Friday, November 25, 2011

Suka Dan Duka, Permainan Hidup!

Salam kalian... :)

Memikirkan hal MUET memang buat keadaan diri sendiri tenggelam timbul dan menggelabah ayam!

Kau ingat lepas speaking test untuk MUET tempoh hari selesai, daku dah boleh terus bersuka ria dan bermaharajalela macam anak beruk dapat pisang? owh tidak sekali-kali! perkara yang sentiasa dipikirkan dalam kepala otak adalah apa yang akan berlaku dan apa yang bakal dijawab di kertas exam! haih!

sehari sebelum exam dah buat diri tak senang duduk! study sampai lewat malam, konon-konon khuatir soalan tak seperti yang diharapkan! pagi-pagi lagi dah cari buku, letak depan mata, tapi bukaknya haruslah tidak! Haha! owh! janganlah salahkan candidates pemalas macam daku ni, kalau siaran televisyen asik tak henti-henti tunjuk siaran langsung Sukan Sea! kata penyokong tegar sukan Malaysia, haruslah jadi cheerleader sementara di depan tv rumah, kan? teehee! :D

bila dah jam berdetik dari pagi sampai ke malam, masih tak sedar diri bahawa esok perlu berperang di dewan exam, barulah terhegeh-hegeh nak bukak buku, baca balik segala apa yang memang bersarang dalam kepala ni! sadis gila bila teringat pikir awal-awal dulu, taknak study dan prepare! dah last minit, mulalah kelam kabut dan kepala tintong sendiri! padanlah muka kau, wahai Cik Elie Lily!

dan haruslah bila dah menggelabah ayam sorang-sorang kat rumah, study for sure sampai lewat pagi! ceh! bajet kiutlah kalau pergi dewan exam dengan mata lebam macam panda pada esok pagi! *Mari ramai-ramai cakap Booo!* 

agak-agak perlu bangga tak dengan semua benda di atas meja ini? haruslah boleh! daku dah settle Muet kot! wish me luck for the result nanti tauuu! kalau berjaya dengan cemerlang, daku belanja sorang-sorang aiskrim malaysia dari kedai Cik Kiah! ngeee! :D

dan semestinya perkara paling ditakutkan akan keluar pada section esai betul-betul menjadi! berkaitan percentage dan pie chart! argh! sumpah memang demmm! sudahlah topik yang diharapkan tidak keluar pada esei, pulak tu boleh tertidur lena selama 15-20 minit waktu jawab reading test, dengan kepala ditongkatkan tangan di atas meja! hah! boleh bayangkan macam mana comelnye budak kenit ini pada waktu itu? mueheheh!

nasib baik semuanya berjalan baik walaupun sempat tertidur dan menguap sehingga beberapa kali waktu menjawab semua paper! dan ubat paling best untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat ketika menjawab test, pastinya mengunyah gula-gula getah! yeahhh! *perhatian semua! jangan tiru aksi yang memalukan ini ya? tidak elok untuk pandangan umum!* 

teehee! :D

dan begitulah cerita muet berakhir! habis sahaja exam, kepala sudah fikir untuk perjalanan ke Kota Singa pada hari ini! tak menyempat-nyempat hendak membayangkan bagaimana keseronokan kali kedua menjejakkan kaki bersama keluarga ke Universal Studio di Singapore nanti! heee! pada semua yang hendak mengirimkan apa-apa dari Kota Singa, boleh lah buat kiriman wang pos pada daku ya? 

For Sure, No Money No Talk, brother! :D

Owh! tapi perkara biasa dalam kehidupan bila gembira kita akan terhenti sementara, kerana itu semua kerja DIA yang Kuasa! adik kenit ku dimasukkan ke hospital kerana jangkitan virus di paru-paru! patutlah tidurnya berdengkur mengalahkan orang dewasa! hurm! bagaimana hendak bersuka ria bersama jika melihat si kenit itu masih perlu dimasukkan gas sentiasa di hospital? :(

People, pray for my little sista ya? Hope she'll be fine and strong enough with it! Harus juga berharap beliau cepat sembuh, jadi dapatlah kami sama-sama bergembira di Kota Singa minggu ini! kami sudah berjanji untuk bergadoh mesra di Singapore nanti! tapi kerja tuhan, siapalah kita untuk melawan kan? owh hati, kuatkan semangat keluarga dan si kenit kesayangan itu! 

T________T

 
Woit Joyah Kenit! Cepat baik tau! Kata nak ikot pergi Singapore?! Kalau tak baik, tak dapatlah jumpa Kungfu Panda dekat Universal Studio! kan aritu kakak dah janji nak main sama-sama dekat Universal Studio sama-sama? Cepat baik tau adikku! :(

Begitulah kehidupan, hitam putih itu permainan dunia...tak semua yang kita harapkan akan mendapat kegembiraan kan? Bila diberikan dugaan, harus ditembuhi dengan sekuat mungkin! dan percaya kepada suatu, bahawa pastinya, DIA menguji kerana rasa sayang terhadap semua umatnya, dan tentulah kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk umatnya!

betul tak semua?

Btw, semoga semua perjalanan daku dan keluarga ke Kota Singa baik-baik sahaja dan adikku sembuh cepat! nanti pulang dari Kota Singa, kita berjumpa lagi di alam maya ya? janji tauu!

 Take Care and Happy Friday people! Assalamualaikum! :)

p/s: Hey you! Im gonna miss you! :(

44 comments:

Leo "Ricky" Huzair said...

Well, pity this small girl

To endure such pain in very young age.

But I do believe she's strong...

Hey, have safe journey to the South orite Miss P.

Welcome to meet the people of Johor.

Come to take note, Singaporean is not Johorean.

So don't be shocked.

Azlan Hasan said...

1)nape tak cakap aritu..kalau tak kita bleh mintak sea games postponed smpai u abis muet..hahaha

2)what a pity..kita sesama doakan agar adik u cepat sembuh,,just have faith..amin!!! :)

Regards,
-Strider-

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga adik cepat semboh ye

fadh leyanie said...

Syoknya berjalan2 do kota singa.
semoga joyah kenit cepat sembuh.:)

eRza farEeha said...

wahh...dlu time eza amik muet..lupe bwk ic kot..ahaha

eh jln universal studio..gila best!

Ihsan Arifin said...

tak boleh kasi sedap lagi ke name budak cenonet tu haaaa kah kah kah. ade ke patut "joyah kenit" ! ;D

hazirahmahadzir said...

semoga adik awk cepat sembuh :)

sugar2 kapas strawberry said...

adik awk kuat.sy tahu :)
semoga dia cepat sembuh

Thumbelina Iena said...

semoga dapat result yang cemerlang untuk MUET :)

get well soon adik kecil, Amin.

Have a safe journey :) Semoga gembira di sana nanti.

Ungu Violet said...

ciannyee dia... :(

moga cepat sembuh yerr..

syafiqakarim said...

nanti nak amek MUET :p
nak ikut bole?tak pun nak ole ole
hahha
semoga joyah kenit cepat sembuh.amin.

yapsukatido said...

hey you , im totally gonna miss you sayang ! :(

Pondok Usang said...

permainan duniawi... =)

Rashid said...

a'ah ujian dariNya tanda kita disayangiNya. Moga adik cepat sembuh ..

Princess Hippiey said...

same... hope ur sis get well soon.. insya allah.. (penangan MUET)

WZ said...

MUET adalah scary. hahaha

Semoga cepat sembuh adik kecil. =)

tieha ismail said...

nak ikot elie!

Namee Roslan said...

siannya budak kecil tu. :( em semoga dia cepat sembuh.elie, nak ikut gi holiday !! :D

Elie Lily said...

abg leo..
memang org Johor tak sama dengan singapore la bro! johor Malaysian kot! :D

Elie Lily said...

strider..
hhahah..da balik da pun strider! :D

Elie Lily said...

ini belog saya..cinta hati saya..
amin.. ;)

Elie Lily said...

fadh leyanie..
i'allah..
dia dah baik dah pun.. :)

Elie Lily said...

erza..
eh, boleh pulak masuk dewan tak bawak ic? hehe

Elie Lily said...

ihsan..
ala..dia macam joyah kot! hehe

Elie Lily said...

hazirah..
dia dah kua hospital! nasib baik! :D

Elie Lily said...

lynn..
dia kuat seperti saya! :D

Elie Lily said...

Iena..
nnt elie kirimkan cokelat untuk iena ya? :)

Elie Lily said...

ungu violet,,
dia sudah baik..alhamdulillah! :)

Elie Lily said...

iqa karim..
jom pergi sekali lagik ngn elie! berdua je..ada bran? :D

Elie Lily said...

Mr Yap..
i miss you moreee! :(

Elie Lily said...

pondok usang..
totally agreed! :)

Elie Lily said...

Rashid..
biasalah.. bersabar saja.. :)

Elie Lily said...

happiey..
i'allah,, thx yaw!:)

Elie Lily said...

WZ..
mmg scaryy! sumpah! :p

Elie Lily said...

tieha..
jommmmm! :)

Elie Lily said...

namee..
adik sudah keluar hospital! jom pergi sekali lagi! ;)

Leo "Ricky" Huzair said...

hahahhhahhhaha

Aliff Haikal said...

inilah kehidupan kak :)

Elie Lily said...

abg leo..
eh, skrg dah pandai gelak eh? bagus! :)

Elie Lily said...

alif haikal..
betul! warna hidup beginilah!
eh, konfident panggil kakak? hehe

Leo "Ricky" Huzair said...

Cheh...jgn nak menganjing sgt daa

Cik Gee said...

MUET? haha, memang gabra nak2 tang kena cakap live tu... tersasul sasul. hehe..

Elie Lily said...

abg leo..
mana pulak menganjing! terasa kah? ehheh

Elie Lily said...

Gee..
elie ketaq lututtt! hehe