Friday, December 9, 2011

Perancangan Masa Depan

Salam kalian... ;)

Jujur kata, selain nak habiskan study cepat-cepat, daku still samar-samar lagik tentang hidup lepas study nanti! apa akan daku buat lepas kerja nanti, apa jadi waktu tengah belajar nanti, entah kahwin ke, sihat ke, tidak ke, semuanya daku tak tahu lagik! hendak merancang, mungkin terlalu awal dan harus jugak takut kalau apa yang dirancangkan itu, tidak menjadi seperti yang dimahukan!

tapi daku kagum dengan kawan-kawan daku, yang mana sekarang sudah mula pikir tentang masa depan sendiri, apa yang boleh menjamin hidup mereka suatu hari nanti..merancang untuk kesenangan hidup, dan mungkin betullah kata orang, baik merancang sekarang, dari nanti terpinga-pinga kan? senang kata, ianya adalah perancangan masa depan! Bagus kan? :)

Okay, lupakan pipi daku yang dah semakin hari semakin sihat tu! fokuskan pada kawan yang seorang ini! Beliau, Maisarah Ramlan, antara kawan daku yang sedang dalam On The Way memikirkan perancangan masa depan! okay, Mai, esok kau dah berjaya, jangan lupa Elie Lily eh? :D

Macam kawan daku,si Maisara ni, beliau memang dari dulu keje dia asyik mencari orang nak kawen or nak tunang je! sebabnya dia mekup artis! kalau kau sedia maklum, daku antara student bidang seni yang mana pelajar-pelajarnya akan turun buat shooting filem sama ada terlibat secara langsung atau tidak. Jadi kalau dalam shooting, selalunya kalau perlukan talent untuk dimekup, orang pertama yang akan dicari haruslah Mai! 

Haa, sebab tu jugak daku dan kawan-kawan boleh jadi cantik untuk sehari waktu Malam KaryaOne dulu! sebabnya, tangan si Maisara nilah! beliau yang mencontengkan segala warna-warna cantik kat muka sekor-sekor budak rumah, tup-tup, jadilah macam anak patung sekejap! Mahu menangis daku tengok muka jadi cun sekejap bila dah kena mekup! Kata feeling ala-ala BarbieDoll tak jadi, kan? hahah! Bukan senang orang nak mekup kau free, kan? ekekeke!

Muka lepas kena mekup, haruslah nak gembira habis-habisan! daku tak pernah lagik pergi dinner siap nak kena mekup sampai jadi cantik gini! selalunya mekup dengan tangan sendiri, hari-hari pun bosan, kan? :P

Jadi bagi sesiapa yang nak kawen, tunang atau perlukan muka untuk ditadahkan pada Maisara Ramlan, bolehlah pergi ke page beliau! kalau nak tengok dulu hasil tangan Maisara, boleh terjah belog mekup beliau, klik saja ART MAKEUP CREATION! nanti kat sana, kau bolehlah tengok macam mana cun melecunnya muka-muka orang yang dah dimekup oleh Mai! :)


Kalau tak pun, kau contact je Mai terus kat laman sesawang yang lain...

Facebook: Mysara Ramlan
Email: acreation@rocketmail.com

kot-kot lah kau takde social network, call jelah Maisara. nombor pun terpampang tulis dalam banner tu! Almaklumlah, sekarang kan semua orang ada laman sesawang, siap nak kahwin pun semua orang nak invite guna Fesbuk! Argh! Sumpah stress daku bila tengok semua benda nak guna social network! grrr!

Tapi jangan pulak kau call malam-malam semata-mata nak tanya,

"Cik Maisara, mekup cik pakai tu, original ke tak?" 

kau nak kena sepak laju-laju, kau buatlah macam tu ehh! siap daku sekali turun padang, tolong Mai bagi sidekick kat sorang-sorang! kalau tak cukup, daku sinsing lengan baju, kita lawan tinju! okay Mai? :D

Hey, bila promote kawan-kawan ni, daku seronok sebenarnya tengok kawan-kawan sudah semakin berjaya, siap ramai yang buat bisnes sendiri jual buku karya masing-masing! dan sebagai kawan, daku tumpang bangga bila tengok kawan sendiri sudah berani membuat perancangan masa depan yang hebat! :)

Okay, tengok kawan-kawan merancang untuk masa depan dorang, daku pun nak jugak merancang! taknaklah sampai sudah hanya duduk rumah, tanam jagung je! nak menunggu anak raja masuk pinang pun, memang confirm lah tak kan jadik! ye dok? melangut tunggu bulan jatuh ke riba pun, sampai bila-bila pun kau takkan berjaya! silap hari bulan, orang dah jadi macam Dr Rozmey pun, kau still tanam anggur kat belakang rumah!

Owh Tidakkkkk!!!

p/s: nak merancang memang senang! nak menjayakan tu, Ya Allah! Tuhan je tahu betapa malasnya daku! T___T

23 comments:

nub said...

hai ely.

aumm amm.

hahaha

mysara ramlan said...

eee!!!malu kitew!!! thanks elie!! hug hug kiss kiss cikit!! owh owh!! hahaha

Ihsan Arifin said...

aku taknak mekap. nanti mak aku kate aku bapuk kah kah kah

Alkisah said...

slowly laa elie.. nak berjaya bukan senang.. kena rajin berusaha.

pasal masa depan kerjaya. apa2 pun boleh jadi.. kadang2 kita kerja tak semesti dalam bidang yang belajar.. tapi harap2 cari la bidang yang kita suka

pasal jodoh, kadang2 masa belajar ada teman, tapi bila dah kerja kawen ngan orang lain..

jadi kesimpulannya, kita hanya merancang tuhan yang menentukan..

teruskan hidup.. suatu hari kita akan dapat apa yang kita nak, cheers..

KizZ said...

Dr Rozmey??Dislike...huhu...buat la pape kerja asalkan jangan macam Dr Rozmey tu kayh..

Namee Roslan said...

takpe, kadang2 kita plan sgt hidup..nnti end up putus asa. so better just go with the flow dulu. em, u know what.namee pun masih fikir nk buat apa ni. hehe. degree in architecture...tp skang tgh plan nk buka business baju brand sendiri. hehe. lain sgt dengan building arts. :D

syafiqakarim said...

lagi 4hr iqa hbs blajar.
mood sedih nak tinggal kawan :'(
err...tak tahu lps ni nak buat apa.
kejap nye besar :'(

say to easy=) said...

kalau kita fikir masa depan kita,kita tak tau apa akan jadi,so mula dari sekarang rancanglah sebaik yang mungkin.

btw muka u macam penah daku lihat.tapi di mana yah??hmm.

aiNa yaZiD said...

perancangan itu perlu ada.. wish u all the best dear~!! (^^,)

L.e.e.z.a said...

dak kecik uii! kene usehe and jangan putus ase oke! kamu kuat! kamu hebat! go go elie! ^__^

misyamissyou said...

ketentuan kite dah ditetapkanNya..usaha doa tawakal :D

Elie Lily said...

nub..
kau dah kenapa nub? haha

Elie Lily said...

mai..
ta payah nk kitew kitew sangat seyh! geli! hahha

Elie Lily said...

mai..
ta payah nk kitew kitew sangat seyh! geli! hahha

Elie Lily said...

ihsan..
ala, sekarang lelaki ramai je pakai mekup g keje! eh? hehe

Elie Lily said...

alkisah..
betul! kalau kita merancang dari sekarang pun, tak tentu nnt macam mana pulak jadinya kan? :)

Elie Lily said...

kizz..
eh kenapa? dia usahawan berjaya tau! :p

Elie Lily said...

namee..
standard la tu..kita belajar lain, tapi akhirnya buat bnda lain! haha..
bte boleh je namee jadi architect, sambil tu buat bisnes sendiri.. haa.. nnt elie nak free baju satu tau! :p

Elie Lily said...

iqa..
selamat datang ke alam kedewasaan! :P

Elie Lily said...

say to easy..
sebab tak taulah apa akan jadi nt, elie tak berani merancang! heheh

btw, mybe dalam mimpi? heheh

Elie Lily said...

kak aina..
thank you sista! :)

Elie Lily said...

kak leeza..
ye saya kuat! macma power puff girl! :D

Elie Lily said...

misyamisyou..
kita perlukan D.U.I.T!
DOA,USAHA,IKHTIAR, TAWAKAL! :)