerja, daku tak pandai duduk diam! mungkin itu juga sebenarnya sebab utama kenapa daku senyap! mueheehe...tapi jangan risau ya? daku masih hidup untuk mengupdate segala cerita tentang diri sendiri dan kekasih-kekasih di sekeliling! eh? dah ada kekasih? Aha! nanti daku cerita ya? :) 

Btw, i really do miss blogwalking! :( nanti ada masa, baru daku update lagi ya? Take care everyone! Assalamualaikum!

p/s: Sejak bekerja, daku perasan yang daku dah tua! sebab kat situ ramai yang lepasan SPM, jadi mereka panggil daku Kakak! teehee! :D

Monday, January 2, 2012

Bukak Buku Baru!

Salam tahun baru kalian... :)

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru! 2012! owh, cepat bebenor masa berlalu! kalau dipikirkan semula, azam-azam tahun lepas pun tak habis dilangsaikan lagik! wuuu..tengok-tengok dah nak kena berazam untuk tahun baru pulak! haih!

kalau diingatkan balik, tahun 2011 mungkin adalah pewarna bagi perjalanan cerita daku.. yang pahit dan yang manis, banyak sungguh sudah ter rekod dalam kamus hidup daku dalam tahun lepas! yang pahit pastinya merupakan perpisahan! tahun lepas, daku bukan sahaja perlu menghadapi sebuah perpisahan, iaitu perpisahan dengan mantan kekasih..tetapi perpisahan bersama rakan-rakan seangkatan sewaktu diploma dahulu, sememangnya sesuatu yang pahit untuk dikenang! :(

antara yang paling dirindui! roomate cemerlang sejak semester satu! Liyana Aziz! 

tapi kisah-kisah yang meruntun jiwa atau sebagainya, tak perlulah diperkatakan lagi kan? walaupun daku menjadi seorang yang KOMA SEBENTAR selepas dugaan-dugaan yang mendatang, tapi kata orang, tahun baru, kita bukaklah buku baru! barulah hidup bahagia dan sejahtera!

betul tak? ;)

dan kalau ada yang pahit, pasti juga ada yang manis! kalau kau menjadi pembaca belog busuk daku sejak dulu, pasti kau akan ingat bagaimana daku menjadi seorang Dora kan? yang konon-konon mahu kelihatan muda dan remaja! teehee! :D

 dulu pernah digelar Rambut Helmet! muehehe!

Kewujudan Nokks isu ke 2 bersama rakan-rakan sekelas juga pastinya menjadi keseronokan dalam tahun lepas, kerana sambutan yang menggalakkan dari pembaca di luar sana, sehinggakan Sasterawan Negara seperti Dato' A. Samad Said juga membacanya! :)

Jangan Jeless tauuu! :D

dan pastilah dengan Nokss juga, kalian dapat membaca penulisan manis daku di dalamnya, seperti entry Gula-Gula Kapas! eh! malu laaa! :p

i love you Cotton Candy! <3

dan rasanya daku juga sudah terpikir untuk berdaftar sebagai seorang peserta Masterchef pada masa akan datang, setelah menyelesaikan misi memasak bila ditugaskan untuk menjadi seorang chef secara tiba-tiba bagi jamuan makan di tempat kerja abah, tahun lalu! disebabkan itulah yang terjadinya Spageti Hot Dog tuuu! hihi.

Sebelum penutup tahun 2011, keputusan akhir tahun sebelum tamatnya diploma, sememangnya membanggakan diri sendiri, setelah pelbagai dugaan perlu ditempuhi sewaktu bergelar pelajar penulisan seni layar dahulu! dan kini, sesuatu yang pasti mendebarkan, keputusan peperiksaan MUET, masih menjadi tanda tanya! harap semuanya menggembirakan! I'Allah! :)

dan kembara ke Kota Singa untuk kali kedua bersama Joyah Kenit pastilah menjadi titik noktah yang cukup indah sebelum masuknya tahun baru, kerana bergembira bersama mereka yang tersayang sememangnya kehebatan nombor satu di dalam diri! :)

Singapura! tahun ini kalau ada rezeki lebih, nak pergi lagik! ada sesiapa nak join? jomm! :D

dan sebelum terlupa, beberapa hari sebelum tamatnya tempoh 2011, daku sudah mula bekerja, sebagai seorang Customer Servise Assistant di Jusco! hoyeah! kalau kau nampak daku kat sana, jangan lupa tegor-tegor ya? hihi.dan sebab itu jugaklah kalau tengok semula entry daku sebelum ini, hampir seminggu tak berupdate! dan hampir seminggu juga daku tidak bermesra bersama alam maya! semuanya kerana mahu penuhkan duit poket yang semakin hari semakin kering! heee!

Saja daku sensorkan bahagian pipi! tanak kantoikan pipi sudah semakin boolat seperti di pam-pam macam belon! uwarghh! :D

jadi rasanya tahun lepas memang punya banyak cerita daku dan orang sekeliling! apa-apa pun, Terima Kasih 2011 untuk apa yang terjadi dan Selamat Datang 2012! semoga tahun baru ini, menjadi tahun yang lebih indah dan menarik untuk kalian, daku dan kami! eh? kami?? siapa tuuu! eheh! rahsiaaa!

Happy New Year Everyone! ;))

p/s: Sebenarnya, ada sesuatu yang sudah lama ingin dikongsikan bersama semua! tapi..nanti-nantilah ya? hihi!