Sunday, December 18, 2011

Ujian Itu Bila-Bila Masa!

Salam kalian,.. :)

Ujian dari DIA, datang pada bila-bila masa! Setiap manusia, pastinya akan diduga, cuma hanya kita yang tak tahu bila akan diuji, kerana kuasa Dia Yang Esa, tiada siapa dapat menduganya, kan? apatah lagi mahu melawannya!

Daku juga pernah melalui saat-saat sukar dari Beliau Yang Kuasa!

Perpisahan dengan mantan kekasih, kesakitan seorang kawan baik dan beberapa perkara yang lain, cukup untuk membuatkan diri ini sedar betapa kerdilnya menjadi hamba Dia yang di atas! tapi, sehebat mana diduga, masih ada lagi insan yang tidak begitu baik nasibnya!

Seorang kawan, Muhammad Ezham, atau Ejam, baru sahaja diduga dengan kepulangan ibunya ke rahmatullah tempoh hari! :( Siapa sangka, seorang teman yang girang sebelum ini, akan mudah mengalirkan air mata kesedihan! masakan tidak? kerana pemergian arwah ibunya yang tercinta adalah sehari sebelum kami perlu menghadiri temuduga untuk kemasukan degree! owh! sedihnya! :(

Namun satu yang perlu dibanggakan, Ejam masih boleh tersenyum dan ketawa bila disapa! mungkin menyimpan kesedihan sendiri di dalam hati! dan yang paling hebat, beliau cukup kuat untuk menghadiri temuduga kemasukan degree walaupun masih dalam keserabutan dan perlu merentas perjalanan jauh dari Ipoh, Perak ke Shah Alam! 

 Kami tidaklah begitu rapat sehingga tidak boleh berenggang, tapi kami boleh duduk semeja, makan beramai-ramai, ketawa bersama dan memaki hamun berdua! sebab kami kawan! :)

Sebagai rakan, daku tahu, Ejam ini kuat orangnya! dan daku percaya, pasti punya hikmah atas apa yang berlaku kerana Dia menguji umatnya dengan satu sebab kan? Kerana sayang, cinta dan kasih! begitulah yang dilakukan oleh bapanya kepada arwah ibunya dalam entry sedih ini! 

Dan Ejam, sila jangan putus asa ya kawan? Kau masih punya sokongan dari belakang! rakan-rakan akan sentiasa ada untuk menyokong kamu! kalau tidak, Farhan Ramli tidak akan menjadi sebak bila kau telefon dia sambil menangis untuk bagitahu pasal arwah! dan percaya atau tidak, mereka yang lain, juga turut simpati dengan apa yang berlaku! 

 mereka sentiasa di belakang kau! tak percaya? tanya ketua geng, Farhan Ramli! :)

Satu perkara yang lebih pasti, 9belas sentiasa ada bersama kau walaupun kita sekarang sudah seperti seorang ke hulu dan seorang ke hilir! namun, kasih sayang kita sebagai sebuah keluarga, adalah kekuatan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun! Kami sayangkan kau, dan daku tahu kau juga begitu! dan doa daku dan mereka, pasti akan sentiasa bersama kamu! Sila percaya itu wahai kawan! 

9belas! Kami sentiasa mahu bersama, walau jatuh dan bangkit! itu janji kami! 

Dan Ejam, daku tahu kau kuat! dan daku tahu kau boleh lalui semua ini! sebab? Kau Muhamad Ezham bin Mohd. Noh! Sila jangan jatuh dan cepat senyum kembali wahai kawan, sebab kau senyum sumpah kiut, mengalahkan daku! eh? maluuu! hihi! 

kan kiut! ada sesiapa nak ngorat? Sila mintak izin dari 9belas! dulu :p

Beginilah hidup! Siapa kita untuk melawan takdir, ya kan? sekuat-kuat kita, pasti akan ada waktu yang paling lemah dalam diri sendiri! Kita tidak tahu apa akan terjadi sebentar lagi, esok dan hari seterusnya! namun yang perlu kita ketahui, 

Mati Itu Pasti! 

p/s: Al- Fatihah dan Takziah untuk Allahyarhamah! :(

38 comments:

nFx said...

Regards Condolence to your friend.

"Death is Real n Life must be go through in whatever Condition" ~nFx~

nFx
noframex.blogspot.com

syafiqakarim said...

mati itu pasti.
harap dia tabah.
al fatihah

Leo "Ricky" Huzair said...

Al-fatihah

tieha ismail said...

takziah untuk membe elie tu...

cik jiehah シ said...

Al-Fatihah.

btw, friendship doubles your joys and divides your sorrows. =')

Ain Zulaikha said...

itulah, Allah sering menguji hambaNya. Dugaan yg datang buatkan kita teringat dan semakin dekat dengan Allah yg Maha Besar. Takziah..

✿ cik atie said...

takziah to him !

iszieylyanziy said...

Alfatihah..Tuhan lebih menyayangi arwah mak dia,,semoga dia terus tabah

Nur Haslinda said...

takziah utk membe elie. mmg ujian tu dtg bila-bila masa je kan. kita kena sentiasa bersedia dan redha. semoga kwn elie tabah (;

Bella Bellitos said...

al-fatihah. ujian mematangkan kita sebenarnya :)

♥AienNajwa♥ said...

takziah ~ semoge tabah harungi ujian..(>_<)..

noa said...

ejam dah senyum lum??
nak tgk la senyuman ejam yg kiut kalah elie tu ;)
cepat senyummm

konde said...

bila di uji bersabar lah :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Cik tikah said...

sebab itu dlm hidup ini kita kena selalu beringat. x gitu elie? hehe

Teenager Housemaid said...

moga dia tabah..
kehilangan ibu,
the wound never heal..
but life must go on..

Namee Roslan said...

al-fatihah. em , nasib baik ada kawan macam elie ni. bg sokongan untuk dia. em, kita semua doakan mak dia ok :)

Mila Ahmad said...

kesedihan itu membuatkan kita terus bangkit berjuang demi kegembiraan dan kebahagiaan percaya lah.

say to easy=) said...

salam takziah buat keluarga kawan awk tu ye

Elie Lily said...

nfx..
nnt elie sampaikan salam itu ya? tq btw.. :)

Elie Lily said...

iqa..
dia sgt kuat.. :)

Elie Lily said...

abg leo..
alfatihah juga..

Elie Lily said...

tieha..
yup! thanks tieha..

Elie Lily said...

cik jiejah..
:)

Elie Lily said...

ain zulaikha..
itulah kuasa yang Esa kan..

Elie Lily said...

cik atie..
trimas kakak!

Elie Lily said...

isziylyanzi..
takziah juga kan..

Elie Lily said...

haslinda..
dia sangat kuat, tp ujian yg diberi juga sangat hebat! :(

Elie Lily said...

bella belitos..
its true! :)

Elie Lily said...

aien najwa..
dia sangat kuat dgn semuanya! tabik beliau! :)

Elie Lily said...

noa..
ejam senyum sampai telinga da sekarang! :)

Elie Lily said...

konde..
betul! high five sket! :)

Elie Lily said...

tikah..
yup! seppp! :D

Elie Lily said...

teenager housemaid..
life must goes on! its true!

Elie Lily said...

namee..
elie bukan kawan yg baik, but i've tried! :)

Elie Lily said...

mila..
semua yg jadi ada hikmah kan? :)

Elie Lily said...

say to easy..
time kasih :)

FAIZ FAKHIRIN said...

Elieee...

.izzati liyana. said...

ohh. i know him. semoga dia tabah selalu.