Wednesday, November 9, 2011

Kenapa Perlu Bersedih?

Salam kalian... :)

Sejak menjadi single, kadang-kadang daku selalu saja bertanya kepada diri sendiri...

Aku ni sedang gembira atau bersedih?

Ikotkan jujur, mulut boleh saja kata gembira, hati juga begitu..tapi tak tahulah sudut paling dalam hati tu kata apa kan? sebab bila daku fikirkan semula, Kenapa nak kena bersedih? jika hanya disebabkan peristiwa lalu, adakah itu sebab utama untuk bersedih? owh! tidak mungkin! daku bukanlah seorang yang lemah untuk menangisi nasib ditinggalkan seorang lelaki! :)

Bersyukur dengan keadaan diri, daku ini agak beruntung kerana dikurniakan semangat juang dan hati yang agak keras walaupun ya, jujur untuk kata, daku Ter-menangis juga bila kadang-kadang teringatkan perkara yang lalu..tapi bila difikirkan semula,..Untuk apa menangis dan bersedih? hidup ini bukannya terus mati walaupun kekasih yang satu sudah pergi..betul semua?

daku selalu menganggap diri ini beruntung kerana daku punya kehidupan yang sangat hebat dan sangat lengkap, walaupun sudah bergelar single! buktinya? daku mendapat sokongan padu dari rakan-rakan, orang sekeliling, kalian-kalian yang disayangi semua! paling hebat, daku boleh bergembira bersama mereka yang disayangi dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang dicintai! psst! kau tak rasa daku hebat ke? muahahha!

kekasih-kekasih gelap daku saya selalu saja setia untuk bersama daku walaupun kami ni masing-masing ada cerita sendiri tentang diri masing-masing! :)

dan bersyukur pada DIA di atas kerana bila terjadinya perkara yang lepas, selera untuk makan daku tidak langsung hilang! alahai! nak hilang selera makan pulak lepas kena tinggal, kau ingat aku ni mati laki ke cik ton?! tapi selalunya, daku tengok orang yang baru breakup ni, terus takde selera nak makan! tapi daku tak pun? sedap je boleh baham sepinggan Chicken Chop? siap licin lagik, siapa boleh jawab tu?! :D

Hai awak si Chicken Chop! saya sayang awak sangat-sangat tau! sebab saya tau, awak takkan berani buat apa-apa kat saya sebab awak pun sayangkan saya! kan-kan ayam golek? :D

dan pastinya cinta kepada manisan tidak pernah mati walaupun perkara paling manis pernah terjadi dalam hidup dulu, kini sudah menjadi pahit yang amat! ceh! daku boleh mati kalau takde benda manis dalam hidup! owh! daku tak pernah cakap yang daku punya penyakit tekanan gula rendah dalam darah kan? haa..sebab tu manis-manis tu semua memang sebati dengan daku! dan sebab tu jugaklah daku cakap daku manis macam Gula-gula kapas! awww! 

YEAH! tengoklah tu, abc tu memang boleh daku hilang dan lupa langsung pada kenangan lama! pergh! ABC! kau memang teman sehidup semati yang paling daku sayang la! jasamu dikenang wahai ABC! <3

Kalau ditanya pada diri sendiri, Kenapa Perlu Bersedih? sebab daku punya kawan-kawan yang luar biasa! mereka sama-sama menangis waktu daku menangis! tapi sebenarnya daku banyak menangis sebab ke-terharu-an dengan mereka-mereka yang menyayangi diri ini! Terima kasih kawan-kawan! :)

ini hanya tiga! rakan-rakan yang lain kadangnya jarang menunjukkan rasa cinta dan sayang mereka, tapi daku tahu sayang rakan-rakan ini kadangnya tak perlu ditunjukkan! betul tak kawan-kawan?! :)

owh! kau percaya tak kalau daku kata tak payah bersedih jika sudah menjadi single! sebabnya kau boleh saja lalui kehidupan dengan sendirinya! memang agak sukar, yelah sebab sebelum ni kau keluar berteman, tiba-tiba bila dah break, kau keluar sorang-sorang,.tapi kalau jadi daku, memang sudah biasa keluar seorang diri, so bila tak berteman ke, daku memang tak kisah langsung! sebabnya, itu keseronokan kita yang tersendiri! hey, baru perasan..its a bonus for me! yeay! :)

hari tu pergi Tokyo Street kat Pavi, pakai baju rm15 tu, seronok tak hingat! ada sapa-sapa nak jalan dengan daku? meh-meh! bagi daku alamat surat menyurat! nanti daku contact, kita pergi date eh? weh! tak main lah invite-invite kat pesbuk ke hape! ini Elie kot! mana main pesbuk! :D

so people? boleh bagitau daku alasan kukuh Kenapa Perlu Bersedih? yup! mungkin tak semua orang boleh lalui kehidupan selepas berpisah dengan bekas kekasih dengan mudah! dan daku juga mungkin bertuah punya kehidupan yang sebegini dan diri sendiri yang punya kekuatan sendiri! tapi daku sentiasa percaya bahawa, kehidupan tidak harus ditangisi untuk perkara yang tak patut kita tangiskan! betul tak?

bukan lah daku seorang yang hebat untuk bercakap tentang soal hati dan perasaan ni! tapi pengalaman yang lalu, sebenarnya mengajar kehidupan seorang gadis berumur 20 tahun ini untuk menjadi seorang yang matang dalam menempuh kegagalan dalam kehidupan! sebab tu orang kata daku ni macam makcik-makcik jugak kadang-kadang! grrr! :D

Kepada mereka yang asyik nak bersedih kat luar sana, apa kata berhenti bersedih? cepat lap air mata, dan mari temankan daku makan Double Cheese Burger kat Mcd! atau lebih sedap kalau daku tanya, ada sesiapa nak belanja? muehehhe! <3

owh! ini cinta baru daku! dan Burger Keju Berganda? owh! baru tahu itu nama melayu untuk Double Cheese Burger! *confirm pengsan cikgu BM daku!*

Hey Peeps! 

Lets cheer up and have fun! Take care everyone and Assalamualaikum! :)

p/s: kadang-kadang daku rasa tak perlu malu untuk mengakui bahawa diri sendiri hebat! 

77 comments:

Leo "Ricky" Huzair said...

DCB??

My fav too...bru jek lepas makan td.

Btw, tuh makan ke melantak?

nub said...

moh ceria2. moh pukoi makanan!!

hahaha

ILA HonEyBuNNy said...

bersedih pun kena ada tempatnya...;)

nyum3 abc tu.....lama xmakan..ehheh

fatinSQUARE said...

"kehidupan tidak harus ditangisi untuk perkara yang tak patut kita tangiskan!"

awesome ayat ini . elie, I strongly agree with you :)

aiNa yaZiD said...

woah~! tokyo street... huhuhu. it's super duper awesome dear.. tak perlu bersedih untuk perkara yang tidak sepatutnya. Yang lepas biarkan ia berlalu. (^^,).

♥Aien Najwa♥ said...

Yeah dear..i support u ! =)
if clash, selere mkn mmg sntiase ade..hakhakhak..xtau nper kan..kan3??..=) ermmm..tol2..kiter tak perlu malu utk ckp diri kiter hebat..(",)..

Mila Ahmad said...

mila tahu kamu sgt kuat ellie untuk mengharungi liku-liku kehidupan,
i'm proud of yoU dear ^___________^

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

woww.w...chicken chop.. yummmyyy

nFx said...

WAAAA.SONOKNYEEEE

KAMIHIDUP said...

peh, meleleh.

YNA said...

good girl :)

kamu kena sentiasa kuat dear :)
tidak perlu bersedih.. buang yg keruh ambil yg jernih :)

u deserve someone better :)

akak dulu pun x hlg nafsu makan, makin menjadi adalah, ahaha

eRza farEeha said...

kne kuat la..xpe..lupekn kisah lame..bkk buku baru..lgpon ellie muda lg kn...xpe..:)

Azlan Hasan said...

actually tipu laa sape kata dia tak lesih after a relationship is over..itu sebenarnya sifat semulajadi seorang manusia..tapi yang penting what is ahead offering you..bak kata pepatah amerika faveret saya "if someone you love make you cry a river, build a bridge and get over it"..hehe :)

Regards,
-Strider-

Cik tikah said...

elie!!! serius dah single? what happen? terkejut kot.. pape pun, be strong k :)

Syida Shukor said...

Sayang yang satu ini memang kuat, I know!

Zarul said...

jgn sedih ..bnyk lagi benda2 menarik yg awak akan tempuh selain lelaki..kolej,karier,kenkawan,famili didahulukan..jangan dicari 'jantan tak guna' bak kata Adlin Aman Ramli dlam Maharaja Lawak Mega

syafiqakarim said...

benda lepas biarkan lepas.
ok yangg?skang mula hidup baru.
yeay!!! untung masih ada kawan dan keluarga :)

p/s :jgn lalui jln yg da penah lalui :)

Namee Roslan said...

jgn sedih ok elie. ada yg lebih baik menanti :) elie muda cantik and educated...so tak perlu sedih lg ok :)

Afiq Din said...

chill la... life must go on...

*nk komen sikit blog ye... kaler tulisan ngn backgound cm xsesuai la... xkontra... payah sikit nk bace... jgn MARA ye... sharing is caring

cik chinta said...

bole cuci mata elie..jgn cedih2 oke. nti kuyus..x cekci..

cEro said...

Tak salah kalau nak bersedih.
Yg salah bila sedihnya keterlaluan.
Simpan rasa sakit takkan membantu.
Sebaliknya, luahkan supaya segalanya puas dan bebas.
Bertahan.

Iris Asli said...

tu makan ke melantak? ahaha..

anyway, elie ada baaanyak lagi benda utk disyukuri. bukan mudah lagi2 bila hbgn yg putus tu dah bertahun2, tp kalau bukan jodoh tu, maknanya Tuhan nak ganti dengan yang lebih baik.

you are a strong girl elie, i know deep inside elie sedih sgt, but hold on there girl, many people loves you. lagipun elie muda lagi. kejar dulu cita2 tu, love will come when we less expecting it. :)

there must be someone made especially for you. janji ALLAH tu pasti. ;)

nFx said...

@iris asli ;

betul tu, maybe god wanna sent a new one yg lebih suitable...tapi kalau 1st love tu, tenat gak nk menerima...

apapun, hidup kena terus...pandang kedepan...

Elie Lily said...

abg leo..
tu namanya membalas dendam!
abislah pasni kalau ili 'mengembang', paham2 la kan? :p

Elie Lily said...

nub..
jom! aku belanja hang ciken cop! tapi hang tengok je la aku makan, okay? :p

Elie Lily said...

ila honeybunny..
jom makan abc kat kg baru! sedap wehh!

Elie Lily said...

faten..
owh yeah! boleh jadi geng kita neh! :D

Elie Lily said...

aina yazid..
yup! lupakan terus semua kesedihan!

Elie Lily said...

aien najwa..
selera makan perlu sentiasa ada..nak2 lagi elie! hehhe

Elie Lily said...

mila..
im glad u proud of me sayang! :)

Elie Lily said...

CMA..
kesedapan tuh! :D

Leo "Ricky" Huzair said...

Nak makan, makan...x perlu alasan balas dendam ke ape ke..

Makan untuk beri tenaga.

Btw, klu kembang pun....I still can carry u. I'm strong

Elie Lily said...

nfx..
sonok! nak join? hehe

Elie Lily said...

kamii..
abis basah belog elie! :p

Elie Lily said...

kak yna..
hahha..elie dah buang segala kekeruhan tu kak! :)

Elie Lily said...

erza fareeha..
for sure elie kuat kot! trust me sayang! :)

Elie Lily said...

azlan..
haha..elie dah berenang2 dalam sungai air mata tu semua tau! :p

Elie Lily said...

tikah..
da hampir sebulan single sayang! :D

Elie Lily said...

syida..
i memang kuat sayang!
dont wori! :)

Elie Lily said...

zarul..
yeah! i muda lagik kan.. :)

thx bro!

Elie Lily said...

iqa..
untung ada kawan seperti kamu juga! :)

Elie Lily said...

afiq din..
skrg dah tukar background..so dah boleh baca kan? :p

Elie Lily said...

namee..
eh, blushing nih! thx namee! :)

Elie Lily said...

cik cinta..
tapi elie mmg tak cekci! hehe

Elie Lily said...

cero..
elie tak seperti bro tahu? but dont wori..elie ada powerk kot! heheh

Elie Lily said...

iris asli.
true! bnda yg dah leas, jngn dikenang kan..im stronger enough sayang! btw, thx for support me! :)

Elie Lily said...

nfx..
sebab first love la payah sket..hehhe..
tapi okay je..hidup ini panjang lagik kan. :)

Elie Lily said...

abg leo..
abg tak cukup kuat untuk carry elie! elie 46 kg! pfft!

Leo "Ricky" Huzair said...

deyh...jgn pandang ini orang sebelah mata ok?

eh, berat Ily kurang 1kg jek dr I...

Kite serupa la....3 di depan, berat pun hampir sama.

Cume Ily x cukup kuat..miahahahaa

Elie Lily said...

abg leo..
peh! abg 47kg je?
mesti kurang berat badan ni kan?

pergi tambah berat dulu la abg, before angkat elie! ceh!

Leo "Ricky" Huzair said...

yerp....sedang berusaha la ni.

hey even I'm 10kg lighter than u pun I still can carry u ok?

Elie Lily said...

abg leo..
yeke? tak koottt! hahaha

Leo "Ricky" Huzair said...

meh arr try...

Elie Lily said...

abg leo..
tak mahu! suka hati nk carry elie! eh, mintak izin umi abah dulu la!

Leo "Ricky" Huzair said...

I will gladly do that...

cume Ily yang tak benarkan...

Elie Lily said...

abg leo..
ili dah cakap, usaha sendiri..orang lain boleh buat, tanpa pertolongan dari ili :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Ok noted..!!!

Elie Lily said...

abg leo..
yeay! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Btw, the truth is (nak ngaku ni)

Lupe direction rumah hari tuh..

T-T...skrg diorg dah pegi Korea plak..

Elie Lily said...

abg leo..
tak sebenarnya apa motif nk angkat anak dara org? sumpah tak paham seyh!

Leo "Ricky" Huzair said...

Oh lupe nk bgtau.

bkn kes angkat, skrg kes dating...

ok? bukan angkat2 lagi...

Elie Lily said...

abg leo..
dating? eh, abg penah ajak ili dating ke b4 ni? laaa..tak pasan pulak!hehe

Leo "Ricky" Huzair said...

Ok. Agak saket, agak terkilan. :(

Elie Lily said...

abg leo..
owh! elie belajar satu lagi benda!
senang terkilan! owh!

Leo "Ricky" Huzair said...

Ily kne tau satu benda lagi...

I'm a very good actor...lalalalaal~

nFx said...

@elie;

kena isi borang xnk join...hehhe...biasa la tu, find the things dat can make u smile dudesss....hehe....jungle trekking...huehuehue

Elie Lily said...

abg leo..
tau! sebab tu dapat belakon dalam Send Ur Heart To Me kan? :)

Elie Lily said...

Nfx..
hahha..Elie duk dpn lappy, layan belog pun buat elie senyum. :)

nFx said...

elie ;

jgn senyum lelama...kekgkn terkezut org kt tepi...hehehe

Leo "Ricky" Huzair said...

Yang itu......KELAKAR

hahahahah

Juaini Juliet Jamaludin said...

Ili, kau dah putus ke dengan bf kau? Kenapa?

Elie Lily said...

nfz..
ala..kalau org terkejut, Then elie kenyit la mata kat dia! haha

Elie Lily said...

abg leo.
:D

Elie Lily said...

Juaini..
cite lama, malas nk ungkit da! :)

nFx said...

elie :

hahaha..kalau dia kenyit balik mata kt elie.ap elie nk buat? heeee

Elie Lily said...

nfx..
elie cakap la..
Eh, mata awak sakit eh? :p

nFx said...

elie ;

eh eh eh, elie kenyit mata kt kiterrr kerr...hahaha...xsakit, cuma ada habukk...nk tlng tiup?? hahaha