Thursday, October 6, 2011

Spagheti Tuna Hotdog...

Salam kalian... :)

Pagi-pagi lagi dapur dah mula berasap siap daku berlesung batu dan menumis bagai.. Ini semua gara-gara abah yang buat permintaan mengejut, suruh masakkan something untuk jamuan di ofis! Esok nak buat jamuan, malam sebelum esok baru bagitahu?! memang terkebil-kebil lah daku nak prepare semua benda!

Owh lupa, kejadian ni berlaku pada hari selasa yang lepas! :)

Abah : Elie, esok masakkan untuk abah! kat opis dorang nak buat makan-makan!

Elie : Hah? Mana ada barang kat umah, abah?!

Abah :  Alaa..masak je spageti yang macam salu kau masak tu...

Elie :  Owh! Okey-okey! 

Hey! Nasib baik umi baru beli spageti hari tu! Fuhh! :)

Maka berlakunya sesi memasak bersama Chef Elie di dapur! Jom kita masak spagetti seafood yang tak berapa nak seafood! siap sedia semua, kita nak main masak-masak ni! heheh..

bahan-bahan yang diperlukan :-

- Segenggam spaggeti *ikut hidangan untuk berapa orang*
- Hotdog *beberapa potong*
- bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi
- se tin tuna chilli ayam brand *tak kisah dari brand apa pun*
- stok ikan

cara nak masak:-

mula-mula goreng dulu hotdog dengan sedikit minyak. tak payah garing gila-gila pun boleh, janji bila dah bertukar warna tu, kau dah boleh angkat hotdognya. at the same time, kau jangan lupa rebus spageti dalam air panas. campurkan sikit garam oke? membasmi kuman katanya. :)

 when it turns to brownish, means dah boleh kunyah lah hotdog tu.. eh, tengok spagetii sebelah tu..comel je dia berendam dalam air panas! Hehehe!

lepas dah angkat hotdog dari kuali, tumis pulak bawang merah, bawang besar dan bawang putih dalam kuali dengan api yang kecik. Jangan lupa tumbuk dulu bawang-bawang tersebut sebelum tumis, kecuali bawang besar, kau hanya perlu potong mayang! bila rasa dah naik bau, sampai kau dah bersin-bersin kat dapur tu, kira bawang kau dah selamat jadi lauk lah tu..ehehhe

selagi kau tak bersin, jangan cakap bawang kau dah masak eh! Daku sekeh kepala sekor-sekor nanti!

Owh! Diingatkan, waktu menumis ni, kau tak payah masukkan garam pun takpe. gantikan dengan stok ikan je..itupun sekadar renjis-renjis manja je, nak bagi perasa sikitlah kan? dan tak payah nak tumis pakai minyak yang banyak! kan kau kata nak jaga kesihatan?! :)

oke! siap semua, kau masukkan pulak tuna dari ayam brand yang sedap dan lazat tu dalam kuali yang ada bawang yang kau tumis tadik! campurkan sekali hotdog dan masak sampai kau rasa dah cukup masak. tak payah masak sangat pun takpe, sebab nanti takut hancur tuna dan bawang dalam tu, dah tak sedap nak makan! time tu, jangan salahkan daku pulak ya? haha!

Ayam brand memang sentiasa menjadi pilihan utama sejak azali! bukan saja sedap, tapi dijamin halal! itu yang penting! dan gambar sebelah tu adalah gambar bila dah campurkan semua bahan sebelum masuknya spagetti! kau tak nampak? pandai-pandailah besarkan sendiri guna right hand klik! teehee! :)

Hah! bila spageti yang kau rendam dalam air panas tadi dah lembik, dan agak-agak boleh makan, kau tos dulu air dari spageti dan basuh dengan air sejuk pulak! kalau agak-agak taknak melekat spagetinya, letak sikit minyak zaitun. dah siap semua, barulah campurkan spageti dalam tuna dan hotdog dalam kuali tadik!

jangan lupa kacau sebati sebelum kau boleh jerit "Hoyeah! Spagetti dah siap!" sekuat hati kau! hidangkan lah sewaktu masih panas! Gerenti nak tambah lagik! :D

Hai! Nama saya Spagetti Tuna Hotdog! Sayalah hidangan yang dimasak oleh Chef Elie yang comot tapi sweet tuu! Tehee! :D

Tunggu apa lagik? Cubalah masak sendirik! 

Selamat Mencuba ya? :)

lain-lain resepi dari Elie Lily:-

p/s: tak sangka daku berani masak banyak-banyak untuk jamuan abah! wah! dah boleh jadik menantu orang ni! Ada sesiapa nak anta rombongan meminang? :D

46 comments:

Leo "Ricky" Huzair said...

Woohhoooo....mcm sedap

m!3yr4h_LolLy said...

wah ! pandai tol la. boleh try resepi nie. hee

The Iki.Ali said...

holy snot! aku dahlah tak makan lagi masa baca benda ni. :P

♥ norlida ramli ♥ said...

nyum2....nmpk sedapppppp

Namee Roslan said...

wah sedapnya. saya patut cuba nih! :D

Cik Azizah said...

peh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa....elie! akak nak dtg umah ni..tolong siapkan spagetti tuna hotdog tu tau! muahaha ^^

Rosalia said...

sdpnye:D share la skit.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

nmpk sedap..blh try nnt nih.. ^_^

Arnorziahtul said...

ili, macam sedap.. xsempat rse msakan ili kat puncak. HAHA..

Aimi Rosli said...

ok, nak cakap benda sama macam gjie.

Myra Jay said...

Sedapnyerr.. :)

Terus rasa teringin nak makan :D

Fara E's said...

awesome !

DySha cHan said...

snang je ek.. msti sdap.. msti cube:)

Michada said...

sedapnye....!!!!!!!!!!!!!! trliur dah ni..

Elie Lily said...

abg leo..
nnt ada rezeki, ai kasi u makan makan eh, senior? :D

Elie Lily said...

myrah..
try..jangan tak try! :D

Elie Lily said...

iki ali..
haha..kalau kau dah makan pun time baca bndalah ni, rasanya kau akan post coment kat entry ni tak? :p

Elie Lily said...

norlida..
kena try sndiri.. :)

Elie Lily said...

namee..
harus try! :D

Elie Lily said...

cik azizah..
boleh2..nak bawak satu kampung ke? :p

Elie Lily said...

rosalia..
meh la datang umah! :)

Elie Lily said...

lily MummyQistina..
tak nak try masak untuk qis, satu hari nnt? :)

Elie Lily said...

Gijie..
kalau sambung degree, elie masak lagik okeh? :D

Elie Lily said...

aimi..
banyak benda kau tak makan aku pandai masak! :D

Elie Lily said...

Myra J..
kalau datang umah elie, elie masakkan untuk Myra k? :D

Elie Lily said...

Fara E..
jangan lupa try! :D

Elie Lily said...

Dysha chan..
haruslah kesedapan! hahha

Elie Lily said...

michada..
lap air liur tu michada! :D

ch!natsu said...

okeh nnti de ms chin try.. (nnti bile rajin sbnrnya..) kekeke~

ps: thanks dear 4 dropping by.. =)

beLLa said...

goreng sosej tu je dah terliurr. lapa! ;p

amir aizat said...

wallaweh sedapnyerrr tgk ni!!!

alongxp said...

wallaweh...menarik.. tapi ayat abah "Alaa..masak je spageti yang macam salu kau masak tu...
",cam tu je yg awak pandai masak...hahaha

Elie Lily said...

chinatsu..
janganlah ada kalau! :)

Elie Lily said...

bella..
kan? :p

Elie Lily said...

aizat..
kau kena try..tau?! :p

Elie Lily said...

along..
malas nk tunjuk semua yang saya pandai masak..kang kata riak pulak..kan? :)

Leo "Ricky" Huzair said...

okeyh..tggu n lihat

Elie Lily said...

abg leo..
i'allah..kalau umur panjang ya? :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Klu umur Ily pjg la...

Elie Lily said...

abg leo..
betul la tu..kalau mati hari ni atau esok..takdelah nk merasanya.. :)

L.e.e.z.a said...

alahai sonang jo! ape kate meh anta sepinggan ;p haha~

Leo "Ricky" Huzair said...

ade abg ckap salah? xde rasenye...

Elie Lily said...

abg leo..
memang betul la..elie pun tak de cakap pun..apa abg ni? hahah

Leo "Ricky" Huzair said...

ok2...abg mengalah la kali ni.

Elie Lily said...

abg leo..
yes! 100 markah untuk elie! :)

Elie Lily said...

kak liza..
mai bak alamat umah! :)