Tuesday, November 1, 2011

Wanita-Wanita Hebat!

Salam November kalian... :)

Perkara yang sentiasa mengganggu kepala otak daku sekarang ini ialah 

Nak sambung apa untuk DEGRRE nanti?!

yup! itulah persoalan yang daku fikirkan sejak abes saja diploma tempoh hari! nak buat keputusan untuk sambung course apa, payahnya jangan cakaplah! kalah nak belajar masak kuah ayam masak kurma kat dapur! harus garu kepala beberapa kali sebelum buat keputusan betul! kata orang, ini mungkin penentu untuk kerjaya lepas habis belajar nanti kan? haish!

senangnya kalau jadi kakya, sebab dah abis belajar, sekarang dah kerja! ceh! takde rasa simpati langsung nak tunggu adiknya abes belajar sama-sama! *nanges sedu sedan!*

kalau boleh, nak tukar bidang pulak degree nanti, sebab boleh cuba macam-macam bidang time dah kerja nanti..kalau dulu daku budak penulisan, sentiasa bermain dengan skrip filem dan drama, lirik lagu, cerpen dan sebagainya, nak jugak tukar arah kan? otak kena kasi cuci sikit derr!

teeehee! :D

kalau tengok kakya dulu, boleh kata dia antara graduan yang berjaya jugaklah! walaupun masih blur-blur dengan kerjanya sekarang! hihi! waktu diploma dulu, dia budak Akaun! time degree, tukar haluan amek Pengajian Bahasa! itupun lepas bergado-gado dengan umi! heh! umi suruh sambung Akaun, sebab utama, dia pandai matematik! tapi nasib baik kakya dia pandai pikir sikit, amek apa yang dia minat time degree, sekarang dah berjaya abes study dah pun! *Jom cakap ramai-ramai..Untunglaaa!* :D

kadang-kadang daku pun takde alasan kukuh nak jeles kat kakak sendiri, sebab even dia pandai sket bab-bab study ni, tapi dia selow sket bab-bab lain macam ke-kreatifan semua! kau tak percaya? dia mana penah menang kalau lawan dengan daku bab-bab seni nih! peh! *kejam sungguh statement kau Elie! pfft!*

Waktu dulu, kalau masuk bab-bab study je mesti umi selalu nak comparekan daku dengan kakya! sebabnya dia memang agak TIP-TOP jugak dalam study, macam daku ni, kelembapan memang terserlah lah nak-nak lagik bab kira-kira! sumpah daku benci nombor! T_T  sebab tulah bila daku belajar bahagian arts dekat universiti, dia tak bantah! sebab dia tahu daku boleh bawak subjek seni-seni ni! :)

Sumpah tak tahu pulak daku umi pandai posing se-daring begitu! hihi! tapi dulu salu cakap tak pandai posing depan kamera! then? ape kes posing maut dalam gambar ni umii? ehhehe 

dan biasalah, golongan emak-emak ni salunya nakkan anak dara kerja opis! dari dulu daku dan kakya memang sedia maklum benda-benda macam ni! tapi masalahnya kitorang dua orang memang tak minat kerja dalam opis-opis ni! macam umi, beliau memang kerja dalam opis sejak dulu! dats why daku tabik spring dengan umi, sebab dia tak pernah merungut kerja kat syarikat guaman tu even anak-anak daranya ni asik cakap "Argh! Boring lah kerja opis!" :p

jadi sekarang pilihan untuk sambung belajar, semua terletak pada diri sendiri! sebab dalam family, daku yang masih samar-samar lagik nak sambung apa! nak buat apa pun, semua kena tanya pada yang pakar dulu! umi, seperti biasa, tak halang untuk daku pilih apa, tapi bila dah nak masuk degree, harus beliau nak tengok anak daranya yang sorang ni boleh kerja dengan baik lepas habis belajar nanti, kan? so memang garu kepala hampir beratus kali nak pilih apa untuk degree! 

Tapi nasib baik ada wanita-wanita ini dalam hidup daku! sebab kalau takde, bagaimana hendak buat diri sendiri menjadi semakin baik dari hari ke hari kan? adanya kakya, daku boleh kongsi banyak benda even kadang-kadang dia akan bercerita juga kat orang, dan umi, kalau takde umi, hilanglah semangat nombor satu daku! dan for sure kalau takde kami, takdelah penyeri dalam hidup lelaki bernama En Mohammad Ramli! tak gitu abah? :D

wanita -wanita ini milik Encik Mohammad Ramli! kalau ada yang nak pinjam atau bawak larik, sila tanya abah saya dulu! kalau dia bagi, untunglaaa..tapi kalau tak? esok lusa muka kau sure masuk frontpage Kosmo! :D

btw, semalam sudah selamat isi borang masuk degree dengan selamatnya! mintak-mintak adalah rezeki untuk sambung belajar lagik! Kalian doakanlah daku dan rakan-rakan yang lain ya? Kan Malaysia nak bentuk generasi muda yang berjaya dan hebat? kalau tak kami dan mereka yang lain, siapa lagik kan? tak gitu semua? teehee!

Take care everyone and Happy November! :)

p/s: November, please buat baik dengan Elie! cukup saja dia berduka di bulan yang lepas! 

44 comments:

Fara E's said...

amin , doakan yg tbaik utk elie ! ;D

happy november !

Azlan Hasan said...

Salam November rain..lupakan tragedi oktober..hahaha..da macam lirik lagu laa plak..hehe..

The best way nak smbung course ape ialah dgn tgk what you want to be..research that job position dan ape requirement yang dia nak..from there u pilih laa..kalau nak dream job smbung laa dgn course berkaitan..

well that is just an opinion..ape course u smbung nanti i wish you all the best..hehehe

Regards,
-Strider-

Mila Ahmad said...

selagi ade peluang, rebutlah ye..ape2 pun gud luck ^___^

EyA edamanhatiku said...

waa posingnyer hebat hehe..wish u dpat keja yg baik, tpat keja yg slesa n kena dgn jiwa hehe

syafiqakarim said...

kali ni pilih betul2.nanti kerja bole buat dgn happy.
hee.ok..tiga2 perempuan comel :p

yapsukatido said...

iloveyou <3

Alkisah said...

good luck.. kadang kadang kita amik degree dalam bidang yang kita minat.. tetiba bila dah habes belajar.. kita kerja dalam bidang lain..

:D so apa yang penting.. sambung degree kay..

Leo "Ricky" Huzair said...

ape2 pun yg dpt nnti...just nail it ok?

Izzul Amir said...

kejam ! hahaha all the best kay ? :D

Izzul Amir said...

kejam ! hahaha all the best kay ? :D

Namee Roslan said...

pilih elok2 elie. jgn jd mcm sy. amik main course pastu last2 taknak sambung master on that course pun. so, agak lari sikit lah. btw, elie nmpak sungguh comel macam barbie :D

.diannorhayati. said...

elie,i hate number too deathhhhhhhhh.


hope this november will be good than before k =)

♥Aien Najwa♥ said...

doakan yg terbaik utk kamOo key..(^_^)..bdw, Happy November tOo..

asfira aminuddin said...

babe, i doakan yang terbaik for your pursuing in degree nanti. btw u pikir course mana nak amik so that takkan menyesal di kemudian hari :)

sis92 said...

emm sokong cik azlan..

apapun good luck ok :)

Nizam Ijam said...

wah...bestnya :D

Pocket said...

'kalau tak? esok lusa muka kau sure masuk frontpage Kosmo!'

kenapa? mereka yang gagal dalam interview kena pukul ker? ohh takutnya,

kalau gitu kensel lah interview yg scheduled on the 24th nanti tu..
pocket pass kat orang belakang :D

thaqibzaki said...

Loh. tenang tenang yo! :D

Jangan teremosi pula. :D

By the way, all the best in life. :)

YNA said...

good luck dear :)

mereka mmg wanita yg hebat, termasukla kamu :)

aiNa yaZiD said...

salam november dear..~! (^^,) wish u all the best.

myu said...

Gud luck Elie :)

Elie Lily said...

fara e..
time kasiih! happy november juga! :)

Elie Lily said...

azlan..
kalaulah pilih cos tu senang, alangkah bahagianya hidup!
hehe

time kasih btw..

Elie Lily said...

mila..
harus! ;)

Elie Lily said...

eya..
emak borek, anak rintik la kan? :p

Elie Lily said...

syafiqakarim..
comel? umi comel kot!
hahha

Elie Lily said...

yapyap..
iloveyoumore sayang! <3

Elie Lily said...

alkisah..
biasalah tu..kehidupan kan..
tq btw bro! :)

Elie Lily said...

abg leo..
yup! rezeki jgn ditolak!

Elie Lily said...

izzul amir..
hahha..kejam2 manje je..
:p

Elie Lily said...

izzul amir..
eh, 2 kali?! heheh

Elie Lily said...

namee..
dats y kusut pikir nk sambung apa..
hehe..

barbie? alamak..prince ken nya sape pulak?hehe

Elie Lily said...

dian..
i punya menyampah tahap gaban nombor kot!hahha..

november? humm..hope so! :)

Elie Lily said...

aien najwa..
thanks sayang! :)

Elie Lily said...

asfira..
sure! tq sista! :)

Elie Lily said...

sis92,.
owh..ada geng! hehe

Elie Lily said...

nizam ijam..
apa yg best? garu kepala!

Elie Lily said...

pocket..
kalau tak dapat kebenaran, abah repot polis..tuduhan mencilok anak daranya!hihi

Elie Lily said...

thaqib..
emo?
tidaklah!
heheh

Elie Lily said...

yna..
yea!
jgn lupa kamu juga hebat kakak! :)

Elie Lily said...

aina..
salam november juga!
ucap bye2 pada oktober! hihi

Elie Lily said...

myu..
time kasih kawan! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

yeap....

If no other choice then just go for it, do ur best ok sweety...

:)

Elie Lily said...

abg leo..
okay! ada rezeki, jumpa la di puncak nanti! :)