Monday, November 14, 2011

Bila Nak Kahwin?

Salam kalian... :)

Dalam tempoh umur daku 20 tahun ni, ada seorang lah tiga empat orang rakan-rakan daku sudah bergelar bergelar tunangan orang dan mungkin menanti detik bersejarah mereka! Memang agak muda, tapi kata orang, kalau dah jodoh, tak boleh nak buat apa kan? lagipun, perkara yang baik, kenapa perlu dilambatkan! betul?

Tapi kalau kau tanya daku, Bila Mahu Kahwin?, agaknya macam tak sesuailah pulak kan soalan tu dengan keadaan sekarang! baru saja menjadi solo kan? hihihi...dan kalau ikotkan pun, daku memang tak boleh dan kurang gemar kalau nak kahwin muda! sebab umi awal-awal lagik dah warning!

Kalau tak habis belajar, jangan gatal-gatal nak kahwin!

Ha! kau nak kena smackdown dengan umi daku yang satu tu, try-try lah masuk pinang anak daranya yang sekor ni! Kakya pun kena tunggu habis degree baru pikir pasal tunang dan kahwin ni bagai, apatah lagik daku! memang nak kena lempang laju-laju kalau esok lusa cakap nak menikah!

 teehee! :D

Daku kena ikot turn kalau nak kahwin! biarlah yang sulung lepas dulu...baru daku ikot jejak langkah beliau ya? itu pun kalau ada rombongan nak masuk meminang laa! hehe!

Dan percaya atau tak, kalau kami pergi kenduri kawen anak-anak kawan abah atau umi je, mesti akan ada soalan tentang Bila Nak Kahwin? macam semalam, pergi ke majlis kawin seorang anak kawan abah, soalan macam tu jugak kami dapat! tapi harus kakya lebih banyak yang bertanya, sebabnya beliau sudah seperti akan ada bau nasi minyak saja nanti..daku ni, mungkin bau asap hangus dari kuali nasi minyak saja! kan-kan? heheh

 Dah lama tak makan nasi minyak, macam tak sangka pulak daku boleh licinkan semuanya dengan segembira habis! mungkin kempunan nak makan nasi minyak diri sendiri kot! eh? :p

waktu paling serius dalam hidup adalah waktu makan daku! jadi sape-sapa nak jadi kawan daku, jangan pelik kalau kau tengok daku makan senyap je..sebab daku makan dengan menikmati setiap perasa dalam hidangan! konon-konon nak masuk Masterchef tahun depan! phew! :p

Biasalah, kalau dah jumpa rakan-rakan lama, haruslah ada saat jejak kasih kan? umi dulu satu tempat kerja dengan abah, then bila dah kena transfer tempat lain, mesti lama tak jumpa kawan-kawan lama! dan bila dah  jumpa ramai-ramai macam kat majlis semalam, memang semput lah asik nak kejar semua orang suruh amek gambar ramai-ramai! lepas tu, mula la sesi tag-mengetag gambar kat fesbuk dan laman sosial yang lain! kan-kan? haish! hebat betul teknologi zaman kini! :D

ni baru suku kenalan lama yang sedang dalam program jejak kasih! kalau dah jumpa semua, tak tahulah daku bape ramai jumlahnya! okay, umi dan abah,.sila buat reunion cepat! hehe 

Rasanya, mungkin kalau menjadi anak dara, sering saja ditebak dengan soalan tentang perkahwinan..kalau dalam family daku belah umi, ramai anak dara compare tu lelaki..dats why daku boleh ngam dengan semua kezen-kezen daku..sebab anak-anak dara ramai..tapi bila masuk bab kawen, macam sorang-sorang terkulat-kulat nak jawab, seolah-olah tengah pikir fomula buat paper addmath! ceh!

perhatian! yang dua orang free hair tu, baru je jadi solo! jadi mereka masih menanti kumbang yang setia! yang pakai tudung tu..rasanya esok lusa adalah kot bunyik kompang dari rumah kami nii! betul tak kakya? heheh

Daku rasa dari dulu daku memang tak berkenan sangat cakap soal kahwin muda-muda gini, sebab banyak benda daku nak kejar lagi dalam hidup! tapi bila makin dewasa dan kenal dunia, kadang-kadang ada jugak terpikir tentang masa depan! alamak, lupa pulak diri ni dah jadi single! buang karann je pikir soal kahwen time-time macam ni kan? hahha

Nanti kalau daku kawen, nak jugak beg goodie macam ni! Simple, but nice! tak payah serabut-serabut letak macam-macam dalam tu..just muffin for adults, and popcorn for kids! siaaapp! :)

Semalam tengok pengantin, daku tanya pada diri..kalau daku kawin, agaknya macam mana eh? muahaha! eh, sumpah tak paham asal asik tanya diri sendiri macam tu semalam! hilang akal agaknya! ahahah

TAHNIAH kak tilla dan pasangan! Semoga berbahagia sampai bila-bila! eh, kalau tengok husband dia, macam muka Fizo Omar, tapi versi chubby sket kan? :)

Apa-apahal pun, soal jodoh, perlu letak ke tepi dahulu,..banyak lagi perlu dipikirkan selain kahwen! tak boleh langkah bendul jugak sebab kena tunggu kakak sendiri selamat bersama dengan bakal suami, baru daku boleh pikir pasal diri sendiri pulak! dan ummi...memang orang pertama daku perlu rujuk dahulu kalau nak cakap pasal kawen ni bagai! hihihi

semalam daku terdengar umi cakap..kalau kawen, pakai duit sendiri! alamakkk! umii...tolong jangan buat anak dara mu sebegini! poket daku kosong tak berisi! takkan nak harapkan duit dari tabung PT? hihi..

Btw, mungkin sekarang belum saat yang sesuai untuk pikirkan tentang perkahwinan.. daku study pun tak selesai lagi, takkan sesuka hati nak pikir pasal kawen kan? lagipun soal jodoh semua kan tugas DIA yang kuasa! tak boleh campur tangan sesuka rasa saja! kalau ada jodoh daku kawin, adalah kad jemputan untuk semua! siapa yang tak nak kawen kan? kan? kan? :D

Hey! ada sesiapa nak praktis jalan macam pengantin dengan daku? kalau tak takut kena sidekick dengan umi, marilah cepat ajak daku pegi dating kat taman bunga! hihih!

Ehem! kalau nak tahu, dulu daku pernah terpikir, waktu umur 24 tahun, daku dah get ready untuk kawen! dan bila time 26 tahun, anak dah ada 2 orang! tapi bila pikir-pikir balik sekarang ni, macam tak berani je nak target umur berapa patut kawen! heheh

eh! kejap! rupanya umi skodeng belog daku?? 

OmaiGoddd!~

p/s: Daku tak berani cakap tak suka kawen awal..tapi selalunya perkara yang kita tak suka tu yang sentiasa terjadi kan? jadi baik jangan cakap pasal kawen sekarang! teehee!

36 comments:

syafiqakarim said...

itulahhh.kwn kwn kite semua dah gelar tunangn org,kawen -.-
tp,yg sebaya kita semua blum la.
nase2 :p ala,kakak kite umur 24 pun still single.lek luu :p

kawen jemput tau

Ihsan Arifin said...

takpe kawin lambat sikit. dapatkan jodoh yg terbaik bukan main tangkap muat je :)

Thumbelina Iena said...

dia yang comel berbaju kurung. takpe, kite kawen lambat, yang penting kawen dengan orang yang terhebat!

yapsukatido said...

amboiii ♥

tunggu and besabar ehh syg :P

eyida said...

habiskan study dulu baru fikir pasal kawen..hehe..

YNA said...

baik habiskan study dulu dear..

xdala kelam kabut sgt nanti :)

fatinSQUARE said...

hehe . dah sampai waktu nanti ellie jumpa lah tu dgn bakal suami :)

Elie Lily said...

iqa..
hahha,.lek lu kan?
elie pun tak nk pikir kawen2 lagik la! tunggu ada orang masuk pinang, baru boleh anta kad jemputan..heheh

Elie Lily said...

ihsan arifin..
betul! kawen bukan untuk 2-3 bulan je..kan? ;)

Elie Lily said...

iena..
setuju! tapi yg pasti, iena kawen dulu dari elie la,kan? hehe

Elie Lily said...

sayang..
u nak masuk pinang ke?
hehehe

i ♥ you <3

Elie Lily said...

eyida..
haruslah habiskan study dulu kak..:)

Elie Lily said...

yna..
betul! taknak commit dengan bnda2 macam ni time muda2..hehhe

Elie Lily said...

fatin..
hope so..
heheh :D

♥ p a a n i ♥ said...

yeayyy..aku dh habis blajar boleh kwen x?

Fara E's said...

tliur plak nak mkn nasi minyak , haha

myu said...

Eh samalah kita. Orang sekeliling selalu tanya bila nak kahwin. Macam lah kita ni dah tua sangat. hihihi

namumora akime said...

kawen kawen kawen

sugar2 kapas strawberry said...

ckp sal kawen..hari tu g umah kwn masa raya haji..tumpang umah dia sbb tak balik kg sendiri..then ada org tny mak kwn..sy ni menantu family dia ke..ahahha..so mknanya sy ni dah boleh kawen la

Azlan Hasan said...

hehe..releks jer..walaupun da 27 ramai gak batch i pompuan yang tak kawin..its okay to wait 4 a while..lgpun kawin is not about age..yang penting "are u ready"...hehehe :)

Regards,
-Strider-

Ihsan Arifin said...

tahu takpe. kawin ni ntok berpuluh-puluh tahun lameeee tuuuuuu haha. btw, tenkiu doakan bertemu insan yang bisa menambat hati itu :)

.diannorhayati. said...

hihi. kalau boleh nk kawen ni tp tp duit tak cukup ni :p

Leo "Ricky" Huzair said...

Kawen bukannya istilah awal atau lambat,

sedia atau tidak,

Tapi sebenarnya mahu atau tidak....

Mahu usaha, sure tuhan tolong punya...

Elie Lily said...

paani..
hahha..dah ready ke?
kalau dah read, boleh laa! hehe

Elie Lily said...

Fara E..
cepat-cepatlah kawen! :p

Elie Lily said...

myu..
hehehe! tula! elie baru 20!!!
hehee

Elie Lily said...

namumora..
jom kawen! haha

Elie Lily said...

azlan strider..
lelaki kawen lambat takpe..pompuan takleh! heheh

Elie Lily said...

lynn..
hahha! lyn kawen nanti, jgn lupa elie tauu! hehe

Elie Lily said...

ihsan..
haa..dahbertemu nnt, jgn lupa bg credit kat elie tau! hehe

Elie Lily said...

dian..
masalah duit satu hal besar gak kena pikir b4 kawen! ehhe

Elie Lily said...

abg leo..
esok nak kawen! tapi takde org nak masuk pinang lagik, g mana seyh?

Leo "Ricky" Huzair said...

faham tak erti usaha?

Elie Lily said...

abg leo..
apa yg usahanya?
takkan pompuan pergi pinang lelaki?

Leo "Ricky" Huzair said...

Berdoa itu bukan suatu usaha ker?

Doakan dapat lelaki yang baik, cukup makan dan pakainya, sihat...

Disamping sendiri upgradekan nilai diri, tambahkan ilmu & kecantikan luar dalam.

Konteks usaha ni Ily, BESAR..!!

Elie Lily said...

abg leo..
upgradekan diri sendiri?
tak payah...
kalau org tu nak ili, dia akan terima ili seadanya kan.. :)