Thursday, December 15, 2011

Kembali Ke Masa Silam!

Salam kalian... ;)

Masuk bulan Disember, semua orang pun tahu mesti budak-budak sekolah dah start cuti sekolah! dan bila dah masuk cuti sekolah, haruslah dekat tv pun nak tayang cite-cite katun and Alam Ria Disney untuk mereka yang tengah cuti! eh, daku yang tengah cuti sementara tunggu masuk degree semula ni pun, memanglah pagi-pagi duduk layan tv tengok cite katun lama-lama! hoi! bukan senang nak jadik kanak-kanak ribena tauu! :p

Biasalah, cuti sekolah saja, mesti tv2 dan tv3 rajin tayang cite-cite mengimbau zaman kanak-kanak daku dulu! Seronoknya kemain kau tau? kalau tak, macam mana sampai sekarang daku boleh teringat-ingat lagu tema filem Pochahontas, nyanyian Vanessa William?! masakan tidak, lagu Colors Of The Wind tu, masa zaman sekolah dulu daku siap nyanyi koir tau? sekali berdiri atas pentas dan masuk wakil sekolah peringkat wilayah lagik! eh, malu!

Muehehehee! :D

Aiseymen, nak letak gambar babak yang suwit-suwit je, tak sedar diri kanak-kanak kenit lagik! Jangan marah ya semua? kita mesraaa~ muehehee!

Dah kata cite katun zaman kanak-kanak, filem Tarzan pun haruslah daku tak lepas tengok bila ditayangkan! siapa tak tengok, memang rugi! sebab? kisah cinta Jane dengan Tarzan, mana pernah dibuat orang! dahlah cite tu mula-mula je dah buat daku sedeh sebab tengok binatang pun sayangkan anak-anak, teringat kat orang kita yang sekarang asyik nak buang anak! memanglah nak kasi air hidung ni tak tahan nak meleleh! 

T________T

kalau tengok lama-lama, watak Tarzan ni hensem jugak! Mata dia bundar, bibir dia sexy, muka dia berbentuk! kalau dia wujud betul-betul kat luar cite, rasanya dia hot macam Aaron Aziz kot! so bolehlah nanti jadi pelakon Ombak Rendu second version! opsii! :D

Kau ingat senang ke daku nak rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak balik? time-time macam inilah perlu dimanfaatkan sepenuhnya! nanti dah kawen, beranak pinak, dah tak boleh dah! kata nak jadi isteri mithali?! eh? hehe..dan haruslah time tu masa anak-anak pulak yang nak merasa macam daku dulu, lari terkedek-kedek dari dapur sangkut botol susu kat mulut, pergi depan tv, semata-mata nak tengok cite katun! eh, comel gila laa! hahah!

kalau nak terasa macam mana jadi kanak-kanak ribena macam dulu-dulu, tak perlu malu untuk naik Marry Go Round ya kawan-kawan! walaupun kat situ kau sorang je macam dah boleh jadi bini orang, yang lain semua masih kenit-kenit lagik! :D

tapi memang tidaklah kan, nak duduk tengok tv cite katun sepanjang hari, sebabnya tak perlulah nak cakap kat sini, kalau dah jam 10 pagi kadang-kadang masih lagi membuat peta dunia di sofa empuk kat ruang tamu rumah! itulah, hidup mengganggur sebelum bekerja minggu depan, beginilah rupanya! nanti dah kerja, tak bleh tidur dah kan? kira sekarang qada' tidur dulu la kata orang! ngee..

ehhh! kejappp! apasal terasa macam terlepas cakap je yang daku dah dapat kerja? hihi. semua senyap-senyap tau, daku tak nak bising-bising yang nanti daku pun dah boleh pegang duit gaji sendiri! hoyeahhh! tak sabarnyee! :p

Okay! dah pukul 9! nak lari depan tv pergi tengok Alam Ria Disney! hari ni ada cite best! dan yang penting bukan cite High School Musical! perh! sakit matalah bila tengok si hensem Zac Efron dok bersuwiit-suwwiit dengan Vanessa Hudges! Jeles kau tauuu??! grrr!

Kejap-Kejap!!!

 Btw, akan ada sesuatu yang terjadi sabtu ini! doakan semuanya berjalan lancar ya? kau nak tau? kenalah tunggu next entry! Bye! Xoxo semua! :D

p/s: Dulu  tengok cite Tarzan, tapi tak paham apa! Selalu tanya umi kenapa mak Tarzan tu beruk?! Sekarang baru paham kenapa! teeheee!

26 comments:

nub said...

wek, jimmy neutron lagi syiok.

hehekk

♥ nana i am ♥ said...

tahniahhhhh dah keje..boleh laa kte dating same same sekali dengan kak leeza pastu adik elie banje kakak kakak ;D

akak suka sangat tengok cerita cerita camni..lepastu berangan sampai tua nak jadi princess and whatsoever tu :P HAHAHAHA.

ada ape pulak sabtu ni adik elie?alaaa ini yang tak saba tunggu ni >.<

syafiqakarim said...

kahkahkah.
bawa iqa jommm :p

Elie Lily said...

nub..
aku nak anak-anak sidek! wekk! hahah

Elie Lily said...

kak nana..
hahha..tenkiu kakak. owh! nak pegi dating ngn kak leeza? alamak kakak-kakak semua sudah punya pasangan! elie kena mintak izin dulu nih!hehe..

haa..elie dulu nak jaid macam doraemon, tapi mustahil gila laa! haha

Elie Lily said...

iqa..
bawak iqa g mana? elie blur nih! hehe

sugar2 kapas strawberry said...

i wish that i can go back to my childhood style

YNA HERMOSA said...

hi dear, lama x komen cnie konon cbuk sgt bekerja haha!

hidup kita kena sentiasa ceria mcm kanak2 ribena, hihihi

Elie Lily said...

lynn..
me too! nak jadi macam elie masa kindergarten dulu! :p

Elie Lily said...

yna.
betul! sebab tu la boleh jadi muda macam kanak2 ribena jugak! :D

Nur Haslinda said...

alolo comelnya. masa kecik2 sume nya suka, benda tatau pun kite suka jugak. hehe wahh nak keje dah. gudluck! (:

Leo "Ricky" Huzair said...

"have you ever heard a wolf cry to the blue corn moon?"

"can you paint it all with the colours of the wind?"

Hahahaha...nice one.

To me Lion King & A Land Before Time the most memorable.

syafiqakarim said...

bawa pegi jalan2 ala ala zaman kanak kanak.kehkeh.

Rashid said...

filem kartun tarzan .. best pe. sayapun suka tengoknya .. hehe. lukisannya sungguh cantik sekali. wataknya hidup je.

misyamissyou said...

huaa! tarzan tu xensem ah..hukhukhuk...eh, bile tgk cte dak2 kecik ni rase mcm masih ada kat skola rendah je.. XD :P

Amanina said...

comel je elie naik kuda2 tu..minat jgak layan kartun disney nie :)

Anonymous said...

ko tgh kemam bola golf ke eli time amek gamba tu? asal kembung? gemuk sikit. haha

Namee Roslan said...

satu satu peringkat kita lalui kan ! :) em tp rse macam suka jd budak2 lah. tak fikir banyak. :)

Elie Lily said...

Kak linda..
hihi..standart la kan? thx btw kakak! ;)

Elie Lily said...

abg leo..
anak-anak sidek dari dulu terbaik laa! :)

Elie Lily said...

iqa..
jom! ikot elie naik mesin kembali ke masa silam yang doraemon guna tu! hihi

Elie Lily said...

rashid..
betul! jane tu cantik kot! macam elie! ehh?? hahah

Elie Lily said...

misya..
hensem laaa!! *hentak kaki nanges!* hihi

Elie Lily said...

nina..
hihi..comot la sayang! :D

Elie Lily said...

paan..
diam la kau paan! aku tau ni kau! haha

Elie Lily said...

namee..
hahah..dulu kecik2, rambut tocang dua..sekarang dah panjang mengurai, malas nk ikat macma dulu! huhu