Friday, November 11, 2011

Cerita Tentang Hati!

Salam kalian... :)

Bila difikirkan, kehidupan seorang gadis bernama Elie ini tidaklah semudah yang disangkakan...beliau sering saja perlu melalui kehidupan yang agak berat namun adalah suatu lumrah dan asam garam hidup baginya kerana setiap perkara yang berlaku terhadap beliau itulah yang menjadikan dirinya seorang matang, hebat  dan lebih memahami erti HIDUP sebagai seorang gadis! :)

Adalah suatu penipuan terbesar untuk beliau mengatakan tidak pernah menangis dengan dugaan-dugaan yang datang! tapi kata orang, lebih baik menangis dari memendam! betul bukan? 

Ditinggalkan kekasih bukanlah suatu perkara yang akan disesali hingga ke akhirnya, namun, memikirkan tentang perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang adalah perkara yang tidak pernah berhenti bermain di dalam benak fikirannya! contohnya, kisah Atan yang sering kali melintas akal fikiran sendiri! dan suatu yang pasti... Kehilangan! perkara itu yang paling ditakuti untuk gadis bernama Elie ini!

Tidak pernah mendoakan perkara yang tidak enak berlaku dalam kehidupan seharian, namun kerja DIA yang di atas, tiada siapa boleh melawan kan? jika begitu yang diaturkan, itu yang akan hambanya terima! jika begini yang dimahukan, itulah kita akan lalui nanti! namun syukur, iman di dalam hatinya tidak pernah terbabas atau melawan arus! mungkin itu kekuatannya yang satu dan tidak terdapat oleh orang lain! ;)

Sedar akan kehidupan ini adalah sementara, beliau sentiasa percaya bahawa kehidupan yang sebegini hanya perlu dilalui dengan penuh rasa tabah, sabar dan setiap kekuatan yang ada dalam diri, harus digunakan sebaik mungkin sebagai senjata hidup! Mereka yang lain mungkin menganggap dia seperti gadis biasa, namun cukup untuk dirinya sendiri berkata bahawa dia juga Hebat dan Kuat! 

dan Elie, gadis yang tahu di mana kekuatan dan kelemahannya! tidak pernah kenal erti kalah, walaupun beliau tahu beliau mungkin bakal kalah dalam sesetengah perkara, namun kekuatan dirinya, jangan diperlekehkan sebegitu rupa, kerana yang tahu siapa dirinya adalah Elie dan Dia yang di atas sahaja! ;)

Senyumlah Elie! kerana senyum itu kekuatan kau yang satu! dia tak berpura-pura dengan senyuman, kerana kadangnya dia sedang berperang dengan dirinya sendiri! 

Jarang untuk menceritakan kisah hatinya secara umum, kerana lebih mudah untuk memendam sendiri, namun  benar kata orang, lebih banyak dipendam, lebih sakit kan? tapi dia tahu, apa yang belaku pada hari kelmarin, semalam, dan hari ini, semuanya baru bermula..cabaran yang lebih besar bakal ditempuh untuk hari yang mendatang! jadi Elie, kuatkan hati dan semangatmu, kerana kau tahu kau boleh lalui kehidupan ini dengan jayanya! :)

Hey Elie, usah gentar dengan kegagalan yang mendatang, hadapi saja dengan tenang! bukan kau seorang yang sedang berperang, malah ada yang di luar sana, sudah menyerah sebelum berperang! jadi berbanggalah dengan diri sebagai seorang gadis bernama Elie! kerana kau pasti akan berjaya pada hari akan datang! :)

dan apa yang lebih pasti...

 Dia yang di atas tahu apa yang terbaik untuk umatnya!

betul tak semua? :)

p/s: Sejak bila daku berani bercerita tentang soal hati sendiri dengan orang lain pun, tak tahulah! :D

71 comments:

Leo "Ricky" Huzair said...

YYesssss...!!!

Org first lagi...

Leo "Ricky" Huzair said...

Tp jap...gambar tuh cantik sangat...sangat sangat sangat cantik...

Thumbelina Iena said...

Orang tabah je boleh senyum tanpa perlu berpura-pura ;)

stay strong dear =)

Pocket said...

sis,
seriously, sidia yang melepaskan kamu, adalah amat rugi..
and prove this sis..
prove it that he is the 'rugi' one :D

memang lah idup ni banyak cabaran.
n kamu yang selamat sampai sekarang adalah bukti kekuatan kamu^^

syafiqakarim said...

dah,tuhan mengatur kan perjalanan hidup mu yg lebih baik.
masa saja perlu di tunggu.

eh,blog wajah baru.lagi comel.

munirah said...

haha ayat agak dramatis ye elie :D btw, Allah sentiasa beri ujian dekat hambanya agar mereka tabah dan makin kuat ! :) and and and DIA maha mengetahui sesungguhnya setiap dugaan itu hambanya pasti dapat harungi dengan baik :)

p/s : owhhh dah macam bunyi ceramah mak i dah --' haha

Anonymous said...

but you are not alone ,
for im here for you ,
and thought we re far apart ,
you always in my heart ili fazrin :)

Cik tikah said...

bila kita x ditemani seseorang yg tersayang, kita akan bljr utk hdup dgn lebih tabah .believe me :)

myu said...

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang kita merasakan dia yang terbaik untuk diri kita. Tapi sebenarnya tidak. Allah memberikan seseorang yang terbaik untuk diri kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita :)

Aliff Haikal said...

senyum pengubat kedukaan :)

Anonymous said...

tulah sape suh wat twitter kan dah berani bercerita soal hati. haha dua bende cantik nak komen.
first:blog baru cantik. simple but nice
sec: gamba tu cantik. senyum lebar gila. bape lama nak edit gamba tu? haha

p/s : Yeah!!!

nub said...

aku tak pernahnya nak berani lagi. hihi.

apa-apa pun, ini yg perlu utk diri hang. cuma pandai2 jaga landasan naa elie =)

Iris Asli said...

no worries dear, you have your friends out there, and virtually ; here! tak baik pendam2, tak baik utk kesihatan. say it out loud okey? i feel you.

nak tau sangat2 what really happen, but maybe its better to keep by yourself je semua tu kan. hehe :P

Syuhada said...

senyum bila dugaan mendatang...jgn cepat melatah..stiap yg brlaku ada hikmahnya.. =D

eyida said...

sabar ye..setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..tabahkan hati ye..:)

sugar2 kapas strawberry said...

Allah buat something itu bersebab,

Namee Roslan said...

elie!! omg...saya suka gila wajah baru blog u nih!! clean and seronok nak baca. n gambar yg you letak pun nmpak sgt menyerlah !!suka suka !! :) hihihih. suka sgt. tergedik skit. hehe.

em soal hati, sangat sensitive tp kalau nk relate pd cinta, ada sakit dan ada yg menggembirakan. Allah je yg tahu the best for us :)

FarhanahAdzlan said...

pasti ada hikmahnye stiap apa yg berlaku=)

fadh leyanie said...

yeah,,Elie kuat semangat,,perempuan mana boleh lemah semangat ! :P

Elie Lily said...

abg leo..
untunglaa..org first selalu! :D

Elie Lily said...

abg leo..
mungkinkah sebab tuan belog ini? hehhe

Elie Lily said...

iena..
kita sama-sama kat okay sayang? :)

Leo "Ricky" Huzair said...

hurm...sbb rambut dier and dier senyum.

anything for u dear....

Elie Lily said...

pocket..
boleh tak kalau nak cakap selamat jalan pada beliau yang melepaskan elie tu? hahha

Elie Lily said...

iqa..
comel kee? time kasih sayang! :)

Elie Lily said...

mun..
betul! dats y elie cakap elie makin kuat! :)

Elie Lily said...

sayang..
i tau u sayang i!
i sayang u lebeh! hahah

<3

Elie Lily said...

tikah..
yup! dats y elie makin kuat dari hari ke hari! :)

Elie Lily said...

myu..
betul! n elie sentiasa percaya pada perkara yg satu itu! :)

Elie Lily said...

alif..
nmpk tak elie tgh senyum lebar ni? hehe

Elie Lily said...

anon..
aku tahu kau along aku! kan?
hahhaa

Elie Lily said...

iris.,
nnt one day kalau terjumpa, kita bergosip okay? hehe

Elie Lily said...

syuhada..
itu yg elie sedang lakukan sayang!

Elie Lily said...

eyida..
gadis ini sentiasa kuat la sayang! :)

Elie Lily said...

sugar-sugar..
betul!
percaya saja apa yang dijanjikan! :)

Elie Lily said...

namee..
im glad u loved it sayang! :)

soal hati dan perasaan ni, tak perlu dikisahkan sangat sebenarnya sayang, kan? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)

Elie Lily said...

farhanah..
betul! time kasih sayang! :)

Elie Lily said...

fadh leyanie..
big girls dont cry laa! :)

Elie Lily said...

abg leo..
muka sem 3! gmbar lama! tak payah cite banyak la! rasa muka macma dull gile time ni! pfft!

cEro said...

don't worry laa darling, akan ada saat bahagia yg bakal tiba.
kalau kita percaya, dan terus meletak harapan, tiada yg mustahil..

Leo "Ricky" Huzair said...

Ape dull pulak?

smlm bkn main bangga....

Scya Lollita said...

senyum kak elie senyum (':

eRza farEeha said...

go ellie2...tabah ye!..:)

Elie Lily said...

nub..
betul! sentiasa menjaga landasan utk berjaya! thx nub! :)

Elie Lily said...

cero..
eh bercakap berdasarkan pengalaman sendiri nampak? :p

Elie Lily said...

abg leo..
bising la abg nih!
hehehe

Elie Lily said...

scya..
biro disiplin mana boleh senyuummm! heheh

Elie Lily said...

erza..
sentiasa tabah sayang! thx yaw! ;)

Leo "Ricky" Huzair said...

I'm not gonna stop until your ears bleed love...!!

hah...!!

Elie Lily said...

abg leo..
jgn bermain sama saya wahai cik abg.. :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Begitu juga kamu...u don't know me yet

Elie Lily said...

abg leo..
abg yg tgh bermain elie..
elie dah cakap dari dulu.. :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Jadi jangan mainkan saya, tak baik...

Elie Lily said...

abg leo..
saya tak mainkan anda..
dan saya tak mainkan siapa2..
anda yg sedang bermain dengan permainan ini..

Leo "Ricky" Huzair said...

Hehehe...jangan nak mengarut.

tiada permainan kalau tiada pemain

Elie Lily said...

abg leo..
ada..hari abg yg cakap..selalunya master tak main..dia memerhati je..
so abg rasa dalam konteks ni, sapa pemerhati, sapa pemain? dan siapa akan kalah, siapa akal menang? hum?

seronok bnda ni rupanya! :p

Leo "Ricky" Huzair said...

kan? seronok kan?

ntah la, tak tahu...ye kot.

Nanti I write a post about this...
Bertajuk.

"King & The Player"

Elie Lily said...

abg leo..
okay! nanti ili stalk belog abg macam selalu..owh! seperti banyak kisah tentang ili di situ! awww! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Jangan perasan sangat boleh?

mintak elok2 ni...:)

Elie Lily said...

abg leo..
owh bukan pasal ili eh..
mungkin ada orang lain ceritanya lebih kurang ili la kan..anggap saja begitu la..hehhe

Leo "Ricky" Huzair said...

ciss.....!!

Elie Lily said...

Abg leo..
senyummmm! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

sedang senyum la ni...dah macam joker

Elie Lily said...

abg leo.
elie tau..macam joker! :p

Leo "Ricky" Huzair said...

Joker tak joker asalkan sweet kn P?

Elie Lily said...

abg leo..
tak sesweet abang dann! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Abg Dann manis...

sweet is for me...

Elie Lily said...

abg leo..
erk? tapi abg dann manis dan sweet!

Leo "Ricky" Huzair said...

Ok la Ily...

I accept.

Everybody's sweeter than me for u...

Elie Lily said...

abg leo..
wah! hahha!

Leo "Ricky" Huzair said...

:)