Sunday, October 9, 2011

Hadiah Tiga Tahun Perhubungan!

Salam kalian... :)

Berkesempatan bertemu dengan kekasih hati setelah hampir 6 bulan lamanya tidak bertemu, adalah suatu perkara yang tak mungkin akan dilepaskan! masakan tidak, beliau sudahlah perlu bertugas di Sandakan,Sabah, dan pulak tu, asyik belayar saja di lautan, memang tidaklah kami hendak berhubung secara terus-menerus kan? dengan line yang takde, haruslah kalau mesej pun perlu menunggu lama sebelum mendapat balasan semula!

Sadis gila kan?! T___T

 Kalau kalian bijak bestari, cubalah teka di mana kami?! :D

Bila diberitahu beliau telah diberi cuti selama seminggu yang lepas, haruslah daku melompat bintang sambil menjerit "HOYEAH! BOLEH PERGI DATING!" sekuat hati! muahaha! tapi tak sangka pulak Noddy ajak pergi berjalan-jalan di Melaka! katanya itu adalah hadiah 3 tahun perhubungan kami! yelah, waktu hubungan kami berusia 3 tahun tempoh hari, beliau masih di atas kapal. Hanya dapat bagi ucapan selamat saja, itupun melalui telefon! :D

 hampir 6 bulan tak berjumpa, daku macam segan pulak nak bergambar dengan boyfren sendiri! rasa macam malu-malu kucing bila diajak bergambar bersama! *gediklah kau, Elie!!* HAHA!

Hoi! sumpah daku dah lama tak jejak kaki ke Melaka! Hampir 70 percent lupa keadaan di sana macam mana! sebab tu asyik berdiam diri saja bila Noddy tanya "By, macam mana nak pergi A Famosa eh? Muzium kat mana eh?". Tanya kat daku yang lama tak pergi Melaka ni watpe cik abang? Memang geleng kepala laju-laju, dan angkat bahu lah daku! Teehee! :D

OMG!! Tak sukalah berdiri dekat Kapal Gergasi ni! kantoi sudah nampak daku budak kenit! *nanges sedu sedan sambil lap air idong!* T___T

beli tiket rm3 untuk setiap sorang rasanya sangat berbaloi sebab dapat masuk 3 muzium sekaligus! aha! untungnya daku bila masuk ketiga-tiga muzium, tak perlukan Tourist Guide, sebabnya kekasih sendiri kan tentera laut? jadi beliau lah yang menerangkan semua benda tentang perkapalan bila daku tanya soalan itu dan ini! hahaha!

hey! sumpah gayat bila naik kapal besar ni! sudahlah tinggi, nak kena panjat bahagian atas semata-mata nak amek gambar, harus bertawakal habis-habisan dalam hati! :D

paling seronok ke Melaka adalah bila kekasih sendiri bawak naik kapal yang sama beliau bertugas di Sandakan! wah! tak sangka boleh pegang itu dan ini bila dah naik kapal walaupun hanya naik replika kapal saja! heheh..

dalam hati tak payah cakaplah rasa takut macam mana, tapi macam mana daku boleh posing lentok-lentok dengan gun tu pun, tak tahulah! :D

Tao tak, dulu daku pernah termimipi nak naik kapal tentera laut, tapi bila dah ada pengalaman naik replika kapal, rasa macam semakin takut je! sebabnya kapal lama kan dah karat, haruslah tak teguh mana lagik! pijak sana sikit dah berbunyik, pijak sana sikit dah berbunyik! Haiyooo! menggigil kaki den hoi!

posinglah senget-senget kau Elie, buatnya jatuh bedebuk kat kapal tu, tak ke macam nangka bacin jadiknya? harus akan dikenang sampai termimpi-mimpi nanti! :D

Hey! tak silap daku, waktu sekolah dulu daku agak pandai dalam subjek Kajian Tempatan dan Sejarah, tapi entah macam mana daku sendiri boleh lupa macam mana rupa dan letaknya Kota A Famosa! maka terpaksalah bertanya kat orang ramai sambil buat muka blur-blur yang comel dan comot! hihi!

 Sampai akhirnya setelah hampir sejam ke hulu ke hilir berjalan mencari Kota A Famosa! itulah, orang cakap beli peta Melaka tak nak, amek kau sesat-sesat sampai berpeluh ketiak! heee! :D

rasanya kat Kota A Famosa takde apa-apa yang boleh dibeli untuk bawak pulang ke rumah sebagai ole-ole, kecuali gambar kenangan! yelah, kat KL kau jangan tipu kau boleh jumpa bangunan-bangunan sejarah macam kat Melaka! sampai tahun depan kau cari pun, belum tentu jumpa! kan?

konon-konon nak buat stunt ala-ala filem dulu-dulu, tapi camera dah terflash dulu pulak! jadilah macam kaki terjongket sebelah! aiseimennn!

Woh! selepas dah berjalan sana dan sini, perut haruslah berdondang sayang kan? nasib baik daku sempat masak spagetti tuna hotdog untuk santapan kami berdua! dapat jugaklah merasa keseronokan makan bersama! :) dan bila dah kenyang, barulah boleh bersiar-siar dengan beca sambil bernyanyi riang! betul tak Noddy?! ;)

nak jugak merasa naik beca bersama walaupun terbang not warna merah dari poket kami! hihi! takpelah, sekali sekala bagus jugak amek angin sambil dengar lagu techno atas beca kan? :)

Malam menjelma, haruslah berjalan sambil menikmati angin malam bersama kan? bukan selalu dapat keluar malam jauh-jauh begini...rasanya paling last berjalan malam ialah waktu 50 first date kami dulu! wah, comel pulak rasanya bila dapat tengok panorama di Melaka bersama kekasih tersayang! :)

 satu keseronokan kalau dapat berjalan dengan kekasih, kamera tak payah tinggal oke? barulah boleh update belog dengan entry yang kalerful! teehee!

wow! tak sangka malam-malam di Melaka sangat hidup ya? sempat berjalan di  Jonkerwalk, memang boleh tengok keseronokan bergandalah! Mulalah diri sendiri nak cakap "Eh, kat Shah Alam pun tak semeriah ni kalau malam-malam!" heheh

ye saya tahu saya agak kerdil di situ! diam saja kalian semua! tutup mata kalian dan mulut ya? buat macam tak nampak apa-apa! :D

Hui! Orang cakap kalau pergi Melaka, tapi tak amek gambar memang tak sah! sebab tulah kalau kau tengok gambar-gambar daku dalam entry ni agak banyak dari yang biasa! heheh.. bukan senang nak spent time dengan Noddy! lepas ni kena tunggu bulan 2 tahun depan pulak untuk jumpa sekali lagi! sob-sob! tapi takpe, pejam celik pejam celik, sekejap saja dah masuk tahu depan kan? Jangan nanges ya Elie? :)

tak tahulah kenapa suka sangat dengan gambar ni! macam comel-comel je rasa, even tak sedar diri sendiri comot yang amat! teehee! :)

btw, satu hari di Melaka adalah keseronokan untuk kami berdua! 

Terima kasih Melaka! dan terima kasih tentera laut tercinta! Tahun depan awak balik semenanjung, kita berjimba-jimba lagi ya? 

I ❤ you sampai bila-bila! :)

p/s: terlupa nak makan asam pedas Melaka even pergi Melaka tempoh hari! T__T

42 comments:

Amirah Jafri said...

oh so sweetttt .. jealous much .hehe

happy 3rd year anniversary :)

Nurrul Aqidah said...

happy 3rd anniversary elie hope ur relationship will last long..i pray 4 u..btw i'm ur noddy's friend ;p

Namee Roslan said...

sangat sweeettt! :D wah 6 bulan tapi masih kekal bersama. Alhamdulillah. jarak bukan alasan kan! :D

Fara E's said...

sweettt !

dayah aziz said...

suke nye die ye...;)

ezzyra said...

bestnya...sweet tol..semoga kekal selamanya...:)

mirakim said...

wah!!!
da wjib kawen ni..
ehehe

Akemi Siegel said...

(=^.^=) untuk elie dan noddy!

Aimi Rosli said...

beberapa bulan kebelakangan ini aku rasa macam Melaka bukan sahaja Bandaraya Bersejarah tetapi Bandaraya Cinta.

Marya Hana said...

kampong akak kat melaka. melaka emang da best antare negeri2 lain.. MAJU !! hikhik..
asam pedas pon sodappp :')


congrat's. dah 3 tahun eh korg.. lama tuuuuu..

Cik Azizah said...

happy 3rd anniversary ye dear! tahniah! jom sampai 10tahun pulak.. tah2 elie selamat kawen dan noddy kot. Amin :)

ALI said...

semoga happy selalu ili! :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhuhu.. bila tgk pic nie.. tetiba jerkkk rindu teramat sgt pada kenangan selama 3 thn kat sana...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

So sweet...
Happy 3rd Anniversary..moga kekal bahagia..^_^

Mila Ahmad said...

wah bestnyer,jenjalan dgn buah hati tersayang...

Arnorziahtul said...

nice elie.. comel2 sangat2! hehe.

Si Manis Butterfly said...

moga kekal sampai akhir hayat..^_^

Elie Lily said...

Amirah Jafri..
time kasih sayang! ;)

Elie Lily said...

nurul aqidah..
wah! nnt elie tye noddy kenal akak ke tak eh? tq btw 4 ur pray! :)

Elie Lily said...

namee..
alhamdulillah..masih kekal smpai skrg..rezeki kami agaknya! :)

Elie Lily said...

fara E..
heheh! muah-muah! :D

Elie Lily said...

dayah..
haruslah! senyum sampai telinga tuu! :D

Elie Lily said...

ezzyra..
tq sista! doakan kami sampai bila2 ya? :)

Elie Lily said...

mirakim..
kena tunggu ada orang pinang dulu, baru boleh kawen! :D

Elie Lily said...

akemi..
a big hugs untuk kamu cassy! muah-muah! ;)

Elie Lily said...

aimi..
ni mesti sebab amanda salu ulang alik shah alam ke melaka kan? :p

Elie Lily said...

cik azizah..
mintak-mintak begitu lah kakakny! ada rezeki, dapatlah kad jemputan dari kami! :)

Elie Lily said...

ALI..
tq sayang! jangan lupa pesan untuk diri sendiri jugak ya? :)

Elie Lily said...

C.M.A..
jom pergi melaka sekali lagik! :D

Elie Lily said...

lily..
i'allah..jangan lupa doakan kami selalu ya? :)

Elie Lily said...

gijie..
ajaklah mail pergi melaka! seronok jugak naik kapal! :D

Elie Lily said...

si manis butterfly..
i'allah..ada doa dari kalian, akan kekal lah kami hingga akhir hayat! :)

L.e.e.z.a said...

best! best! amboooii kemain jauh die dating yek ;p haha~ baru hari tu g tapi xsempat naik kapal besar tu T__T xcukup mase nak naik kapal kat kg morten pon xsempat.. huhu~

(✿◠‿◠) lolly_bies(◕‿◕✿) said...

waaa..congrats & happy annivesarry!!
wink2 so sweet..
hope u're having ur great moment together ;p

Elie Lily said...

lolly bies..
thank you sista! we really had fun together! :)

Nurrul Aqidah said...

elie,tye lah..klo xknl mmg nk kene,jiran sebelah rumah pulak.. ;p

[sutera kasih] said...

bila la sy nk jejak kaki kt Melaka hehe

cantik beca tu kan..teringin nk naik wuwuwuw

Eza Elhanis said...

WAHHH manis betul kome berdua ni . Hihi semoga berbahagia selalu yeh ;)

Elie Lily said...

aqidah..
hahah..dah tye..dia cakap memang pun! :D

Elie Lily said...

sutera kasih..
hahha..
jom! naik sme2 jom! :D

Elie Lily said...

eza alhanis..
dah breakup pun sista! :(

Elie Lily said...

kak yaya..
da putus la kak.. T_T