Friday, November 25, 2011

Suka Dan Duka, Permainan Hidup!

Salam kalian... :)

Memikirkan hal MUET memang buat keadaan diri sendiri tenggelam timbul dan menggelabah ayam!

Kau ingat lepas speaking test untuk MUET tempoh hari selesai, daku dah boleh terus bersuka ria dan bermaharajalela macam anak beruk dapat pisang? owh tidak sekali-kali! perkara yang sentiasa dipikirkan dalam kepala otak adalah apa yang akan berlaku dan apa yang bakal dijawab di kertas exam! haih!

sehari sebelum exam dah buat diri tak senang duduk! study sampai lewat malam, konon-konon khuatir soalan tak seperti yang diharapkan! pagi-pagi lagi dah cari buku, letak depan mata, tapi bukaknya haruslah tidak! Haha! owh! janganlah salahkan candidates pemalas macam daku ni, kalau siaran televisyen asik tak henti-henti tunjuk siaran langsung Sukan Sea! kata penyokong tegar sukan Malaysia, haruslah jadi cheerleader sementara di depan tv rumah, kan? teehee! :D

bila dah jam berdetik dari pagi sampai ke malam, masih tak sedar diri bahawa esok perlu berperang di dewan exam, barulah terhegeh-hegeh nak bukak buku, baca balik segala apa yang memang bersarang dalam kepala ni! sadis gila bila teringat pikir awal-awal dulu, taknak study dan prepare! dah last minit, mulalah kelam kabut dan kepala tintong sendiri! padanlah muka kau, wahai Cik Elie Lily!

dan haruslah bila dah menggelabah ayam sorang-sorang kat rumah, study for sure sampai lewat pagi! ceh! bajet kiutlah kalau pergi dewan exam dengan mata lebam macam panda pada esok pagi! *Mari ramai-ramai cakap Booo!* 

agak-agak perlu bangga tak dengan semua benda di atas meja ini? haruslah boleh! daku dah settle Muet kot! wish me luck for the result nanti tauuu! kalau berjaya dengan cemerlang, daku belanja sorang-sorang aiskrim malaysia dari kedai Cik Kiah! ngeee! :D

dan semestinya perkara paling ditakutkan akan keluar pada section esai betul-betul menjadi! berkaitan percentage dan pie chart! argh! sumpah memang demmm! sudahlah topik yang diharapkan tidak keluar pada esei, pulak tu boleh tertidur lena selama 15-20 minit waktu jawab reading test, dengan kepala ditongkatkan tangan di atas meja! hah! boleh bayangkan macam mana comelnye budak kenit ini pada waktu itu? mueheheh!

nasib baik semuanya berjalan baik walaupun sempat tertidur dan menguap sehingga beberapa kali waktu menjawab semua paper! dan ubat paling best untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat ketika menjawab test, pastinya mengunyah gula-gula getah! yeahhh! *perhatian semua! jangan tiru aksi yang memalukan ini ya? tidak elok untuk pandangan umum!* 

teehee! :D

dan begitulah cerita muet berakhir! habis sahaja exam, kepala sudah fikir untuk perjalanan ke Kota Singa pada hari ini! tak menyempat-nyempat hendak membayangkan bagaimana keseronokan kali kedua menjejakkan kaki bersama keluarga ke Universal Studio di Singapore nanti! heee! pada semua yang hendak mengirimkan apa-apa dari Kota Singa, boleh lah buat kiriman wang pos pada daku ya? 

For Sure, No Money No Talk, brother! :D

Owh! tapi perkara biasa dalam kehidupan bila gembira kita akan terhenti sementara, kerana itu semua kerja DIA yang Kuasa! adik kenit ku dimasukkan ke hospital kerana jangkitan virus di paru-paru! patutlah tidurnya berdengkur mengalahkan orang dewasa! hurm! bagaimana hendak bersuka ria bersama jika melihat si kenit itu masih perlu dimasukkan gas sentiasa di hospital? :(

People, pray for my little sista ya? Hope she'll be fine and strong enough with it! Harus juga berharap beliau cepat sembuh, jadi dapatlah kami sama-sama bergembira di Kota Singa minggu ini! kami sudah berjanji untuk bergadoh mesra di Singapore nanti! tapi kerja tuhan, siapalah kita untuk melawan kan? owh hati, kuatkan semangat keluarga dan si kenit kesayangan itu! 

T________T

 
Woit Joyah Kenit! Cepat baik tau! Kata nak ikot pergi Singapore?! Kalau tak baik, tak dapatlah jumpa Kungfu Panda dekat Universal Studio! kan aritu kakak dah janji nak main sama-sama dekat Universal Studio sama-sama? Cepat baik tau adikku! :(

Begitulah kehidupan, hitam putih itu permainan dunia...tak semua yang kita harapkan akan mendapat kegembiraan kan? Bila diberikan dugaan, harus ditembuhi dengan sekuat mungkin! dan percaya kepada suatu, bahawa pastinya, DIA menguji kerana rasa sayang terhadap semua umatnya, dan tentulah kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk umatnya!

betul tak semua?

Btw, semoga semua perjalanan daku dan keluarga ke Kota Singa baik-baik sahaja dan adikku sembuh cepat! nanti pulang dari Kota Singa, kita berjumpa lagi di alam maya ya? janji tauu!

 Take Care and Happy Friday people! Assalamualaikum! :)

p/s: Hey you! Im gonna miss you! :(

Monday, November 21, 2011

Bonus Dalam Percintaan!

Salam kalian... :)

Seorang kawan pernah berpesan...

"Elie, nanti kau nak ada boyfriend, pilih yang boleh sayang kau lebih dari kau sayang dia tau!"

Hey! Betul bukan dengan pesanan kawan itu? Sebab? Lebih baik memilih seseorang yang kita sudah tahu betapa dalamnya rasa sayang beliau kepada kita, bukan hanya kita sahaja punya rasa terhadap beliau tanpa beliau ada rasa kepada kita, setuju? Atleast, kau dah tau dia punya rasa kat kau tapi kalau kau pergi kat orang yang kau saja cinta, so macam mana kau nanti?

Dan kau rasa kalau kita memilih seseorang itu dengan satu perasaan dari kita sahaja, tidak dari kedua belah pihak, adakah perhubungan itu akan berjaya? Hah! tak perlu bagitau jawapannya, sebab daku rasa kau semua punya jawapannya sendiri kan? 

Dan pastinya dalam memilih pasangan tak payahlah nak menjadi seorang yang terlalu cerewet! Hello! kadang-kadang  bila diri sentiasa hendak mencari seorang yang sempurna, kita akan mendapat orang yang tidak seindah mana! percaya atau tidak, memang itu peraturan hidup! dan siapa kita hendak menilai kesempurnaan orang itu? diri sendiri pun tak sempurna mana, kan?

daku sendiri sentiasa beringat, agar tidak menjadi seorang yang terlalu memilih dalam mencari pasangan, sebab, perkara pertama adalah melihat diri sendiri dulu..tak payah nak pilih lelaki yang hensem dan duit berkepok sangat dalam poket! pasti bukan itu yang menjamin kehidupan sebagai pasangan nanti!

sebenarnya kalau ada boyfriend hensem, itu lebih berbahaya tahu? sebabnya, nanti kalau ada boyfriend yang hensem dan wallet poket berat memanjang, tak mustahil ramai orang yang jeles dan harus akan sentiasa yang bakal mengendeng! karang nak sangat ada boyfriend hensem, tetiba dapat tahu, dia ada 10 scandal yang lain, haa..tak ke terngaga kau nanti?

tapi kalau dah dapat boyfriend yang boleh sayang, cinta dan rendu kau sepenuh hati tu, then hensem macam Zac Efron pulak, mungkin bonus lah bagi kau kan? sebab susah nak dapat boyfriend yang punya segala-galanya! jadi kalau dapat boyfriend tak hensem pun, terima saja! yang penting dia sayang kau! :)

Hai Elie! i cinta kat u! boleh kita pergi date? eh? blushingnyee iii!!! :D

and people, betullah kata orang, tak semua insan di dunia ini sempurna kan? yang penting, dalam memilih seseorang, tidak perlu melihat rupa dan harta, tapi keikhlasan hati dan rasa sayang dalam menjalin perhubungan itu adalah sebaik-baiknya! 

kalau ada lelaki itu ikhlas nak menjadi pemilik hati kau, dia pastinya akan terima buruk baik kau! kalau kau korek hidung depan dia pun, dia tak kisah, takpun kau kentut bau tembelang sekalipun, dia still tak cakap pape, means betullah tu dia nak bersama kau! Kot lah! :p

paling penting, kalau ingat pesanan dari kawan daku itu, pasti akan menjamin masa depan! baik untuk kau, dan diri daku sendiri jugak! InsyaAllah! Wah-wah Elie, dah boleh jadi pakar cinta nampaknya! kan? 

Teehee! :D

p/s: Daku tak mudah terpikat kat lelaki hensem, tapi kalau cute dan sweet, mungin boleh buat daku tak tidur malam! Eh?? :p

Friday, November 18, 2011

Kerana Cinta, Apa-Apa Boleh Jadi!

Salam kalian.. :)

Kalau kau seorang pembaca belog daku sejak dari azali, kau mesti tahu daku ini seorang pemerhati! Banyak entry daku yang dulu-dulu, banyak berkisar bagaimana daku melihat dan memerhati ragam orang kita dan orang sekeliling! tak percaya, kau godek balik entry daku zaman tok nadong dulu! :D

Semalam, sedang daku seorang diri menanti hujan berhenti di luar Jusco, ada dua orang insan, seorang lelaki dan seorang gadis duduk di sebuah kerusi.. rasanya pasangan kekasih..dari jauh daku dah perhati, duduk berdua, tapi seperti tidak bercakap apa-apa..muka lelaki seperti ketat, dan gadis seakan memujuk..

Erkk? barangkali mereka bergaduh bentak hati daku sendiri..

disebabkan lama berdiri di kaki lima Jusco, ada pulak brader sebelah tu muka macam tak meyakinkan je, jadi daku beralih tempat ke kerusi pasangan kekasih tadi..mula ambil jarak sedikit jauh dari jejaka tadi, daku duduk dan menanti hujan berhenti..ah! terdengar pula ayat-ayat manis pasangan kekasih tadi..

dengan satu pelukan erat dari gadis, dia berkata..

"Awak...Saya sayang awak sangat-sangat! Awak tahu tu kan.."

owh! benar si gadis sedang memujuk! daku fikir, seronok kalau dapat dengar sesi memujuk nih! heheh

tiba-tiba lelaki tadi menolak lembut tangan kekasihnya, lalu berkata..

"Apa awak ni..orang tengok kan.. Saya tahulah awak sayang saya.. tapi tak payahlah macam ni.."

ececeh! seolah-olah beliau sedang bermain tarik tali pulak! hai lelaki, egonya tinggi juga ya? saja nak mintak dipujuk lebih letewww! ceh! masih memasang telinga pada mereka, si gadis berkata..

"Habis tu, awak janganlah macam ni! Senyap je! Saya tak tahu macam mana nak cakap lagik!"

bunyiknya seperti keras, mungkin penat melayan kerenah lelaki!

jadi daku buat andaian sendiri, mungkin ada kisah yang terjadi sebelum ini! tapi takkan pulak daku nak jadi joyah dan tanya kat dorang, "Eh, kenapa bergaduh? Apa yang jadi?" kejadahnyaa! tapi rugi pulak daku tak duduk sebelah mereka awak-awal tadi, kalau tak, harus dah tau cite sebenar! kan? ;p

dan selepas si jejaka bertolak lembut, berdiam lama, membiarkan kekasihnya memujuk hatinya yang konon merajuk, dia akhirnya memegang gadis tersebut dan berkata...

"I LOVE YOU!"

wah! begitu mudah beliau mengungkapkan kata cinta! mungkin kerana sayang, hatinya senang dipujuk, even mula-mula gadis itu seperti bakal berputus asa! hai, dan hati daku bercakap sendiri..

Untunglaa! :D

melihatkan hujan seperti tidak akan berhenti, daku redah saja dan berjalan kaki sehingga ke stesen LRT dalam kebasahan, meninggalkan pasangan tadi. dan sehingga berada di dalam tren, daku masih berfikir tentang pasangan tersebut..

Mungkin kerana cinta, apa-apa boleh jadi! 

Mungkin? dan akhirnya daku tersenyum sendiri! :)

Ini adik kenit kesayangan daku yang paling kecik! kitorang memang rajin bergaduh, tapi tiba-tiba dia cakap I love you Kakak Elie! hah! terkejut daku! hee! I love you too Arissa Nouha! :)

Eh. tiba-tiba daku terpikir, kalaulah semua pasangan dalam dunia ini seperti pasangan sebelah daku semalam, pastinya dunia ini tidak akan ada perpisahan dan penceraian kan? wah! bagusnya kalau begitu! tapi itu cuma kalau! masalahnya tidak akan pernah benda sebegitu terjadi! kan? :D

p/s: Daku susah jatuh cinta, tapi bila sudah jatuh cinta, daku susah untuk melepaskannya! Untung sesiapa yang daku cinta itu! eh? Apa kau cakap ni Elie! :p

Wednesday, November 16, 2011

Gadis-Gadis Kesayangan!

Salam kalian... ;)

Antara sebab lain untuk daku tersenyum sentiasa adalah kerana mempunyai gadis-gadis kesayangan di sekitar daku! mempunyai perhubungan yang baik bersama sepupu-sepupu yang bergelar anak gadis sememangnya boleh membuatkan diri ini tidak pernah sunyi dari bercerita tentang kehendak diri! :)

ini namanya Ila..beliau antara sepupu kecil yang boleh dipanggil adik, tetapi fizikalnya seperti menampakkan beliau adalah kakak! peh! apasal daku kenit sangat pun tak tahulah! *nangis sedu sedan!*

Kami susah nak jumpa,  sebab masing-masing sedang stady dan bekerja..jadi bila dah jumpa, memang tak boleh renggang! dan percaya atau tak, dengan adanya gadis-gadis kesayangan, daku boleh ajak mereka beronggeng ke mana-mana sahaja sebab kan kata gadis kesayangan? sebab tu siap boleh turun ke KL lepas balik dari kenduri kawen tempoh hari! untung kan? Jangan jeles semuuaaa! :p

woah! first time turun ke KL dengan berbaju kurung! amek kau! kata teringin jadi perempuan melayu terakhir kan? inilah masanya! yeay! :)

konon-konon nak turun Times Square membetulkan telefon yang sudah hampir seminggu tidak sihat saja, tapi biasalah, perempuan bila dah keluar rumah, biasanya mana tak melencong, walaupun sekejap! harus masuk kedai itu dan ini! kalau tak beli, sekadar cuci mata pun boleh la labuuu~

 kalau kau nampak ada budak kenit pakai baju kurung tengah posing kat depan kedai Daiso Japan, Pavilion tu tempoh hari, sah! Daku lah tuu! *tutup muka dengan bantal..Maluuu!*

 dah kata perempuan..macam nilah kejenya! nak-nak lagik kalau kamera tergantung kat leher! celah mana saja pun nak amek gambar, dan pastinya masuk belog daku! kalau dah berat belog ni nak loading, kau pahamlah kan, kenapa dan apa sebabnya! mueheheh!

Owh! jangan salahkan daku atau ila atau kakya bila perut semua macam naga! kan dah cakap bukan senang nak jumpa, bila dah jumpa..mula lah kau nak makan itu dan ini! walaupun baru balik dari kenduri, perut yang lapar, harus saja diisi..tiba-tiba kakya kata "Eh! Jom Makan PIZZAAAAA!" dalam hati dah pikir, Terbang lagilah duitttt akuuuuu! T__T

Okay! mula-mula ingatkan yang bolat-bolat tu fishbol or chiken boll! rupanya Cheese! Cheese! Cheese! Demm! masuk mulut je, dah rasa kembang tekak! too much cheese, owh! Daku bukan penggemar keju yang sejati! maap! ;)

Biasanya, kalau jalan sorang-sorang, daku memang jarang nak makan banyak..cukup beli roti atau snek-snek ringan sahaja..lagipun kalau jalan sorang-sorang, perut memang jarang nak mintak itu dan ini..tapi lain pulak kalau jalan berdua atau beramai-ramai! Ada saja rasa nak makan! samalah macam bila keluar dengan Ila..beliau memang kuat makan! tak cukup dengan pizza, diajaknya pulak sesuatu yang sejuk-sejuk di SnowFlakes! haiyyyoo!

dari dulu perut dia macam buaya! sebab tu bila dah masuk belajar kat MMU, dia agak gain weight seket! bukan sebab beliau putus cinta, tapi memang hobi beliau makan dan makan saja! tapi pipi dia tak pulak kembung macam daku! haih! ini memang tidak adil! grr!

jangan tanya apa benda yang kaler putih dan oren tu..daku sendiri tak tahu namanya..tapi yang pasti Kesedapan tak hingat! owh! dan harga pun murah! igtkan mahal standard Tutti Fruiti, rupanya rm6 jee! okay, gadis-gadis kesayangan sekalian, mari makan di situ lagik! teehee! ;)

To be frank, daku memang lebih senang bercakap tentang diri sendiri dengan sepupu-sepupu atau kakak sendiri, compare wanita yang lain, macam umi dan makcik-makcik ..mungkin sebab umur kami sama muda..dan satu yang pasti, mereka lebih senang menyimpan rahsia berbanding makcik-makcik yang lain, kan? owh! joyah-joyah! :p

muda-muda boleh lah amek gambar begini di Pavillion! bila dah bergelar mak orang nanti, dah tak boleh buat muka species beruk dah! sebab tu kami enjoy habis-habisan sebelum ada orang nak masuk pinang! hahah!

dan nanti mungkin lepas ni dah tak boleh keluar selalu..kena tunggu masing-masing cuti dan betul-betul free, baru boleh beronggeng rokiah bersama lagik! ;( owh! rupanya tertinggal seorang gadis kesayangan di rumah! Tyra Blurb namanya! eheh! beliau ada kenduri di tempat lain, sebab tu mukanya tak masuk belog dan entry daku kali ini! Tyra oh tyra, jangan nangis ya? nanti kita keluar berempat pulak, okay?

Teehee! :p

Kamilah Tiga Orang Gadis Comot! ada sesiapa nak pinang? 

Wops! duit dalam poket dah kering, masih ada hati nak beronggeng rokiah? sobs! mungkin kena tunggu duit dalam tabung penuh dulu sebelum mintak izin dari umi untuk berjimba-jimba lagik! 

owh tidakkk!!

p/s: ada sesuatu yang comel terjadi di Pizza Hut tempoh hari! Eh, Awak! awak tahu apa yang terjadi kan? dan saya tahu awak sukakan 'sesuatu' itu! :)

Monday, November 14, 2011

Bila Nak Kahwin?

Salam kalian... :)

Dalam tempoh umur daku 20 tahun ni, ada seorang lah tiga empat orang rakan-rakan daku sudah bergelar bergelar tunangan orang dan mungkin menanti detik bersejarah mereka! Memang agak muda, tapi kata orang, kalau dah jodoh, tak boleh nak buat apa kan? lagipun, perkara yang baik, kenapa perlu dilambatkan! betul?

Tapi kalau kau tanya daku, Bila Mahu Kahwin?, agaknya macam tak sesuailah pulak kan soalan tu dengan keadaan sekarang! baru saja menjadi solo kan? hihihi...dan kalau ikotkan pun, daku memang tak boleh dan kurang gemar kalau nak kahwin muda! sebab umi awal-awal lagik dah warning!

Kalau tak habis belajar, jangan gatal-gatal nak kahwin!

Ha! kau nak kena smackdown dengan umi daku yang satu tu, try-try lah masuk pinang anak daranya yang sekor ni! Kakya pun kena tunggu habis degree baru pikir pasal tunang dan kahwin ni bagai, apatah lagik daku! memang nak kena lempang laju-laju kalau esok lusa cakap nak menikah!

 teehee! :D

Daku kena ikot turn kalau nak kahwin! biarlah yang sulung lepas dulu...baru daku ikot jejak langkah beliau ya? itu pun kalau ada rombongan nak masuk meminang laa! hehe!

Dan percaya atau tak, kalau kami pergi kenduri kawen anak-anak kawan abah atau umi je, mesti akan ada soalan tentang Bila Nak Kahwin? macam semalam, pergi ke majlis kawin seorang anak kawan abah, soalan macam tu jugak kami dapat! tapi harus kakya lebih banyak yang bertanya, sebabnya beliau sudah seperti akan ada bau nasi minyak saja nanti..daku ni, mungkin bau asap hangus dari kuali nasi minyak saja! kan-kan? heheh

 Dah lama tak makan nasi minyak, macam tak sangka pulak daku boleh licinkan semuanya dengan segembira habis! mungkin kempunan nak makan nasi minyak diri sendiri kot! eh? :p

waktu paling serius dalam hidup adalah waktu makan daku! jadi sape-sapa nak jadi kawan daku, jangan pelik kalau kau tengok daku makan senyap je..sebab daku makan dengan menikmati setiap perasa dalam hidangan! konon-konon nak masuk Masterchef tahun depan! phew! :p

Biasalah, kalau dah jumpa rakan-rakan lama, haruslah ada saat jejak kasih kan? umi dulu satu tempat kerja dengan abah, then bila dah kena transfer tempat lain, mesti lama tak jumpa kawan-kawan lama! dan bila dah  jumpa ramai-ramai macam kat majlis semalam, memang semput lah asik nak kejar semua orang suruh amek gambar ramai-ramai! lepas tu, mula la sesi tag-mengetag gambar kat fesbuk dan laman sosial yang lain! kan-kan? haish! hebat betul teknologi zaman kini! :D

ni baru suku kenalan lama yang sedang dalam program jejak kasih! kalau dah jumpa semua, tak tahulah daku bape ramai jumlahnya! okay, umi dan abah,.sila buat reunion cepat! hehe 

Rasanya, mungkin kalau menjadi anak dara, sering saja ditebak dengan soalan tentang perkahwinan..kalau dalam family daku belah umi, ramai anak dara compare tu lelaki..dats why daku boleh ngam dengan semua kezen-kezen daku..sebab anak-anak dara ramai..tapi bila masuk bab kawen, macam sorang-sorang terkulat-kulat nak jawab, seolah-olah tengah pikir fomula buat paper addmath! ceh!

perhatian! yang dua orang free hair tu, baru je jadi solo! jadi mereka masih menanti kumbang yang setia! yang pakai tudung tu..rasanya esok lusa adalah kot bunyik kompang dari rumah kami nii! betul tak kakya? heheh

Daku rasa dari dulu daku memang tak berkenan sangat cakap soal kahwin muda-muda gini, sebab banyak benda daku nak kejar lagi dalam hidup! tapi bila makin dewasa dan kenal dunia, kadang-kadang ada jugak terpikir tentang masa depan! alamak, lupa pulak diri ni dah jadi single! buang karann je pikir soal kahwen time-time macam ni kan? hahha

Nanti kalau daku kawen, nak jugak beg goodie macam ni! Simple, but nice! tak payah serabut-serabut letak macam-macam dalam tu..just muffin for adults, and popcorn for kids! siaaapp! :)

Semalam tengok pengantin, daku tanya pada diri..kalau daku kawin, agaknya macam mana eh? muahaha! eh, sumpah tak paham asal asik tanya diri sendiri macam tu semalam! hilang akal agaknya! ahahah

TAHNIAH kak tilla dan pasangan! Semoga berbahagia sampai bila-bila! eh, kalau tengok husband dia, macam muka Fizo Omar, tapi versi chubby sket kan? :)

Apa-apahal pun, soal jodoh, perlu letak ke tepi dahulu,..banyak lagi perlu dipikirkan selain kahwen! tak boleh langkah bendul jugak sebab kena tunggu kakak sendiri selamat bersama dengan bakal suami, baru daku boleh pikir pasal diri sendiri pulak! dan ummi...memang orang pertama daku perlu rujuk dahulu kalau nak cakap pasal kawen ni bagai! hihihi

semalam daku terdengar umi cakap..kalau kawen, pakai duit sendiri! alamakkk! umii...tolong jangan buat anak dara mu sebegini! poket daku kosong tak berisi! takkan nak harapkan duit dari tabung PT? hihi..

Btw, mungkin sekarang belum saat yang sesuai untuk pikirkan tentang perkahwinan.. daku study pun tak selesai lagi, takkan sesuka hati nak pikir pasal kawen kan? lagipun soal jodoh semua kan tugas DIA yang kuasa! tak boleh campur tangan sesuka rasa saja! kalau ada jodoh daku kawin, adalah kad jemputan untuk semua! siapa yang tak nak kawen kan? kan? kan? :D

Hey! ada sesiapa nak praktis jalan macam pengantin dengan daku? kalau tak takut kena sidekick dengan umi, marilah cepat ajak daku pegi dating kat taman bunga! hihih!

Ehem! kalau nak tahu, dulu daku pernah terpikir, waktu umur 24 tahun, daku dah get ready untuk kawen! dan bila time 26 tahun, anak dah ada 2 orang! tapi bila pikir-pikir balik sekarang ni, macam tak berani je nak target umur berapa patut kawen! heheh

eh! kejap! rupanya umi skodeng belog daku?? 

OmaiGoddd!~

p/s: Daku tak berani cakap tak suka kawen awal..tapi selalunya perkara yang kita tak suka tu yang sentiasa terjadi kan? jadi baik jangan cakap pasal kawen sekarang! teehee!

Friday, November 11, 2011

Cerita Tentang Hati!

Salam kalian... :)

Bila difikirkan, kehidupan seorang gadis bernama Elie ini tidaklah semudah yang disangkakan...beliau sering saja perlu melalui kehidupan yang agak berat namun adalah suatu lumrah dan asam garam hidup baginya kerana setiap perkara yang berlaku terhadap beliau itulah yang menjadikan dirinya seorang matang, hebat  dan lebih memahami erti HIDUP sebagai seorang gadis! :)

Adalah suatu penipuan terbesar untuk beliau mengatakan tidak pernah menangis dengan dugaan-dugaan yang datang! tapi kata orang, lebih baik menangis dari memendam! betul bukan? 

Ditinggalkan kekasih bukanlah suatu perkara yang akan disesali hingga ke akhirnya, namun, memikirkan tentang perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang adalah perkara yang tidak pernah berhenti bermain di dalam benak fikirannya! contohnya, kisah Atan yang sering kali melintas akal fikiran sendiri! dan suatu yang pasti... Kehilangan! perkara itu yang paling ditakuti untuk gadis bernama Elie ini!

Tidak pernah mendoakan perkara yang tidak enak berlaku dalam kehidupan seharian, namun kerja DIA yang di atas, tiada siapa boleh melawan kan? jika begitu yang diaturkan, itu yang akan hambanya terima! jika begini yang dimahukan, itulah kita akan lalui nanti! namun syukur, iman di dalam hatinya tidak pernah terbabas atau melawan arus! mungkin itu kekuatannya yang satu dan tidak terdapat oleh orang lain! ;)

Sedar akan kehidupan ini adalah sementara, beliau sentiasa percaya bahawa kehidupan yang sebegini hanya perlu dilalui dengan penuh rasa tabah, sabar dan setiap kekuatan yang ada dalam diri, harus digunakan sebaik mungkin sebagai senjata hidup! Mereka yang lain mungkin menganggap dia seperti gadis biasa, namun cukup untuk dirinya sendiri berkata bahawa dia juga Hebat dan Kuat! 

dan Elie, gadis yang tahu di mana kekuatan dan kelemahannya! tidak pernah kenal erti kalah, walaupun beliau tahu beliau mungkin bakal kalah dalam sesetengah perkara, namun kekuatan dirinya, jangan diperlekehkan sebegitu rupa, kerana yang tahu siapa dirinya adalah Elie dan Dia yang di atas sahaja! ;)

Senyumlah Elie! kerana senyum itu kekuatan kau yang satu! dia tak berpura-pura dengan senyuman, kerana kadangnya dia sedang berperang dengan dirinya sendiri! 

Jarang untuk menceritakan kisah hatinya secara umum, kerana lebih mudah untuk memendam sendiri, namun  benar kata orang, lebih banyak dipendam, lebih sakit kan? tapi dia tahu, apa yang belaku pada hari kelmarin, semalam, dan hari ini, semuanya baru bermula..cabaran yang lebih besar bakal ditempuh untuk hari yang mendatang! jadi Elie, kuatkan hati dan semangatmu, kerana kau tahu kau boleh lalui kehidupan ini dengan jayanya! :)

Hey Elie, usah gentar dengan kegagalan yang mendatang, hadapi saja dengan tenang! bukan kau seorang yang sedang berperang, malah ada yang di luar sana, sudah menyerah sebelum berperang! jadi berbanggalah dengan diri sebagai seorang gadis bernama Elie! kerana kau pasti akan berjaya pada hari akan datang! :)

dan apa yang lebih pasti...

 Dia yang di atas tahu apa yang terbaik untuk umatnya!

betul tak semua? :)

p/s: Sejak bila daku berani bercerita tentang soal hati sendiri dengan orang lain pun, tak tahulah! :D

Wednesday, November 9, 2011

Kenapa Perlu Bersedih?

Salam kalian... :)

Sejak menjadi single, kadang-kadang daku selalu saja bertanya kepada diri sendiri...

Aku ni sedang gembira atau bersedih?

Ikotkan jujur, mulut boleh saja kata gembira, hati juga begitu..tapi tak tahulah sudut paling dalam hati tu kata apa kan? sebab bila daku fikirkan semula, Kenapa nak kena bersedih? jika hanya disebabkan peristiwa lalu, adakah itu sebab utama untuk bersedih? owh! tidak mungkin! daku bukanlah seorang yang lemah untuk menangisi nasib ditinggalkan seorang lelaki! :)

Bersyukur dengan keadaan diri, daku ini agak beruntung kerana dikurniakan semangat juang dan hati yang agak keras walaupun ya, jujur untuk kata, daku Ter-menangis juga bila kadang-kadang teringatkan perkara yang lalu..tapi bila difikirkan semula,..Untuk apa menangis dan bersedih? hidup ini bukannya terus mati walaupun kekasih yang satu sudah pergi..betul semua?

daku selalu menganggap diri ini beruntung kerana daku punya kehidupan yang sangat hebat dan sangat lengkap, walaupun sudah bergelar single! buktinya? daku mendapat sokongan padu dari rakan-rakan, orang sekeliling, kalian-kalian yang disayangi semua! paling hebat, daku boleh bergembira bersama mereka yang disayangi dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang dicintai! psst! kau tak rasa daku hebat ke? muahahha!

kekasih-kekasih gelap daku saya selalu saja setia untuk bersama daku walaupun kami ni masing-masing ada cerita sendiri tentang diri masing-masing! :)

dan bersyukur pada DIA di atas kerana bila terjadinya perkara yang lepas, selera untuk makan daku tidak langsung hilang! alahai! nak hilang selera makan pulak lepas kena tinggal, kau ingat aku ni mati laki ke cik ton?! tapi selalunya, daku tengok orang yang baru breakup ni, terus takde selera nak makan! tapi daku tak pun? sedap je boleh baham sepinggan Chicken Chop? siap licin lagik, siapa boleh jawab tu?! :D

Hai awak si Chicken Chop! saya sayang awak sangat-sangat tau! sebab saya tau, awak takkan berani buat apa-apa kat saya sebab awak pun sayangkan saya! kan-kan ayam golek? :D

dan pastinya cinta kepada manisan tidak pernah mati walaupun perkara paling manis pernah terjadi dalam hidup dulu, kini sudah menjadi pahit yang amat! ceh! daku boleh mati kalau takde benda manis dalam hidup! owh! daku tak pernah cakap yang daku punya penyakit tekanan gula rendah dalam darah kan? haa..sebab tu manis-manis tu semua memang sebati dengan daku! dan sebab tu jugaklah daku cakap daku manis macam Gula-gula kapas! awww! 

YEAH! tengoklah tu, abc tu memang boleh daku hilang dan lupa langsung pada kenangan lama! pergh! ABC! kau memang teman sehidup semati yang paling daku sayang la! jasamu dikenang wahai ABC! <3

Kalau ditanya pada diri sendiri, Kenapa Perlu Bersedih? sebab daku punya kawan-kawan yang luar biasa! mereka sama-sama menangis waktu daku menangis! tapi sebenarnya daku banyak menangis sebab ke-terharu-an dengan mereka-mereka yang menyayangi diri ini! Terima kasih kawan-kawan! :)

ini hanya tiga! rakan-rakan yang lain kadangnya jarang menunjukkan rasa cinta dan sayang mereka, tapi daku tahu sayang rakan-rakan ini kadangnya tak perlu ditunjukkan! betul tak kawan-kawan?! :)

owh! kau percaya tak kalau daku kata tak payah bersedih jika sudah menjadi single! sebabnya kau boleh saja lalui kehidupan dengan sendirinya! memang agak sukar, yelah sebab sebelum ni kau keluar berteman, tiba-tiba bila dah break, kau keluar sorang-sorang,.tapi kalau jadi daku, memang sudah biasa keluar seorang diri, so bila tak berteman ke, daku memang tak kisah langsung! sebabnya, itu keseronokan kita yang tersendiri! hey, baru perasan..its a bonus for me! yeay! :)

hari tu pergi Tokyo Street kat Pavi, pakai baju rm15 tu, seronok tak hingat! ada sapa-sapa nak jalan dengan daku? meh-meh! bagi daku alamat surat menyurat! nanti daku contact, kita pergi date eh? weh! tak main lah invite-invite kat pesbuk ke hape! ini Elie kot! mana main pesbuk! :D

so people? boleh bagitau daku alasan kukuh Kenapa Perlu Bersedih? yup! mungkin tak semua orang boleh lalui kehidupan selepas berpisah dengan bekas kekasih dengan mudah! dan daku juga mungkin bertuah punya kehidupan yang sebegini dan diri sendiri yang punya kekuatan sendiri! tapi daku sentiasa percaya bahawa, kehidupan tidak harus ditangisi untuk perkara yang tak patut kita tangiskan! betul tak?

bukan lah daku seorang yang hebat untuk bercakap tentang soal hati dan perasaan ni! tapi pengalaman yang lalu, sebenarnya mengajar kehidupan seorang gadis berumur 20 tahun ini untuk menjadi seorang yang matang dalam menempuh kegagalan dalam kehidupan! sebab tu orang kata daku ni macam makcik-makcik jugak kadang-kadang! grrr! :D

Kepada mereka yang asyik nak bersedih kat luar sana, apa kata berhenti bersedih? cepat lap air mata, dan mari temankan daku makan Double Cheese Burger kat Mcd! atau lebih sedap kalau daku tanya, ada sesiapa nak belanja? muehehhe! <3

owh! ini cinta baru daku! dan Burger Keju Berganda? owh! baru tahu itu nama melayu untuk Double Cheese Burger! *confirm pengsan cikgu BM daku!*

Hey Peeps! 

Lets cheer up and have fun! Take care everyone and Assalamualaikum! :)

p/s: kadang-kadang daku rasa tak perlu malu untuk mengakui bahawa diri sendiri hebat! 

Monday, November 7, 2011

Berkorban Apa Saja...

Salam kalian... :)

Pagi-pagi buta seawal jam 4 pagi daku dah tengok umi bertukang di dapur! ketung-ketang-ketung-ketang bunyik periuk belanga berlaga! memang kalau ikotkan seperti menganggu tidur orang yang lain! namun itulah pengorbanan seorang ibu yang mahu menyiapkan hidangan istimewa untuk suami tercinta, anak-anak, dan keluarga tersayang!

Seusai solat sunat Aidiladha, abah pula terus keluar dengan baju sesantai habis! untuk apa? menumbangkan lembu sebanyak 7 ekor di surau berdekatan! pergh! keluar rumah seawal pagi, balik selambat petang yang boleh! itulah kata orang, pengorbanan seorang bapa untuk bawa pulang daging korban untuk sajian kepada keluarga!

wah! bila dipikirkan semula, barulah terasa begitu hebat dan besarnya pengorbanan seorang ibu dan bapa kepada anak-anak dan keluarga! sadis juga bila memikirkannya! dan mungkin begitulah juga maksud berkorban sempena Hari Raya AidilAdha ini! 

Salam AidilAdha, 

buat Muslimin dan Muslimat yang menyambutnya! :)

bersederhana saja di hari mulia! itulah dia perintah Tuhan yang kuasa! lagipun hari raya AidilAdha, kerjanya hanya duduk di rumah saja! jadi buat apa bergaya bagai nak gila? kan-kan?

Btw, malam ini bakal ada sedikit takbir di rumah, jadi kalian semua, jemput-jemputlah datang ke rumah daku ya? Ada rezeki, dapatlah kalian makan daging dan ayam bakar serta nasi arab! eh, Air tangan umi yang kesedapan, takkan nak lepaskan macam tu saja? jadi? jemput-jemput lah ya? :)

Sekali lagi...

Salam AidilAdha buat semua! :)

p/s: terpikir sejenak, apakah pengorbanan daku kepada ibu bapa dan keluarga? hurmm!

Friday, November 4, 2011

Keputusan Semester Akhir!

Salam kalian... :)

Kalau siapa-siapa pelajar Uitm, semalam mesti berdebar-debar tunggu result exam kan? sama la macam daku dan kawan-kawan! tak tahulah kenapa perasaan semalam lain macam sikit untuk result semester akhir ni! rasa macam jantung berdetap kencang seolah-olah macam ada sesuatu yang tidak enak bakal diketahui...

tapi sebab nak sedapkan hati sendiri, cakaplah.."Arghh..Boleh punyalah Elie!" padahal tangan dah sejuk macam ais, kepala rasa nak migrane yang hanya tunggu nak pitam je, dan jari jemari dah rasa tak cecah keyboard! sebab tu sampai lupa pasword emel sendiri time nak cek result dah keluar ke belum! 

T___T

dan selepas bertungkus lumus dengan berperang tenaga dan otak untuk menghasilkan karya, skrip, dan tugasan yang lain pada semester lepas, akhirnya daku boleh tersenyum puas dengan keputusan exam semester akhir! 

klik untuk tumbesaran ye tuan-tuan dan puan-puan! :)

Yup!daku tahu keputusan ini tidak sehebat mana, malah anugerah dekan juga tidak berjaya dicapai, namun, syukur, lulus semua subjek saja sudah boleh membuatkan daku tersenyum sampai ke rahang gigi! dan memang hampir sikiiiiiiit saja lagi nak hendak mendapat anugerah dekan, tapi rezeki dari Dia hanya begini..bersyukur saja kan? hihih! 

Owh! ribuan terima kasih kepada lecturer hensem, Encik Fikri Jermadi atas kesudian beliau yang menyukai skrip drama pendek bertajuk Jasmine daku sehingga memberikan A! masih teringat subjek yang bertanda di dalam kotak merah itu, daku lakukan dengan penuh berhati-hati kerana harus menghasilkan sebuah skrip berbahasa inggeris! peh! tak payah cakaplah berapa banyak kali daku dah garu kepala kerana ketandusan idea! tapi alhamdulillah! akhirnya daku boleh tesenyum sendiri! 

dan terima kasih kepada semua lecturer yang memberikan markah yang daku agak boleh dibanggakan di situ, terutama subjek cinematic comunication! owh! tak payah cakaplah macam mana semua student akan kelam kabut setiap kali perlu menghadiri kelas tersebut! fuh! mungkin rezeki diri juga kerana kerja last minit masih boleh mendapat keputusan baik, Terima kasih Cik Masz! ;)

sekali lagi,1001 kesyukuran dipanjatkan atas kejayaan diri sendiri, walaupun cita-cita untuk menperoleh anugerah dekan pada semester lepas tidak tercapai, namun kerana mungkin inilah keputusan daku yang terbaik pernah diperoleh sepanjang diploma! syukur-syukur! 

dengan keputusan peperikasaan semester akhir itu, maka daku dengan jayanya telah menamatkan pengajian tahap diploma dengan rasminya! kawan-kawan, mari ucap selamat untuk daku! yeehaaa! lepas ni, mungkin tunggu masa untuk berkonvo pula sebelum boleh fikirkan tentang  kehidupan di alam degree! uyeyyeyeye! :D

Eh, bergambar dengan baby? takkan baru abes diploma, terus nak kawen dah kot Elie? leklu! kau baru lepas putus cinta kot! jangan cakap dah tak sabar nak jadi mama dan isteri mithali pulak?! haish!

Ceyt! Berani-beranilah nak kawen kalau study tak abis lagik? memang kau kena smackdown dengan umi nanti Elie! janganlah sengaja nak cari pasal Elie! 

Larikkkk! 

p/s: Terpikir tentang konvo nanti, agaknya ada tak jubah konvo bersaiz kanak-kanak? Daku kenit dan molek je kot! biasalah, tumbesaran terbantut! teehee!

Tuesday, November 1, 2011

Wanita-Wanita Hebat!

Salam November kalian... :)

Perkara yang sentiasa mengganggu kepala otak daku sekarang ini ialah 

Nak sambung apa untuk DEGRRE nanti?!

yup! itulah persoalan yang daku fikirkan sejak abes saja diploma tempoh hari! nak buat keputusan untuk sambung course apa, payahnya jangan cakaplah! kalah nak belajar masak kuah ayam masak kurma kat dapur! harus garu kepala beberapa kali sebelum buat keputusan betul! kata orang, ini mungkin penentu untuk kerjaya lepas habis belajar nanti kan? haish!

senangnya kalau jadi kakya, sebab dah abis belajar, sekarang dah kerja! ceh! takde rasa simpati langsung nak tunggu adiknya abes belajar sama-sama! *nanges sedu sedan!*

kalau boleh, nak tukar bidang pulak degree nanti, sebab boleh cuba macam-macam bidang time dah kerja nanti..kalau dulu daku budak penulisan, sentiasa bermain dengan skrip filem dan drama, lirik lagu, cerpen dan sebagainya, nak jugak tukar arah kan? otak kena kasi cuci sikit derr!

teeehee! :D

kalau tengok kakya dulu, boleh kata dia antara graduan yang berjaya jugaklah! walaupun masih blur-blur dengan kerjanya sekarang! hihi! waktu diploma dulu, dia budak Akaun! time degree, tukar haluan amek Pengajian Bahasa! itupun lepas bergado-gado dengan umi! heh! umi suruh sambung Akaun, sebab utama, dia pandai matematik! tapi nasib baik kakya dia pandai pikir sikit, amek apa yang dia minat time degree, sekarang dah berjaya abes study dah pun! *Jom cakap ramai-ramai..Untunglaaa!* :D

kadang-kadang daku pun takde alasan kukuh nak jeles kat kakak sendiri, sebab even dia pandai sket bab-bab study ni, tapi dia selow sket bab-bab lain macam ke-kreatifan semua! kau tak percaya? dia mana penah menang kalau lawan dengan daku bab-bab seni nih! peh! *kejam sungguh statement kau Elie! pfft!*

Waktu dulu, kalau masuk bab-bab study je mesti umi selalu nak comparekan daku dengan kakya! sebabnya dia memang agak TIP-TOP jugak dalam study, macam daku ni, kelembapan memang terserlah lah nak-nak lagik bab kira-kira! sumpah daku benci nombor! T_T  sebab tulah bila daku belajar bahagian arts dekat universiti, dia tak bantah! sebab dia tahu daku boleh bawak subjek seni-seni ni! :)

Sumpah tak tahu pulak daku umi pandai posing se-daring begitu! hihi! tapi dulu salu cakap tak pandai posing depan kamera! then? ape kes posing maut dalam gambar ni umii? ehhehe 

dan biasalah, golongan emak-emak ni salunya nakkan anak dara kerja opis! dari dulu daku dan kakya memang sedia maklum benda-benda macam ni! tapi masalahnya kitorang dua orang memang tak minat kerja dalam opis-opis ni! macam umi, beliau memang kerja dalam opis sejak dulu! dats why daku tabik spring dengan umi, sebab dia tak pernah merungut kerja kat syarikat guaman tu even anak-anak daranya ni asik cakap "Argh! Boring lah kerja opis!" :p

jadi sekarang pilihan untuk sambung belajar, semua terletak pada diri sendiri! sebab dalam family, daku yang masih samar-samar lagik nak sambung apa! nak buat apa pun, semua kena tanya pada yang pakar dulu! umi, seperti biasa, tak halang untuk daku pilih apa, tapi bila dah nak masuk degree, harus beliau nak tengok anak daranya yang sorang ni boleh kerja dengan baik lepas habis belajar nanti, kan? so memang garu kepala hampir beratus kali nak pilih apa untuk degree! 

Tapi nasib baik ada wanita-wanita ini dalam hidup daku! sebab kalau takde, bagaimana hendak buat diri sendiri menjadi semakin baik dari hari ke hari kan? adanya kakya, daku boleh kongsi banyak benda even kadang-kadang dia akan bercerita juga kat orang, dan umi, kalau takde umi, hilanglah semangat nombor satu daku! dan for sure kalau takde kami, takdelah penyeri dalam hidup lelaki bernama En Mohammad Ramli! tak gitu abah? :D

wanita -wanita ini milik Encik Mohammad Ramli! kalau ada yang nak pinjam atau bawak larik, sila tanya abah saya dulu! kalau dia bagi, untunglaaa..tapi kalau tak? esok lusa muka kau sure masuk frontpage Kosmo! :D

btw, semalam sudah selamat isi borang masuk degree dengan selamatnya! mintak-mintak adalah rezeki untuk sambung belajar lagik! Kalian doakanlah daku dan rakan-rakan yang lain ya? Kan Malaysia nak bentuk generasi muda yang berjaya dan hebat? kalau tak kami dan mereka yang lain, siapa lagik kan? tak gitu semua? teehee!

Take care everyone and Happy November! :)

p/s: November, please buat baik dengan Elie! cukup saja dia berduka di bulan yang lepas!