Wednesday, December 21, 2011

Asam Garam Sewaktu Temuduga!

Salam kalian.. :)

Perkara utama yang sentiasa bermain dalam benak fikiran apabila hadir untuk sesi temuduga, bukan sahaja tentang darah gemuruh yang sejak dulu bermaharajalela dalam diri, tetapi apakah yang bakal ditanya ketika temuduga dan apakah yang bakal dijawab bila ditanya!

dan yang lebih men'cuak'kan diri sendiri adalah, bila kekeringan idea, apakah yang bakal berlaku pada diri sendiri? 

Mungkin tersenyum kambing di hadapan panel? 

Berdiam diri sehingga panel-panel naik bosan? 

atau mungkin pandang ke siling atau lantai bilik temuduga, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku! 

erkk?

Sabtu lepas, daku telah hadir untuk interview kemasukan degree, bagi sesi 2012 nanti! 

tak payah cakap macam mana gemuruhnya daku dan kawan-kawan bila sebut tentang temuduga! Sebab tulah beberapa hari sebelum interview berlangsung, masing-masing sudah meluahkan perasaan sendiri di laman sesawang masing-masing! konon-konon nak tunjuk semua tengah neves la kan? Jiwa kacau kata orang! muehehhe! 

Gemuruh tak gemuruh, suka atau tidak, interview tetap perlu dihadiri! Jam 7 pagi daku dah bangun dan persiapkan apa yang patut, walaupun tahu masa interview adalah jam 2 petang! hah! gigih tak gigih bila awal pagi dah bukak Twitter, semata-mata nak up status "Owh sumpah nerves untuk interview hari ni!" dan selebihnya nak tengok kawan-kawan yang lain bercerita tentang interview masing-masing! hahah,..

Tepat jam 2 petang, dengan muka konfident mula berdaftar dan masuk ruangan menunggu. tengok kat tangan, jarum jam semakin bergerak laju! tapi kenapa lama sangat nak masuk jumpa panel ni? sebab bosan, daku borak saja dengan semua yang ada dalam bilik menunggu, kenal tak kenal, pergi mampus! nanti dah masuk degree, kena kerjasama jugak kan? jadi haruslah mesra terlebih dulu! :)

Ini Emrys! Kemungkinan besar akan sekelas dengan beliau untuk degree nanti! Eh, hai Emrys! Nama kite Elie kiut lagik sweet! Awak nanti duduk sebelah kita tau dalam kelas! Boleh kita jadi Gossip Geng! hihi! :D

Setelah lebih dua jam menunggu, mata pun semakin berat, dengan hujan diluar sana, mulalah terpikir, 

"Ah, sedapnya kalau dapat bantal!"

hihi! tapi tak sempat nak buat peta dunia, orang office dah panggil!

"No 29 siapa? Get ready kat luar ya?"

okay! time untuk masuk! berdebarnya kau tak payah tanya la! tau saja lecturer garang yang menjadi panel, mulalah kelam kabut diri ni! tapi sebab konfident, masuk dengan muka senyum, padahal dalam hati dah beristighfar beribu kali!

Lecturer Garang : Okay Elie, tell us about yourself

Gulp! cakap english ke? Okay cuba elie! cuba! Bantai saja!

Elie: My name is Elie Fazrin, just call me Elie. Im a simple person, used to be a writing student before this, bla..bla..bla..

Lecturer Garang : U were the writing student before this? Why did u changed it to Art Management?

Elie : Its because of I love doing outdoor job! Manage events...

dan untuk beberapa ketika...Daku senyap! Daku senyap! tiba-tiba...

Elie : Err, Sebelum ni, saya banyak membantu fakulti dalam event bla..bla..bla..mempunyai hubungan baik dengan Uitm, saya menjadi fasilitator untuk orentasi pelajar semester satu...bla..bla..bla..

Aha! Memang memartabatkan bahasa sendiri! cakap melayu sampai ke sudah siap boleh ketawa dengan lecturer garang! nasib baik dia pun layan je cakap melayu dengan daku, sampai habis interview! tapi sebelum keluar bilik temuduga..

Lecturer Garang : Elie, hilangkan senyuman awak! buat-buat muka stress, bagi orang lepas ni takut pulak! 

Hamboih! Kemain teror lagik lecturer tu suruh daku belakon eh? hihi! :D

Dan daku keluar dengan muka kerut-kerut, sebelum terlepas senyum sampai nampak gigi! hihi.. dalam kepala hotak dah tak pikir apa, lega dan berharap diterima masuk untuk degree dan fokus untuk kerja sebagai Customer Servis saja! :)

tapi apa-apa pun, bak kata orang,

Kita merancang, Tuhan menentukan!

betul kan? Kalau usaha ada, i'allah..segalanya berjalan lancar! dan kalian semua, jangan lupa doakan daku ya? Baik dalam pelajaran, dan alam pekerjaan! Ada rezeki, gaji pertama, i'allah daku nak simpan untuk belanja kawen nanti! ehh? :p

p/s: Life waktu diploma dulu masih terkenang-kenang hingga kini! Rindu semuanya! :(

Sunday, December 18, 2011

Ujian Itu Bila-Bila Masa!

Salam kalian,.. :)

Ujian dari DIA, datang pada bila-bila masa! Setiap manusia, pastinya akan diduga, cuma hanya kita yang tak tahu bila akan diuji, kerana kuasa Dia Yang Esa, tiada siapa dapat menduganya, kan? apatah lagi mahu melawannya!

Daku juga pernah melalui saat-saat sukar dari Beliau Yang Kuasa!

Perpisahan dengan mantan kekasih, kesakitan seorang kawan baik dan beberapa perkara yang lain, cukup untuk membuatkan diri ini sedar betapa kerdilnya menjadi hamba Dia yang di atas! tapi, sehebat mana diduga, masih ada lagi insan yang tidak begitu baik nasibnya!

Seorang kawan, Muhammad Ezham, atau Ejam, baru sahaja diduga dengan kepulangan ibunya ke rahmatullah tempoh hari! :( Siapa sangka, seorang teman yang girang sebelum ini, akan mudah mengalirkan air mata kesedihan! masakan tidak? kerana pemergian arwah ibunya yang tercinta adalah sehari sebelum kami perlu menghadiri temuduga untuk kemasukan degree! owh! sedihnya! :(

Namun satu yang perlu dibanggakan, Ejam masih boleh tersenyum dan ketawa bila disapa! mungkin menyimpan kesedihan sendiri di dalam hati! dan yang paling hebat, beliau cukup kuat untuk menghadiri temuduga kemasukan degree walaupun masih dalam keserabutan dan perlu merentas perjalanan jauh dari Ipoh, Perak ke Shah Alam! 

 Kami tidaklah begitu rapat sehingga tidak boleh berenggang, tapi kami boleh duduk semeja, makan beramai-ramai, ketawa bersama dan memaki hamun berdua! sebab kami kawan! :)

Sebagai rakan, daku tahu, Ejam ini kuat orangnya! dan daku percaya, pasti punya hikmah atas apa yang berlaku kerana Dia menguji umatnya dengan satu sebab kan? Kerana sayang, cinta dan kasih! begitulah yang dilakukan oleh bapanya kepada arwah ibunya dalam entry sedih ini! 

Dan Ejam, sila jangan putus asa ya kawan? Kau masih punya sokongan dari belakang! rakan-rakan akan sentiasa ada untuk menyokong kamu! kalau tidak, Farhan Ramli tidak akan menjadi sebak bila kau telefon dia sambil menangis untuk bagitahu pasal arwah! dan percaya atau tidak, mereka yang lain, juga turut simpati dengan apa yang berlaku! 

 mereka sentiasa di belakang kau! tak percaya? tanya ketua geng, Farhan Ramli! :)

Satu perkara yang lebih pasti, 9belas sentiasa ada bersama kau walaupun kita sekarang sudah seperti seorang ke hulu dan seorang ke hilir! namun, kasih sayang kita sebagai sebuah keluarga, adalah kekuatan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun! Kami sayangkan kau, dan daku tahu kau juga begitu! dan doa daku dan mereka, pasti akan sentiasa bersama kamu! Sila percaya itu wahai kawan! 

9belas! Kami sentiasa mahu bersama, walau jatuh dan bangkit! itu janji kami! 

Dan Ejam, daku tahu kau kuat! dan daku tahu kau boleh lalui semua ini! sebab? Kau Muhamad Ezham bin Mohd. Noh! Sila jangan jatuh dan cepat senyum kembali wahai kawan, sebab kau senyum sumpah kiut, mengalahkan daku! eh? maluuu! hihi! 

kan kiut! ada sesiapa nak ngorat? Sila mintak izin dari 9belas! dulu :p

Beginilah hidup! Siapa kita untuk melawan takdir, ya kan? sekuat-kuat kita, pasti akan ada waktu yang paling lemah dalam diri sendiri! Kita tidak tahu apa akan terjadi sebentar lagi, esok dan hari seterusnya! namun yang perlu kita ketahui, 

Mati Itu Pasti! 

p/s: Al- Fatihah dan Takziah untuk Allahyarhamah! :(

Thursday, December 15, 2011

Kembali Ke Masa Silam!

Salam kalian... ;)

Masuk bulan Disember, semua orang pun tahu mesti budak-budak sekolah dah start cuti sekolah! dan bila dah masuk cuti sekolah, haruslah dekat tv pun nak tayang cite-cite katun and Alam Ria Disney untuk mereka yang tengah cuti! eh, daku yang tengah cuti sementara tunggu masuk degree semula ni pun, memanglah pagi-pagi duduk layan tv tengok cite katun lama-lama! hoi! bukan senang nak jadik kanak-kanak ribena tauu! :p

Biasalah, cuti sekolah saja, mesti tv2 dan tv3 rajin tayang cite-cite mengimbau zaman kanak-kanak daku dulu! Seronoknya kemain kau tau? kalau tak, macam mana sampai sekarang daku boleh teringat-ingat lagu tema filem Pochahontas, nyanyian Vanessa William?! masakan tidak, lagu Colors Of The Wind tu, masa zaman sekolah dulu daku siap nyanyi koir tau? sekali berdiri atas pentas dan masuk wakil sekolah peringkat wilayah lagik! eh, malu!

Muehehehee! :D

Aiseymen, nak letak gambar babak yang suwit-suwit je, tak sedar diri kanak-kanak kenit lagik! Jangan marah ya semua? kita mesraaa~ muehehee!

Dah kata cite katun zaman kanak-kanak, filem Tarzan pun haruslah daku tak lepas tengok bila ditayangkan! siapa tak tengok, memang rugi! sebab? kisah cinta Jane dengan Tarzan, mana pernah dibuat orang! dahlah cite tu mula-mula je dah buat daku sedeh sebab tengok binatang pun sayangkan anak-anak, teringat kat orang kita yang sekarang asyik nak buang anak! memanglah nak kasi air hidung ni tak tahan nak meleleh! 

T________T

kalau tengok lama-lama, watak Tarzan ni hensem jugak! Mata dia bundar, bibir dia sexy, muka dia berbentuk! kalau dia wujud betul-betul kat luar cite, rasanya dia hot macam Aaron Aziz kot! so bolehlah nanti jadi pelakon Ombak Rendu second version! opsii! :D

Kau ingat senang ke daku nak rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak balik? time-time macam inilah perlu dimanfaatkan sepenuhnya! nanti dah kawen, beranak pinak, dah tak boleh dah! kata nak jadi isteri mithali?! eh? hehe..dan haruslah time tu masa anak-anak pulak yang nak merasa macam daku dulu, lari terkedek-kedek dari dapur sangkut botol susu kat mulut, pergi depan tv, semata-mata nak tengok cite katun! eh, comel gila laa! hahah!

kalau nak terasa macam mana jadi kanak-kanak ribena macam dulu-dulu, tak perlu malu untuk naik Marry Go Round ya kawan-kawan! walaupun kat situ kau sorang je macam dah boleh jadi bini orang, yang lain semua masih kenit-kenit lagik! :D

tapi memang tidaklah kan, nak duduk tengok tv cite katun sepanjang hari, sebabnya tak perlulah nak cakap kat sini, kalau dah jam 10 pagi kadang-kadang masih lagi membuat peta dunia di sofa empuk kat ruang tamu rumah! itulah, hidup mengganggur sebelum bekerja minggu depan, beginilah rupanya! nanti dah kerja, tak bleh tidur dah kan? kira sekarang qada' tidur dulu la kata orang! ngee..

ehhh! kejappp! apasal terasa macam terlepas cakap je yang daku dah dapat kerja? hihi. semua senyap-senyap tau, daku tak nak bising-bising yang nanti daku pun dah boleh pegang duit gaji sendiri! hoyeahhh! tak sabarnyee! :p

Okay! dah pukul 9! nak lari depan tv pergi tengok Alam Ria Disney! hari ni ada cite best! dan yang penting bukan cite High School Musical! perh! sakit matalah bila tengok si hensem Zac Efron dok bersuwiit-suwwiit dengan Vanessa Hudges! Jeles kau tauuu??! grrr!

Kejap-Kejap!!!

 Btw, akan ada sesuatu yang terjadi sabtu ini! doakan semuanya berjalan lancar ya? kau nak tau? kenalah tunggu next entry! Bye! Xoxo semua! :D

p/s: Dulu  tengok cite Tarzan, tapi tak paham apa! Selalu tanya umi kenapa mak Tarzan tu beruk?! Sekarang baru paham kenapa! teeheee!

Friday, December 9, 2011

Perancangan Masa Depan

Salam kalian... ;)

Jujur kata, selain nak habiskan study cepat-cepat, daku still samar-samar lagik tentang hidup lepas study nanti! apa akan daku buat lepas kerja nanti, apa jadi waktu tengah belajar nanti, entah kahwin ke, sihat ke, tidak ke, semuanya daku tak tahu lagik! hendak merancang, mungkin terlalu awal dan harus jugak takut kalau apa yang dirancangkan itu, tidak menjadi seperti yang dimahukan!

tapi daku kagum dengan kawan-kawan daku, yang mana sekarang sudah mula pikir tentang masa depan sendiri, apa yang boleh menjamin hidup mereka suatu hari nanti..merancang untuk kesenangan hidup, dan mungkin betullah kata orang, baik merancang sekarang, dari nanti terpinga-pinga kan? senang kata, ianya adalah perancangan masa depan! Bagus kan? :)

Okay, lupakan pipi daku yang dah semakin hari semakin sihat tu! fokuskan pada kawan yang seorang ini! Beliau, Maisarah Ramlan, antara kawan daku yang sedang dalam On The Way memikirkan perancangan masa depan! okay, Mai, esok kau dah berjaya, jangan lupa Elie Lily eh? :D

Macam kawan daku,si Maisara ni, beliau memang dari dulu keje dia asyik mencari orang nak kawen or nak tunang je! sebabnya dia mekup artis! kalau kau sedia maklum, daku antara student bidang seni yang mana pelajar-pelajarnya akan turun buat shooting filem sama ada terlibat secara langsung atau tidak. Jadi kalau dalam shooting, selalunya kalau perlukan talent untuk dimekup, orang pertama yang akan dicari haruslah Mai! 

Haa, sebab tu jugak daku dan kawan-kawan boleh jadi cantik untuk sehari waktu Malam KaryaOne dulu! sebabnya, tangan si Maisara nilah! beliau yang mencontengkan segala warna-warna cantik kat muka sekor-sekor budak rumah, tup-tup, jadilah macam anak patung sekejap! Mahu menangis daku tengok muka jadi cun sekejap bila dah kena mekup! Kata feeling ala-ala BarbieDoll tak jadi, kan? hahah! Bukan senang orang nak mekup kau free, kan? ekekeke!

Muka lepas kena mekup, haruslah nak gembira habis-habisan! daku tak pernah lagik pergi dinner siap nak kena mekup sampai jadi cantik gini! selalunya mekup dengan tangan sendiri, hari-hari pun bosan, kan? :P

Jadi bagi sesiapa yang nak kawen, tunang atau perlukan muka untuk ditadahkan pada Maisara Ramlan, bolehlah pergi ke page beliau! kalau nak tengok dulu hasil tangan Maisara, boleh terjah belog mekup beliau, klik saja ART MAKEUP CREATION! nanti kat sana, kau bolehlah tengok macam mana cun melecunnya muka-muka orang yang dah dimekup oleh Mai! :)


Kalau tak pun, kau contact je Mai terus kat laman sesawang yang lain...

Facebook: Mysara Ramlan
Email: acreation@rocketmail.com

kot-kot lah kau takde social network, call jelah Maisara. nombor pun terpampang tulis dalam banner tu! Almaklumlah, sekarang kan semua orang ada laman sesawang, siap nak kahwin pun semua orang nak invite guna Fesbuk! Argh! Sumpah stress daku bila tengok semua benda nak guna social network! grrr!

Tapi jangan pulak kau call malam-malam semata-mata nak tanya,

"Cik Maisara, mekup cik pakai tu, original ke tak?" 

kau nak kena sepak laju-laju, kau buatlah macam tu ehh! siap daku sekali turun padang, tolong Mai bagi sidekick kat sorang-sorang! kalau tak cukup, daku sinsing lengan baju, kita lawan tinju! okay Mai? :D

Hey, bila promote kawan-kawan ni, daku seronok sebenarnya tengok kawan-kawan sudah semakin berjaya, siap ramai yang buat bisnes sendiri jual buku karya masing-masing! dan sebagai kawan, daku tumpang bangga bila tengok kawan sendiri sudah berani membuat perancangan masa depan yang hebat! :)

Okay, tengok kawan-kawan merancang untuk masa depan dorang, daku pun nak jugak merancang! taknaklah sampai sudah hanya duduk rumah, tanam jagung je! nak menunggu anak raja masuk pinang pun, memang confirm lah tak kan jadik! ye dok? melangut tunggu bulan jatuh ke riba pun, sampai bila-bila pun kau takkan berjaya! silap hari bulan, orang dah jadi macam Dr Rozmey pun, kau still tanam anggur kat belakang rumah!

Owh Tidakkkkk!!!

p/s: nak merancang memang senang! nak menjayakan tu, Ya Allah! Tuhan je tahu betapa malasnya daku! T___T

Wednesday, December 7, 2011

Perihal Seorang Adik Kecil!

Salam kalian... :)

Kalau daku pernah menjejakkan kaki ke Kota Singa untuk kali keduanya, Joyah Kenit pula tidak seperti daku! perjalanan ke Singapore tempoh hari adalah kali pertama bagi beliau berjalan-jalan di sana! itupun setelah memujuk umi dan abah untuk bawa beliau ke Kota Singa tuuu! :D

Pujuk rayu seorang adik kecil, memang selalunya buat daku mengah sorang-sorang! Dia harus akan dapat apa yang diinginkan, tapi daku kalau nak pau duit umi, CONFIRM tak dapat! T_T

"Umi, Aah nak pergi Singapore! Bawaklah Aah jugak kalau umi pergi Singapore!"

hah! tengok?! tak payah cakap banyak, umi memang sayang gila joyah kenit tu! Jeles gila daku! sobs! dan kau dik, kecik-kecik dah pandai pujuk-pujuk! nasib baik kau kenit lagik tau! nanti kau besar, siap kau dik!! daku kasi sidekick kalau kau nak bodek umi dengan abah lagik! haish! :p

Amek kau! dia siap ada orang tegur lagi bila pakai spek itam tu! "Wow, glamour!" dah tu, dia tanyanya kakya pulak, "Kakya, Glamor tu cantik eh?" okay ghasaklah kau adik! 

Dah kata Singapore tak pernah pergi, mestilah Universal Studio Singapore pun dia tak pernah masuk kan? kau jangan buat muka pelik eh kalau nampak si Joyah kenit ni macam rusa masuk kampung kat USS ni! memang mula-mula masuk USS ni, dia dah terkerut-kerut muka, sebab kat KL dia tak pernah pulak nampak ramai orang sebok nak tangkap gambar sana sini! tu yang konon-konon dia feeling Hot sekejap tuu! :D 

 dulu pergi USS, abah dengan joyah kenit takde! kali ni, complete! so apa lagik? jom lah amek gambar keluarga! yeay! :)

Mula-mula masuk je USS, kenit tu dah mintak turun dari kereta sorong! eceh, mesti tak senang duduk letew, orang lain siap boleh berlari-lari pergi amek gambar dengan maskot-maskot hebat, dia duduk dalam kereta sorong tu je..haruslah dia jeles! teehee! ;p

 Tengok tu, dah keluar dari kereta sorong, amek gambar siap nak cekak pinggang terus! bajet gangster kampung dan nak cakap "Apa Hal? Ada Hutang?" letewww! kih-kih!

Satu yang tak boleh blah, buat daku gelak guling-guling..Dia nampak banyak maskot pusing-pusing amek gambar kat situ, dia pun lari terkedek-kedek kejar satu-satu maskot! sekali jumpa Betty Boops yang sumpah gedik gila tu, terus dia hulur tangan, siap cium tangan sekali! haa..jangan salahkan adik kenit daku tu kalau kat luar negara pun masih guna adat melayu, Kalau salam orang lagi tua, mesti kena cium tangan! muahhah! 

Daku dah cakap, dia memang sopan santun! salam siap cium tangan! hahha! Bodyguard si Betty Boops tu pun takut, kot-kotlah si kenit tu nak buat apa kat si Betty tu! hehe!

 okay! Sumpah comel! Kakak Elie kau memang tak boleh lawan dah! *jom lari nanges dan tutup muka dengan bantal busuk!* hehe

Untuk kali kedua daku masuk ke USS ni, mestilah nak balas dendam habis-habisan berjalan dan berseronok di sana, sebab masa masuk USS first time dulu, tak sempat nak tawaf satu USS, umi dah suruh balik! nak-nak lagi si kenit tu kali ni, mestilah nak kena bagi dia merasa berjalan di tempat orang! barulah berbaloi dengan tiket yang dibayar! kan-kan? :)

 tak payah jakun sangat eh muka kau kenit! amek gambar perlu pandang depan, bukan pandang tepi! haa..konfem kena belajar lagi dengan kakak-kakak kau! muehehe! :D

 Ye..saya tau! mereka sangat tinggi! dan saya katik saja! owh! nampaknya bukan saya saja yang katiknya! kakak dan adik saya pun katik juga! jadi jangan salahkan umi saya yang juga kecik molek! kan umi kan? :)

Tujuan utama joyah kenit nak masuk ke USS tempoh hari sebab nak amek gambar dengan Kungfu Panda! tapi sebab hari tu, dia tak jumpa Kungfu Panda, mulalah merengek dan buat perangai! haa! memang nak kena lesing lah dengan daku kalau tengah-tengah hari buta, nak menangis dan minta dukung! grr!

Tengok muka moody si kecil bila tak dapat jumpa Kungfu Panda! kau cakap dengan daku, daku kena kesian ke, kena gelakkan kuat-kuat kat dia? kalau ikot hati, memang kasi smackdown laju-laju je! lalallala~

Daku dah kata, bila masuk USS, tak masuk semua tempat, confirm-confirm rugi! nak-nak lagi kat tempat kita, takde tempat macam ni, so bila sekali sekala berjimba-jimba, memang buat kau rasa tak nak balik rumah! heehhe

 Omaigod! Steven Spielberg punya tempat ni sumpah seronok! daku masuk dalam tu bertepuk macam orang tak hingat dunia sekejap, sebabnya macam excited gila tengok api dengan kilat depan mata! eh, tak payah  tanya mana si joyah kenit! dia awal-awal dah nangis sebab terkejut dengan semua kehebatan! hihi

eh, bukannya bila jumpa tempat best je boleh buat daku lupa rumah, tapi kalau jumpa mat-mat belang yang hensem-hensem, patut tak kalau tak pergi amek gambar bersama? owh! MEMANG TIDAK PATUT!! rugilah, kan? hehhee

Hai  mat-mat belang, esok kita jumpa di taman bunga ya? Jangan lupa contact saya di Kuala Lumpur tauu! Saya tungguuu! ngee! :)

kalau dulu masuk USS masa kali pertama, roller coaster Human dengan Cylon tak bukak lagik! kali ni, bila dah bukak, memang ramai lah yang beratur nak main benda gila tu! owh...daku lepas main macam-macam kat USS tu, kepala dah rasa nak tercabut, memang tak beranilah nak naik roller coaster lagik. memang muntah kalau naik! daku tahu tuu! Konfem! heh!

 Cukup untuk amek gambar saja ya joyah kenit? kau pun bukan sampai tahap umur nak lepas naik roller coaster tu! bila dah besar, bolehlah nak cakap kat kawan-kawan, "eleh, aku ada gambar dekat USS, kau ada?" hihi

Daku tak takut, tapi bila tengok bendalah tu berpusing-pusing sampai nak tercabut kepala, daku pun rasa berpinar-pinar bijik mata! dan pastinya bila daku dah naik nanti, kau boleh dengar daku menjerit gila vavi kat atas tu! erk?

Sebab daku dah kata adik kenit tu banyak perangai, dia memang suka buat muka kerut-kerut depan daku sebab dia tak boleh nak naik macam-macam mainan best kat dalam USS, jadi daku memang kena bawak dia pergi jalan-jalan dan amek gambar saja! tapi ikotkan hati, memang daku nak tinggal je budak kenit tu kat dalam rumah hantu! muehehhe! *Ye! kau memang kejam Elie!* :)

daku memang senyum saja! tapi dia tu, muka nak masam je! hey, umi kata kena senyum bila nampak kamera, bukan monyok-monyok saja! hahhaa

Jadi budak kecik macam si joyah kenit tu memang best kan? sebab kalau penat, boleh hisap susu dalam botol, dan tidur dalam kereta tolak! dan yang penat, pastilah kakak dia yang sorang ni! woah! kacik-kecik dia dah pandai buli kakak dia neh! Bikin wa marah seyh! grrr! 

 Haaa! dan itu dia..kakak baik yang dicari selama ini! :) Okay! dah boleh kawen! So esok, boleh lah isi borang untuk sapa-sapa nak pinang daku buat isteri, mesti daku boleh jadi isteri mithali! muehehhe! :)

ah! dah kata anak manja, mintak apa saja pastinya dia dapat! okay! daku jeles lagik! dia amek dessert feveret daku! Gula-Gula Kapas! memang bikin wa panasss! demm you adikkkkk!!

 Sesudah siap pau duit umi sebanyak 6 DOLAR, kau memang ada sebab untuk tersenyum riang! okay! fine! =__='

Begitulah kisah seorang joyah kenit kepada kakak beliau yang tinggi sikit dari beliau! geram dan bergadoh antara kami itu perkara biasa! tapi biar apa pun jadi, dia haruslah akan disayangi sampai bila-bila! :) setakat ni dia cucu paling kecil dalam keluarga, kalau daku buli dia, mesti daku kena bantai balik! so, jangan berani-berani lah kau nak lastik dia, Elie!! pfft! :D

Oit Kenit! Lompatlah! kau kata nak tinggi?! takut sangat slipper jepun tu terbang! haiyooo! tulah orang cakap pakai kasut, nak jugak pakai slipper kaler pink! ghasak kau la labuuu~

dan dengan ini, tamatlah kisah kami dari Kota Singa! Nanti ada gambar lagi, daku buat karangan SPM panjang-panjang eh?tapi kau janji kena tunggu entry lain tau! hihi! Happy Wednesday and Assalamualaikum everyone! xoxo! :)

p/s: Daku sempat beli sesuatu di Kota Singa buat seseorang di KL! eh, malu! :D

Thursday, December 1, 2011

Selamat Ber-Bulan Akhir!

Salam Disember! :)

Pulang saja dari Kota Singa dua hari lepas, daku baru sedar,..rupanya sudah masuk bulan Disember! wah! cepat betul masa berlalu! rasanya baru semalam daku update tentang November! bermakna, bulan ini juga bulan akhir sebelum masuknya tahun baru! woah! tak sangka dan tak sangka! :)

Jadi ini bermaksud, semakin hari, kita juga akan semakin tua dan meninggalkan semua kenangan 2011! betul bukan? wah! sadis pulak bila fikirkan banyak yang terjadi dalam tempoh sebelas bulan lepas! tapi pastinya, bulan terakhir ini akan banyak yang terjadi, sama ada baik atau buruk, itu terserah kepada Beliau Di Atas! ya kan?

Mengharapkan yang terbaik untuk bulan terakhir ini, semestinya! tapi sentiasa mendoakan untuk segalanya berjalan lancar dalam kehidupan seharian itu adalah yang terbaik dapat dilakukan oleh daku sendiri! dan harapnya kalian juga begitu!

so people, 

Selamat Ber- Disember ya? :')

Dear December! Please be nice to Us! :)

Tunggu! usah tanya tentang Kota Singa, kerana semuanya selamat sahaja! Joyah kenit yang sakit tempoh hari juga sudah keluar dari hospital, alhamdulillah! dan boleh pulak bersuka ria bersama keluarga di Singapura! amboi! tak padan dengan sakit yang baru nak baik! muehehe! tapi disebabkan cuaca yang tidak menentu di Singapura tempoh hari, daku pula diserang demam, batuk dan selesema!

T_____T

Bila sudah baik dari kepenatan dan keletihan dari Kota Singa, nanti daku update tentang Singapura dan Joyah Kenit ya? kawan-kawan, Tunggguuuu tauuuu!

hik-hik!

Take Care everyone and Assalamualaikum! :)

p/s: Bulan November yang lepas adalah bulan untuk 1001 senyuman! Thank You November! :)